Sejarah dan adat perkahwinan masyarakat Cina di Sandakan, Sabah
Pengenalan
Masyarakat Cina di Sabah adalah penghijrah yang berbangsa Han luar negara yang menjadi
warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan
mereka ialah keturunan pendatang dari Dinasti Ching, Republik China di Taiwan dan
Republik China 1912–1949, jangan dikeliru oleh Republic
Rakyat China yang tiba di Tanah Melayu sekitar abad ke-15 hingga pertengahan
abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai Bangsa Han alam
semua bahasa. Istilah orang cina agak sering di pakai di Negara ini. Mereka
juga digelar sebagai orang tiong hua atau mahua yang bermaksud penduduk cina di
Malaysia.01 Mereka juga digelar Mahua dalam bahasa cina bermaksud penduduk cina di Malaysia. Begitu juga, bangsa kedua terbesar di Malaysia
adalah orang yang bangsa cina. Orang cina adalah penghijrah orang cina luar
negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan
mereka ialah keturunan pendatang dari china yang tiba di Malaysia sekitar abad
ke-15 hingga pertangahan abad ke-20.[i]
Asal–Usul Kaum Cina di Sandakan, Sabah
Di
Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai ‘Orang Cina’ dalam semua bahasa. Istilah
orang cina juga dikenali sebagai “Tiong Hua”. Kedatangan orang cina kebanyakkan
imigran cina yang tiba di Sandakan sabah berasal dari selatan china iaitu
wilayah kwang tung, kwangsi, Hainan, dan Fukien. Mereka terdiri dari orang
hakka, kantonise, toeochew dan hokkien[ii].Sandakan
pernah digelar sebagai ‘hong kong kecil’ kerana Bandar ini pernah dijadikan
sebagai tempat tinggal kedua bagi kebanyakkan pendatang dari Guangdong, dimana
pemandangan nya turut menyerupa Hong Kong pada tahun1970-an dan 1980-an. [iii]Sejak zaman awal masihi lagi orang-orang Cina telah
mempunyai hubungan dengan penduduk Asia Tenggara.Perhubungan ini lebih
merupakan perhubungan bercorak diplomatik. Berhubungan dengan ini, kebanyakan
Maharaja-maharaja Cina telah menghantar utusan mereka ke Asia Tenggara serta
Pulau Borneo (Sabah) termasuk Sandakan. Ini secara langsung telah dapat
mengeratkan hubungan negara China dengan penduduk Asia Tenggara. Bermula dari
dinasti Han (206.s.m-220. m) telah pun mewujudkan hubungan dengan Pulau Borneo.
Tujuan Maharaja China menghantar utusan ke Pulau Borneo ialah menjalinkan
hubungan diplomatik.
Namun demikian, hubungan diplomatik tersebut telah
membawa penarikan kepada penghijrahan orang Cina ke rantau ini secara
beramai-ramai. Malahan sejarah tidak menunjukkan terdapat petempatan Cina secara
besar-besaran di Pulau Borneo pada zaman itu. Walau bagaimanapun, pada akhir
Dinasti Sung (960-1279), kekacauan yang ditimbulkan oleh orang Monggol menyebabkan
penghijrahan orang Cina. Kehadiran orang-orang Cina pada awal masihi dapat
dikesan melalui sumber - sumber arkeologi yang ditemui. Misalnya terdapat
beberapa tempat perkuburan di sekitar sungai Kinabatangan, Batu Puteh, Sungai
Segama dan Sungai Lakun telah menjumpai sisa tembikar dan tempayan hijau dan
coklat ketika di zaman Ming dan Ching.
Disamping itu, Sebelum
Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, orang Cina hanya menjadikan Tanah Melayu
sebagai petempatan sementara untuk mencari kekayaan dan mereka pasti akan
kembali ke negara asal. Namum, selepas Perang Dunia Kedua tamat keinginan orang
Cina mulai berubah dan mereka mula ingin menetap di Tanah Melayu.04
Ada juga orang cina
yang datang ke Sandakan kerana melalui sistem tiket kredit,04
kedatangan orang Cina dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka akan
bekerja dengan ejen tersebut dalam tempoh masa tertentu sehingga hutang mereka
selesai. Selepas tempoh tersebut selesai, mereka akan dibebaskan untuk memilih
untuk mencari pekerjaan lain dengan majikan lain atau terus kekal bekerja
dengan majikan asal. Buruh Cina ini dikenali sebagai “Singkheh” dalam bahasa
cina.
Selain itu, kedatangan
orang cina disebabkan Menjelang pertengahan abad ke-19, keadaan politik negara
China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu menjadi tidak stabil akibat
tercetusnya Perang Candu I (1839-1842) dan Perang Candu II (1856-1860).04Kekalahan
China dalam Perang Candu membuktikan kelemahan Dinasti Manchu. Justeru itu
orang Cina terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Kwangsi bangun memberontak
untuk menggulingkan Dinasti Manchu.
Pada tahun 1850-1864, telah berlaku
Pemberontakan Taiping dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan, bertujuan menggulingkan
pemerintahan Manchu, tetapi gagal. Mereka yang terlibat dalam pemberontakan
tersebut telah diburu oleh kerajaan. Ini telah menyebabkan golongan pemberontak
terpaksa melarikan diri ke negara lain untuk mengelakkan hukuman dari Kerajaan
Manchu. Sentimen anti-Manchu semakin berleluasa akibat amalan rasuah atau
korupsi di kalangan pegawai-pegawai Manchu. Masyarakat Cina ditindas dengan
dikenakan kadar cukai yang tinggi.
Tambahan pula, Orang Cina
beranggapan Dinasti Manchu sebagai disnasti asing. Kebencian orang cina
terhadap permintaan Disnasti Manchu mendorong penghirahan mereka ke Tanah
Melayu termasuk Sandakan. Seterusnya, wujudnya suasana kepadatan penduduk yang
berlebihan di kawasan selatan Negara china.05Hal ini demikian, telah
menimbulkan masalah kekurangan makanan yang kebuluran. Ini juga menyebabkan
penduduk china datang ke Sandakan, sabah untuk mendapatkan pekerjaan demi
meneruskan hidup mereka.
Pada
keseluruhannya, kedatangan orang-orang cina di Sabah, Sandakan telah mewujudkan
atau membentuk satu susunan perubahan dari segi ekonomi, politik dan juga
sosial mereka. Sehubungan dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa orang-orang
cina telah menjadi salah satu kaum yang terdapat di Sabah, Sandakan yang juga
memainkan peranan penting dalam aspek politik, ekonomi dan juga social.
Perkembangan Adat
Perkahwinan Kaum Cina Di Sandakan, Sabah
Perkahwinan adalah salah satu system yang dimiliki
bersama masyarakat manusia. Dari zaman dahulu hingga sekarang, perkahwinan
adalah penting untuk sesiapa sahaja. Perkahwinan ialah kehormatan bagi ibu bapa
dengan saudara-mara. Perkahwinan ialah bunyi loceng kegembiraan dalam keluarga
yang baru. Perkahwinan adalah saksi intim kepada cinta sejati. Perkahwinan itu
ialah majlis yang membuka hubungan antara suami dan isteri di tempat awam. Perkahwinan
membolehkan pengantin berkenalan dengan semua saudara-mara, dan supaya
kedua-dua pengantin menyerap ke dalam bulatan kehidupan satu sama lain. Jadi,
hampir setiap kebudayaan masyarakat terdapat adat perkahwinan. Namun, negara
yang berbeza mempunyai adat perkahwinan yang berbeza.
