Rabu, 8 Julai 2015

4.4 Perhubungan Luar

4.4  Perhubungan Luar


Soalan 104: Huraikan faktor-faktor yang menentukan dasar luar negara Malaysia dari tahun 1957-1970?

Pengenalan

§  Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menjalin hubungan dengan negara lain. Pada tahun 1957 hingga 1970, negara kita mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis. Pada masa itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

§  Keutamaan menjamin keselamatan dan pertahanan negara serta ancaman komunis menjadi faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar pada masa itu. Namun terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar ketika itu.

Isi-isi penting

Faktor keselamatan dan pertahanan negara

§  Dasar luar negara yang bercorak pro-Barat disebabkan oleh faktor keselamatan negara. Persekutuan Tanah Melayu memerlukan bantuan, kerjasama, dan hubungan yang erat dengan Britain. Persekutuan Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab pertahanan kepada Britain melalui Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) pada tahun 1957

§  Melalui perjanjian ini, Britain berjanji akan memberi bantuan ketenteraan kepada Tanah Melayu jika diceroboh atau diancam oleh mana-mana kuasa lain. Perjanjian itu ditandatangani kerana kedudukan pertahanan negara ketika itu tidak kuat dan tidak mampu menghadapi ancaman dari luar

 Faktor ideologi

§  Faktor ideologi juga mempengaruhi penggubalan dasar luar negara. Malaysia mewarisi sistem pemerintahan demokrasi dari Britain. Sistem ini bertentangan dengan ideologi komunis. Negara berideologi komunis dianggap sebagai ancaman kepada Tanah Melayu pada masa itu

§  Persekutuan Tanah Melayu mengutuk tindakan negara China yang berideologi komunis apabila negara itu menyerang Taiwan. Apabila negara diancam oleh Parti Komunis Malaya, ini mendorong negara mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis

Faktor ekonomi

§  Dasar luar juga mengambil kira faktor ekonomi. Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas. Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara lain di dunia untuk memajukan ekonomi. Malaysia menjadi pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan British

§  Walaupun sudah merdeka, Britain masih menguasai agensi dan syarikat perdagangan utama. Persekutuan Tanah Melayu masih mengharapkan pasaran dan modal daripada Britain dan Amerika Syarikat. Hubungan yang baik dengan negara Britain dan Amerika Syarikat menjamin kepentingan ekonomi negara

Faktor politik

§  Faktor politik  diambil kira dalam penggubalan dasar luar negara. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan menentukan hala tuju masa depan berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Malaysia berperanan dalam menyelesaikan konflik di Kampuchea. Contohnya Malaysia aktif  membincangkan mengenai Kampuchea dengan menyertai Mesyuarat Tidak Rasmi di Jakarta, dan Persidangan Antarabangsa Tentang Kampuchea di Paris,

§  Malaysia menyertai Majlis Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB di New York. Malaysia menyokong semua resolusi yang dibuat  oleh PBB untuk mengekalkan keamanan dunia

Faktor sejarah

§  Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud hubungan perdagangan dengan China, Arab dan Siam. Terdapat hubungan berasaskan rumpun Melayu seperti Brunei, Singapura dan Indonesia

§  Setelah merdeka, Malaysia menyertai Komanwel untuk meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain, Australia dan New Zealand

Faktor  geografi

§  Kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara. Malaysia bersempadan dengan hampir semua negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia

§  Perairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal dagang selurah dunia. Kawasan ini sering menjadi fokus kepada kuasa-kuasa besar dalam menegakkan pengaruh dan kuasa masing-masing. Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara Malaysia

Faktor demografi

§  Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara Islam. Malaysia tidak membuat hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara itu menceroboh dan menindas penduduk Palestin

§  Malaysia menentang keras dasar Aparteid di Afrika Selatan dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan

Kesimpulan

§  Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh. Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara

§  Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia berkeinginan menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran

Soalan 105: Huraikan Asas-asas perhubungan luar Negara Malaysia

Pengenalan

§  Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menjalin hubungan dengan negara lain. Pada tahun 1957 hingga 1970, negara kita mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis. Pada masa itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
§  Keutamaan menjamin keselamatan dan pertahanan negara serta ancaman komunis menjadi asas yang mempengaruhi pembentukan dasar luar pada masa itu. Namun terdapat juga asas lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar ketika itu.

Isi-isi Penting:

§  Asas-asas Dasar luar antarabangsa Malaysia

(a)    Saling menghormati kedaulatan semua negara
(b)      Menjalin hubungan secara diplomasi
(c)       Mengamalkan hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik
(d)      Mengamalkan prinsip hidup bersama
(e) Memelihara kepentingan dan keselamatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat
(f) Menghormati kebebasan asasi, Mahkamah Antarabangsa dan Piagam Perhubungan Bangsa Bangsa Bersatu

Kesimpulan

§  Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh. Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara
§  Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia berkeinginan menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran

Soalan 106: Huraikan penglibatan Malaysia dalam Komanwel

Pengenalan

§  Ditubuhkan pada tahun 1931. Terdapat 54 anggota. Mengadakan mesyuarat ketua-ketua Kerajaan ( CHOGM) – dua tahun sekali
§  Syarat-syarat keanggotaannya mestilah Bekas tanah jajahan Britain, Bebas menyertai dan menarik diri, Ratu England sebagai Ketua, Hak dan kebebasan sama rata dan Tidak terikat dengan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh negara Britain

Isi-isi Penting:

