2.2 Negara Bangsa (England, Perancis, Amerika Syarikat, Itali
dan Jerman)
2.2.1 Raja Mutlak dan Berperlembagaan di England
Soalan 47 (a): Bincangkan perlaksanaan raja mutlak di England
Pendahuluan
§ Raja Mutlak ialah
seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya untuk menggubal dan
melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah mengatasi undang-undang
negara. Bermaksud
cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini,
kehendak pemerintah ialah undang-undang. England berada dalam pemerintahan
sistem beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh
Raja Henry VII pada tahun 1485 dan pemerintahan ini terus diamalkan sehingga
tahun 1603.
§ Sepanjang
pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan yang stabil dan mendapat
sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa
pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta. Pemerintahan sistem beraja mutlak
terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1603 sehinggalah berlakunya
Revolusi Cemerlang di England.
Isi-isi
penting:
Perkembangan Sistem Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak
1.
Selepas
tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima
oleh rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku.
Sistem beraja mutlak yang diasaskan oleh Dinasti Tudor memperlihatkan
sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Pemerintahan Dinasti
Tudor adalah berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu piagam yang digubal
untuk mengawal kuasa raja. Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip kesucian
raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka. Raja-raja Tudor dapat bekerjasama
baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen England yang terdiri daripada House
of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja) dan House of
Common (knight, orang kaya dan peguam).
2.
Pada
abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan
menjadi kaya daripada golongan bangsawan. Di bandar
pula muncul golongan bourjois yang semakin kaya dan menguasai ekonomi melalui
kegiatan perdagangan. Kedua-dua kumpulan mula berani mempertikaikan pengaruh
politik golongan aristokrat dalam House of Lords. Pada abad ke-17 juga, wujud
perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara penganut Protestan
(golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja
kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian
(Katolik). Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England
daripada pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada
kawalan politik. Golongan puritan
menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan masyarakat
kerana dalam ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak
upacara atau istiadat agama yang tradisional. Pemerintah Dinasti Tudor berjaya
menangani dengan baik tentangan golongan puritan yang tidak berpuas hati dengan
golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada kawalan
politik.
3.
Selepas
berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka bermula pula era pemerintahan
Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I dari Scotland.
Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan
Dinasti Tudor, dan ini telah membawa penentangan parlimen dan berlaku
kebangkitan golongan puritan sehingga membawa tercetusnya perang saudara yang
dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-1648). Raja James I merupakan raja yang
berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda menegaskan bahawa
kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang. Oleh itu semua pihak seperti
parlimen, mahkamah, gereja, dan sebagainya mesti berkhidmat kepada raja
dan bukannya berkongsi kuasa. Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan
daripada golongan puritan dan ahli-ahli parlimen kerana baginda mengamalkan
dasar agama yang lebih memihak kepada mazhab Katolik. Golongan puritan juga
telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja James I dan kemarahan golongan ini
memuncak apabila baginda mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis
yang bermazhab Katolik. Tindakan baginda yang membelakangkan parlimen dalam
urusan pengenaan cukai telah memburukkan lagi hubungan Raja James I dengan
golongan puritan.
4.
Ketegangan
hubungan ini telah mendorong Raja James I membubarkan parlimen pada tahun 1611.
Tindakan baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan
lebih memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah England pada
tahun 1625 juga tidak menyukai golongan puritan. Baginda juga bertindak
membelakangi parlimen dalam urusan pengutipan cukai. Mana-mana ahli parlimen
yang menentang baginda telah ditahan dan tentera akan mengawal mereka. Akibat
tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah
bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja. Akibatnya pada tahun 1628 parlimen
telah mengemukakan Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja.
Akibat kecaman ini baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang menentang
baginda secara terbuka di parlimen. Sehubungan itu, baginda membubarkan
parlimen dan memerintah secara mutlak tanpa parlimen selama 11 tahun.
5.
Raja
Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan bebas dan menaikkan
cukai dengan sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli parlimen.
Dalam aspek agama pula, Raja Charles I memulihkan semula amalan roman khatolik
sebagai amalan dalam gereja Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan
puritan. Pada tahun 1639, Raja Charles I
telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan mendapatkan peruntukkan yang
diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan bekerjasama dengan baginda.