Pada zaman dahulu, perkahwinan orang
cina, mempunyai berbeza dengan masa kini. Contohnya, dalam aspek pakaian,
makanan, upacara dan tempat. Tetapi terdapat juga adat yang tidak boleh diambil
ringgan seperti persediaan sebelum perkahwinan, iaitu melibatkan proses
merisik, meminang, bertunang, menghantar tanda dan memberikan mas perkahwinan,
memulangkan tanda daripada pihak pengantin perempuan, menyediakan bilik tidur
pengantin diikuti hantaran kahwin oleh ibu pengantin perempuan, acara menyikat
rambut, serta mengadakan jamuan di sebelah pengantin perempuan.
Oleh kerana kedudukan sosial lelaki lebih dihormati
berbanding dengan wanita, maka lamaran diadakan oleh pihak lelaki dengan aktif.
Ibu bapa pihak lelaki mahu isteri untuk mrnjadi anak mereka, jadi yang pertama
mereka akan mencari orang pengantara untuk mencadangkan perkahwinan kepada
pihak perempuan. Jika ibu bapa pihak wanita menerima perkahwinan ini, mereka
pun mula tanya nama dan lain-lain.
Seterusnya, mereka akan mengunakan nama dan tarikh
lahir kedua–dua pengantin untuk memilih tarikh perkahwinan kedua–dua pengantin
tersebut. Mereka akan mengunakan “Tiga buku enam
upacara” ialah sejenis adat perkahwinan tradisional China. “Tiga buah buku”
bermaksud buku digunakan dalam proses “Enam upacara”, meliputi surat tawaran,
buku tentang hantaran emas kahwin, buku tentang beristeri. "Enam
upacara" merujuk kepada ringkasan proses yang dari peminang hingga
perkahwinan keseluruhan. "Enam upacara" merujuk Na Cai (meminang),
Wen Ming (tanya nama, Na Ji (hantar hadiah), Na Zheng (menghantar hantaran emas
kahwin), Qing Qi (tetapkan hari perkahwinan) dan menyambut pengantin perempuan.
Upacara Adat
Perkahwinan Kaum Cina
Pada zaman kini, terdapat beberapa adat dan ritual
yang diamalkan oleh kaum cina di Malaysia sebelum mereka menjalankan upacara
prkahwinan antaranya ialah adat merisik. Adat merisik dilakukan untuk
mengetahui latar belakang keluarga pihak perempuan. Orang cina amat
mementingkan nama, maruah dan keturunan yang baik. Tujuan merisik keluarga bagi
pihak lelaki akan berkunjung ke rumah pihak perempuan. Kedua-dua belah pihak
biasanya berbincang dan mengenal satu sama lain tanpa kehadiran anak mereka. Sesetengah
orang cina pertemuan di restoran dengan saudara-mara yang lain. Tradisi makan
bersama-sama adalah penting untuk mengeratkan hunbungan kedua-dua pihak. Proses
merisik ini adalah langkah pertama untuk dan yang paling awal dalam proses
perkahwinan.44
Seterusnya, adalah adat meminang bagi kaum perempuan
yang mewakili keluarga pihak lelaki dipilih daripada kalangan emak saudaranya
sendiri atau saudara-mara yang lebih tua dan terdekat, biasanya akan berkunjung
ke rumah pengantin perempuan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Perbincangan pada kali iniadalah merangkumi jumlah mas kahwin, peruntukan meja
untuk jamuan makan, dan memilih hari yang paling sesuai untuk melangsungkan
majlis.44 Lalu wakil lelaki akan datang semula ke rumah pengantin
perempuan untuk rndapatkan jawapan. Tarikh lahir, iaitu lapan kata yang
yangmengandungi tarikh dan masa kelahiran pengantin diperoleh daripada pihak
perempuan bagi menentu hari perkahwinan yang sesuai mengikut amalan penilikan
dan kalender cina. Kunjungan kali ketiga perlu untuk memenuhi segala keperluan
pihak pengantin perempuan sekiranya masih gagal dicapai. Seterusnya, hari
pertunangan dilaksanakan menerusi pertukaran cincin antara pengantin lelaki
dengan perempuan. Kenduri dan jamuan makan diadakan dalam kalangan saudara-mara
terdekat kedua-dua belah pihak.
Satu atau dua minggu sebelum perkahwinan, pihak lelaki
akan menghantar tanda dan mas kahwin ke rumah pengantin perempuan pada tarikh
yang telah ditentukan.45 Berdasarkan amalan penilikan.Semua hantaran
ini perlu melalui fasa pemujaan kepada dewa dan nenek-moyang sebagai tanda pemberitahuan
dan penghormatan. Jenis barang yang diahantar mengikut dialek masing-masing.Berserta
dengan hantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan biasanya diberitahu
tentang tarikh perkahwinan, dengan rundingan lanjut diadakan bersama-sama pihak
peangantin perempuan. Mas kahwin merupakan tebusan dan bayaran ganti rugi
kepada keluarga pihak perempuan kerana telah bersusah-paya untuk
membesarkannya. Sekiranya, pihak pengantin perempuan bersetuju menagadakan
kenduri makan, wang tunai yang diberikan oleh pengantin lelaki akan digunakan
bagi tujuan tersebut.45
Begitu juga, proses memulangkan tanda daripada
keluarga pengantian perempuan.46 Proses ini ialah tanda persetujuan perkahwinan
antara pihak keluarga pengantin perempuan dan pihak lelaki. Saudara-mara
pengantin perempuan akan mewakili keluarga umtuk berkunjung ke rumah pengantin
lelaki bagi menghantar tanda. Penerimaan ini perlu melalui fasa pemujaan kepada
dewa dan nenek-moyang. Penghantaran tanda juga bergantung pada dialek
masing-masing. Penghantaran kad perkahwinan dan kek ke rumah saudara-mara akan
dilakukan oleh kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Kunjungan ke rumah
saudara-mara adalah untuk mengenalkan diri pengantin lelaki dan perempuan
kepada mereka agar terjalin hubungan yang mesra.
Ibu bapa akan menyediakan bilik tidur pengantin.46Orang
yang bernasib baik biasanya dipilihkan untuk mengalihkan sedikit katil dan
seterusnya akan meletakan angpau di sudut di keempat-empat bucu katil bagi
melambangkan tanda kekayaan dan kesejahteraan yang kekal. Budak lelaki akan
dibiarkan melompat-lompat di katil dengan gembira yang membawa maksud semoga
pasangan pengantin baru boleh melahirkan anak dengan cepat dan mempunyai zuriat
yang ramai. Buah kurma merah, kuaci, dua biji limau dan gula-gula diletakkan di
katil manakala pakaian pengantin lelaki dan perempuan akan digantungkan ke
dalam almari.46 Kertas merah yang menulis ‘xi’ (bermaksud kebahagaian
yang berkali-kali ganda) akan diletakkan di pintu almari, pintu bilik dan cermin.
Semua meja, kerusi, laci perlu dihiaskan dengan sebungkus mata wang yang bertulis
perkataan yuan, angpau, dan daun pinus yang melambang kemewahan dan kekayaan. Selepas
dihiaskan bilik tidur pengantin, lampu naga dan burung bidadari dinyalakan di
bilik selama tujuh hari.
