3.1 Sistem Ekonomi (China, Jepun, Jerman, Perancis, England,
Amerika Syarikat, Portugal dan Belanda)
3.1.1 Sistem
Ekonomi Feudalisme di Asia: China
Soalan 60: Terangkan kegiatan sisten ekonomi feudalisme
di China.
Pengenalan
§ Ekonomi feudalisme di China berkait rapat dengan keadaan
geografi Negara China. Dua per tiga daripada Negara China merupakan kawasan
pergunungan dan gurun pula di sebelah barat dan utara. Oleh yang demikian,
keluasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 15% sahaja. Namun China masih
mampu untuk menanpung makanan untuk penduduknya dan mampu mengeksport makanan
ke luar Negara. Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China
memperlihatkan kawalan yang ketat daripada maharaja ke atas golongan petani dan
pedagang asing yang berdagang di China.
§ Pentadbiran maharaja China memainkan peranan utama dalam
perkembangan ekonomi dan dibantu oleh golongan bangsawan sebagai penguasa
kawasan luar Bandar dan mengawal aktiviti ekonomi di kawasan luar Bandar. Kemakmuran
ekonomi China pada zaman pemerintahan Dinasti Ming diperlihatkan dengan
pertambahan penduduk kepada 150 juta pada akhir abad ke-16.
Isi-isi penting
Pertanian
§ Hasil pertanian menjadi penyumbang utama dalam ekonomi
pada era pemerintahan Dinasti Ming. Justeru, hampir 85% masyarakat China masih
menetap di desa. Kawasam tumpuan utama China ialah di kawasan laut Timur China
dan Mongolia, iaitu di dataran loes yang subur yang dilalui oleh Sungai Kuning.
Sungai Yangtze menjadi nadi kehidupan masyarakat dan penyumbang utama ekonomi,
serta sistem perhubungan utama kepada 12 wilayah di bawah pemerintahan empayar China.
Di sini, terbentuk Bandar-bandar besar China seperti Chungking, Hankow,
Kiukiang, Anking dan Nanking.
§ Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah. Penanaman
padi ini banyak diusahakan di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
Tanaman lain yang diusahakan ialah kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan
lain-lain bijirin. Bagi masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi
seperti di bahagian utara China, iaitu di sekitar Sungai Heilongjiang, mereka
menanam padi huma, sekoi dan kekacang. Kepelbagaian tanaman ini memperlihatkan
kesuburan tanah dalam Negara China dan kekayaan alam semulajadi.
§ Pemerintahan Dinasti Ming telah mengadakan pelbagai
pembaharuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Antaranya: Meningkatkan
penggunaan sistem pengairan, Mengamalkan pertanian selingan antara musim-musim
tanaman, Menggunakan peralatan pertanian seperti cangkul, sabit dan penyisir
tanah, Memperkenalkan kaedah pertanian baru seperti tanaman bergilir dalam
skala yang besar, Memperkenalkan permulaan tanaman dua musim yang dipinjam dari
Vietnam Selatan dan Penggunaan baja telah meningkatkan hasil pengeluaran.
§ Penanaman padi jenis baharu yang cepat masak dibawa dari
Vietnam Selatan telah membolehkan penanaman padi dilakukan dua kali setahun
dalam semusim di tanah yang sama. Tambahan pula, padi ini tidak memerlukan
banyak air semasa musim semaian dan ini telahmembolehkan padi baka baru ini
ditanam di kawasan yang berbukit di China. Seterusnya, pertambahan dalam hasil
pertanian juga membolehkan barang hasil pertanian ini dijual di bandar-bandar
besar oleh tuan-tuan tanah. Malahan, ada orang tengah yang membeli secara pukal
dan menjual hasil pertanian ini di bandar-bandar besar di China.
Industri kecil
§ Kepesatan perkembangan ekonomi turut menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi di pusat-pusat bandar yang besar seperti Nanjing dan
Beijing. Bandar-bandar ini turut menyumbang kepada pertumbuhan industri swasta.
Khususnya, industri-industri skala kecil seperti pengeluaran barang-barang
kertas, sutera, kapas dan porselin. Industri porselin telah berkembang
sehinggapada zaman pemerintahan Maharaja Zhu Yuan Zhang, industri ini member
sumbangan yang besar dalam perbendaharaan Negara. Kiangsi muncul sebagai pusat
pengeluaran porselin yang utama.
§ Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan
Sungkiang sebagai pusat utama pengeluaran kain kapas. Perkembangan industri
tekstil ini telah menjadikan kapas sebagai satu tanaman penting dalam Dinasti
Ming. Selain itu, industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang dalam
sector pertanian dan pembangunan Negara China. Usaha pertukaran dengan Negara
luar turut mencapai perkembangan pesat sehingga mewujudkan perdagangan dengan Jepun,
Afrika Timur, dan negara-negara Asia.
Perdagangan
§ Pada abad ke-16, ekonomi feudalism yang mengutamakan
pertanian sebagai sumber utama di China telah menyebabkan status ekonomi
perdagangan diletakkan sebagai lapisan paling rendah dalam bidang ekonomi.
Justeru, para pedagang dipandang hina walaupun membawa pulangan yang banyak
kepada Negara China.
§ Namun begitu, aktiviti perdagangan di China tetap berjalan
dengan lancar dengan adanya sistem pengangkutan yang baik. China telah
menggunakan sungai-sungai sebagai jalan perhubungan yang utama. Sungai Yangtze
yang boleh dimuduki kapal sejauh seribu batu dari kuala telah membolehkan
perdagangan dijalankan di seluruh lembangan tengah.
§ Sistem jalan air ini telah diperluaskan lagi dengan
pembinaan Terusan Besar yang menganjur dari Peking di sebelah utara ke
Hangchow, selatan Sungai Yangtze. Sementara di bahagian tengah dan selatan China
pula, khasnya di wilayah-wilayah timur, banyak terusan kecil yang membantu
membawa barang dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
Hubungan Luar dan Perdagangan
§ Perdagangan di China pada abad ke-16 turut berkembang.
Perkembangan ini berikutan pembaharuan dasar pemerintahan Dinasti Ming. Pada
abad ini, maharaja telah membenarkan pelayar-pelayar China memulakan pelayaran
ke pesisir pantai di Asia Tenggara, selatan India, Sri Lanka, Hormuz dan
pesisir pantai Afrika. Pelayaran ini membuahkan hasil apabila wujudnya hubungan
dengan negara luar dan hubungan perdagangan.
