3.1 Gerakan Nasionalisme
Soalan 69: Huraikan Faktor-faktor kemunculan
gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
Pendahuluan
§ Nasionalisme
bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan
membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak hanya terhad kepada pembebasan kuasa
politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya
asing.
§ Gerakan
nasionalisme di tanah melayu adalah sama dengan gerakan di negara asia lain
(kecuali thailand). Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan
asing. Gerakan nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan hasrat untuk menegakkan
nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas
dan berdaulat.
Isi-isi penting
1.
Pengaruh
Agama Islam
§ Peranan
agama islam sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu tidak boleh
dinafikan. Pada awal kurun ke-20,
semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan
di Timur Tengah, khususnya di Mesir. Pelajar
yang menuntut di Universwiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan
Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.
Mereka memulakan Gerakan Islah setelah kembali ke Tanah Melayu. Golongan ini
dikenali sebagai Kaum Muda.
§ Idea
pembaharuan Kaum Muda itu disebar melalui majalah Al-Imam. Melalui majalah ini
orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka.
2.
Peranan Bahasa dan Kesusasteraan
§ Golongan
nasionalis di Tanah Melayu menggunakan bahasa dan kesusasteraan, sama ada dalam
bentuk cerpen, novel, puisi atau syair untuk membangkitkan semangat kebangsaan
dalam kalangan orang Melayu. Melalui
kesusasteraan penulis berusaha menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran dan
membangkitkan semangat mereka untuk bersatu padu.
§ Contohnya,
Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya yang terkenal, iaitu Hikayat Faridah Hanum
memperjuangkan emansipasi wanita. Selain itu, Ishak Haji Muhammad dalam
cerpennya, iaitu Rumah Besar Tiang Seribu dan juga melalui novel beliau, iaitu
Putera Gunung Tahan. Hal ini kerana, sikap anti-penjajahan Ishak Haji Muhammad
dapat di lihat melalui penceritaan beliau tentang kelemahan pemimpin Melayu dan
ketidakjujuran British dalam pemerintahandi negeri-negeri Melayu.
3.
Pengaruh
Kewartawanan
§ Pada tahun
1990-an dan 1930-an, bilangan akhbar dan
majalah semakin bertambah kerana masyarakat Melayu sedar akan kepentingan media
cetak sebagai alat pembuka fikiran. Melalui
majalah Al-Imam, Kaum Muda menjelaskan perjuangan mereka.
§ Antara
akhbar dan majalah Melayu yang membincangkan gerakan politk orang Melayu ialah
Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis. Semua akhbar ini
memperdebatkan soal penubuhan persatuan Melayu, dasar desentralisasi, dan
Malayan Union. Majlis merupakan
akhbar kebangsaan yang pertama memeinkan peranan penting dalam membangkitkan
kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat cergas dalam pergerakan
politik.
4.
Peranan
Pendidikan
§ Perkembangan
pendidikan telah melahirkan golongan intektual yang memainkan Melayu pada awal abad ke-20. Sistem pendidikan agama, Sistem
pendidikan ini dikenali sebagai sistem pondok. Pondok memainkan peranan penting
sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarat Melayu. Selepas tamat pengajian di pondok, ramai orang akan melanjutkan
pendidikan ke Timur Tengah, sama ada di Makkah atau di Mesir. Semasa di Timur Tengah mereka
dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh Muhammad
Abduh, pensyarah Universiti Al-Azhar.
§ Sistem pendidikan Inggeris. Perkembangan
sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura telah melahirkan
golongan intelektual berpendidikan Inggeris. Mereka yang berada di Singapura mendapat pendidikan Inggeris
khasnya di Raffles Instituation. Antara
tokoh yang mendapat pendidikan Inggeris ialah Raja Chulan dan Mohammad Eunos
Abdullah. Beliau merupakan ahli majlis mesyuarat Negeri-negeri selat dan Raja
Chulan merupakan ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Mereka menngunakan
peluang yang ada dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak
orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan pentadbiran.
§ Sistem pendidikan Melayu. Pada abad
ke-20, sekolah Melayu di Tanah Melayu mula berkembang dan menyebabkan
kekurangan tenaga pengajar. Untuk memenuhi kekurangan ini pihak British telah
menubuhkan Maktab Perguruaan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. MPSI telah menjadi tempat perkumpulan
dan pertemuan golongan intelektual Melayu. Pergaulan dan perbincangan mereka
telah membangkitkan kesedaran ingin memajukan dan memperbaiki nasib orang
Melayu. Pensyarah-pensyarah di MPSI
telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini
5.