Hantaran kahwin oleh pengantin perempuan, ibu
pengantin perempuan menyediakan barangan misalnya linen tempat tidur, baju
baru, satu set peralatan teh, sepasang gunting. Sepasang lampu naga dan burung
bidadari, cermin, payung merah dan banyak lagi.46 Setiap barangan
mempunyai maksud tertentu yang dingin disampaikan oleh ibu pengantin kepada
anak kesayangannya agar dapat hidup dengan bahagianya selepas berkahwin. Adat
menyikat rambut ini dilaksanakan,47dengan memilih seorang perempuan
yang bernasib baik pada malam sebelum perkahwinan untuk kedua-dua pihak
pengantin lelaki dan perumpuan di rumah masing-masing. Pengantin lelaki dan
perempuan perlu mandi dan bertukar baju dalam yang baru sebelum adat
dijalankan. Colok dibakar sebagai pemujaan kepada dewa dan nenek-moyang. Kedudukan
mereka adalah mengikut tradisi dialek, masing masing-masing.
Rambut mereka perlu disikat sebanyak tiga kali
menggunakan tiga set sikat. Setiap sikatan mempunyai maksud tertentu, iaitu
pertama bermaksud dari mula hingga ke akhir, kali kedua bermaksud memperoleh
keharmonian dari kini hingga ke tua, kali ketiga ialah bermaksud mempunyai anak
dan cucu yang ramai.47 Selepas selesai upacara tersebut pengantin lelaki
dan perempuan akan diberi makan semangkuk mi dan telur bersama dengan orang
yang bernasib baik. Sup manis yang merupakan ‘tang yuan’ bermaksud perjalinan
hubungan yang baik akan diberikan kepada saudara-mara.47
Jamuan di sebelah peangantin perempuan akan diadakan
sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan, pihak peangantin perempuan akan
mengadakan jamuan makan untuk saudara-mara di rumah pengantin perempuan.48
Pengantin lelaki juga turut akan hadir bersama-sama saudara terdekat mereka
untuk memperkenalkan pengantin lelaki kepada saudara pengantin perempuan. Jamuan
makan pengantin perempuan bukanlah suatu adat yang wajib ini bergantung kepada
pihak pengantin. Sebelum bertolak ke rumah peangantin perempuan, penyembahan
dewa dan nenek moyang ialah langkah pertama pada hari perkahwinan. Pengantin
lelaki akan menunduk tiga kali kepala kepada ibu bapa pengantin lalu bertolak
menuju ke rumah pengantin perempuan mengikut masa yang telah ditetapkan
menerusi penilikan.
Setiba di rumah pengantin perempuan, angpau akan
diberikan kepada anak buah pengantin perempuan yang membuka pintu kereta untuk
melakukan upacara pemujaan nenek-moyang. Orang tengah yang dikenali ‘sam poh’
akan memimpin menunjukkan pasangan baru dengan cara yang betul.48
Selepas selesai upacara, pasangan pengantin akan mempersembahkan teh kepada ibu
bapa dan saudara yang tertua pengantin perempuan. Upacara ini akan diikuti
dengan pangkat keluarga yang lebih tua. Sementara menanti kedatangan pengantin
perempuan ke rumah penganti lelaki satu jamuan kecil akan diadakan untuk
saudara-mara, sahabat di halaman rumah.
Rumah lelaki turut akan dihias dengan cantik. Semua
langsir dan kusyen dan perabot adalah warna merah. Segala perjalanan semasa ke
rumah pengantin lelaki harus lancar tidak boleh bertembung dengan kereta mayat.49
Setelah pengantin perempuan telah sampai di rumah pengantin lelaki secara
tidak langsung akan menjadi keluarga tersebut. Selepas itu, pasangan pengantin
perlu menyembah dan menjamu teh kepada nenek-moyang. Seterusnya, sampai giliran
ibu bapa pengantin menghidang teh kepada ibu bapa pengantin, mengikut kedudukan
pangkat dan kedudukan dalam keluarga. Kemudian pengantin akan dibawa ke bilik
untuk beristirahat.
Seterusnya, majlis jamuan makan akan diadakan.49 Pengantin
perempuan diperkenalkan kepada para tetamu. Pasangan pengantin digalakkan
bergaul dengan tetamu secara berjalan dari meja dan menguk arak bersama dengan
tetamu perkataan kantonise ‘yam sing’. Lazimnya majlis makan perkahwinan di
halaman rumah tetapi kini mereka lebih gemar mengadakan jamuan di restoran
ataupun hotel pada masa kini.
Kepentingan Adat
Perkahwinan Kaum Cina
Setiap kaum akan mengadakan perkahwinan termasuk kaum
cina tetapi terdapat berbezaan semasa proses perkahwinan. Oleh itu, melalui perkahwinan
kaum cina dapat mengembangkan dan meneruskan keturunan dan zuriat. Kaum cina
amat memandang berat dengan kelahiran keturunan mereka. Mereka lebih suka
melahirkan anak lelaki berbanding dengan anak perempuan kerana anak lelaki
dapat menyambungkan keturunan dan zuriat dari nenek moyang mereka. Selain itu,
perkahwinan juga merupakan titik penolakan seseorang. Hal ini demikian, apabila
seseorang telah khawin kehidupan mereka akan wujud sikap bertanggungjawab
terhadap keluarga mereka.
Selain itu, kepentingan adat perkahwinan ialah dapat
mengeratkan hubungan keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Apabila
jamuan perkahwinan ini diadakan saudara-mara pengantin lelaki dan pengantin
perempuan mereka dapat berbincang tentang masa depan kedua-dua pihak pengantin
dan dapat mengenali keluarga mereka antara satu sama lain. Ini Secara tidak
langsung, dapat mengeratkan tali persaudaraan antara pengantin lelaki dan
pengantin perempuan serta dapat memahami segala asal-usul dan latar belakang
kedua-dua pihak keluarga.
Disamping itu, melalui perkahwinan juga dapat
mengekalkan adat tradisi keluarga yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang
mereka kepada generasi yang akan datang supaya adat tradisi tidak akan terpupus
dan dapat dikekalkan hingga ke akhir zaman. Contohnya, apabila semua masyarakat
cina mengamalkan adat perkahwinan, secara tidak langsung generasi yang akan
datang dapat mewarisi adat yang telah ditetapkan. Contohnya, amalan
menghidangkan teh dapat dikekalkan.
Seterusnya, kepentingan adat perkahwinan ialah dapat
mengelakan daripada berlakunya gejala sosial yang tidak baik seperti berlaku
berzina sebelum berkahwin. Masyarakat cina amat mementingkan maruah, nama dan
latar belakang seseorang pasangan anak mereka tidak kira pengantin lelaki
ataupun pengantin perempuan. Jika seseorang tersebut melakukan perbuatan yang
telah merosakan nama dan maruah ibu bapa keluarga pasangan tersebut akan tidak
suka dengan pengantin tersebut.