§ Hubungan dengan Negara luar ini telah meningkatkan
perdaganganv China dan membawa pedagang-pedagang dari luar untuk berdagang di
pelabuhan Canton. Pelabuhan Canton menerima pelbagai bangsa, antaranya pedagang
Asia Tenggara, Arab dan Eropah. Kepelbagaian Negara para pedagang yang datang
ini membolehkan China menerima banyak aspek-aspek lain dari tamadun luar.
Keterbukaan pemerintah era Dinasti Ming ini telah membawa banyak perubahan
dalam bidang pertanian di China. Hal ini Berjaya meningkatkan ekonomi Negara China.
Penutup
§ Ekonomi feudalisme di China menunjukkan aspek dari segi
pertanian, industri kecil, perdagangan serta hubungan luar dan perdagangan yang
menjadikan negara China sebuah Negara yang wajar menjadi contoh kepada
negara-negara lain.
§ Kepesatan dan kemakmuran ekonomi China pada zaman
pemerintahan Dinasti Ming telah menjadikan China sebagai sebuah Negara yang
masyhur dalam perkembangan ekonomi pada masa tersebut.
3.1.1 Sistem
Ekonomi Feudalisme di Asia: Jepun
Soalan 61: Terangkan kegiatan sistem ekonomi feudalisme
di Jepun.
Pendahuluan
§ Kepulauan Jepun mempunyai keadaan semulajadi yang
membolehkan perkembangan ekonomi feudalisme. Struktur muka bumi Jepun yang
bergunung-ganang, dipenuhi dengan banjaran gunung yang tinggi dan
berbukit-bukau menyebabkan kawasan tanah semulajadi untuk kegiatan pertanian
hanyalah 20 peratus sahaja. Namun begitu, kegiatan pertanian masih merupakan
tulang belakang kepada ekonomi Jepun pada abad ke-16.
§ Bagi Negara Jepun, revolusi perdagangan hanya lebih
tertumpu kepada Negara-negara Asia Timur dan Asia Tenggara. Hal ini berikutan
dasar pemerintahan yang diamalkan oleh pemerintah Jepun. Jepun hanya
menjuruskan aktiviti perdagangan dengan China dan Negara-negara Asia Tenggara
bagi mengawal masyarakatnya serta daimyo-daimyo dibawah kekuasaan Shogun. Namun
begitu, Jepun membuka pintu negaranya kepada Negara Barat tetapi mengadakan
perdagangan yang terhad dan mengenakan pelbagai peraturan.
Isi-isi penting
Pertanian
§ Pertanian
menyumbang kepada 70 peratus sumber pendapatan ekonomi feudal. Dianggarkan 80
hingga 85 peratus penduduk Jepun merupakan petani. Masyarakat petani Jepun
menanam adi sebagai sumber pertanian yang utama.
§ Kaedah penanaman padi pada zaman feudal masih menggunakan
sistem pengairan semulajadi, iaitu air dibawa terus dari sungai atau anak
sungai yang mengandungi nutrient yang sesuai untuk penanaman padi. Kaedah ini
membolehkan pengurangan penggunaan baja disamping membolehkan tanah subur dan
digunakan setiap tahun tanpa perlu direhatkan. Selain itu, tanah yang digunakan
setiap tahun dapat menghalang rumput-rampai tumbuh dan mengekalkan kesuburan
tanah.
Perusahaan tempatan
§ Perusahaaan tempatan juga berkembang di Jepun. Wujud
pengeluaran berasaskan daerah di Jepun dan pemasaran antara daerah. Contohnya,
pengeluaran kain kapas di Kinai dan pengeluaran ulat sutera serta alat tenunan
di Fukushima, Yamanashi, dan Gumma. Satsuma menjadi pusat pengeluaran gula yang
kemudiannya dipasarkan ke seluruh Jepun.
§ Pasar-pasar kecil telah berkembang menjadi Bandar
perdagangan. Pusat-pusat pertukaran wang, kedai-kedai beras, dan sake
berkembang pesat di Bandar-bandar dan wilayah-wilayah. Misalnya di Kunawa,
Sakai, Ise, Hakata dan lain-lain. Permintaan barang-barang tembikar juga
meningkat dengan pesat dan Bandar Seto di wilayah Owari menjadi pusat
pengeluaran barang-barang tembikar di Jepun.
Perikanan
§ Jepun yang merupakan wilayah kelautan member banyak
kelebihan ekonomi kepada masyarakat feudal. Kedudukan Negara Jepun yang
terletak di persimpangan arus Hitam yang panas dengan arus Kamchatka yang sejuk
telah menjadikan perairan Jepun kaya dengan ikan.
§ Kelebihan ini telah membolehkan kegiatan perikanan
menjadi sumber kedua kepada masyarakat Jepun dalam ekonomi masyarakat feudal di
Jepun. Aktiviti menangkap ikan telah lama menjadi sumber pendapatan masyarakat
feudal Jepun disebabkan ikan merupakan sumber penting dalam diet harian masyarakat Jepun dan penangkapan ikan pesisir
pantai telah dijalankan sejak zaman berzaman.
Perlombongan
§ Industri
perlombongan berkembang pesat dengan pertambahan pengeluaran emas. Perak, dan
tembaga. Semasa pemerintahan Oda Nobunaga, pengeluaran emas, perak dan tembaga
bertambah untuk meningkatkan pengeluaran.
§ Perkembangan perindustrian telah membawa kepada
perkembangan Bandar di bahagian hujung timur laut Inland yang dikenali sebagai
Osaka. Sehingga penghujung abad ke-16, Osaka menjadi Bandar bebas di luar
domain bangsawan feudal dan hanya dikuasai oleh pedagang tyempatan dan istana
kuil agung mazhab Tanah Suci Benar.
Perdagangan
§ Orang Jepun mengimport barangan tropika dari Negara
kebenuaan China yang pada asalnya dari Asia Tenggara dan India serta barangan
pembuatan dari China seperti sutera, porselin, buku, manuskrip, lukisan dan
barangan tembaga.
§ Selain barangan tembaga, Jepun juga mengimport bahan
mentah dari China. Antaranya, sulfur, papan, emas, mutiara, merkuri, dan ibu
mutiara. Tetapi menjelang abad ke-15 dan ke-16, Jepun mengeksport sejumlah
barangan siap ke China dan Negara-negara lain. Antara barangan utama
termasuklah pedang, kipas berlipat, dam pemidang. Kipas berlipat dan pemidang
mendapat permintaan yang tinggi di China.