Peranan
Golongan Intelektual
i. Golongan intelektual berpendidikan Timur
Tengah
§ Al-Imam yang
mula-mula sekali meniupkan seruan dakwa Islamiadi Tanah Melayu tidak mungkin
muncul tanpa sokongan serta idea tokoh yang mempelopori Gerakan Isla. Golongan
intelektual ini yakin bahawa umat Islam masih boleh diselamatkan sekiranya
diberipetunjuk pada hakikat ajaran Islam yang sebenar berdasarkan apa yang
termaktub dalam al Quran dan Hadis.
§ Kaum Muda
menggesa mengwujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal dengan
memasukan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab. Gerakan
Isla oleh Kaum Muda hanya dapat berkembang di Negeri-negeri Selat kerana
undang-undang dikeluakan di Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh Kaum
Muda.
§ Pada
pertengahan abad ke -20, perjuangan golongan ini semakin pudar. Perjuangan
nasionalisme telah diambil alih oleh golongan inteleliktual berpendidikan
Inggeris danMelayu.
ii.
Golongan
Intelektual Berpendidikan Inggeris
§ Golongan
Intelektual Berpendidikan Inggeris muncul apabila orang Melayu bimbang
penguasaan ekonomi olah bangsa asing. Golongan ini bersikap sederhana dan
sanggup berkerjasama dengan penjajah.
§ Sebagai
langkah ke arah kesedaran tentang perlunya orang Melayu bersatu mempertahankan hak-hak
mereka, Mohammad Eunos Abdullah menubuhkan Kesatuan Melayu Singgapura(KMS).
iii.
Golongan
Intelektual Berpendidikan Melayu
§ Golongan ini
lebih redikal jika dibandingkan dengan golongan berpendidikan Timur Tengah dan
Inggeris. Kewujudan golongan redikal ini
telah menyebabkan perjuangan orang Melayu antara tahun 1937-1941 berubah corak
daripada sederhana kepada berunsur politik dan agresif.
§ Golongan ini
menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menydarkan bangsa
Melayu. Golongan ini berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua dengan
harapan Jepun dapat membebaskan tanah air mereka dari penjajahan British.
Penutup
§ Menjelang
awal abad ke-20, berlaku berpendudukan di Tanah Melayu, iaitu penghijraan
beramai-ramai imigran Cina dan India akibat perkembanganekonomi Tanah Melayu
yang pesat.
§ Pada masa
yang sama, beberapa peristiwa yang berlaku di dunia turut membangkitkan
kesedaran bangsa Melayu tentang kemunduran mereka.
Soalan 70: Bincangkan peranan pendidikan
dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
Pendahuluan:
§ Perkembangan
pendidikan sama ada di dalam atau luar Negara telah melahirkan golongan
intelektual yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan gerakan
nasionalisme Melayu di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Isi-isi penting:
1.Sistem pendidikan agama
§ Sistem
pendidikan masyarakat Melayu yang terpenting ialah sisitem pendidikan
Islam.sistem ini juga dikenali sebagai sistem pondok. Pondok memainkan peranan
sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu. Selepas tamat
pengajian di pondok,ramai orang Melayu akan melanjutkan pendidikan ke Timur
Tengah,sama ada di Mekah atau di Mesir.
§ Semasa di
Timur Tengah,mereka akan dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang
dianjurkan oleh Syeikh Muhammad Abduh,pensyarah di Universiti Al-Azhar.apabila
mereka kembali ke Tanah Melayu,mereka ingin melihat pemulihan dalam agama Islam
dengan perjuangan melalui akbar dan majalah.
2.Sistem pendidikan Inggeris
§ Perkembangan
sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura telah melahirkan
golongan intelektual berpendidikan Inggeris.Golongan berpendidikan Inggeris
mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar.mereka yang berada di
Singapura mendapat pendidikan Inggeris khasnya di Raffles Institution.
3.Sistem pendidikan Melayu
§ Pada awal
abad ke-20,sekolah Melayu di Tanah Melayu mula berkembang. namun, kekurangan
dalam jumlah tanaga pengajar.kerana itu, pihak British telah menubuhkan Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. MPSI menjadi tempat perkumpulan dan pertemuan
golongan intelektual Melayu.