Ini telah mendorong baginda membubar semula parlimen yang baru ditubuhkan dalam
masa 3 minggu dan menangkap beberapa ahli parlimen.
6.
Pada
tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa
orang British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik.
Sekali lagi berlaku pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan
oleh raja atau parlimen. Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja
di bawah pimpinan Oliver Cromwell telah berjaya mengalahkan tentera raja pada
tahun 1645 dan tahun 1648. Raja Charles
I telah dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah negara
republik dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu. Pemerintahan Oliver
berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan diggers
yang dianggap mengancam pemerintahannya. Pada tahun 1658, Oliver meninggal
dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard Cromwell. Walau bagaimanapun
dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan jawatannya kerana tidak
mendapat sokongan parlimen dan tentera.
Penutup
§ Raja
boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat
dan mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan
pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh
undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja.
§ Oleh
yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di
England dan kekal sehingga hari.
Soalan 47 (b): Bincangkan perlaksanaan raja Berperlembagaan
di England
Pendahuluan
§ Raja Berpelembagaan adalah Sistem kerajaan di mana raja
menjalankan pemerintahan mengikut perlembagaan dan undang-undang yang
ditetapkan atau piagam politik.
§ Misalnya, di England, kuasa raja
terbatas dengan Magna Carta. England menuju pemerintahan raja berpelembagaan
setelah Revolusi Cemerlang pada tahun 1688.
Isi-isi
penting:
1.
Sistem
pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan
selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku
secara aman dan memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik
England selepas 1688. Raja Charles II telah ditabal sebagai raja England
selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja
berperlembagaan. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada
perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig
dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat,
gentry dan bourjuis.
2.
Golongan
rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara
langsung dalam politik di England ketika itu. Selepas Raja Charles II meninggal
dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung
untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh itu Raja James II telah
disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah ditabal
sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang (1698)
tanpa berlaku pertumpahan darah.
3.
Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill
of Right pada 1699. Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan
yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai
ketua negara. Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi
penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right
pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam
soal undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi
kebebasan.
4.
Raja
berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan
oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik.
Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen.
Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek
penguatkuasaan undang-undang
5.
Kedudukan
parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada 1701 yang menetapkan
hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja. Raja juga
bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan
mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif. Sistem pemerintahan
beraja mutlak di England juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan
parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung
telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut.
Penutup
§ Raja
boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan
mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan
pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh
undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja.
§ Oleh
yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di
England dan kekal sehingga hari.
Soalan 48: Huraikan Pertikaian antara raja dengan
golongan parlimen di England pada abad ke-16 hingga tahun 1688
Pendahuluan :
§
Pada abad
ke-16, England diperintah raja-raja Dinasti Tudor dan Dinasti Stuart. Parlimen
England terdiri daripada House of
Lords dan House of Commons.
House of Lords disertai oleh
golongan tuan tanah yang kaya, golongan bishop,
dan kerabat diraja. House of Commons
disertai oleh golongan knight,
orang kaya dan peguam.
§ House of Lords lebih berpengaruh daripada House of Commons dari segi politik kerana mempunyai hubungan
yang rapat dengan ahli-ahli House of
Lords.
Isi-isi
penting :
1. Meskipun
raja-raja Dinasti Tudor (1485-1603) mengamalkan sistem pemerintahan beraja
mutlak, namun mereka masih menghormati
prinsip perbatasan pemerintahan seperti yang terkandung dalam Magna Carta. Raja-raja Tudor seperti Raja Henry VII, Raja Henry VIII
dan Ratu Elizabeth I tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam
melaksanakan pemerintahan mereka. Pada abad ke-17, wujud pergeseran antara
mazhab Kristian di England. Terdapat sebilangan kecil penganut mazhab Protestan
yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican kerana gereja Anglican
mengamalkan sifat gereja tradisional Kristian (Katolik), walaupun kebanyakkan
ahli gereja Anglican merupakan penganut faham Calvin. Golongan yang tidak
berpuas hati dengan gereja Anglican dikenali sebagai golongan puritan.
Matlamat perjuangan mereka ialah
membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom.
Kumpulan ini juga mahukan gereja di England bebas daripada kawalan politik.