§ Hubungan perdagangan juga diadakan dengan pedagang
Portugal abad ke-16. Menjelang tahun 1550, didapati ramai pedagang Portugal
telah memasuki Jepun dan menjalani aktiviti perdagangan. Pada masa yang sama. Jepun
mula menerima teknologi Barat seperti teknologi kapal, teknik perang,
persenjataan seperti senapang dan meriam, kesenian, dan penyabaran agama
Kristian.
§ Pemerintah Hideyoshi turut member keistimewaan kepada
William Adams, seorang rakyat British yang mempunyai kepakaran dalam bidang
perkapalan. Hideyoshi turut mengutamakan pembinaan senjata seperti senapang dan
meriam dalam persaingan politiknya yang sedang berlangsung dalam kalangan
daimyo. Pada tahun 1558. Penggunaan senjata buat pertama kalinya telah digunakan
di Jepun dan pada tahun 1570-an, pasukan penembak Jepun dibentuk.
Penutup
§ Perkembangan ekonomi feudalisme yang dialami masyarakat
feudalisme di Jepun wajar dicontohi oleh Negara-negara lain pada ketika itu.
Perubahan pemikiran pemerintah telah menyebabkan pemodenan berlaku dalam
pemerintahan dan kegiatan ekonomi demi bersaing dengan kuasa Barat dan
mempertahankan kedaulatan Negara.
§ Perkembangan ini juga telah membawa kepada aktiviti
penerokaan dan penjelajahan yang menyumbang kepada perkembangan perluasan penjajahan
dan pengumpulan kekayaan.
3.1.1 Sistem
Ekonomi Feudalisme di Eropah: Negara Jerman
Soalan 62: Kegiatan Ekonomi Feudalisme di Jerman
Pendahuluan :
§ kegiatan ekonomi yang berlaku dan feudalisme serta
kapitalisme di Jerman adalah seperti pertanian, industri dan institusi
kewangan. Ekonomi kapitalisme menjadi dominan d Barat sejak berakhirnya era
feudalisme. Bermula di England, kapitalisme merebak ke seluruh eropah.
§ Pada abad ke-18 hingga ke-20, kapitalisme menjadi sistem
ekonomi utama dunia yang menggerakkan era Perindustrian.
Isi-isi penting :
Kegiatan pertanian ;
§ Jerman masih mengamalkan sistem tiga bidang pertanian.
Tanah-tanah yang diusahakan ditanam dengan tanaman bijirin seperti gandum,
barli, oat dan kekacang. Peralatan yang digunakan hanyalah tenggala yang
diperbuat daripada kayu, sabit untuk menebas rumput dan binatang ternakan untuk
menggembur tanah.
§ Selepas tanaman dituai, binatang ternakan akan dibebaskan
ke tanah-tanah ini dan tiada tanaman lain yang ditanam. Petani-petani Jerman
juga dibebankan dengan cukai tanah dan tidak bebas melakukan pekerjaan lain
seperti memburu, menangkap ikan, dan memmotong kayu. Mereka hanya menurut
perintah tuan-tuan tanah. Malahan, kemiskinan petani pada abad ke-16 dapat
digambarkan apabila seseorang petani meninggal dunia, tuan tanah akan
menyediakan keranda untuk petani.
Kegiatan industri
§ Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran pada
abad ke-16, bukan sahaja untuk pasaran dalaman, malahan untuk dieksport. Kain
dan teknik pengeluaran sutera yang diimport dari dunia ke Eropah oleh pedagang
Arab pada abad ke-16 di Itali telah berkembang luas ke seluruh Eropah.
§ Jerman juga mengusahakan perusahaan sutera dan tidak lagi
bergantung kepada kain import dari Asia dan Persia. Selepas perang 30 tahun,
industri tekstil berkembang di desa, dimana masyarakat desa mengeluarkan
pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Manakala, masyarakat bandar menggunakan
mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain dan kemudian memasarkannya.
§ Perdagangan tertumpu di bandar-bandar Uzbenk, Hamburg,
can buemen atau dikenali sebagai ikatan Han Seatic. Perkembangan perdagangan
ini telah membawa kepada perkembangan bandar perdagangan di Jerman Utara. Kekayaan
bandar ini datang daripada perdagangan bijiran dari Baltic, tuan tanah polish
dan kawasan dari Hungary dan Bohemia yang menyumbangkan hasil pertanian untuk
dieksport ke Belanda dan negara Barat yang mengalami pertumbuhan pusat
pemasaran lembu dan bijirin, pusat pentadbiran, serta petempatan pedagang dan
tukang-tukang.
Kegiatan institusi kewangan
§ bank-bank Itali tidak dapat memberi bantuan kewangan atau
modal kepada perdagangan serta tidak dapat membiayai perdagangan di Lisbon dan
Sevile berikutan kemerosotan import akibat permusuhan dan penaklukkan Turki
Uthmaniyah dan
§ Persaingan daripada Portugal dan Sepanyol, bank-bank Jerman
pula banyak menyumbangkan bantuan kewangan atau modal perdagangan kepada
perdagang Jerman untuk menjalankan urusan perdagangan dengan Sepanyol.
Penutup :
§ Kesannya, pedagang Jerman dapat membawa barangan buatan
kilang Jerman banyak melakukan urusan perdagangan dengan Portugal dan Sepanyol.
3.1.1 Sistem
Ekonomi Feudalisme di Eropah: Negara Perancis
Soalan 63: Kegiatan sistem ekonomi feudalisme Perancis
Pendahuluan :
Pendahuluan :
§ Masyarakat Perancis masih bergantung kepada bidang
pertanian pada awal abad ke-16.
§ Kemewahann masyarakat masih diukur dari keluasan ladang
yang dimiliki. Masyarakat masih lagi tinggal di desa berbanding di bandar.
Isi-isi penting :
Pertanian
§ petani masih lagi terikat dengan tuan-tuan tanah dan
golongan bangsawan. Petani masih lagi mengerjakan tanah-tanah pertanian dalam
sistem manor. Dalam sistem ini, petani mempunyai kewajipan kepada tuan tanah,
antaranya; tinggal di tanah kepunyaan tuan tanah, mengusahakan tanah
terutamanya pada musim menuai, membekalkan kayu api ke rumah manor, membaiki
jalan jka diminta oleh manor dan membayar cukai hasil pertanian yang diusahakan
kepada manor.
§ Petani mengusahakan tanah pertanian menggunakan kaedah
sistem tanah lapang atau open field. Tanah-tanah pertanian dibahagikan kepada
tiga bahagian untuk pusingan dalam proses penanaman. Bahagian pertama akan
ditanam dengan oat dan barli pada musim bunga.