Begitu juga, melalui perkahwinan dapat mengeratkan
hubungan yang kekal antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah
perkahwinan pasangan tersebut telah diadakan, hubungan mereka akan bertambah
erat kerana mereka hidup di rumah yang sama dan dapat mengekalkan cara hidup
dan adat hidup msayarakat mereka bersama-sama meraka turut dapat lebih memahami
adat keluarga mereka.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya,
kedatangan kaum Cina ke Sandakan, Sabah telah menjadi bangsa kedua terbesar di
Malaysia iaitu orang yang bangsa Cina. Orang Cina adalah penghijrah Orang Cina
luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan
mereka ialah keturunan pendatang dari china yang tiba di Malaysia sekitar abad
ke–15 hingga pertangahan abad ke–20. Kedatangan tersebut telah menyebabkan kita
sebagai rakyat Malaysia mengenali adat resam dan perkahwinan pelbagai kaum.
Perkahwinan
bagi kaum cina bukan sekadar menghalalkan hubungan kelamin antara lelaki dengan
perempuan, tetapi juga untuk meneruskan keturunan keluarga dan keutuhan system
kemasyarakatan. Perkahwinan yang dijalankan di Sandakan, Sabah masih
mengamalkan adat yang telah ditinggalkan oleh nenek-moyang mereka kecuali
penggunaan tandu pada masa dahulu diganti dengan pengguanaan kenderaan seperti
kereta yang disebabkan oleh zaman yang berteknologi tinggi dan kawasan tidak
sesuai.
Bibliografi
Nurul ‘ izzah misni,
siri adat dan budaya kaum utama cina. Good will publications no. 221, jalandato
muda linggi 70100seremban, negeri sembilan, dicetak di malysia oleh universe
colour printing.
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi & cheah Ding Ding,
kepincangan perumahan malaysia: Adat Dan Ritual Kaum Cina, universiti teknologi
malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia, diterbitkan
penerbit UTM press.44
Gun Tan, Adat perkahwinan tradisi kaum cina,
http://gsbgt.blogspot.my/2013/09 /adat perkahwinan- tradisional-masyarakat.html
lim chung wei, Adat perkahwinan kaum cina, http://lamancikgubahri.blogspot.my/2014/04/adat-perkahwinan-kaum-cina.html
Adat dalam masyarakat malaysia dan kepentingannya, https: //zanas.wordpress.com/ pembinaan-bangsa- dan- negara-malaysia-yang-berdaulat/ adat-dalam- masyarakat-malaysia-dan-kepentinganya
Zakiah hanum, tradisi dan budaya, 8238 jalan 222,46100 petaling jaya selangor, malaysia, dicetak oleh kim hup lee printing copte ltd.
Sumber Primer
Tai Nyuk Lian, Chan Hing Khau dan Chong Ken Fah - Penduduk Cina Sandakan, Sabah
Sejarah perkembangan ekonomi kaum cina di Batu 8
Sandakan, Sabah pada tahun 2001 hingga 2005.
Pengenalan
Sejak zaman awal masihi lagi orang-orang Cina telah
pun mempunyai hubungan dengan penduduk Asia Tenggara. Perhubungan ini lebih
merupakan perhubungan bercorak diplomatik. Berhubungan dengan ini, kebanyakan
Maharaja-maharaja Cina telah menghantar utusan mereka ke Asia Tenggara
serta Pulau Borneo (Sabah) .
Ini secara langsung telah dapat mengeratkan hubungan negara China dengan
penduduk Asia Tenggara. Tujuan Maharaja China menghantar utusan ke Pulau Borneo
ialah menjalinkan hubungan diplomatik. Namun demikian hubungan diplomatik
tersebut telah membawa penarikan kepada penghijrahan orang Cina ke rantau ini
secara beramai-ramai. Kehadiran orang-orang Cina pada awal masihi dapat dikesan
melalui sumber-sumber arkeologi yang ditemui. Misalnya terdapat beberapa tempat
perkuburan di sekitar sungai Kinabatangan, Batu Puteh, Sungai Segama dan Sungai
Lakun telah menjumpai sisa tembikar dan tempayan hijau dan coklat ketika di
zaman Ming dan Ching. Penubuhan Syarikat Berpiagam pada tahun 1881 telah
menggalakkan imigrasi orang-orang Hakka ke Sabah secara beramai-ramai. Kesan
daripada kemasukan orang-orang Hakka ini telah membawa kepada perkembangan
politik, budaya dan sosial kaum Hakka di Sabah sehinggalah ke hari ini.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan orang cina
berhijrah dari negara asal mereka, antara sebabnya ialah keadaan huru-hara di
bawah kerajaan Manchu. Kekejaman, pembunuhan dan kekejaman sering terjadi dan
tidak terkawal. Malapetaka seperti banjir dan taufan kerap melanda kawasan
pertanian menyebabkan kesukaran kepada petani. Mereka datang ke Tanah Melayu
dan melibatkan diri dengan penanaman getah di ladang-ladang getah. Selain itu,
orang cina juga melibatkan diri dengan pembalakan apabila orang Inggeris
mengambil kesempatan terhadap tenaga mereka. Mereka belajar daripada kesusahan
dan berjaya mendominasikan bidang perniagaan yang diwarisi sehingga hari ini. 1
Kegiatan
ekonomi dan kaum Cina di Sandakan
Kegiatan ekonomi dan aktiviti-aktiviti
utama kaum Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah ialah masyarakat Cina di Batu 8,
Sandakan, Sabah telah mendominasi
ekonomi di kawasan Batu 8, Sandakan dengan lebih 90% kedai komersial dimiliki
oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha
perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Contoh perniagaan
yang diceburi oleh kaum cina di Batu 8, Sandakan, Sabah ialah peruncitan,
pasaraya, restoran, kedai alat telekomunikasi, bengkel dan menjual sayur-sayuran
di pasar . Masyarakat Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah melibatkan diri dalam
semua jenis perniagaan di sektor swasta. Selain perniagaan, orang-orang Cina di
Batu 8, Sandakan, Sabah yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang
paling aktif di Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan. Hanya sedikit
sahaja minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orang-orang
Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan
biasanya merupakan ahli politik serta guru-guru sekolah.
Peruncitan ialah penjualan barang atau dagangan dari sesuatu tempat
tetap atau menerusi pos, dalam kumpulan atau longgok
yang kecil untuk penggunaan pembeli. Tempat tetap
boleh merupakan kedai serbaneka, butik, atau gerai, dengan tempat tetap itu boleh terletak di tepi
jalan kawasan
kediaman, di jalan membeli-belah yang tidak mempunyai banyak atau langsung tidak
mempunyai rumah kediaman yang berhampiran, atau kawasan
membeli-belah.Jalan membeli-belah kekadang hanya mengkhususkan
pelanggan pejalan
kaki. Jalan jenis itu kekadang menyediakan bumbung penuh atau bumbung
sebahagian untuk melindungi pelanggannya daripada curahan hujan. Peruncitan dalam talian, sejenis perdagangan
elektronik yang digunakan untuk urus niaga perniagaan
ke pengguna, dan pesanan
pos merupakan bentuk peruncitan tanpa kedai. Peruncit merupakan
akhir rantaian
bekalan, dengan perkhidmatan yang disediakan kekadang merangkumi perkhidmatan
sampingan seperti penghantaran.