2. Raja-raja
Stuart pula mengambil sikap yang berbeza daripada raja-raja Dinasti Tudor.
Raja-raja Stuart terpaksa berhadapan dengan penentangan ahli-ahli parlimen dan
kebangkitan golongan Puritan.
Kesan penentangan tersebut mencetuskan perang saudara di England yang dikenali
sebagai Revolusi Puritan yang berlaku antara tahun 1642 hingga 1648. Pemerintahan
Raja James I dan anaknya Raja Charles I dari Dinasti Stuart tidak memahami
tradisi politik England. James I merupakan raja yang berpegang kuh kepada
doktrin kuasa suci raja. Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi
segala undang-undang yang digubal oleh manusia. Hal ini bermakna semua
institusi pemerintahan diwujudkan untuk berkhidmat kepada raja bukannya
berkongsi kekuasaan dengan raja.
3. Krisis
antara Raja James I dengan parlimen semkain meruncing ekoran isu pengenaan
cukai oleh Raja James I tanpa persetujuan parlimen. Menurut baginda, sebagai raja yang memerintah, baginda
mempunyai hak dan kuasa dalam soal pungutan cukai dan kewangan. Ahli parlimen
menuduh baginda menjalankan pemerintahan tanpa mengikut perlembagaan dan
membelakangkan parlimen. Ekoran pertelagahan tersebut, pada tahun 1611, Raja
James I bertindak membubarkan parlimen dan keadaan politik di England semakin
bercelaru. Keadaan diburukkan lagi dengan kematian Raja James I pada tahun
1625. Baginda digantikan dengan puteranya, Raja Charles I. Rasa tidak puas hati
terhadap penggunaan kuasa mutlak raja telah dibuat secara rasmi pada tahun 1628
apabila parlimen mengemukakan Petition of Right kepada Raja Charles I. Petisyen
ini mengutuk tindakan raja yang bersikap autokratik dan menentang amalan raja
memungut cukai tanpa kelulusan parlimen. Raja juga tidak boleh menahan dan
memenjarakan seseorang dengan sesuka hati tanpa mengikut peraturan dan proses
undang-undang.
4. Raja
Charles I membubarkan parlimen dan menjalankan pemerintahan secara mutlak. Baginda menjalankan pemerintahan tanpa parlimen selama
11 tahun. Dengan membubarkan parlimen, Raja Charles I bebas memerintah dan
memperkenalkan pelbagai jenis cukai dan membentuk agensi pemungut cukai bagi
menjalankan urusan pungutan cukai. Bagaimanapun, Raja Charles I menubuhkan kembali parlimen yang beliau mansuhkan 11
tahun lalu bertujuan mendapatkan kelulusan parlimen untuk mendapat
peruntukan yang beliau perlukan. Majoriti ahli parlimen yang kebanyakkannya
golongan puritan daripada gereja Presbytrian enggan bekerjasama. Ahli
parlimen menuntut baginda memansuhkan undang-undang yang diluluskan tanpa
persetujuan parlimen, menghapuskan undang-undang yang tidak disenangi parlimen,
dan memecat pegawai kerajaan yang rasuah. Jika baginda bersetuju, barulah ahli
parlimen meluluskan peruntukan yang dimintanya.
5. Peperangan
antara kedua-dua pihak tidak dapat dielakkan. Tentera parlimen yang dipimpin Oliver Cromwell berjaya
menewaskan tentera Raja Charles I pada tahun 1645. Pergeseran antara kedua-dua
kumpulan tersebut memberi ruang kepada Raja Charles I melancarkan peperangan
sekali lagi pada tahun 1648. Bagaimanapun, Raja Charles I dapat ditumpaskan.
Dalam persidangan yang diadakan selepas itu, parlimen mengambil keputusan
menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Raja Charles I. Parlimen juga mengisytiharkan
England sebagai negara republik dan Cromwell sebagai ketua negara yang baharu. Kesukaran
mendapat kerjasama daripada ahli-ahli parlimen untuk menjalankan
pemerintahannya menyebabkan Cromwell mengambil tindakan membubarkan parlimen
pada tahun 1653 dan membentuk sebuah kerajaan baharu yang dikenali sebagai Protectorate.