§ Selain itu, petani tidak lagi menjadi hamba atau serf,
tetapi kini menjadi penyewa tanah yang bebas atau mengambil upah sebagai buruh.
Masyarakat petani kini digelar metayers. Metayers mula mempelbagaikan
pekerjaan. Disamping itu, penanaman pokok mulberi dan penternakan ulat sutera
diusahakan oleh Raja Henry VI telah meningkatkan ekonomi rakyat dan membawa
perkembangan bandar Paris, Iyons dan Marseilles.
§ Perkembangan dalam bidang pertanian dibantu dengan
pembinaan jalan raya pada tahun 1747 yang membolehkan perhubungan lebih luas di
Perancis dan membawa hasil pertanian ke bandar-bandar besar.
Perdagangan
§ kepesatan perdagangan di Perancis dapat dilihat pada masa
pemerintahan Raja Henry VI. Raja Henry VI telah menubuhkan sebuah angkatan
tentera laut bagi melindungi perdagangan Perancis. Seterusnya, Perancis mula
menerajui perdagangan di seberang laut dan bersaing dengan Belanda dan British.
§ Perancis mula membuka pusat perdagangan di India dan
Amerika Utara. Kekayaan yang dimiliki Portugal dan Sepanyol telah membangkitkan
semangat Perancis untuk meluaskan tanah jajahan di seberang laut dan mencari
kekayaan. Oleh yang demikian, pedagang Perancis mula melebarkan pencarian
dengan membuka petempatan di Amerika Utara.
§ Pembukaan petempatan ini membolehkan pedagang Perancis
memonopoli perdagangan bulu dan memberi hak pembukaan petampatan imigran
Perancis di Amerika. Pada tahun 1642, Perancis berjaya membuka bandar montreal.
Institusi kewangan
§ perkembangan perdagangan turut dipengaruhi oleh faktor
perkembangan sistem kewangan. Pada tahun 1500, wang tidak perlu dibawa dengan
banyak untuk melakukan urusan perdagangan. Keadaan tersebut memudahkan pedagang
dan pengeluar mengawal dan memasarkan barangan dengan bebas.
§ Selain itu, urusan pengutipan cukai juga mula
dilaksanakan. Misalnya, 200 cukai berjaya dikutip dalam satu masa di 120 tempat
yang berlainan di Sungai Loire dan daerah-daerah yang lain.
§ sistem perbankan di Perancis hanya berkembang pesat pada
abad ke-18. Misalnya, pembukaan Paris Bourse pada tahun 1724, Caisse D'escompte
pada tahun 1776, dan Lorene Royale pada tahun 1783. Syarikat Joint Stock
berkembang pada pertengahan abad ke-18. Pada tahun 1788, syarikat Perancis
memperkenalkan insurans kebakaran.
Penutup :
§ Masyarakat Perancis masih bergantung kepada bidang
pertanian pada awal abad ke-16. Kemewahann masyarakat masih diukur dari
keluasan ladang yang dimiliki. Masyarakat masih lagi tinggal di desa berbanding
di bandar.
3.1.1 Sistem
Ekonomi Kapitalisme: England
Soalan 64: Huraikan faktor-faktor pertumbuhan industri di
England.
Pendahuluan :
§ Revolusi Perindustrian diertikan sebagai perubahan pesat
dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan
penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada mesin. Perkembangan
Revolusi Perindustrian memperlihatkan perubahan yang berlaku di England dan
Amerika daripada ekonomi berasaskan pertanian dan ekonomi komersial kepada
negara perindustrian.
§ Perubahan ini menyebabkan pertumbuhan kadar urbanisasi
yang pesat dan pertumbuhan penduduk yang tinggi. Ini membawa kepada pengenalan
kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlipat kali ganda, modal
yang memesatkan pertumbuhan ekonomi dan menambahkan bilangan kelas pekerja dan
kelas pertengahan.
Isi-isi penting :
1.
Perkembangan bidang pertanian
§ Selepas 1750, berlaku pertumbuhan pesat dalam bidang
pertanian yang meningkatkan pengeluaran makanan di England. Penambahan makanan
ini telah membawa kepada peningkatan penduduk. Pada tahun 1701, penduduk
England dan Wales ialah 5.5 juta telah bertambah kepada 6.2 juta pada tahun
1751. Oleh itu, sektor pertanian menjadi cekap dan produktif dalam menampung
bekalan makanan di England.
§ Perusahaan tekstil turut berkembang , memaksa beribu-ribu
tenaga kerja diambil untuk menghasilkan tekstil di England.
2.
Modal dan bahan mentah
§ Kekayaan diperoleh daripada perdagangan dan industri
kapas yang dilabur di bank pusat. Oleh itu, England mempunyai modal yang banyak
dan dipusatkan di Bank England serta pertambahan penduduk di koloni yang
menjadi pasaran untuk barangannya.
§ England mempunyai bahan mentah yang banyak seperti arang
batu dan bijih besi. Empayar England di luar negara juga menjamin sumberr bahan
mentah dan pasaran untuk barangan siap.
3.
Tenaga buruh dan pengangkutan
§ Kepesatan pertumbuhan penduduk pada pertengahan abad ke18
di bandar dan desa menyumbang kepada peningkatan permintaan barang keperluan
dan keperluan tenaga buruh bagi memenuhi pekerjaan di bandar dan kilang.
§ Kemajuan sistem pengangkutan membantu operasi pengagihan
barangan ke seluruh negara.
4.
Peranan kerajaan
§ England menguasai industri perindustrian di Eropah kerana
hasil kekayaan daripada amalan dasar merkantilisme. England mengamalkan satu
bentuk sistem aristokrat yang terbuka. Pada abad ke18, kemunculan kelas
pedagang diterima secara terbuka telah merapatkan hubungan antara kedua
golongan.
§ England juga mempunyai kelengkapan kebendaan dan
pengetahuan yang membantu mereka memasarkan barangan ke luar negara. Golongan
puritan turut membantu mereka melabur sejumlah wang dalam industri. Mereka juga
menyerapkan kemajuan sains dan teknologi ke dalam industri.
5.
Penciptaan baharu dan teknologi
§ Penciptaan baharu dalam Revolusi Perindustrian seperti
mesin menyemai benih oleh Jethro Tull (tahun 1700), Rotterham, sejenis bajak
yang membantu proses menyemai berjalan dengan lebih lancar (tahun 1730an). Pada
tahun 1798, jentera berkuasa wap dan mesin memukul yang menggunakan kuasa wap
telah digunakan.