§ Pensyarah-pensyarah
di MPSI telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini. mereka terdiri daripada
guru-guru melayu yang memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat dan
berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama demi menyumbangkan tenaga
dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
Penutup:
§ Golongan
intelektual yang mendapat pendidikan agama,Melayu,dan Inggeris menerajui
kepimpinan dan bertindak sebagai egen perubahan.
Soalan 71: Bincangkan peranan golongan
intelektual dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Pendahuluan:
§ Nasionalisme
merupakan perasaan cintakan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan
membebaskan tanah air. Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap
penjajahan asing dengan menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat
mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat.
§ Golongan
intelektual merupakan golongan yang membekalkan kepimpinan untuk mewujudkan
satu gerakan kebangsaan di Tanah Melayu.
Isi-isi penting:
1.
Golongan
intelektual berpendidikan di Timur Tengah
§ Antara
golongan intelektual yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan
nasionalisme di Tanah Melayu ialah golongan intelektual berpendidikan di Timur
Tengah.
§ Golongan ini
terdiri daripada Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dan Syeikh Muhammad Salim
Al-Kalali. Perjuangan golongan ini adalah melalui majalah Al-Iman iaitu Kaum
Muda. Golongan ini yakin bahawa umat Islam masih boleh diselamatkan sekiranya
deberi petunjuk kepada hakikat dan ajaran Islam yang sebenar.
2.
Kaum Muda
§ Kaum Muda
menubuhkan beberapa buah madrasah untuk mewujudkan sistem pendidikan agama yang
lebih liberal dengan memasukkan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di
samping bahasa Arab.
§ Walau
bagaimanapun, idea pembaharuan yang dilakukan oleh Kaum Muda mendapat tentangan
daripada Kaum Tua.
3.
Golongan
intelektual berpendidikan Inggeris
§ Golongan
intelektual berpendidikan Inggeris merupakan perjuangan yang muncul apabila
orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh bangsa asing. Golongan ini juga merupakan golongan yang
bersikap sederhana dan sanggup bekerjasama dengan pihak penjajah.
§ Antara
golongan intelektual berpendidikan Inggeris ialah Raja Chulan, Dato’ Abdullah
bin Haji Dahlan, Dato’ Onn bin Jaafar, dan Mohammad Eunos bin Abdullah.
Kesatuan Melayu Singapura yang ditubuhkan oleh Mohammad Eunos bin Abdullah
bertujuan untuk memajukan orang Melayu dalam sistem pendidikan dan bidang
politik.
4.
Golongan
intelektual berpendidikan Melayu
§ Golongan
intelektual berpendidikan Melayu menyebabkan perjuangan orang Melayu antara
tahun 1937 hingga 1941 yang berunsurkan politik dan agresif. Ibrahim Haji
Yaakob menubuhkan Belia Malaya pada tahun 1930 bagi meningkatkan taraf hidup
orang Melayu dan menentang penjajahan British.
§ Harun
Aminurrashid membangkitkan kesedaran kebangsaan melalui penulisan puisi.
Manakala, Harun Hadi Hassan merupakan pensyarah MPSI sentiasa menanamkan
semangat nasionalisme kepada pelajarnya.
Penutup:
§ Kesimpulannya,
usaha tokoh-tokoh nasionalis ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah
Melayu daripada penjajahan British.
§ Mereka
berganding bahu bersama bagi menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk memajukan
orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
Soalan 72: Bincangkan peranan pengaruh luar
dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Pendahuluan:
§ Gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu merupakan tindak balas terhadap penjajahan asing
dengan hasrat untuk menegakkan perasaan cintakan bangsa dan negara yang membawa
kepada gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan asing.
§ Gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu bermula pada abad ke-20 disebabkan British telah
memperkenalkan pelbagai perubahan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial.
Isi-Isi Penting:
1.
Golongan
yang menganjurkan Gerakan Islah.
§ Golongan
kesedaran Melayu dipelopori oleh golongan yang menganjurkan gerakan Islah
Islamiah dari Timur Tengah pada tahun 1906.
§ Gerakan
Islah Islamiah memperjuangkan Konsep Pan-Islamisme, iaitu satu gerakan
menyatukan semua umat Islam di seluruh dunia dalam penentangan mereka terhadap
perluasan Barat. Gerakan ini juga mendesak umat Islam supaya kembali kepada
ajaran al-Quran dan hadis.
2.