Beliau memegang jawatan Lord Protectorate. Parlimen dibentuk dan kerajaan
baharu ini berasaskan satu perlembagaan bertulis. Meskipun Cromwell memerintah
mengikut perlembagaan namun pemerintahan yag diamalkannya bercorak kediktatoran
tentera. Banyak kejayaan yang dicapai oleh Cromwell dalam bidang perdagangan
dan dasar luar.
6. Pada
tahun 1658, Cromwell meninggal dunia dan digantikan oleh anaknya, iaitu Richard
Cromwell. Bagaimanapun, Richard Cromwell meletakkan jawatan setelah tidak
sampai setahun memerintah. Pemulihan
sistem monarki di England dilakukan berasaskan kompromi dan persefahaman antara
raja dengan parlimen. Raja Charles II (putera Charles I) ditabalkan sebagai
raja England. Pada peringkat awal pemerintahannya, Raja Charles II cuba
melaksanakan dasar yang tidak mencetuskan perasaan tidak puas hati parlimen.
Sekali lagi, soal agama menjadi punca pertelagahan antara parlimen dan raja. Raja
Charles II seterusnya telah membuat perisytiharan diraja yang dikenali sebagai Declaration
of Indulgence (1672) yang bertujuan memansuhkan undang-undang yang menyekat
penganut Katolik melakukan amalan tradisi mazhab mereka. Perisytiharan itu juga
menandakan tiada lagi sekatan kepada golongan Katolik untuk menjawat jawatan
dalam perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan.
7. Pihak
parlimen bertindak balas dengan meluluskan Test Act (1673) yang melarang
orang Katolik daripada memegang jawatan dalam perkhidmatan awam. Satu lagi akta digubal pada tahun 1679 yang dinamakan Habeas
Corpus Act bertujuan membolehkan rakyat mendapat penjelasan daripada pihak
berkuasa sekiranya mereka ditangkap dan ditahan. Raja Charles II meninggla
dunia pada tahun 1685 setelah memerintah England selama 25 tahun. Adiknya, Raja
James II menaiki takhta. Baginda mempunyai kecenderungan untuk memulihkan
kembali doktrin kuasa suci raja. Tentangan terhadap Raja James II menjadi
semakin terbuka apabila baginda menjalankan dasar agama yang lebih condong
kepada mazhab Katolik. Raja James II akhirnya disingkirkan daripada takhtanya.
Mary II dan suaminya Willian of Orange dijemput dari Belanda dan ditabalkan
sebagai Raja England.
Penutup:
§ Pergeseran antara parlimen dan Raja England berkisar
kepada dua isu utama, iaitu isu pemerintahan raja yang membelakangkan parlimen
dan isu agama (kegerejaan).
2.2.2 Raja mutlak
dan Berperlembagaan di Perancis
Soalan 49 (a): Bincangkan perlaksanaan raja mutlak di
Perancis
Pendahuluan :
§ Raja Mutlak Bermaksud cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen.
Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang. Perancis
mengamalkan pemerintahan sistem beraja mutlak di bawah pemerintahan Raja Louis
XIV yang telah memerintah Perancis selama 72 tahun. Pemerintahan Perancis terletak di tangan Raja,
Majlis Diraja, dan intendant.
§ Kuasa raja mengatasi segalanya dan boleh memerintah
sesiapa sahaja yang disyaki menetang kerajaan ditahan dan dipenjara. Majlis
Diraja dianggotai oleh kerabat diraja yang berpengaruh. Sejak abad ke-17
lagi, Raja-raja Perancis telah menubuhkan sistem intendant
wilayah bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pungutan
cukai.
Isi-isi penting :
Raja Mutlak Perancis
1.
Raja sebagai sumber kuasa Negara
§ Raja merupakan sumber kepada
segala kekuasaan dan undang-undang di dalam sebuah negara. Contoh Raja Louis
ke- XIV, Raja Perancis (1638-1715) pernah berkata “ L’etat c’est moi” (Negara adalah beta)
2.
Raja berkuasa ke atas gereja
§ Raja perlu berikrar menjaga dan
pertahankan agama negara iaitu Kristian mazhab Katolik. Kuasa pope ke atas
gereja telah berjaya dikurangkan oleh raja. Raja berkuasa melantik biskop dan ketua biara
§ mereka yang dilantik oleh raja
akan lebih mentaati raja, ini telah
memberi kelebihan kepada raja untuk
mengawal gereja dengan lebih mudah.