§ Ini menyebabkan kurang penggunaan tenaga manusia dan
menghasilkan lebihan hasil pertanian. Pengeluaran hasil pertanian yang
berlebihan dijadikan sumber bahan mentah kepada sektor perkilangan. Kesannya,
berlaku Revolusi Perindustrian.
Penutup :
§ Revolusi Perindustrian di England memperlihatkan beberapa
faktor yang mempengaruhi pertumbuhan industri di negara tersebut. Terutamanya
dalam bidang penghasilan barangan
§ Pertumbuhan industri di England telah menjadikan England
sebuah negara perindustrian yang menguasai perdagangan di Eropah.
Soalan 65 : perkembangan ekonomi kapitalisme di England.
Pendahuluan :
§ Kapitalisme merupakan sistem konomi dan sosial yang
mementingkan pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan
bertujuan untuk memperolehi keuntungan. Revolusi Perindustrian telah
mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme di England.
§ Sistem kapitalisme di England mengamalkan pemilikan
secara persendirian terhadap harta benda atau alat-alat pengeluaran seperti
kilang, tanah dan lombong yang dikategorikan sebagai modal. Terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi perkembangan ekonomi kapitalisme di England.
Isi-isi penting :
1. Perkembangan
bidang pertanian
§ Sektor pertanian menggunakan sistem tanah dan kaedah
pertanian baharu telah meningkatkan hasil tanaman. Petani di England
mengamalkan sistem tanah berpagar untuk menggantikan tanah lapang. Pemagaran
tanah dapat memisahkan kawasan yang dimiliki dan diusahakan daripada tanah yang
diusahakan dan dimiliki oleh orang lain. Konsep ini berjaya mengenepikan adat
serta peraturan tradisi yang diamalkan sebelumnya dan memberi kebebasan yang
lebih kepada seseorang dalam usahanya untuk memajukan tanah yang disewa atau
dimiliki.
§ Seterusnya, penggunaan teknik penanaman baharu dan
jentera diperkenalkan. Antaranya penggunaan alat penggali dan penabur oleh
Jethro Tull. Penggunaan alat ini telah memudahkan para petani untuk menggali
lubang dan menabur benih dalam jarak yang ditetapkan. Ini menyebabkan tanaman
tumbuh secara teratur mengikut baris yang sama jaraknya dan memudahkan petani
menggembur dan membersihkan tanah.
§ Bagi menyuburkan tanah pula, kemajuan sains telah berjaya
memperkenalkan baja tiruan kepada masyarakat petani. Penggunaan baja tiruan ini
dapat memenuhi keperluan baja yang meningkat terutamanya dalam ladang-ladang
yang luas. Kesuburan tanah juga dapat ditingkatkan dengan penggunaan baja
kimia. Penggunaan kaedah dan pengenalan tanaman baharu juga telah meningkatkan
sumbangan pertanian kepada ekonomi England.
2.
Perkembangan sektor penternakan
§ Para petani juga turut mengamalkan sisitem pertanian
campuran iaitu menternak biri-biri dan lembu serta menanam rumput dalam kawasan
pertanian yang sama. Kaedah ini berjaya mengatasi masalah bekalan makanan
binatang ternakan, khususnya pada musim sejuk. Bulu-bulu binatang juga boleh
digunakan untuk industri membuat kain dan najis binatang dijadikan baja.
§ Antara tahun 1730 hingga tahun 1760, Robert Blakewell
telah memperkenalkan kaedah baru yang dapat mempercepatkan proses pembesaran
binatang ternakan dan menghasilkan ternakan yang besar saiznya. Hasilnya, baka
biri-biri yang terbaik dapat dihasilkan. Kaedah ini telah tersebar luas dan
digunakan di England. Kesannya, bekalan daging dan susu meningkat bagi memenuhi
keperluan England.
3.
Kemajuan sektor perindustrian
§ Permintaan yang tinggi bagi barangan tekstil telah
membawa kepada penciptaan mesin pemintal yang pertama oleh James Hargreaves
pada tahun 1764. Pada tahun 1795, Edmund Cartwright telah mencipta mesin tenun
pertama yang menggunskan kuasa air. Kemajuan dalam perindustrian telah membawa
kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang batu untuk menghasilkan
besi tempa bagi membuat peralatan besi. Pada akhir abad ke18, kuasa wap telah
digunakan dalam industri untuk mengendalikan jentera.
§ Pelbagai kaedah baharu ditemui bagi memajukan industri
perindustrian di England. Antaranya, Siemens menemui kaedah baharu untuk
menghasilkan keluli daripada keluli belum tempa. Penggunaan teknologi tersebut
membolehkan pertambahan pengeluaran dalam industri tekstil pada abad ke18. Industri
besi juga menunjukkan pertambahan dalam pengeluaran selepas Revolusi
Perindustrian di England. England mempunyai banyak sumber bijih besi telah
mengeluarkan besi yang lebih bermutu.
4.
Kemajuan sistem pengangkutan
§ Revolusi Perindustrian telah membawa kepada kemajuan
dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, kereta api dan
terusan. Kapal-kapal mula dibina daripada besi menggantikan kayu balak dari
Baltik. Teknologi pembinaan kapal besi oleh Wilkinson pada tahun `787 telah
menyaksikan kapal-kapal dibina menggunakan besi sebagai rangka kayu sebagai
dinding. Kapasiti kapal menjadi lebih besar dengan penggunaan besi kerana boleh
mengangkut lebih banyak kargo berbanding
kapal yang dibina menggunakan kayu. Pada tahun 1802, kapal-kapal menggunakan
enjim stim dan keluli menggantikan besi dalam industri pembinaan kapal.
§ Perluasan permintaan barangan perkilangan turut
mempengaruhi pembinaan jalan raya di Britain. John Macadam memperkenalkan
pembinaan jalan raya daripada batu dan minyak tar. Kemajuan ini mempermudahkan
perhubungan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Lebuh raya tol juga
dinaiktaraf dan diperluaskan lagi. Penambahbaikan sistem jalan raya ini
dibuktikan dengan penjimatan masa perjalanan antara saru kawasan dengan kawasan
yang lain.
5.
Penghijrahan dan pertambahan penduduk
§ Perkembangan perindustrian telah menyumbang kepada
pertambahan penduduk. Pada tahun 1850, menyaksikan lebih separuh populasi
England tinggal di pekan dan bandar. Peningkatan penduduk disebabkan oleh
migrasi penduduk luar, misalnya pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah
berhijrah beramai-ramai ke England.
§ Kesannya, penghijrahan ini telah membawa kepada penyatuan
Ireland-England dan penduduknya lebih tertumpu kepada pekerjaan dalam industri
tekstil. Jika mereka tidak berhijrah akan lumpuh disebabkan kekurangan tenaga
pekerja.