Dalam bidang perdagangan, "peruncit" membeli
barang atau produk dalam jumlah yang besar
daripada pengilang atau pengimport, baik secara langsung atau
melalui pemborong, lalu menjualnya pada jumlah
yang lebih kecil kepada pengguna
akhir. Para pemasar perkilangan melihat proses peruncitan sebagai
sebahagian yang penting dalam keseluruhan strategi pengedaran mereka. Istilah
"peruncit" juga merangkumi pembekal perkhidmatan yang melayani
keperluan sebilangan individu yang besar, misalnya utiliti
awam seperti kuasa
elektrik.Pembeli boleh merupakan perorangan atau perniagaan. Membeli-belah umumnya merujuk kepada
perbuatan membeli barang. Ia kekadang dilakukan untuk memperoleh barang
keperluan seperti makanan dan pakaian. Sebaliknya, membeli-belah kekadang juga dilakukan
sebagai kegiatan rekreasi. Membeli-belah rekreasi seringnya melibatkan
tengok-tengok barang di kedai yang tidak selalu menyebabkan pembelian.2
Selain itu, Kedai makan atau
restoran ialah sebuah pertubuhan yang menghidangkan makanan dan minuman telah disiap untuk dipesan, dan dimakan (atau minum) di premis.
Istilah ini meliputi kepelbagaian tempat dan kelainan cara masakan.Kedai makan
kadangkala merupakan ciri kompleks yang lebih besar, biasanya seperti hotel, di mana kemudahan makan disediakan untuk
kemudahan pelanggan serta untuk pihak hotel memaksimumkan pendapatan berpotensi
mereka. Kedai makan ini juga dibuka kepada bukan penginap.Pengendali kedai
makan dikenali sebagai seorang restauranteur; perkataan yang asalnya dari
kata kerja bahasa Perancis restaurer.3
Seterusnya, Pasar raya ialah sejenis kedai layan diri serbaneka yang menawarkan beraneka
produkmakanan dan keperluan rumah.
Pasar raya lazimnya lebih besar dan banyak pilihannya berbanding kedai runcit dan lebih kecil
berbanding pasar raya
besar.Pasar raya biasanya merangkumi bahagian daging, hasil tani, tenusu, dan makanan bakar bersama
dengan ruangan rak yang dimaksudkan untuk barangan bertin dan berbungkus serta
juga untuk pelbagai barangan bukan makanan seperti pembersih rumah, produk
farmasi dan bekalan haiwan. Kebanyakan pasar raya juga menjual pelbagai keperluan
rumah lain yang kerap diguna, seperti alkohol (di mana penggunaan dibenarkan), produk
pembersihan rumah, ubat dan pakaian. Pasar raya biasanya mengambil ruang lantai yang
besar di satu aras dan didirikan berdekatan kawasan perumahan agar memudahkan
para pengguna. Tarikan asasnya ialah adanya aneka pilihan yang banyak di bawah
satu bumbung pada harga yang agak rendah.
Kelebihan-kelebihan lain termasuk kemudahan letak kereta dan kemudahan
waktu perniagaan sehingga malam. Pasar raya biasanya berbelanja besar untuk
pengiklanan dalam akhbar atau media lain dan sering membentangkan paparan dalam
gedung yang jelas untuk produk-produknya. Lazimnya, pasar raya juga
sebahagian kedai
rantaian yang memiliki atau mengawal pasar raya lain (kadang-kala di
bawah francais) yang terletak di bandar yang
sama atau berlainan; ini meningkatkan peluang mencapai ekonomi
bidangan.Pasar raya biasanya menawarkan produk, pada harga rendah agar
mengurangkan margin. Produk-produk tertentu
(biasanya makanan ruji seperti roti, susu dan gula) sering dijual sebagai loss
leader, iaitu bermargin negatif. Untuk memastikan keuntungan, pasar raya cuba menutup
margin rendah dengan jumlah hasil jualan keseluruhan yang tinggi, dan jualan
barangan bermargin tinggi. Pelanggan biasanya membeli-belah dengan meletakkan
barangan mereka ke dalam troli atau bakul lalu membayar
untuk pembelian barangan di kaunter
penyemakan. Kini, sebilangan besar rantaian pasar raya cuba mengurangkan lagi kos
pekerja dengan beralih ke mesin penyemakan layan diri, di mana sekelompok mesin
digunakan di bawah pemerhatian seorang pembantu. Pasar raya perkhidmatan penuh
lebih besar yang digabungkan dengan gedung serbaneka kadang-kala dikenali
sebagai pasar raya
besar.
Antara pasar raya yang terdapat di Batu 8 ialah Servay, One Stop, dan
Simeca. Jenis-jenis perniagaan seperti peruncitan, restoran dan
pasar raya merupakan milik kaum Cina yang ada di Batu 8, Sandakan. Bentuk-bentuk
perniagaan ini merupakan aktiviti dan kegiatan ekonomi utama kaum Cina sehingga
mereka mampu berjaya pada hari ini .4
Usaha-usaha dan strategi-strategi kaum Cina dalam bidang ekonomi
Sejarah yang
dilalui oleh orang cina penuh dengan seribu liku, ini menjadikan mereka
kuat. Mereka tahu apabila mereka berada di bumi asing mereka harus
berkerja keras untuk hidup dan tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu
mereka. Sebab itu kebanyakan pendatang berjaya di dalam
perniagaan. Orang-orang Indonesia dari keturunan jawa berjaya
dengan sektor pembinaan, dari kaum Aceh dengan peruncitan, Bangladesh juga
sekarang sudah banyak membuat empayar perniagaan mereka.Orang-orang cina dahulu
duduk di bandar-bandar perlombongan, melayu kampung-kampung dan India
estate. Sebab itu kaum Cina terpaksa berniaga disebabkan mereka tiada
sumber lain untuk dilakukan di dalam komuniti mereka.Perniagaan orang cina
tidak banyak formaliti dan karenah birokrasi. Mereka menjadikan urusan
busines mereka semudah mungkin.Peniaga orang cina tidak statik dan mereka
sentiasa berpandangan jauh sebab itu perniagaan orang cina ada pembaharuan
setiap masa. Terdapat pelbagai usaha dan strategi kaum cina sehingga
mereka berjaya dalam bidang perniagaan.
Yang
pertama menurut pendapat kaum cina di batu 8 pada tahun 2001 hingga 2005, usaha
yang membolehkan mereka berjaya ialah jika kita ingin berjaya daripada orang
lain kita mesti lebih rajin daripada kaum lain. Persepsi orang Cina terhadap
perniagaan juga adalah positif. Selain itu, orang cina di Batu 8 juga
beranggapan bahawa dunia perniagaan merupakan dunia yang menjanjikan kemewahan
dan kesenangan. Bagi kaum Cina yang mengikuti ajaran confusius, ajaran tersebut
telah memberi nafas baru dan ditafsirkan semula agar dapat memberi pencetus
kepada orang cina agar melibatkan diri dengan perniagaan. Bisnes boleh
dijadikan hobi tetapi bukan mengisi masa lapang. Ramai orang yang melibatkan
diri dengan perniagaan tetapi gagal kerana disebabkan oleh sikap hangat-hangat
tahi ayam mereka. 5
Keuntungan
yang diperolehi oleh orang cina tidak digunakan tetapi dipusingkan untuk
menjadikan modal perniagaan, tetapi terdapat sesetengah orang yang terus
menggunakannya sehingga mereka gagal dalam perniagaan.Konsep berniaga orang
Cina juga berbeza daripada orang lain. Konsep berniaga orang cina lebih kepada
simbiosis dan setiap peniaga saling melengkapi antara satu sama yang lain.