3.
Dibantu oleh golongan bangsawan.
§ Pemerintah monarki Perancis
pandai mengambil hati para bangsawan dengan memberi mereka pencen
yang tinggi dan ditawarkan kerja-kerja yang memberikan gaji yang lumayan.
Golongan ini bertanggungjawab membekalkan angkatan tentera untuk membentengi negara tidak berjaya.
§ Kesempatan ini berjaya
dimanafaatkan oleh raja mereka. Raja
berjaya memperolehi hak untuk memiliki
tentera yang bersiap sedia (standing army). Contoh Louis XIV berjaya mempunyai angkatan
tentera yang terbesar, paling lengkap
dan cekap di Eropah.
4.
Kuasa untuk memungut cukai mereka
sendiri tanpa sekatan.
§ Ini memberi kelebihan kepada raja
untuk membuat perancangan pentadbiran, ketenteraan dan menanggung perbelanjaan kerajaannya
sendiri. Raja Perancis hidup mewah
dengan membina istana-istana besar di pelusuk negara. Mereka
hidup bergaya dan dapat membina prestij yang tersendiri.
§ Contoh raja Louis XIV telah
membina istana besar di Versailles, arkitek-arkitek terkemuka telah mereka bangunan dan diperindahkan oleh
pelukis-pelukis terkenal.
5.
Raja telah menggunakan bala
tenteranya
§ Raja telah menggunakan bala
tenteranya untuk mengawal golongan bangsawan yang ingin menentangnya.
§ Contoh Raja Louis ke - XIII
menggunakan pasukan tentera raja untuk memusnahkan kota-kota yang menentangnya.
6.
Berkuasa Ekonomi.
§ Negara Perancis berjaya mengekalkan
kekukuhan ekonominya dengan jumlah penduduk yang ramai, ini menyebabkan rakyat Perancis merasa
bangga dan tiada alasan untuk menentang pemerintahan beraja. Mendapat sokongan
golongan peniaga, kelas pertengahan dan profesional kepada raja dalam mengurangkan kuasa golongan bangsawan dan
gereja. Ini kerana selama ini hanya
golongan ini sahaja yang membayar cukai sedangkan golongan bangsawan dan gereja dikecualikan.
§ Negara Perancis mempunyai
pegawai-pegawai yang berkebolehan seperti menteri kewangan Jean Baptiste Colbert yang berjaya memjadikan
Perancis sebagai negara industri dan kuasa
militer.
7.
Gemilang Kesusasteraan dan
keseniaan.
§ Zaman Louis XIV juga zaman
keemasan bagi kesusasteraan Perancis.
Antara tokoh-tokoh seni yang
terkenal ialah Racine dan Moliere.
Penutup :
§ Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette juga
dipancung menggunakan gilotin. Robespierre juga dikenakan hukuman pancung
dengan gilotin oleh puak-puak yang menyokong parlimen.
§ Selepas kematian Robespierre pada Julai 1794, berakhirlah
Zaman Pemerintahan Ganas di Perancis. Keadaan tidak stabil berlarutan
sehinggalah munculnya Napoleon Bonaparte mengambil alih kuasa pemerintahan di
Perancis pada penghujung tahun 1799.
Soalan 49 (b): Bincangkan
perlaksanaan raja berpelembagaan di Perancis
Pendahuluan :
Pendahuluan :
§ Raja Berpelembagaan bermaksud Sistem kerajaan di mana raja
menjalankan pemerintahan mengikut perlembagaan dan undang-undang yang
ditetapkan atau piagam politik.
Keruntuhan sistem beraja mutlak digantikan dengan sistem berpelembagaan tetapi
dalam tempoh yang singkat iaitu lebih kurang setahun sahaja. Perancis
kemudiannya menjadi negara republik tetapi keadaan huru hara yang berlaku
dikenali sebagai Zaman Pemerintahan Ganas.
§ Di parlimen, ahli parlimen dibahagikan kepada tiga estet
iaitu Estet Pertama yang terdiri daripada golongan paderi, Estet
Kedua yang terdiri daripada golongan bangsawan, dan Estet Ketiga
yang diwakili oleh golongan bourjois dan petani.
Isi-isi penting :
Pelaksanaan Raja Berperlembagaan Perancis
1.