Penutup :
§ Perkembangan industri di England dipengaruhi oleh
beberapa faktor.
§ Perkembangan yang dilalui oleh masyarakat England kesan
Revolusi Perindustrian memperlihatkan perkembangan sistem ekonomi di England.
3.1.1 Sistem Ekonomi
Kapitalisme: Amerika Syarikat
Soalan 66: Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang
kepada pertumbuhan industri di Amerika syarikat.
Pendahuluan
§ Terdapat pelbagai faktor yg mmbuatkn peningkatan ekonomi
di Amerika Syarikat dgn sebab mmpunyai sumber aasli yg byk, tenaga buruh yg
ramai, penggunaan teknologi maju, teknik pemasaran yg di gunakn kpd pengguna
& mmggunakn dasar2 kerajaan yg tlh di ttpkn.
Isi-isi penting :
1. Sumber
Asli dan Negara yang luas
§ Amerika mrpakn sbuah Negara bsr serta mampu myediakn
pnawaran tanah yg luas blum dterokai spnuhnya. Prkmbngan revolusi prindustrian
tlh mnambahkn pgeluaran hasil pertanian,mningkatkn pnggunaan teknologi,&
mgurangkn prmintaan tenaga buruh dlm prtanian.
§ Pnawaran tenaga buruh tlh dgunakn dlam bidg industri
tanpa mnjejaskn bidang prtanian d Amerika. Amerika juga kaya dgn sumber asli
sprti kayu balak,arang batu,&minyak yg mbwa kpda prtumbuhan industri arang
batu,besi keluli & minyak.
2. Imigrasi,
buruh dan perbandaran.
§ Amerika mnjdi tumpuan imigran dr perancis pd thn 1695,
& imigran Jerman mlarikan diri dr tnh air mereka krna tdk mahu trhimpit dgn
pperangn antara Jerman & perancis.
§ Kmsukan buruh2 ini hsil galakkn drpd undang2 Buruh
Kontrak yg tlh dwartakn pd thn 1864. Kdtgn buruh2 luar & penghijrahn pnddk
dr desa ke bndr tlh mdrong pertmbuhn ekonomi krna mmpunyai tenaga buruh yg
bnyak. Prtumbuhn prindustrian & prdagangan trut mndrong prtumbhn Bandar
antara thn 1860 – thn 1900.
3. Kemajuan Teknologi
§ Pnciptaan teknik pgeluaran besi keluli scra bsr2an &
pmbinaan & pertumbuhan jaringan pengangkutan peringkat kebangsaan.
§ Penciptaan baru slaras dgn pggunaan tenaga elektrik &
telefon tlh mmudhkn sistem komunikasi & mningkatkn hsl mgluaran prklangan
di Amerika. Ciptaan telegraf – Samuel F.B. Morse ( 1844 ), Telefon – Alexander
Graham Bell ( 1876 ), Cahaya elektrik – Thomas Alva Edison ( 1879 ) dan Kereta
– Henry Ford ( 1893 )
4. Teknik pemasaran
§ Membantu pnjualan brngan siap & mmajukn bidang
prniagaan di Amerika. Contohnya, mail order house iaitu prhidmatan mghntar brg
mlalui sistem pos . Brgan dpt d hntar & d trima o msyrt luar bndr. Gedung
jualan besar. mnawarkn plbgai brngn & prkhidmatan di 1 tmpt.
§ Teknik pengiklanan. mempromosikn brngan mula brkmbg pd
thn 1869. Ekspo Antarabangsa. Columbian yg prtama di Chicago tlh d anjurkn pd
thn 1893. mrpkn upacara sosial &
bdaya yg pplar & brjaya mnrik 27 juta plawat dan plbgai brngan pgguna tlh
di prknlkn kpd rakyat Amerika.
5. Peranan
kerajaan.
§ Memainkn peranan penting dalam prtumbuhan industri dan perdagangan
di Amerika. Antaranya; Mwujudkn kstabilan mata wang; Tarif yg brsesuaian; Mmbnrkan
pgguna mggunakn sumber semula jadi; Mmbntuk polisi imigrasi yg longgar; Mgenakn
kdr cukai yg rndh; dan Mwujud kn sistem prbankan kbgsaan
§ Kerajaan mwujudkn bbrpa akta bgi mnggalakkn & melindungi prdagangan. Antaranya : akta
landasan krta api pasifik pda thn 1862 & thn 1864 yg mmbolehkan kerajaan
amerika mnyumbangkn tanah awam kpd syrikat2 swasta utk mmbina landasan krta api
merentas benua. Kerajaan jga mnyumbang bantuan kewangan , iaitu mnjanjikn byrn
$ 48 ribu dolar bgi stiap batu jln krta api yg di bina di kwsn prgunungan .
kerajaan jga mmberi pinjaman yg disubsidi slm 30 thn dgn kadar faedah yg rendah di bawah harga
pasarn. Dan pengenalan akta ladang & akta majlis tanah .
Penutup:
§ Perkembangan
sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang
amerika dengan England dan Perang Saudara. Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme
menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian dan perniagaan besar.
§ Dalam pada
itu, perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas
negara tersebut mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776. Kestabilan
politik dalam negara meletakkan asas bagi perkembangan sistem ekonomi
kapitalisme di negara tersebut.
Soalan 67: Bincangkan
perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika syarikat pda abad
ke-18.
Pendahuluan
§ Peperangan Amerika dgn Britain yg berakhir pda thn 1812 mmbuka
era baru bgi Amerika. Rakyat Amerika berusaha gigih agar dapat brdikari dri
segi ekonomi dan tidak dibelenggu olh Britain. Slps thun 1812, Amerika mula
mengalihkan prhatian kpd dasar dlm negeri. Ekonomi masyarakat Amerika beralih
drpd mengusahakan prladangan kpd prkilangan.
§ Pda abad ke-18 hingga ke-19 ekonomi Amerika beralih kpd
prkembangan industri baru sprti industri kereta api, pemprosesan makanan , besi
keluli, dan perlombongan selari dgn industri lma sprti industri tekstil dan
pmbungkusan daging.
Isi-isi penting
1.
Pertanian & industri.
§ Pda thun 1800, 6 drpd 7 pekerja di Amerika mrupakan
petani dan ketika itu tiada Bandar yg mmpunyai pndduk melebihi 100 000 org. Pda
thun 1860, populasi brtambah kpd 30 juta org dan 9 buah Bandar di Amerika
mmpunyai kpd tan pnddk melebihi 100 000 org dan hanya 50% pekerja Amerika adlh
petani. Hal ini, mmperlihatkn bahawa benua Amerika yg luas dan hanya bberapa
kwsan yg masih mnjalankn kegiatan prtanian dan prladangan.