Gerakan
Pan-Islamisme
§ Gerakan
Pan-Islamisme diperkenalkan oleh Sultan Turki yang dianggap sebagaii Khalifah
sangat dihormati oleh seluruh dunia Islam. Pada tahun 1876 hingga 1909, Sultan Abdul
Hamid merupakan penyokong kuat gerakan Pan-Islamisme.
§ Gerakan ini
merebak di kebanyakan negara Islam termasuk Tanah Melayu. Dunia Islam diseru
supaya bersatu-padu di bawah satu naungan empayar Turki Uthmaniyah untuk
menyekat perluasan kuasa Barat.
3.
Gerakan
Turki Muda
§ Gerakan
Turki Muda di bawah pimpinan Mustapha Kamal Attaturk. Gerakan ini mempengaruhi
golongan intelektual di Tanah Melayu yang menganggapnya sebagai satu gerakan
nasionalisme Islam yang berjaya mengatasi kelemahan dan kemunduran rakyat
Turki.
§ Di Tanah
Melayu, pengaruh gerakan Turki Muda ini tersebar dalam bidang politik pada
tahun 1930.
4.
Pengaruh
dari Indonesia
§ Pengaruh
dari Indonesia mempunyai impak yang sangat besar kepada orang Melayu. Hal ini kerana, golongan intelektual di Tanah
Melayu telah membaca akhbar dan majalah dari Indonesia. Sarekat Islam di
Indonesia yang diketuai oleh Sayid Muhammad yang berasal dari Johor meluaskan
pengaruh di Tanah Melayu.
§ Parti
Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia telah berjaya mempengaruhi
golongan nasionalis Tanah Melayu.
5.
Pengaruh
dari negara lain
§ Pengaruh
dari negara lain seperti India dan China masuk ke Tanah Melayu. Pengaruh ini
bertujuan membebaskan India daripada penjajahan British.
§ Manakala,
perkembangan di China seperti Revolusi China berjaya menggulingkan kerajaan
Manchu telah membangkitkan kesedaran di Tanah Melayu.
Penutup:
§ Kesimpulannya, pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di
Tanah Melayu memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran dalam
aspek ekonomi, sosial dan politik dalam kalangan orang Melayu.
Soalan 73: Huraikan gerakan Islah di tanah
melayu pada abad ke-20
Pendahuluan
§ Pembaharuan
yang diperkenalkan oleh British telah
membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang melayu.
§ Pada tahun
1900-1920, golongan intelektual berpendidikan
Timur tengah memainkan peranan penting dalam gerakan kebangsaan di Tanah
melayu. Dengan itu, Golongan ini dikenali sebagai kaum muda.
Isi-isi penting
a) Tujuan
perjuanan kaum muda ialah memajukam kaum melayu melalui ajaran islam sebenar,
membebaskan islam daripada ajaran kuno, menyeru orang melayumenggunakan akal
dalam mengamalkan agama mereka, dan menyedarkan orang melayu tentang kemunduran
ekonomi dan social mereka.
b) Tokoh yang
memainkan peranan penting ialah Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Sheikh
al-Hadi,Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Sheikh Muhammad Salim al- kalali. Golongan
ini dipengaruhi oleh Gerakan Reformis islam ditimur tengah yang memerjuangkan
konsep Pan-Islamismedan membebaskan agama islam daripada kepercayaan kuno.
c) Perjuangan
kaum muda disalurkan melalui akhbar dan majala seperti al-imam, Neracha, Idaran
zaman, dan Pengasuh. Tujuan al-imam ialah mengingatkan mana yang lalai dan
manjaga mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara
yang menyeru kepada kebajikan.
d) Demi
mencapai kemajuan dalam bidang Sosial dan ekonomi, Kaum muda memerjuangkan
beberapa pembaharuan seperti: Agama diajar dengan menggunakan akal fikiran, Kebebasan
wanita dalam bidang pendidikan dan social, Sistem agama yang lebih liberal yang
meliputi pengajaran bahasa inggeris dan mata pelajaran moden.
e) Kaum muda
mendirikan beberapa madrasah untuk menyalurkan idea perjuangan mereka.
Contohnya, Madrasah Al- Masyhur al- islamiah dan Madrasah II-Ihya Assyariff. Kaum
muda ditentang oleh kaum tua melalui majala seperti Suara benar dan Lidah
benar. Selepas tahun 1920-an, pengaruh kaum muda semakin pudar.Kepimpinan
gerakan kebangsaan diambil ahli oleh golongan intelektual yang lebih radikal. Kaum
muda gagal mewujudkan satu gerakan massa dalam kalangan orang melayu.