Perhimpunan orang-orang Kenamaan
1787
a)
Raja Louis
XVI telah memutuskan untuk mengadakan perjumpaan, iaitu Perhimpunan Orang-orang Kenamaan (1787) sebagai langkah untuk
mengatasi masalah kewangan Perancis. Hal ini dipersetujui golongan
bangsawan dengan dengan syarat diberi keutamaan mnejawat jawatan tinggi dalam
kerajaan. Mereka juga mahukan Mennteri Kewangan Perancis, Colonne dipecat. Parlimen
yang bersidang buat kali pertamanya (5 Mei 1789) masih mengikuti perturan cara
lama yang dimana peraturan tersebut memberi keistimewaan kepada Estet Pertama
dan Estet Kedua.
b)
Rakyat tidak puas hati terhadap struktur parlimen Perancis yang
terbahagi kepada tiga Estet iaitu Estet Pertama terdiri daripada golongan
paderi, Estet Kedua adalah bangsawan dan Estet Ketiga pula ialah golongan borjouis dan petani. Parlimen masih
bersidang mengikut kaedah lama yang memberi keistimewaan kepada Estet Pertama
dan Kedua.
c)
Estet ketiga mengingkari perintah Raja Louis XVI dan berunding
dengan Estet Pertama dan Kedua. Namun gagal menggabungkan suara. Kesannya, pada
12 Jun 1789, Estet Ketiga mengisytiharkan diri mereka sebagai Perhimpunan
Kebangsaan dan bermula revolusi.
2.
Perhimpunan Kebangsaan menuntut
Konsep persamaan dan keadilan
1.
telah Berhimpun di
gelanggang tenis – Sumpah Padang Tenis yang
menuntut Konsep persamaan dan
keadilan, Hak individu golongan
berkemampuan dan berbakat diberi perhatian.
2.
Perhimpunan ini telah Berjaya menjatuhan Bangunan Bastille pada 14
Julai 1789. Mereka Menghapuskan
sistem feudal, perhambaan dan golongan istimewa. Monopoli golongan bangsawan
dihapuskan. Pengesahan pada ‘Hari Ogos’.
3. Parlimen meluluskan Perisytiharan Hak Manusia dan Warganegara
§
iaitu semua manusia dilahirkan bebas dan mempunyai hak yang sama
Pada 26 Ogos 1789,. Langkah
seterusnya ialah memperjuangkan kebebasan memiliki harta benda, perlindungan,
dan menentang penindasan. Oleh itu, pada 26 Ogos 1789, parlimen telah
meluluskan Perisytiharan Hak-hak
Manusia dan Kewarganegaraan (Declaration of the Right of the
Man and the Citizens).
§
Perisytiharan
ini juga membenarkan rakyat melakukan sesuatu yang tidak menyakiti orang lain
dan batasannya hanya dilakukan oleh undang-undang. Setelah sistem feudal
dihapuskan, sistem pentadbiran baharu dibentuk. Perancis telah dibahagikan
kepada 83 kawasan, luasnya lebih kurang sama besar dan sama jumlah penduduknya.
Setiap kawasan dibahagikan pula kepada daerah-daerah dan commune. Ahli parlimen
dengan sendirinya memansuhkan hak-hak keistimewaan feudal mereka.
4. Persidangan Diraja berkenaan pemulihan untuk
pertimbangan estet-estet
§
Persidangan
berlangsung bagi semua estet berlangsung pada 23 Jun 1789. raja Louis XVI
mengemukakan pelbagai cadangan pada
27 Jun 1789, Raja Louis XVI memerintahkan golongan paderi dan bangsawan
menyertai Estet Ketiga dalam Perhimpunan Kebangsaan. Prinsip perjuangan
golongan Estet Ketiga yang terdiri daripada kelas menengah menjadi semakin
ketara.
§
Mereka
mahukan hak individu golongan yang berkemampuan dan berbakat khasnya kelas
pertengahan diberi perhatian sewajarnya. Walaupun golongan bangsawan
istana dan ahli keluarga raja mahu menggagalkan Perhimpunan Kebangsaan dengan
menubuhkan satu pasukan tentera dibawah pimpinan Marshall de Broglie tetapi
mereka tidak mampu menghalang kehendak rakyat untuk menghapuskan sistem
monarki.
5.