Orang cina berniaga mereka tidak tamak dan mereka akan “makan sama-sama”. Orang
Cina tidak suka berniaga bermusim seperti musim perayaan sahaja. Ini akan
membantutkan usaha mereka berterusan dan kecairan modal yang berterusan.
Orang
cina juga jarang mengeluh di hadapan pelanggan jika mengalami tekanan. Mereka
sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi menunjukkan keyakinan mereka. Peniaga
Cina juga mengetahui bahawa tawar-menawar itu akan mengurangkan keuntungan
tetapi kepuasan pelanggan lebih diutamakan. Prinsip bisnes orang cina juga
berbeza dengan kaum lain, orang cina boleh berniaga di mana-mana sahaja
termasuk kampong melayu tetapi orang melayu belum tentu boleh berniaga di
tempat mereka. Orang cina tidak akan melepaskan peluang dan berani mengambil
risiko. Hal inilah yang menyebabkan mereka berjaya dalam perniagaan.
Selain itu, budaya bisnes orang cina di batu 8
juga membuatkan mereka berjaya hingga ke hari ini. Orang cina sanggup kerja
lebih masa daripada kaum lain. Orang cina apabila melakukan sesuatu perkara
mereka akan melakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukannya hangat-hangat tahi
ayam. Orang cina di Batu 8 juga berpendapat bahawa kegagalan pertama pemberi
semangat, kegagalan kedua memberi pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji
kecekalan dan ketabahan mereka. Orang cina juga mempunyai matlamat sebelum
memulakan sesuatu dan budaya orang cina lebih menekankan “siapa cepat dia
dapat”. Selain itu, sistem bisnes orang cina merupakan usaha mereka untuk maju
dalam perniagaan. Sebagai contoh, orang cina tidak suka memberi tekanan kepada
pelanggan dan membiarkan mereka memilih. Mereka juga percaya apabila terdapat
pelanggan baru, pelanggan tersebut harus diberi potongan.
Seni bisnes orang Cina juga orang Cina percaya
bahawa dunia perniagaan penuh dengan cabaran dan mereka sudah bersedia dengan
seni “lingfu” untuk menangkisnya. Seni perniagaan sungguh halus dan orang Cina
percaya bahawa dengan teori sahaja tidak cukup untuk mereka dan pengalamanlah
yang mematangkan mereka. Orang Cina juga turut menganggap bahawa pelanggan
merupakan sahabat atau saudara dan perlu dilayan dengan baik. Amalan bisnes
orang cina juga menjadikan mereka maju dalam bidang perniagaan. Orang cina
berpendapat bahawa tanpa rugi tiadanya untung dan apabila mereka membuka
perniagaan sendiri, orang cina akan mengambil ahli keluarga sendiri bagi
mengekalkan kepercayaan mereka. Orang cina yang mengambil pekerja juga akan
menjaga pekerjanya dengan baik dan orang cina akan rasa rendah diri apabila
makan gaji dengan orang lain kerana bagi mereka makan gaji tidak menjadikan
diri mereka kaya.
Orang cina juga gemar menyimpan wang dan tidak
boros. Hal inilah yang menyebabkan masyarakat cina di Batu 8, menjadi
maju.Usaha dan strategi seterusnya ialah, melalui etika bisnes orang Cina.
Orang cina mempunyai sikap terpuji dalam berniaga, mereka sama sekali melarang
taktik kotor. Orang cina dilarang mengganggu perniagaan orang lain dan
memburukkan orang lain. Namun, persaingan dibenarkan mengikut etika persaingan
yang sebenarnya. Tawar-menawar digalakkan agar hubungan antara peniaga dan
pelanggan menjadi baik. Bagi orang cina di Batu 8 juga, petua bisnes orang cina
ialah mudah dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet. Peniaga cina juga
sanggup untuk mengeluarkan wang untuk memikat hati pelanggan dan mereka
sentiasa menjaga pelanggan. Bagi masyarakat Cina juga, orang cina yang bekerja
makan gaji kurang dihormati dan yang bekerja tinggi akan dihormati dan orang
Cina masih boleh hidup di negara mundur seperti Kenya. Orang cina juga
mempunyai kemahiran berniaga iaitu dalam aktiviti perniagaan mereka tidak suka
memberi alasan. Mereka akan berusaha menjauhkan sebarang alasan dan menjauhkan
pelanggan yang menyusahkan mereka. 6
Usaha
yang turut menyebabkan kaum ini berjaya ialah sesekali mereka melangkah mereka
tidak akan berundur kerana tiada ruang untuk mereka berundur. Orang cina juga
percaya bahawa nasib boleh diubah. Sial dan malang boleh digantikan dengan
nasib baik. Oleh sebab itu, orang cina rajin membuang sial. Pemikiran orang
cina tentang cara berniaga sangat unik. Bagi orang cina masalah adalah batu
loncatan bukan batu penghalang untuk berjaya dan orang cina turut berpendapat
bahawa berniaga tidak semestinya cerdik dan otak geliga tetapi yang paling
penting adalah keberanian untuk menghadapi segala cabaran. Pemikiran yang
dinamik penting kerana ia dapat melihat satu pandangan yang jauh dan bukan
hanya dipersekitarannya.
Selain
itu, adat bisnes orang cina juga ialah semakin banyak angpau yang diberikan
semakin banyak keuntungan yang masuk dan orang cina akan membayar hutang 3 hari
sebelum perayaan. Orang cina tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak baik
apabila memulakan sesuatu perniagaan. Kebiasaannya, apabila perayaan khususnya
Tahun Baru Cina, terdapat tarian singa-singa yang ditarikan di premis
perniagaan. Itu termasuklah usaha kaum cina untuk mengembangkan perniagaan
mereka, hal ini demikian kerana mereka mempercayai bahawa tarian cina akan
membawa tuah dan rezeki dan upacara itu harus dilakukan pada waktu tengah hari
atau petang dan bukannya pada waktu malam. Ketika sesuatu perniagaan dibuka, ia
tidak boleh bertembung dengan kematian kerana ia akan memberikan alamat yang
tidak baik sebab itu dikedai orang cina terdapat cermin besar yang dopercayai
boleh menghalau roh jahat.
Lokasi
premis orang cina haruslah strategik dan mudah dikunjungi oleh orang ramai.
Warna turut memainkan peranan dalam perniagaan orang cina. Orang cina suka
mengenakan warna yang terang dalam premis perniagaan mereka agar mudah dilihat
oleh orang ramai. Orang cina juga akan menukar strategi dari semasa ke semasa ,
mereka akan menukar strategi yang tidak baik ke yang lebih baik. Orang yang
mempunyai strategi biasanya orang yang berani menghadapi segala risiko. Orang
cina memerlukan jaringan yang kuat bagi menyokong asas niaganya. Jaringan yang
kuat ke atas asas peruncitan akan sukar digugat kerana kemantapannya. Dan orang
cina jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu
membantu dan mengambil barangan dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan
yang diminta oleh pelanggan kehabisan stok.