Penutup
§ Walaupun
kaum muda gagal mengekalkan kepimpinan gerakan kebangsaan pada tahun 1920-an,
namun kaum muda memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran social
dan politikdalam kalangan orang melayu. Perjuangan kaum muda menjadi pelopor
kepada gerakan kebangsaan seterusnya.
Soalan 74: Huraikan gerakan persatuan dan
kelab di negeri-negeri Melayu pada abad ke-20
Pendahuluan
§ Gerakan
islah, kelab, kesatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan negeri
memainkan peranan sangat penting dalam gerakan memberikan kesedaran kebangsaan
dalam kalangan oarng melayu. Gerakan islah, kelab dan persatuan memperjuangkan isu berkaitan
dengan agama, ekonomi, dan politik
§ Perjuangan
melalui kelab dan persatuan lebih berorganisasikan dan teratur. Hanya pada
tahun 1938 , perjuangan berubah menjadi radikal dengan penubuhan Kesatuan
Melayu Muda (KMM)
Isi-isi Penting:
1.
Gerakan Islah
§ Gerakan
islah ialah satu gerakan yang menyeru masyarakat melayu supaya membetulkan
pandangan mereka terhadap islam. Pendorong gerakan ini di tanah melayu ialah ,
Syed Syeikh al-hadi , Syeikh Tahir Jalaludin , Haji Abbas bin Mohd. Golongan
ini mengelar diri mereka sebagai Kaum Muda . Mereka berpendidikan agama dari
timur tengah.
§ Mereka
menerima pengaruh dari gerakan reformis islam yang diketuai oleh Syed Jamaludin
al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Saluran gerakan islah Melalui akhbar dan
majalah seperi Al imam , neracha , edaran zaman
dan pengasuh. Serta melalui masjid dan madrasah (kaum muda mengadakan
ceramah dan perbincangan agama di masjid dan madrasah)
2.
Perjuangan Kaum muda
§ Menjana
ajaran islam dari sudut kemajuan dunia dan menyeru orang melayu berpengang pada
al-Quraan dan hadis.orang melayu juga dinasihati mengetepikan amalan-amalan
khurafat yang dilarang dalam agama islam. Menyematkan sikap menkritik penjajah
ke dalam fikiran orang islam terutamanya bangsa Melayu.
§ Dari segi
pendidikan , kaum muda amat mementingkan soal pendidikan bagi memajukan orang
melayu . bagi mereka pendidikan merupakan kunci kepada kemajuan. Kaum Muda
menkritik raja dan pembesar melayu yang tidak memelihara kepentingan orang
melayu.
3.
Kesatuan
Melayu Singapura (KMS)
§ Ditubuhan di
Singapura pada tahun 1926. Pengasas ialah , Muhammad Eunus Abdullah dan Tengku
Abdul Kadir. KMS bertujuan menyedarkan orang melayu tentang kepentingan
pendidikan peringkat tinggi. Bertujuan menyedarkan orang melayu tentang kepentingan pendidikan
peringkat tinggi.
§ Mengingatkan
kaum melayu tentang kesan penjajahan British. Menyedarkan orang melayu tentang
kepentingan melibatkan diri dalam politik dan Memajukan sosiekonomi orang
Melayu
4.
Kesatuan
Melayu Muda (KMM)
§ Ditubuhkan
pada tahun 1939 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob iaitu wartawan akhbar
Majlis di Kuala Lumpur. Penubuhannya lebih bersifat radikal. Nama KMM
diilhamkan oleh sultan Djenain iaitu , pelarian politik dari Indonesia.
§ Objektif KMM
mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemuda melayu di seluruh semenanjung dan untuk meningkatkan taraf
pendidikan orang melayu. KMM berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia
Kedua untuk menghalau british dari tanah melayu
Penutup
§ Gerakan
persatuan dan kelab di negeri – negeri melayu banyak membangkitkan semangat
Nasionallisme dalam kalangan pemikiran orang melayu untuk bangkit menentang
penjajah.
§ Sebagai contoh geraka Islah yang menyeru orang
melayu untuk memperbetulkan pandangan mereka terhadap islam.
Soalan 75: Jelaskan persatuan-persatuan
bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua.
Pendahuluan
§ Kesedaran
untuk membentuk persatuan bermula pada akhir abad ke 19. Tumpuan diberikan
kepada aspek kebajikan, sosial , pelajaran dan sukan kerana ketika itu minat
kearah politik dan perjuangan kebangsaan masih belum wujud. Kesedaran awal
untuk membentuk persatuan yang bertujuan meningkatkan tahap sosial dan ekonomi
rakyat tempatan timbul sekitar tahun 1927 – 1936.