Perlembagaan Sivil Gereja
diluluskan
§ Pada Julai 1790, - golongan
paderi akan dipilih oleh rakyat dan diberi gaji. Mereka perlu angkat sumpah
taat setia kepada Perlembagaan Awam.
Berkaitan dengan pihak gereja pula, kerajaan merampas semua tanah yang dimiliki
oleh gereja, iaitu kira-kira satu perlima tanah di Perancis. Julai 1790,
Perlembagaan Sivil Gereja telah diluluskan. Melalui perlembagaan ini, golonga
paderi akan dipilih oleh rakyat dan mereka diberikan gaji. Menjelang tahun
1791,
§ Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah menyiapkan satu
perlembagaan baru yang ditandatangani oleh Raja Llouis XVI. Berdasarkan idea
Montesquieu melalui teori pengasingan kuasa yang diutarakannya, kerajaan
dubahagikan kepada tiga cabang iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan
badan judisiari. Pada
1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan perlembagaan baru yang
ditandatangani oleh Raja Louis XVI.
Penutup :
§ Pemerintahan raja berpelembagaan
berlangsung setahun dan kemudian Perancis bertukar kepada republik. Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette juga
dipancung menggunakan gilotin. Robespierre juga dikenakan hukuman pancung
dengan gilotin oleh puak-puak yang menyokong parlimen.
§ Selepas kematian Robespierre pada Julai 1794, berakhirlah
Zaman Pemerintahan Ganas di Perancis. Keadaan tidak stabil berlarutan
sehinggalah munculnya Napoleon Bonaparte mengambil alih kuasa pemerintahan di
Perancis pada penghujung tahun 1799.
Soalan 50 : Huraikan dasar pemerintahan beraja mutlak Perancis di bawah pemerintahan Raja Louis XIV
pada tahun 1643-1715
Pendahuluan
§ Raja Louis XIV ditabalkan pada 1643 sebagai pemerintah
Perancis. Dikenali sebagai ‘Grand Monarch’ yang Memerintah selama 72 tahun. Pemerintahnya,
mewujudkan keamanan dan kemakmuran dlm
negara. Mengukuhkan kedudukan, memperkenalkan sistem pentadbiran pusat yg kukuh
dan teratur. Melibatkan diri secara langsung dlm pelantikan pegawai-pegawai
kerajaan.
§ Pemerintahan Mutlak Berjaya mengawal pegawai-pegawai
dengan bantuan menteri-menteri. Mendapat sokongan padu drpda golongan
bangsawan, Huguenot, dan institusi kerajaan. Sokongan tersebut, mengukuhkan
kedudukannya lagi sebagai pemerintah monarki mutlak di Perancis. Antara dasar yang diambil untuk mengukuhkan
pemerintahnya ialah: Dasar Dalam Negara, Dasar Ekonomi Merkantilisme, Dasar
Kententeraan, Dasar Agama dan Dasar Luar Negara
Isi-isi Penting:
Dasar Dalam Negara
§ Menyusun semula pentadbiran pusat Negara kepada
empat majlis utama seperti Majlis Negara Mengurus hal ehwal negara,
Majlis Despatches Mengurus hal ehwal
tempatan kecuali kewangan, Majlis Kewangan Mengurus masalah percukaian, tarif,
perbelanjaan dan pendapatan, Majlis Privy Mengurus pentadbiran keadilan
§ Melantik menteri – menteri yang berkebolehan utk
membantunya mentadbir. Colbert (Menteri Kewangan), Le Tellier (Menteri Hal
Ehwal Luar), Louvis (Menteri Peperangan), dan Vauban (Menteri Ketenteraan). Pegawai
yg bertanggungjawab bg melaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinisi
Perancis (intendent). Intendent-menyelia pentadbiran, keadilan, pengutipan
cukai, dan pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah.
§ Mempercayai bhwa sbgai pemerintah mutlak bg seluruh
Eropah dia harus lebih hidup bergaya. Mendirikan istana besar di Versailles dn
bbrpa lg di tempat lain. Arkitek-arkitek-mereka bentuk bangunan
Pelukis-pelukis-mengindahkannya Menetap di Versailles yg di kelilingi oleh
istana yg besar. Gol. Bngswn Perncis bergntung hdup kpada pncen drpda rja @
kpda krja-krja yg memberikan gaji tinggi. Kini, pengikut-pengikut rja x mndapat
pencen @ gaji melainkan mereka tnggl di
istna wktu yang lama. Oleh itu, gol. Bngswn Perncis hbskan hdup mreka di istana
Versailles utk dpt sokongan. Perkhidmatan awam-org-org yg berkebolehan.