Orang
cina juga beranggapan bahawa tidak ada yang boleh memotivasikan orang cina
selain menjadi bos kepada diri sendiri. Orang cina di Batu 8 juga berpendapat
bahawa jika hendak mencari rakan kongsi dalam perniagaan carilah orang yang betul-betu
boleh dipercayai dan rakan rapat belum pasti menjadi orang yang setia dan tidak
mengkhianati rakan. Selain itu, usaha orang cina untuk memajukan diri dalam
ekonomi juga ialah sering memberi derma kerana mereka berpendapat bahawa
semakin banyak derma yang diberikan semakin banyak untung yang diperolehi.
Strategi orang cina yang patut dicontohi oleh
semua kaum ialah kesusahan, kepayahan dan keperitan tidak pernah melemahkan
semangat untuk mereka berniaga dan mencapai keuntungan dan paling penting
adalah mereka pandai berniaga bukan disebabkan kerana mereka lahir sebagai
orang cina. Namun yang paling penting didalam banyak-banyak strategi dan usaha
yang dikemukakan ialah sikap tidak berputus asa patut wujud dalam setiap diri orang
yang ingin menceburi diri dalam bidang perniagaan.7
Kejayaan
dan sumbangan Kaum Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah.
Orang Cina di Batu 8 berjaya dan memperolehi kejayaan
kerana mereka percaya walaupun mereka menghadapi banyak cabaran, mereka akan
menghadapi cabaran tersebut dengan sabar dan tabah. Mereka berpendapat,
kesabaran itu amat pahit tetapi mengeluarkan buah yang amat manis. Orang cina
akan tetap bangun walaupun terkadang mereka jatuh. Dan yang paling penting,
orang cina tidak mengejar populariti, walaupun mereka mengerjakan sesuatu yang
hina, mereka tetap akan mengerjakan jika ia memberi pulangan yang baik kepada
mereka.
Antara kejayaan yang diperolehi oleh kaum Cina di Batu 8,
Sandakan, Sabah ialah mereka berjaya menjadi kaum terkaya di Batu 8. Dengan
peluang yang ada, mereka membuka perniagaan sendiri, kerana prinsip mereka
mereka akan membuka premis perniagaan di mana-mana kerana dengan aktiviti
perniagaan menjanjikan kesenangan dan kemewahan kepada mereka. Orang cina di
Batu 8 juga bijak mengambil peluang perniagaan di kawasan tersebut. Oleh sebab
itu, mereka menjadi kaum terkaya di Batu 8 kerana sikap yang diamalkan oleh
mereka. Mereka turut berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan melalui
kejayaan yang diperolehi mereka mengetahui bahawa masyarakat cina di kawasan
Batu 8 maju dalam bidang ekonomi dan tidak tertinggal.
Selain itu, masyarakat cina di Batu 8 majoritinya
mempunyai taraf hidup yang tinggi. Mereka berkemampuan membeli barang yang
mewah. Sebagai contoh, kereta, rumah, dan banyak lagi barangan yang mewah.
Mereka berkemampuan seperti itu kerana kebanyakkannya mereka terlibat dengan
aktiviti perniagaan yang menjanjikan keuntungan. Untuk memperolehi kejayaan
seperti itu tidak mudah, mereka harus mempunyai sikap tidak mudah mengalah dan
sentiasa berusaha untuk memajukan diri mereka. Dengan taraf hidup yang tinggi
mereka mampu untuk menampung kehidupan mereka dan keluarga mereka. Mereka akan
mendapat barang yang diingini oleh mereka dengan mudah. Oleh itu, tidak
hairanlah jika ramai orang cina disekeliling kita berkereta mewah dan jarang
hidup dalam kesusahan ataupun kesulitan.
Disamping itu, orang Cina turut menjadi sumber rujukan
kaum lain kerana mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam
terutama sekali hal yang berkaitan dengan perniagaan. Banyak kaum di sekitar
Batu 8, mejadikan orang cina sebagai contoh dan sumber rujukan mereka. Bukan
orang cina di Batu 8 sahaja, malah orang cina di seluruh Malaysia turut menjadi
contoh kepada kaum lain. Orang Cina dijadikan contoh juga kerana sikap mereka
yang sememangnya berilmu dalam bidang ekonomi khususnya perniagaan. Orang cina
di Batu 8, merasa bahawa mereka maju disebabkan oleh usaha dan strategi yang
dibuat oleh mereka. Oleh sebab itu, mereka menjadi contoh kepada masyarakat
kaum lain.
Seterusnya. Orang cina juga gemar menyimpan wang dan
tidak boros dalam berbelanja. Mereka sentiasa menyimpan wang. Oleh sebab itu,
mereka merupakan kaum yang terbanyak menyimpan wang didalam bank. Ini juga
merupakan kejayaan yang dikecapi oleh mereka. Mereka berjimat cermat kerana
mereka tahu bahawa masalah yang melibatkan kewangan akan datang bila-bila masa
sahaja, sebagai langkah berjaga-jaga mereka akan menyimpan wang untuk tujuan
kecemasan dan juga untuk tujuan masa hadapan. Mereka tidak sesekali membuang
duit tanpa tujuan kerana mereka tahu bahawa mencari wang bukannya mudah dan
mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran sebelum memperolehi wang.
Kejayaan kaum cina juga ialah kaum cina mempunyai
pendapatan rumah tangga tertinggi berbanding tiga etnik yang lain iaitu, Melayu
dan India. Oleh kerana mereka percaya bahawa melibatkan diri dengan aktiviti
perniagaan menjanjikan kesenangan dan kewewahan mereka memperolehi pendapatan
tertinggi berbanding kaum-kaum lain di negara ini. Mereka tahu jalan yang mana
harus mereka pilih agar pendapatan yang diperolehi lebih daripada orang lain.
Ini merupakan kebijaksanaan orang cina yang tidak dimiliki oleh bangsa-bangsa
lain di negara ini.
Selain itu,
kejayaan kaum cina di negara ini khususnya di Batu 8 ialah mereka berjaya
mendominasikan aktiviti perniagaan. Kebanyakannya, penduduk di Batu 8 terlibat
dengan perniagaan. Mereka terlibat dengan perniagaan sama ada dalam perniagaan
runcit, borong, pasaraya, restoran dan sebagainya. Mereka merupakan kaum utama
yang mendominasikan aktiviti perniagaan berbanding dengan kaum-kaum lain.
Mereka sememangnya berminat dengan aktiviti perniagaan sehingga mereka
memperolehi kejayaan iaitu mendominasikan aktiviti perniagaan di Batu 8 berbanding
dengan kaum-kaum lain.8
Sumbangan
kaum Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah.
Dalam mencapai kejayaan, orang cina turut memberi
sumbangan kepada masyarakat disekelilingnya dan juga kepada negara. Sumbangan
kaum cina dalam bidang ekonomi amnya kepada negara ini ialah terhadap
pembangunan negara secara menyeluruh. Sebagai contoh menerusi komuniti peniaga
golongan tersebut bukan sahaja menawarkan kuasa beli yang hebat malah membuka
menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat, khususnya di Batu 8 selain menjana
aktiviti ekonomi. Ekonomi di negara ini tidak akan maju tanpa penglibatan kaum
Cina dalam aktiviti perniagaan. Selain itu, kaum Cina juga merupakan kaum yang
terkenal dalam bidang keusahawanan, daya adaptasi dan dorongan kuat untuk
memajukan diri mereka seterusnya memajukan bangsa mereka di negara ini.