§ Sebahagian drpd kwsn selatan dan barat Amerika masih
mngusahakan pertanian sbgai sumber ekonomi yg utama. Negari2 di selatan
mngusahakn prtanian sbgai sumber ekonomi yg utama dan mmerlukan byk buruh utk mengusahakn
kegiatan prladangannya. Hasil keluaran negeri di selatan yg utama ialah kapas ,
gula , beras , dan tembakau dibawa ke negeri di utara bagi tujuan pemasaran dlm
negeri atau luar. Hasil pertanian dri negeri2 dibarat tengah seperti
gandum,daging dan tenusu dibawah ke utara dan kemudian dipasarkn ke luar
Negara.
§ Perkembangan pertanian mmbawa kpd perkembangan
perindustrian dan perkilangan diutara. Kebanyakan pekerja datang dri dearah
pedalaman New ,England. Mereka dri keluarga yg sma trmsuk kanak2 & wanita.
Selain drpd aktiviti prdagangan yg dijlnkn di wilayah utara, aktiiti pemasaran
barangan turut dijlnkn sma ada utk dlm negeri atau luar Negara.
2.
Perkembangan sistem pengangkutan.
§ Slps kerajaan meluluskn akta ladasan kereta api pasifik
pda thun 1862, sistem landasan kereta api Amerika tlh berkembang pesat. Jaringan
landasan kereta api tlh meningkat drpd 31 ribu kpd 53 ribu dan mnjelang thun
1880-an prluasan landasan kereta api berada pda kemuncaknya apabila jumlah
prbatuan meningkat sehingga 165 ribu batu.
§ Landasan kereta api merentas benua yg pertama dibarat
siap dibina pda thun1869. Landasan kereta api union pasifik yg dibina di
sebelah barat sungai Missouri brcantum dgn landasan kereta api central pasifik
yg dibina di sebelah timur sacramento,California tlh brtemu di promontory point
Utah. Kesan pembinaan jaringan landasan kereta api; Menggalakkn
prpindahan pendduk; Mmbuka petempatan baharu; Mmpercepatkn penghantaran barang
dri bndr ke desa dan serata Amerika dan Menjadi satu cara pengiklanan utk
mnggalakkn kedatangan imigran dri dlm dan luar ke tempatan baru itu.
3.
Industri minyak.
§ Industri ini brmula di Amerika dgn pengunaan minyak tanah
bgi tujuan pemanasan dan cahaya smsa perang saudara ( 1861-1865 ). Telaga
minyak yg pertama dijumpai di
Pennsylvania pda thun 1859. Seterusnya pda penghujung abad ke-19, industri
minyak tertumpu di Cleveland, pittburg, Philadelphia.
§ Usahawan yg mula melibatkn diri dlam industri minyak
ialah John D. Rockefeller pada thun 1863. Pda thn 1879, John dan rakan2nya
mnubuhkan stantart oil of New jersey dan pda thn 1870, syarikatnya sendiri ,
iaitu standart oil company of ohio tlh mnjadi pengeluar trbesar di Cleveland,
Ohio. Kejayaan syarikat ini brterusn apabila mngeluarkn 90% drpd minyak Amerika
dan mnjadi pengeluar utama minyak pd 1880.
§ John D. Rockefeller tlh mnggunakn pelbgai keadah utk
memonopoli industri minyak. Antarannya , mmbeli syarikat pesaing mmbeli scra
trbuka arau scra senyap, mmulau, dan memufliskn syarikat lain melalui perang
harga. Kejayaan memonopoli perniagaan
ini tlh brkembang kpd bidang lain dgn kewujudan syarikat2 lain. Misalnya,
persyarikatan gula, tembakau, dan sebagainya. Hal ini mmperlihatkn perkembangan
ekonomi kapitalisme di Amerika.
4.
Industri besi keluli
§ Sprti indusri minyak ,indusri keluli juga menuju kpd
penyatuan. Andrew Carnegie ialah org yg bertanggungjawab mmajukn indusri keluli
di Amerika. Menjelang tahun 1894, firmanya menguasai 25 % drpd pengeluaran
Negara .
§ Pda thn 1901, Carnegie menjual syarikatnya kpd J.Pierpont
Morgan. Morgan tlh mmulakn penyatuan sehingga mmbawa kpd penubuhan U.S Steel
Corporatin. Syarikat ini tlh Berjaya mngatasi pesaingnya dan menguasai industri
keluli di Amerika .
5.
Perniagaan besar.
§ Perniagaan bsr muncul mlalui gerakn penyatuan syarikat2
di Amerika syarikat yg mmbentuk prsyarikatan dlm industri2 utama di Amerika
syarikat. Langkah yg dimulakn olh carriegie & Rockefeller tlh mnjadi ikutan
industri2 lain di Amerika syarikat. Kemunculan prniagaan bsr tlh mmbawa
kestabilan ekonomi kapitalisme di Amerika. Selain itu, dpt mndominasi ekonomi
& mngawal psran di Amerika.
§ Gelombang pnyatuan besar ini brmula pd thn 1895 – 1905.
Dri thn 1895- thn1904, lebih kurang 300 syarikat lenyap stiap thn. Dri thn
1898-1902, lebih drpd 2600 syarikat lenyap. Syarikat2 besar yg mnguasai psrn
ialah syarikat Dupont & General Electric yg mndominasi 58 % psrn bhn kimia
& kuasa Elektrik
6.
Perdagangan antarabangsa.
§ Kelahiran perniagaan bsr yg mgeluarkn lebihn brngn
prtanian & brngan prindustrian tlh myebbkn Amerika mmerlukn psran yg lbh
luas serta kprluan bhn mntah bg mykong kesinambungan & kejayaan ekonomi
Amerika. Amerika mrsakn prbhan dsr pmencilan kuasa kpda prluasn empayar akn
mmbri manfaat kpda prdagangan antabangsanya. Prbhan ini mmperlhatkn pningkatan
prdagangan antarabangsa . pda thn 1897,nilai eksport yg tinggi brbandig nilai
import sbnyak $286 juta dolar mrupakn yg
trbsr dlm sejarah Amerika.