§ Terdapat
beberapa persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua.
Isi-isi Penting:
A.
Kesatuan
Melayu Singapura ( KMS )
§ Ditubuhkan
di Singapura pada tahun 1926 oleh Mohamad Eunos Abdullah bersama Tengku Abdul
Kadir , Imam Haji Mohd Yusof dan Emboh Suloh. Merupakan pertubuhan awal orang
Melayu yang bercorak separa politik. Menjurus kearah nasionalisme walaupun
perkembangan semangat kebangsaan ketika itu belum begitu mendalam dan
kegiatannya berkisar di Singapura.
§ Memberi
tumpuan untuk mewujudkan kerjasama dan perpaduan di kalangan orang Melayu serta
membaiki kedudukan sosio-ekonomi mereka. Matlamat penubuhan KMS, menggalakkan
penglibatan orang Melayu dalam bidang politik, pentadbiran dan urusan umum, Memperjuangkan
kemajuan orang Melayu dalam pelbagai bidang serta mewakili suara dan tuntutan
mereka terhadap kerajaan dan Menggalakkan orang Melayu yang berpendidikan
tinggi membantu kerajaan untuk memberi pelajaran kepada anak-anak Melayu.
§ Sebuah
pertubuhan bersifat sederhana - memberi
kerjasama kepada British. Satu hasil perjuangan KMS ialah berjaya memperolehi
tanah seluas 620 ekar pada 1928 daripada kerajaan British untuk menubuhkan
sebuah petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura – dikenali sebagai Kg
Melayu. Memberi ilham kepada pemimpin Melayu negeri lain untuk menggunakan
persatuan sebagai alat untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Mendorong
kepada penubuhan beberapa buah cawangan di Tanah Melayu.
B. Pertumbuhan
Persatuan-persatuan Negeri
§ Penubuhan
kesatuan sebagai cara untuk menjaga dan
memajukan kepentingan orang Melayu semakin diberi perhatian. September 1937
pemimpin-pemimpin KMS mengadakan perjumpaan di Melaka – membawa kepada
penubuhan cawangan KMS di negeri itu, diikuti cawangan KMS di Pulau Pinang. Perkembangan
ini membawa kepada kemunculan beberapa buah persatuan Melayu di Perak, Pahang ,
Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan.
§ Penubuhan di
peringkat negeri bertujuan membaiki kedudukan orang Melayu dari segi ekonomi
dan sosial. Pemimpin persatuan terdiri daripada golongan istana dan elit. Persatuan
Melayu Negeri yang diterahui oleh golongan istana cenderung untuk menyokong
pemerintahan British. Kesatuan Melayu yang bercorak politik masih bersifat
kenegerian kerana wujudnya perasaan cemburu dan semangat kenegerian yang tebal.
§ 1930 Majalah
Pengasuh mencadangkan supaya ditubuhkan persatuan bersifat kebangsaan yang
dinamakan Persatuan Melayu Semenanjung – tiada sambutan. Akhbar Saudara
memperuntukan satu ruangan iaitu Sahabat Pena untuk membolehkan penulis baru
dari pelbagai negeri berinteraksi dan menghasilkan karya. April 1934 PASPAM
diasaskan oleh akhbar Saudara untuk memajukan minat orang Melayu dalam semua
lapangan kehidupan – menjadi sebuah pertubuhan yang berjaya melangkaui sempanan
negeri dan bergiat di peringkat kebangsaan.
C.
Kesatuan Melayu Muda ( KMM )
§ Perjuangan
bercorak politik di Tanah Melayu mulai ketara akhir 1930an. Ogos 1938 golongan
nasionalis berpendidikan Melayu dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia
menubuhkan parti politik yang dikenali sebagai KMM di Kuala Lumpur -
diketuai oleh Ibrahim Haji Yaacob. Antara pemimpin utama ialah Onan Haji
Siraj, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhammad dll
§ Merupakan
pertubuhan politik bersifat radikal pertama di Tanah Melayu – menganuti Fahaman
aliran kiri dan enggan bekerjasama dengan kerajaan British. Tujuan penubuhan
KMM; mengabungkan semua orang Melayu tanpa mengira negeri asal untuk
mempertahankan, melindungi dan memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu,
Menghindarkan orang Melayu dari ditindas oleh kaum lain dan Memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu, seterusnya bergabung dengan Indonesia untuk
mewujudkan Indonesia Raya.