Perdana Menteri
turut mengakui dengan kehebatan orang cina dalam aktiviti perniagaan dan
ekonomi negara turut menjadi suram tanpa kaum cina yang melibatkan diri dengan
perniagaan. Orang-orang cina yang hidup di tujuh benua akhirnya berjaya menjadi
pengusaha-pengusaha yang berjaya, professional, pegawai-pegawai awam dan ahli
akedemik di negara masing-masing. Selain itu, orang cina di Malaysia merupakan
contoh terbaik. Kaum cina telah membentuk tulang belakang ekonomi negara
melalui perusahaan-perusahaan kecil dan menengah seperti yang dilakukan oleh
majoriti penduduk kaum Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah. Dan di Malaysia amnya,
syarikat-syarikat yang terkemuka dan berjaya pada hari ini adalah dimiliki oleh
kaum Cina. Sememangnya, sumbangan ekonomi oleh kaum cina di negara ini
diiktiraf oleh kerajaan dan juga negara.
Selain itu, sumbangan kaum cina kepada masyarakat yang
tinggal di Batu 8, khususnya telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat. Hal ini demikian kerana, penglibatan orang Cina dalam perniagaan
memerlukan tenaga kerja bagi menjayakan aktiviti perniagaan mereka. Mereka
tidak mampu untuk mengurus sendiri aktiviti mereka. Oleh sebab itu, mereka
mengalu-alukan orang ramai bekerja dengan mereka. Mereka akan membayar gaji
pekerja dan hal ini akan membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat
sekelilingnya. Apabila masyarakat cina menawarkan peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat, secara tidak langsung kaum cina telah mengurangkan kadar
pengangguran negara ini seterusnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.
Apabila ramai orang yang sudah bekerja, hal ini akan mengurangkan masalah
social dan jenayah dalam masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat yang tidak
bekerja sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menampung kehidupan mereka. Contohnya,
mereka boleh merompak, meragut, memeras
ugut, dan membunuh. Hal ini dilakukan agar mereka memperolehi pendapatan
untuk meneruskan kehidupan mereka kerana apabila tiada peluang pekerjaan yang
diwujudkan, masyarakat tidak dapat hidup. Dengan penglibatan kaum cina dalam
bidang perniagaan, peluang pekerjaan yang luas dapat diwujudkan. Masyarakat
akan memperolehi pekerjaan seterusnya dapat menampung kehidupan mereka. Oleh
itu, sudah terbukti bahawa dengan penglibatan kaum Cina dalam bidang ekonomi,
ia boleh mengurangkan masalah social dan jenayah kepada penduduk khususnya
penduduk Batu 8, Sandakan, Sabah.9
Seterusnya, kaum
cina juga turut menyumbang kepada pendapatan negara. Hal ini demikian kerana,
kaum cina membuka perniagaan sendiri dan akan membayar cukai kepada kerajaan.
Hasil daripada cukai yang dibayar mereka turut menyumbang kepada peningkatan
ekonomi negara. Kaum cina merupakan kaum yang membayar cukai tertinggi
berbanding kaum lain di negara ini. Penglibatan kaum cina dalam bidang
perniagaan turut memajukan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana, cukai
merupakan pendapatan utama negara dan tanpa cukai ekonomi negara tidak akan
membangun. Semua pihak harus menyedari bahawa penglibatan orang cina akan
memajukan negara kerana sumbangan terbesarnya dalam hasil-hasil cukai.
Selain itu,
sumbangan kaum cina khususnya kaum cina di batu 8, Sandakan ialah menarik
pelancong dari dalam dan luar negara datang ke negara ini. Hal ini demikian
kerana, pelancong dari luar negara khususnya menyukai kepelbagaian dalam
perniagaan dan inginkan kemajuan. Mereka akan melancong ke negara yang
membangun dan maju dari aspek ekonomi Orang yang melancong juga tidak suka
melancong ke negara yang tidak aman, tidak mempunyai kepelbagaian dan mundur
dari aspek ekonomi. Oleh itu, dengan kepelbagaian yang diwujudkan oleh kaum
cina di Batu 8, Sandakan, Sabah, ia mampu menarik perhatian pelancong dari
dalam dan luar negara untuk datang melancong ke negeri Sabah khususnya. Orang
cina akan berniaga bermacam-macam jenis barang dan peralatan. Dengan perniagaan
tersebut, pelancong akan tertarik dan itu akan menyebabkan mereka datang ke
negara ini. Sikap orang cina dalam perniagaan juga mampu menarik minat
pelancong, bukan dari dalam negeri sahaja malah luar negara. Oleh itu, semua
orang patut mengetahui bahawa orang cina turut berpotensi memajukan negara dari
sudut ekonomi dengan menarik pelancong datang ke negara ini dan menjadi
pembayar cukai tertinggi di negara ini seterusnya meningkatkan pendapatan negara
dan memajukan ekonomi negara.10
Kesimpulan
Perniagaan merupakan kegiatan ekonomi utama kaum Cina dan
perniagaan juga merupakan aktiviti-aktiviti kaum Cina dalam memajukan ekonomi
kaum mereka. Banyak usaha-usaha dan
strategi-strategi yang diambil oleh kaum Cina untuk memajukan ekonomi mereka
dalam bidang perniagaan khususnya. Berdasarkan penelitian terhadap usaha-usaha
dan strategi-strategi yang diambil oleh kaum Cina, kaum Cina telah mengamalkan
usaha dan strategi ini sebelum tahun 2001 lagi dan telah dilanjutkan sehingga
tahun 2005. Hal ini menyebabkan ekonomi kaum cina di Batu 8, telah meningkat
secara konsisten dari tahun ke tahun. Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh
kaum Cina terutamanya dalam usaha memajukan ekonomi mereka. Selain itu, banyak
kejayaan dan sumbangan yang telah dicapai oleh kaum Cina terutama sekali
sumbangan kepada masyarakat dan negara serta kejayaan kaum Cina yang berkaitan
dengan diri mereka akibat daripada penglibatan yang aktif dengan aktiviti
perniagaan iaitu, kegiatan ekonomi utama, majoriti kaum Cina di Batu 8,
Sandakan, Sabah. Kejayaan kaum Cina hari ini patut dijadikan contoh kepada
semua penduduk di negara ini khususnya penduduk Batu 8, Sandakan, Sabah agar
mereka boleh melakukan seperti yang orang cina lakukan. Hal ini bertujuan agar,
semua penduduk boleh maju seperti kaum Cina seterusnya menyumbang kepada
kemajuan dan peningkatan ekonomi negara.
Bibliografi
Sumber
primer
En. Lim Vui Kent, Batu 8 Sandakan, 19.02.2014
En. Lee Kim Chua, Batu 8 Sandakan,
18.02.2014
Responden 3: En. Chin Nai Thon@ Chin
Lai Choon, Batu 8 Sandakan, 17.02.2014.
Sumber sekunder
Emsan. Buku perniagaan orang Cina, Arab dan
India. RISALAH PRODUCT SDN BHD. (m/s 65)
Jiang Wei dan Ma Weichi. BUKU strategi Bisnes orang Cina, NUSAMAS
PUBLICATION, Kuala Lumpur, 2009.
ANN WAN SENG Buku rahsia bisnes orang Cina, PELANGI PRODUCT SDN BHD, 2003. (m/s 12)
Sumber surat khabar
ARKIB : 26/06/2011
BalasPadamIzin promo ya Admin^^
bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
add Whatshapp : +85515373217 ^_~