§ Prdgangan Amerika dgn Cuba .Amerika mrpakn psran utama
gula dr Cuba.pd thn 1894,hmpir 90% hsil eksport
Cuba ke Amerika & Cuba mgimport 38% dr Amerika. Brasaskan kpntingn industri
& dagangan trsebut,Amerika mnruskan dsr prluasan kuasanya.pd thn 1898,
presiden McKinley mbyar $20 juta dolar kpda Filipina. Sepanyol myrahkn Cuba,
Guam, Puerto Rico,dan kpulauan Filipina kpda Amerika.
Penutup:
§ Perkembangan
sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang
amerika dengan England dan Perang Saudara. Perkembangan sistem ekonomi
kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian dan perniagaan besar.
§ Dalam pada
itu, perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas
negara tersebut mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776.
Soalan 68: Huraikan Faktor-Faktor
Perkembangan Sistem Ekonomi Kapitalisme Di Amerika Syarikat Pada Abad Ke-18
hingga 19.
Pendahuluan
§ Perkembangan
Ekonomi Kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang Amerika Syarikat dengan Britain (1812) dan
Perang Saudara (1861-1865). Kestabilan politik menyebabkan golongan kapitalis
melaburkan modal dalam sektor perindustrian.
§ Perkembangan
ini menyebabkan bermula Revolusi Perindustrian di Amerika Syarikat mulai (1860-an
hingga 1914)
Isi-Isi Penting :
Kekayaan sumber asli
§ pertengahan
abad ke-19, sistem ekonomi kapitalisme berkembang pesat di Amerika Syarikat.
Perkembangan sistem ekonomi ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat dalam
Sektor perindustrian.A ntara nya : KEKAYAAN
SUMBER ASLI – Amerika Syarikat ialah
negara yang luas dan mempunyai banyak sumber kekayaan seperti arang batu, besi, keluli, dan minyak.
§ Menjelang
tahun 1913, Amerika Syarikat menjadi
pengeluar utama arang batu dunia. Sebahagian besar daripada pengeluaran
arang batu di Amerika Syarikat disumbangkan Pennslyvania.
Bekalan tenaga Buruh
§ Amerika
Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga
buruh yang ramai. Tenaga buruh yang
ramai meransang pertumbuhan sektor perindustrian yang memerlukan pekerja yang ramai.
§ Bekalan
tenaga buruh yang ramai telah menyediakan permintaan untuk hasil keluaran
negara. Kekayaan sumber asli merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan
kapitalisme di Amerika Syarikat.
Imigrasi buruh dalam negara dan kehadiran buruh asing
§ Kehadiran
buruh dari luar negara dan perpindahan buruh dalam negara menyediakan
bekalan tenaga buruh yang mencukupi. Undang-undang Buruh Kontrak 1864 menggalakkan kedatangan buruh Amerika
Syarikat.Undang-undang ini menyebabkan kemasukan ramai buruh dari China yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta
api.
§ Pertumbuhan
bandar-bandar menyebabkan penduduk berpindah dari luar bandar ke kawasan
bandar.Perkembangan ini menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di
bandar-bandar pelabuhan seperti New York , Chicago , dan Boston.
Kemajuan teknologi
§ Kemajuan
dalam bidang teknologi menyebabkan banyak ciptaan baharu muncul di AmerikaSyarikat. Perkembangan ini telah
menyebabkan muncul pencipta-pencipta
terkenal di Amerika Syarikat.
§ Antara
pencipta dan hasil ciptaan ialah Samuel
F. B . Morse yang mencipta Telegraf , Graham Bell yang mencipta Telefon, Thomas Alva Edison yang
mencipta Elektrik, Henry Ford yang
mencipta Kereta, Wilbur dan Orville
Wright yang mencipta Kapal Terbang. Sehingga akhir abad
ke-19, syarikat-syarikat di Amerika syarikat telah mengeluarkan 40 000 buah kereta. Selain itu muncul
kaedah baharu untuk menghasilkan besi
dan keluli secara besar-besaran.
Teknik Pemasaran baharu
§ Selepas itu,
muncul teknik pemasaran baharu, iaitu
barangan dihantar melalui pos. Antara syarikat penghantaran yang terkenal ialah
Roebuck and Company dan Montgomery Ward yang diasaskan pada
tahun 1872.Dimajukan kerana kemajuan Sistem
pos dan landasan kereta api. Barangan dapat dihantar
dengan cepat dan diterima oleh penduduk di bandar dan luar bandar. Seteleah itu, muncul gedung-gedung perniagaan besar yang
menawarkan pelbagai jenis barangan dan
perkhidmatan di bawah satu bumbung,
§ Antara
gedung yang terkenal ialah Macy (New
York), Filene (boston), Marshall Field (Chicago), dan Wannamaker (Philadelphia). Pada masa
yang sama, sistem pengiklanan juga
wujud. Mengadakan Ekspo Perdagangan untuk
memasarkan barangan yang di hasilkan oleh kilang,sebagai contoh Ekspo
Antarabangsa Columbia yang diadakan di Chicago pada tahun 1893 menarik 27 juta
pengunjung.
Pengangkutan Jalan air
§ Sungai
merupakan jalan pengangkutan utama untuk menggerakkan barangan. Pengenalan
kapal Wap telah merancakkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat.
§ Pada tahun
1807, kapal wap Robert Fulton yang dinamakan Clermont melakukan pelayaran pertama di Sungai Hudson. Kapal wap boleh mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan cekap.
Pembinaan terusan
§ Terusan
telah muncul sebagai kaedah
pengangkutan utama kepada penduduk Amerikat Syarikat. Terusan didapati
lebih cekap untuk menggerakkan barangan berat berbanding dengan jalan raya.
§ Antara
Terusan yang terkemuka di Amerika Syarikat ialah Terusan Erie di New York. Berkeluasan 40 kaki dan 360 batu
panjang. Terusan ini mengurangkan
kos untuk menggerakkan barangan
dan mengurangkan jarak perjalanan daripada
20 hari kepada enam hari. Menjadi sebuah
pelabuhan terkemuka di Amerika Syarikat. Negeri-negeri lain
seperti Pennslyvania, Ohio, dan Indiana juga melabur dalam pembiaan
terusan.
Penutup
§ Perkembangan
sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang
amerika dengan England dan Perang Saudara. Perkembangan sistem ekonomi
kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian dan perniagaan besar.
§ perkembangan
pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas negara tersebut
mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776. Kestabilan politik dalam
negara meletakkan asas bagi perkembangan sistem ekonomi kapitalisme.
Saya kongsi bahan cgu dengan pelajar2 saya. Terima kasih.
BalasPadamCukup menarik untuk dibaca dan mudah difahami
BalasPadamTq so much....sangat bermanfaat
BalasPadambegitulah
BalasPadam