Penglibatan Malaysia :

a.    Membantah Dasar Apartheid ( 1982-1984)

b.    Mesyuarat CHOGM – menjadi tuan rumah – 1987

c. Menyuarakan kebimbangan terhadap  penyertaan Britain dalam EEC ( Komuniti Ekonomi Eropah) – 1972

d.     Menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan negara-negara maju yang mengubah dasar pertukaran mata wang

e.   Malaysia dijadikan model dalam pelaksanaan Tabung Penswastaan Baru Komanwel (CEPF)

f. Dilantik sebagai Pengerusi Program Kerjasama Komanwel bagi Pengurusan Teknologi pada tahun 1996

g.  Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel (SUKOM)- 1998

Penutup

§  Apa-apa yang berkaitan

Soalan 107: Huraikan matlamat dan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Pengenalan

§  Ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di Amerika Syarikat. Terbuka kepada semua negara merdeka. Terdapat 191 buah negara anggota

Isi-isi Penting:

Matlamat penubuhan:

a) Memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa
b)        Menyelesaikan perselisihan
c)     Menggalakkan hubungan baik dalam kalangan anggota
d)    Menggalakkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan kebudayaan, melindungi hak –hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, jantina dan agama
e)         Menyatupadukan penduduk dunia

Penglibatan Malaysia

a) Mendapat bantuan PBB dalam pembentukan Malaysia

b)      Pernah memegang jawatan penting dalam PBB

c)  Terlibat dalam perjuangan isu dunia – Israel-Palestine, mengutuk tindakan Komunis China menceroboh Tibet (1959), menyertai misi pengaman di Congo (1960), membantu Zimbabwe mendapat kemerdekaan, menyertai UNTAC ke Namibia (1989), pasukan pengaman ke Somalia (1993), pengaman ke Bosnia (1993), misi ke Timor-Timor (1999)

d)      Menjadi ahli agensi-agensi PBB seperti WHO,FAO, Bank Dunia.

e)       Menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 dan isu alam sekitar pada tahun 1998. Menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam  Persidangan Kemuncak Dunia Solar di Namibia pada tahun 1996

f)        Mewujudkan Kumpulan Penghubung Pertubuhan OIC dan Kumpulan Mobilisasi Bantuan Bosnia

Penutup

§  Apa-apa yang berkaitan

Soalan 108: Huraikan matlamat dan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan ASEAN

Pengenalan

§  Ditubuhkan pada tahun 1967 , kerjasama Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand
§  1984- anggota bertambah dengan Vietnam, 1995 -Laos dan Myanmar, 1997 – Kemboja.

Matlamat penubuhan :

a) Membangunkan ekonomi, memajukan sosial dan kebudayaan  serantau.

b)    Mematuhi dan menghormati keadilan dan undang-undang negara anggota dan mematuhi prinsip Piagam PBB

c)       Menggalakkan kerjasama dalam lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal , saintifik dan pentadbiran

d) Saling membantu dalam lapangan latihan dan kemudahan penyelidikan, teknikal dan pentadbiran
e) Bekerjasama memajukan bidang pertanian dan perusahaan

f)        Memelihara hubungan yang erat dan bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa dan serantau bagi kepentingan bersama

Penglibatan Malaysia:

a)       Mencetuskan idea penubuhan ASEAN

b)      Konsep ZOPFAN

c)       Perjanjian SEANWFZ

d)      Kerjasama ekonomi: Projek baja urea di Bintulu (Sarawak) dan di Acheh (Indonesia)

e)       AFTA di Singapura (1992)

f)        ASEAN +3

Penutup

§  Apa-apa yang berkaitan

Soalan 109: Huraikan prinsip dan peranan Malaysia dalam NAM  (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali)

Pengenalan

§  Ditubuhkan pada tahun 1961. Gabungan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin
§  Dibentuk sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar ( Amerika dan Russia)

Prinsip-prinsip:

a)     Menghormati hak asasi manusia dan prinsip PBB

b) Menghormati kedaulatan dan keutuhan semua negara

c) Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa

d)  Mengiktiraf persamaan semua bangsa dan persamaan semua negara

e)       Mengamalkan dasar berkecuali

f) Menyelesaikan pertelingkahan dunia secara rundingan

g)       Menggalakkan kepentingan bersama dan kerjasama

Penglibatan Malaysia :

a)   Mesyuarat Penyediaan Sidang Kemuncak di Dares-Salam Tanzania (1970)

b)      Sidang Kemuncak Lusaka (1970)

c)       Sidang Kemuncak New Delhi (1983)

d)      Sidang Kemuncak Harare (1989)

e)       Sidang Kemuncak Belgrade (1989)

Penutup
§  Apa-apa yang berkaitan

Soalan 110: Huraikan matlamat dan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan OIC

Pengenalan
§  Ditubuhkan pada tahun 1971 (57 buah anggota- 3 buah negara pemerhati)

Matlamat :

a) Menjalin hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang

b)      Memperjuangkan kepentingan umat Islam

c)  Memelihara perdamaian dalam segala persengketaan  antara negara Islam

d)    Memastikan tempat-tempat suci Islam tidak dicemari

Penglibatan Malaysia :

a)       Mencetus idea penubuhan OIC

b)      Menjadi tuan rumah Persidangan Islam (1964, 1969, 1974, 2002 dan 2003)

c)       Setiausaha Agung OIC

d)      Isu Israel-Palestine

e)       Isu Iran-Iraq

f)        Penubuhan UIAM

Kesimpulan

§  Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh.


2 ulasan: