3.2 Intelektual (England dan Perancis)
3.2.1 Perkembangan Ilmu
Soalan 78: Huraikan Faktor–faktor Perkembangan Zaman Pencerahan
Pengenalan
· Pencerahan
(enlightment), satu zaman yang berlaku
selepas Zaman Renaisans dan Reformasi. Revolusi Intelektual yang melahirkan pemikiran
yang liberal dan moden.
Isi-isi Penting:
Faktor-faktor Perkembangan Zaman Pencerahan
1.
Pengaruh Renaisans
§ Melahirkan semangat
ingin tahu dan kritikal yang radikal.
Kemunculan negara bangsa, ciptaan baharu, kemajuan seni bina, seni lukis dan
lain-lain. Melahirkan masyarakat yang
berfikiran terbuka.
2.
Pengaruh Reformasi
§ Menamatkan
konsep dunia kristian dan
melahirkan aliran pemikiran baharu
seperti Protestan, Anglican, dan Presbyterianism. Kemunculan Negara Mutlak,
mempunyai kuasa Autonomi dan bebas dari ancaman gereja. Idea baharu
seperti rasionalisme dan reasoning
berkembang luas.
3.
Pengaruh Ahli Falsafah
§ Kemunculan
ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau, dan Montesquieu mempengaruhi Zaman Pencerahan. Semangat Zaman pencerahan di peroleh
daripada revolusi saintifik dan intektual pada abad ke-17. Idea
tentang kemajuan merupakan ciri-ciri dominan dalam tamadun Eropah pada abad ke-17 hingga abad
ke-20.
4.
Kemunculan Kelas Pertengahan
§ Golongan budiman mula meninggalkan tabiat lama sesuai
dengan Zaman baharu. kemunculan golongan
Borjuis(kelas Pertengahan), merupakan golongan
yang lebih berpendidikan. Columbus
Maggelan dan Francis Drake,
merupakan tokoh yang terlibat dalam
penjelajahan. Prasangka terhadap
budaya asing terhakis akibat cara pemikiran
baharu iaitu secara Empiris dan
sebab munasabah
Kesimpulan
§ Sumbangan paling utama pemikir zaman ini adalah menyediakan Eropah untuk era yg lebih progresif. Perkembangan intelektual telah melahirkan ramai pemikir yg mengemukakan idea-idea yang berharga dalam politik, ekonomi dan sosial.
Soalan 79: Huraikan sumbangan ilmu pada zaman Pencerahan
kepada perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Eropah.
Pendahuluan
§ Zaman Pencerahan Ialah Zaman yg telah melahirkan
masyarakat Eropah yg lebih terbuka berdasarkan konsep toleransi, kebebasan,
perlembagaan dan tdak lagi dkongkong oleh gereja Zaman Ini telah meninggalkan
beberapa kesan yang nyata dalam bidang politik , sosial dan ekonomi .
Isi-isi Penting:
Perkembangan Politik
§ Raja-raja dikenali sebagai ‘enlightened despot’ ingin
memerintah dengan penuh kesedaran. Raja percaya bahawa perangai manusia
jugamengikut undang-undang yg boleh
dtemui melalui alasan dan pemerhatian. Mereka juga percaya bahawa undang-undang
ini ditemui dan menjadi kewajipan mereka untuk mempraktikkan dengan tegas abad-18,
mereka menfokuskan perhatian kepada cara-cara menggunakan kuasa politik utk
mmperbaiki taraf hidup manusia. seorang pemerintah pada zaman pencerahan
melihat negara sebagai entiti yang suci, kddukan negara sangat tinggi dan
mereka dapat memajukan negara tanpa had Mereka melaksanakan pemusatan kuasa
kerajaan dgn menghapuskan keistimewaan yang dinikmati
§ Federik
The Great telah mengambil langkah mwujudkan
toleransi agama, memajukan pendidikan awam, mewujudkan perkhidmatan awam,
menyatukan undang-undang dan memajukan pentadbiran keadilan Joseph II berusaha untuk membebaskan
serf dalam masayarakat. Sesetengan pemerintah cuba utk menghapuskan sempadan
provinsi lama. Mereka membina jentera pentadbiran sebuah negara yang moden yang
boleh berfungsi terus tanpa campur
tangan raja. Mereka menghapuskan imuniti yg dinikmati oleh golongan bangsawan,
gereja dan elit di peringkat bandar. Penyeksaan dan hukuman berat ditolak oleh
pemerinta pada zaman pencerahan, mereka cuba membentuk mahkamah rayuan di
peringkat daerah dan provinsi .
Perkembangan Ekonomi
§ kegiatan ekonomi mempunyai hubungan yang rapat dengan
pendapatan negara dan ketenteraman awam. Sistem perburuhan serfdom dianggap
kaedah pengeluaran yg tidak berperikemanusiaan dan tidak ekonomik Di
Eropah timur dan tengah, pemerintah
berusaha menghapuskan sistem perburuhan ini .
§ Raja-Raja pada zaman ini berusaha utk mlahirkan
masyarakat tani yang bebas, maju dan
dinamik. perindustrian, raja-raja menghapuskan semua sekatan ke atas perjalanan
ekonomi negara, mereka menggalakkan penubuhan syarikat. Perdagangan bebas
dilaksanakan, Sekatan kastam dikurangkan kemudahan infrastruktur dibina
Perjanjian-perjanjian perdagangan diadakan untuk meningkatkan hubungan dengan
negara-negara lain
Perkembangan Sosial
§ Idea progresif merujuk kpd kepercayaan bahawa khidupan
manusia akan menjadi lebih baik berbanding dari zaman nenek moyang mereka. idea
ini tel;ah menyumbang kepada kepada kehidupan yg lebih baik utk generasi yg
akan datang . Dua Matlamat utama raja-raja zaman ini adalah untuk mengurangkan
kuasa gereja dan memodenklan sistem pendidikan .
§ kuasa POPE dikurangkan dan mereka kini memerlukan
kebenaran diraja sebelm melakukan pelantikan. Agen-agen dari rom turut hilang
kuasa mereka untuk melawat monastri . latihan dan tugas paderi di ambil ahli
oleh negara . Golongan paderi dijadikan agen dalam bidang pendidikan ,
kesihatan dan kebajikan. Institusi monastri telah dimansuhkan dan harta milik
institusi dirampas .
§ Kuasa menapis surat khabar diambil daripada gereja dan
ditadbir oleh negara. Toleransi diperluas kepada semua golongan. Pendidikan di
peringkat universiti , sekolah rendah, menengah di perluas . mata pelajaran
praktikal dan kaedah moden disatukan untuk melatih pgawai-pgawai awam
juruteknik dan buruh biasa serta susun sosial juga dipulihkan
Penutup
§
Sumbangan paling utama pemikir zaman
ini adalah menyediakan Eropah utk era yg lebih progresif . Perkembangan
intelektual telah melahirkan ramai pemikir yg mengemukakan idea-idea yang
berharga dalam politik , ekonomi dan sosial.
Soalan 80: Huraikan Perkembangan ilmu di England
Pendahuluan
§ Perkembangan ilmu di Eropah tercetus kesan daripada
gerakan renaisans yang bermula di itali pada abad ke-14.Renaisans bermula
sekitar abad ke-14 dan mencapai kemuncaknya pada abad ke-16.Di
England,Renaisans bermula pada era pemerintahan Ratu Elizabeth yang dapat
dilihat dalam beberapa peringkat.
§ Peringkat pertama ialah zaman Renaisans.zaman Renaisans
terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama dan peringkat kedua Renaisans bermula pada abad ke-14 hingga
ke-17.Renaisans peringkat pertama ialah pergerakan intelektual,sastera dan seni
yang bermula di itali manakala Resainans peringkat kedua merupakan revolusi
yang berlaku dalam bidang keagamaan akibat reformasi protestan.
§ Peringkat kedua ialah Reformasi protestan yang berlaku
pada abad ke-15.Renaisans dalam bidang keagamaan yang membawa kepada pecahnya
gereja katolik dan terbentuknya gereja protestan. Peringkat ketiga ialah
revolusi sains yang berlaku pada abad ke-16 dan abad ke-17.revolusi sains ialah
perubahan dan penemuan dalam bidang sains tentang cara melihat dunia semula
jadi.
§ Zaman terakhir ialah zaman pencerahan yang berlaku pada
abad-18.zaman pencerahan ialah perubahan masyarakat dari era kejahilan kepada
era baru ekoran perkembangan sains dan manusia.
Isi-isi penting:
Kelahiran
zaman Renaisans
§ Zaman Renaisans membawa kepada perkembangan dalam bidang
keilmuan termasuk dalam agama, politik, sosial, dan ekonomi. Aliran pemikiran
seperti humanisme, individualisme, dan kritis turut berkembang. Renaisans
bermaksud kelahiran semula yang merujuk kepada perkembangan keilmuan , keintelektualan,
sastera dan seni. Resainans bermula di Itali (1350) dan akhirnya merebak
keseluruh Eropah. zaman Renaisans dianggap sebagai zaman pemulihan semula
selepas tragedi black Death dan masalah politik yang melanda pada Eropah pada
abad ke-14.
§ Semasa berlangsungnya zaman Renaisans, berlaku beberapa
perubahan dalam masyarakat Eropah yang mencukupi beberapa aspek:
a)
Aspek
keintelektualan yang mementingkan semangat inkuiri atau penyelidikan dan
menekankan pemikiran logic dan falsafah.
b)
Aspek politik
yang membawa zaman Renaisans pembentukan monarki baharu seperti Portugal,
England ,Belanda, dan Perancis.pada abad ke-15,berlaku perubahan dalam sistem
pemerintahan di Eropah yang meliputi kuasa raja (meningkat),kuasa bangsawan
(dikurangkan) ,dan usaha untuk menguasai Gereja.
c)
Aspek sains, zaman
Renaisans merupakan permulaan kepada revolusi sains yang tercetus pada abad
ke-17.ahli-ahli sains pada ketika itu mula menekankan kaedah saintifik yang
bertentangan pendapat dengan tokoh lama seperti Aristotle.Mementingkan aspek
pemerhatian dalam kajian dan hasil penemuan hendaklah disertakan dengan bukti
Empirikal.
d)
Aspek seni
dan seni bina. zaman Renaisans menyaksikan pengenalan dan perkembangan teknik
seni realistic.Teknik ini berkembang dan menjadi permulaan kepada kaedah seni
baru yang menggambarkan alam semula jadi
secara realistic.sebagai contoh,Leonardo da Vinci melukis aNATOmi
manusia dan alam semula jadi.perkembangan seni bina dapat dilihat dalam reka
bentuk bangunan purba. Basilika St. Peter merupakan contoh seni bina agung yang
dibina dengan menggabungkan kemahiran tokoh terkenal seperti
Michealangelo, Raphael dan Sangallo.
Reformasi Protestan
§ Reformasi protestan dipelopori oleh tokoh martin Luther
dan john calvin. faktor tercetusnya reformasi kerana ketidakpuasan hati
dengan dokrin, ritual dan organinisasi gereja Roman katolik dan merupakan
perusahaan pembaharuan Gereja roman katolik (GRK).
§ Golongan reformasi ini berusaha untuk menghapuskan dokrin
palsu dan juga amalan rasuah dikalangan penguasa gereja.reformasi diperluaskan
lagi dengan alat pencetakan dan pembaharuan dalam bidang teologi kontemporari
iaitu menilai semula hubungan antara manusia dan tuhan.
§ Perkembangan media cetak banyak membantu penyebaran idea
reformasi.Kitab bible telah diterjemahkan dalam bahasa Jerman sekaligus telah
merangsang perkembangan literasi.
Revolusi Sains
§ Revolusi sains,bermula di Itali dan berkembang keseluruh
Eropah dan melahirkan masyarakat yang maju.pada abad ke-16 dan 17,banyak
penemuan baru dalam bidang sains.kemunculan dan perkembangan revolusi sains
telah menjadi batu asas kepada sains moden.Ilmu pengetahuan berkembang pesat
dengan penemuan dan idea baru yang tidak wujud sebelum ini.hasil penemuan dan
idea baru ini membawa kepada gambaran dan penjelasan yang lebih luas dan tepat
tentang alam semesta.
Zaman Pencerahan
§ Zaman pencerahan,revolusi sains telah membawa kepada
munculnya zaman pencerahan.zaman pencerahan merujuk kepada era perubahan
masyarakat daripada kejahilan @ zaman kegelapan kepada zaman era baru yang
moden.Antara tokoh yang terkenal pada zaman pencerahan ialah John
Locke, Voltaire, Charles Louis de Secondat dan Montesquieu.
Penutup
§ Zaman Resainans telah melahirkan masyarakat Eropah yang
perpengatahuan.perkembangan dalam bidang Intelektual,agama,sains dan kesenian
telah membawa perubahan yang besar dalam aspek pemikiran dan kehidupan
masyarakat Eropah. Ramai tokoh yang muncul dengan penemuan dan idea baru
sehingga mendorong kepada pembentukan masyarakat yang lebih moden.
Soalan 80 (b): Terangkan faktor-faktor perkembangan ilmu yang beraku di
Perancis pada abad ke-17M.
Pengenalan
Perkembangan
ilmu di Eropah tercetus kesan daripada gerakan Renaisans yang bermula di Itali
pada abad ke-14 hingga abad ke 17. Renaisans bermula pada era pemerintahan Ratu
Elizabeth yang dapat dilihat dalam dua peringkat. Renaisans peringkat pertama
ialah pergerakan intelektual, sastera dan seni bina yang bermula di Itali.
Manakala Renaisans peringkat kedua merupakan revolusi yang berlaku dalam bidang
keagamaan akibat reformasi protestan yang berlaku pada abad ke-15. Selain daripada
itu, benua Eropah turut mengalamai revolusi sains pada abad ke-16 dan ke-17.
Manakala sekitar abad ke 18, zaman pencerahan yang berlaku.
Zaman ini adalah
zaman perubahan masyarakat dari era kejahilan kepada era baru ekoran
perkembangan sains dan manusia. Apa yang pasti keempat-empat zaman ini telah
memberi impak yang sangat besar terhadap perkembangan ilmu di seluruh benua Eropah
termasuk Perancis. Terdapat faktor-faktor perkembangan ilmu yang berlaku di
Perancis pada abad ke 17M.
Isi-isi penting
Pengaruh zaman Renaisans
- merupakan
salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan ilmu di Perancis. Faktor ini membawa pengaruh yang
sangat besar terhadap kebudayaan dan kehidupan bangsa Eropah secara
keseluruhan. Pengaruh yang dimaksudkan ialah seni dan budaya berkembang lebih
pesat dan juga bebas. Zaman Renaisans menyaksikan pengenalan dan perkembangan
teknik seni realisitik. Teknik ini berkembang dan menjadi permulaan kepada
kaedah seni baru yang menggambarkan alam semula jadi secara realistik.
Misalnya, Leonardo da Vinci melukis anatomi manusia dan alam semula jadi. Perkembangan
seni dapat dilihat dalam reka bentuk bangunan purba. Ekoran daripada itu, Raja
Francis I telah membawa beliau ke Perancis serta membina istana dengan
menggunakan perbelanjaan yang besar. Jelaslah bahawa pengaruh zaman Renaisans
merupakan salah satu faktor perkembangan ilmu di Perancis pada abad ke-17M.
pengaruh reformasi Protestan
- merupakan faktor perkembangan ilmu yang berlaku di Perancis. Menamatkan konsep
dunia Kristian dan melahirkan aliran pemikiran baru iaitu lahirnya ajaran
Kristen protestan dan Kristen Anglikan. Tercetusnya reformasi ini kerana
ketidakpuasan hati dengan ritual, dokrin dan organisasi gereja Roman Katolik
dan merupakan perusahaan pembaharuan Gereja Roman Katolik (GRK). Gereja tidak
lagi memegang peranan dalam kedudukan pemerintah melainkan rakyatlah yang
memiliki kedudukan yang lebih kuat. Golongan reformasi ini berusaha untuk
menghapuskan dokrin palsu dan juga amalan rasuah dikalangan penguasa gereja.
Apa yang jelas, reformasi ini turut mempengaruhi pemikiran Charles Louis
Montesquieu. Ini boleh dilihat dalam karyanya The Letter Parsenes. Beliau telah
mengkritik masyarakat Perancis dengan memberi gambaran tentang adat budaya dan
membuat perbandingan agama. Jelaslah bahawa pengaruh reformasi protestan juga
salah satu faktor perkembangan ilmu yang berlaku di Perancis pada abad ke-17.
Faktor perkembangan ilmu sains dan
teknologi
- turut mempengaruhi perkembangan ilmu yang berlaku di Perancis.
Kemunculan gerakan zaman pencerahan telah membawa kepada perkembangan pemikiran
intelektual barat dan ilmu sains dan ciptaan. Gerakan zaman pencerahan ini
telah melahirkan pemikir-pemikir baharu yang membebaskan pemikiran manusia
daripada mitos, fantasi dan menolak penerangan teologi. Ilmu sains mengalami
transformasi melalui revolusi sains dan statusnya sebagai ilmu pengetahuan mula
diangkat pada zaman pencerahan. Justeru tidak hairanlah Akademi Sains telah
dibina di Perancis. Tujuannya untuk melahirkan ahli santis yang lebih ramai
lagi. Jelaslah bahawa perkembangan ilmu sains dan teknologi merupakan salah
satu lagi faktor yang berlaku di Perancis pada abad ke-17.
pengaruh ahli falsafah
- turut mempengaruhi perkembangan ilmu yang
berlaku di England. Golongan pemikir yang muncul pada Zaman Pencerahan berusaha
untuk melahirkan masyarakat yang lebih terbuka, bertolak ansur, menekankan
kebahagiaan individu berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Pada zaman ini
juga telah lahirnya beratus-ratus ahli falsafah dan intelektual yang
mempelopori Zaman Pencerahan. Antara pemikir yang terkenal di Perancis seperti
Voltaire (1694-1778), Montesquieu (1689-1755) dan Rousseau (1712 – 1778).
Ketiga-tiga pemikir Perancis ini telah menyebarkan idea mereka masing-masing ke
seluruh pelusuk Eropah. Jelaslah bahawa pengaruh ahli falsafah juga merupakan
salah satu faktor yang berlaku di England pada abd ke-17.
faktor peranan media cetak
- turut mempengaruhi perkembangan ilmu yang berlaku di Perancis. Media cetak
sangat penting untuk menyalurkan maklumat berhubung dasar kerajaan, sastera,
propaganda dan sebagainya. Media cetak lazimnya surat khabar, buku, majalah dan
sebagainya. Maka tidak hairanlah di Perancis bahan bacaan bukan sahaja terdiri
daripada buku-buku di perpustakaan. Buku-buku ini termasuklah Almanak, penceritaan
semula kisah zaman romantik zaman pertengahan dan novel separuh. Di seluruh
benua Eropah dan Perancis terutamanya, penjual buku dan penerbit terpaksa
berunding dan mengadakan perbincangan tentang undang-undang penapisan yang
berbeza-beza. Jelaslah, faktor peranan media cetak turut mempengaruhi
perkembangan ilmu di Perancis.
Kesimpulan
- zaman pencerahan paling banyak menyumbangkan kepada ketinggian intelektual yang
berlaku secara beransur-ansur dan telah memberi banyak manfaat kepada masyarakat
di Perancis dalam membentuk masyarakat yang lebih liberal dan moden.
Assalamualaikum cikgu. sy minta izin ambil maklumat dari blog cikgu utk assignment saya.
BalasPadamAssalamuakaikum cg,minta halal ilmu yg cg share ni yee ..Sy ambil yee cg.Terima kasih cg
BalasPadamTerima Kasih
BalasPadamMane bulih
BalasPadamassalamualaikum cikgu, saya nak minta keizinan untuk print bahan cikgu ni ya
BalasPadamterima kasih atas perkongsian
BalasPadamAssalamualaikum cg saya ambil ilmu yng cg bagi yer..trima kaseh
BalasPadamperancis x de ke....?
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamCg saya mintak halalkan ilmu yang dikongsikan ini...saya akan ilmu ini sebaik mungkin
BalasPadamTerima kasih banyak dgn nota ini😊😊😊
BalasPadamTerima kasih cikgu minta izin saya salin untuk dijadikan sebagai nota tambahan
BalasPadamMintak halal cg
BalasPadam