§ Menggunakan
akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk menyalurkan pandangan dan Menyebarkan dasar perjuangan. Menubuhkan
beberapa cawangan di seluruh Tanah Melayu dengan dipelopori oleh Pelajar MPSI. Tidak
berjaya menarik banyak sokongan dari kalangan golongan bawahan dan birokrat Melayu berpendidikan Inggeris.
Kesimpulan
§ Penubuhan
persatuan-persatuan bercorak politik sebelum Perang Dunia Kedua telah berjaya
membangkitkan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.
§ Selepas
Perang Dunia Kedua lebih banyak persatuan dan kelab ditubuhkan – pertubuhan
didorong oleh perubahan cara hidup.
Soalan 76: Huraikan matlamat perjuangan Kaum
Muda di Tanah Melayu serta kaedah perjuangan
mereka.
Pengenalan
§ Nasionalisme
di Tanah Melayu bermula awal kurun ke 20. Pada peringkat awal gerakan ini dipelopori
oleh golongan berpendidikan agama/ Arab.
§ Mereka
menyebarkan idea reformasi dari Timur Tengah ke Tanah Melayu.
Isi-isi Penting:
1.
Golongan ini
dikenali sebagai Kaum Muda
§ Tokoh utama
ialah Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas
Muhammad Taha. Mendapat pendidikan di Timur Tengah
§ Menjadi
pelopor kepada gerakan pemulihan Islam iaitu pengamalan ajaran Islam sebenar.
2.
Matlamat
perjuangan
i.
Meningkatkan
kemajuan orang Melayu yang beragama Islam
§ menuntut
ilmu pengetahuan keduniaan dan akhirat. menceburi bidang perniagaan walau pun
secara kecil-kecilan kerana Islam menggalakkan perniagaan.
§ Taraf
ekonomi orang Melayu dapat ditingkatkan.
ii. Menyeru orang Melayu supaya kembali kepada
ajaran Islam sebenar.
§ menentang
ajaran kurafat dan bidaah yang menyeleweng daripada ajaran dan akidah Islam
sebenar. meninggalkan amalan taklid buta
§ mengikuti
apa yang terkandung dalam al-quran dan hadis.
iii. Emansipasi wanita
§ meningkatkan
taraf wanita. wanita perlu menuntut ilmu untuk memajukan diri sendiri
§ tinggalkan
amalan tradisi ( golongan wanita hanya duduk di dapur )
§ membebaskan
diri dan negara daripada penjajahan
§ bersatu
memajukan diri supaya dapat menentang penjajah.
3.
Kaedah
perjuangan
Secara langsung
§ melalui
media seperti majalah dan surat khabar cth Al-Iman, Neracha, Idaran Zaman,
Saudara.
§ melalui
cerpen dan novel spt Hikayat Faridah Hanum, Hikayat Nurul Ain.
Secara Tidak Langsung
§ Melalui
madrasah yang dibina.
§ Mengajar
ilmu dunia dan agama. Idea diterap dalam pengajaran
Tentangan daripada Kaum Tua.
§ Terdiri
darpada ulama konservatif. Memusuhi pembaharuan agama dan idea nasionalisme
yang dibawa oleh kaum muda.
§ Percanggahan
pendapat hebat dilakukan dalam khutbah-khutbah jumaat, ceramah- ceramah agama
serta disiarkan dalam akhbar dan majalah. Menerbitkan majalah seperti Pengasoh,
Lidah Benar dan Panduan.
Kesimpulan
§ Memainkan
peranan dalam memupuk kesedaran walaupun perjuangan tidak menampakkan kejayaan
cemerlang
§ Mendapat
tentangan daripada Kaum Tua.
Soalan 77: Huraikan Gerakan Kesatuan Melayu
Muda (KMM) di tanah melayu pada abad
ke-20.
Pendahuluan.
§ Kesatuan
Melayu muda ialah persatuan berbentuk separa politik yang pertama di tanah
melayu dan ditubuhkan pada tahun 1939 yang di pimpin oleh Ibrahim Haji
Yaakob,iaitu wartawan akhbar majlis kuala lumpur. Nama KMM diilhamkan oleh
sultan Djenain, iaitu pelarian politik dari Indonesia.
§ Tujuan
penubuhan KMM lebih bersifat politik. Objektif KMM ialah mewujudkan perpaduan
dalam kalangan pemuda melayu di seluruh semenanjung, meningkatkan taraf
pendidikan orang melayu,menentang penjajahan orang british di tanah
melayu,menentang penguasaan ekonomi oleh orang asing,dan menuntut kemerdekaan
bersama Indonesia dalam gagasan Indonesia raya.
Isi-isi penting
1. Cawangan KMM
didirikan di Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Walaubagaimanapun, pergerakan KMM sering di awasi oleh pihak british. Pemimpin
utama KMM, Ibrahim Yaacob menggunakan akbar rasmi KMM iaitu Warta Malaya untuk
membangkitkan semangat nasionalisme melayu dan sentiment anti-british.Cara di
salurkan ialah melalui ceramah yang di buat oleh pemimpin utama KMM.
2. Tindakan
radikal KMM menyebabkan british menangkap dan memenjarakan pemimpin-pemimpin
KMM seperti Ibrahim Yaacob dan Ishak Haji Muhammad. Secara keseluruhannya KMM
gagal mendapat sokongan meluas kerana ,keradikalan KMM dan perjuangan penyatuan
dengan Indonesia,sikap KMM yang anti-biokrasi, dan tiada sokongan kewangan dan
kemahiraan.
3. Sebaik
sahaja Jepun Berjaya menawan tanah melayu, mereka mebebaskan pemimpin-pemimpin
KMM yang di penjarakan. pemimpin KMM Ibrahim Yaacob telah memberi bantuan
kepada pihak jepun dengan menubuhkan pembela tanahair (PETA), Sebuah
ketenteraan yang di pimpin oleh Ibrahim Yaacob.
4. Menjelang
akhir pendudukan jepun, usaha di buat untuk memberikan kemerdekaan kepada
Indonesia. Ibrahim Haji Yaacob meminta jepun memberikan kemerdekaan kepada
tanah melayu bersama-sama Indonesia ini sesuai dengan matlamat kesatuan melayu
muda KMM,untuk menubuhkan Melayu Raya dan Indonesia Raya.
5. Kesatuan
Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah mengadakan perbincangan di kuala
lumpur untuk persediaan kemerdekaan bersama Indonesia. Indonesia mengisytiharkan
kemerdekaan pada 17 ogos 1945, tetapi kerana kekalahan jepun secara tiba-tiba
soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan lebih awal, iaitu 15 ogos 1945.
Keadaan ini telah menyebabkan persidangan KRIS di kuala lumpur di batalkan,
Ibrahim Yaacob, isterinya dan orang kanannya terpaksa mendapatkan perlindungan
di Indonesia.
Penutup
§ KMM ini
adalah untuk menentang penjajahan British di tanah melayu dan untuk mewujudkan
semangat perpaduan dan meningkatkan pendidikan dalam kalangan pemuda melayu di
seluruh semenanjung.
§ Perjuangan
KMM di pengaruhi oleh pergerakan politik yang berlaku di luar tanah melayu
seperti, perjuangan parti nasional indonesia pimpinan soekarno,perjuangan dan
ketetapan sumpah pemuda di Indonesia, gerakan parti komunis Indonesia pimpinan
Tan Malaka.
boleh cg ulaskan mengenai soalan ini....(sejauhmanakah peranan golongan berpendidikan agama dan sekular membantu menyemarakkan gerakan nasionalisme di tanah melayu sebelum perang dunia kedua.)
BalasPadamMatdo paling hensem
BalasPadamBoleh tolong ulaskan kepada saya tentang sejauhmanakah faktor-faktor luar mempengaruhi perkembangan semangat nasionalisme di tanah melayu pada abad ke-20.
BalasPadamCg blh x tlg ulaskan ttng soalan ni iaitu kaedah penulisan masih relevan untuk membangkitkan kesedaran nasionalisme pada masa kini.Mengapa?
BalasPadamcikgu, bolehkah cikgu ulas tentang matlamat dan strategi gerakan islah oleh kaum muda di tanah melayu?
BalasPadambagaimana penyebaran ini masuk ke tanah melayu dengan mudah ?
BalasPadamsoalan KBAT ia meluas
bagaimanakah golongan intelektual membangkitkan semangat nasionalisme ketika itu. (4 markah)
BalasPadamOuh pening lahh
BalasPadamNilaikan usaha-usaha perjuangan Yang dilaksanakan oleh kaum Muda untuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam klaangan orang melayu
BalasPadam