§ Kejayaan beliau jg dibntu oleh Menteri Kewangan yg
brkebolehan -Jean Baptiste Colbert (1619—1683). Dasar-dasar Colbert-negara
industri dan kuasa militer Zaman keemasn bg kesusateraan Perancis. Lahir Tokoh
terkenal-Rachine, Moliere.
Dasar Ekonomi Merkantilisme
§ Dijalankan bagi memastikan negaranya muncul sbgai Negara
yg kuar dan agung. Menteri Kewangan,
Louis Colbert – melaksanakan dsar ini dgn bersungguh-sungguh.
§ Louis
Colbert-memulakan industri baharu, memansuhkan
tarif tmptan, tol mengurangkan kadar bunga keats hutang kerjaan, kawal upah,
dan harga kebanyakan barang. Meningkatkan pendapatan kerjaan ttpi prbelanjaan
utk perang brtmbh dgn pesat.
Dasar Ketenteraan
§ Mendapat bantuan
Louvis. Louvis-Menteri Perang utk melakukan reformasi ketenteraan. Raja ada
kawalan penuh ats angkatan tentera.
Louis-menghapuskan dominasi gol. Bangswn ke ats bdg ketenteraan. Kemudian,
memulakan kawaln langsung ke atas
ketenteraan.
§ Perlantikan pegawai-pegawai tntra dibuat berasaskan merit. Kerajan- merekrut tentra, sedia
perumahan, bekalan makanan. Sepasukan
bala tentera (4000 tentera). Mncul sebgai tentera yg terkuat di Eropah
ketika itu.
Dasar Agama
§ Bertindak memaksa gol. katolik (Huguenot) Calvinis
Perancis utk mnerima agama katolik. Edict of Nantes-ditandatangani pd
1598 yg beri kebebasan knpda Huguenot utk mnganut agama pilihan mereka. Malah,
mreka mempunyai peluang yg sma untuk memegang jwtan dlm kerajaan.
§ Edict
of Nantes-ditafsir scra sempit utk menafikan
kebebsn kpda Huguenot. 1685-Edict of
Nantes dibatalkan. Menyebabkan srmai 200 000 Huguenot tinggalkn Perancis dn pndh ke England , Holand dan Amerika.
Namun tindakan beliau mndpt sokongan drpda rkyat tmptn.
Dasar Luar Negara
§ Dasar meluaskan wilayahnya. Semasa
pemerintahannya-wilayah kekuasaan meluaus ke Sungai Rhine dgn Perancis
mngusai wilayah-wilayah yg diperintah oleh putera-putera Jerman, Negara
Spanish Netherland (Belgium Moden) dan United Province (Kerajaan Belanda
hari ini).
Penutup:
§ Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette juga
dipancung menggunakan gilotin. Robespierre juga dikenakan hukuman pancung
dengan gilotin oleh puak-puak yang menyokong parlimen.
§ Selepas kematian Robespierre pada Julai 1794, berakhirlah
Zaman Pemerintahan Ganas di Perancis. Keadaan tidak stabil berlarutan
sehinggalah munculnya Napoleon Bonaparte mengambil alih kuasa pemerintahan di
Perancis pada penghujung tahun 1799.
2.2.2 Negara Kesatuan Perancis
Soalan 51: Huraikan Pelaksanaan
negara kesatuan di perancis
Pendahuluan
§ Secara umumnya terdapat dua bentuk kerajaan yang boleh di
pilih untuk melaksanakan pemerintahan dalam sesebuah Negara, kuasa dalam
sesebuah kerajaan perlu di pegang oleh pihak atau institusi tertentu Sekiranya
sesebuah Negara berhasrat memberikan kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan kuasa yang terhad kepada kerajaan
tempatan (Local Government), maka kerajaan kesatuan mungkin menjadi pilihan
§ Sekiranya sesebuah negara ingin membahagikan kuasa antara
kerajaan pusat dengan kerajaan negeri atau kerajaan tempatan, maka Negara itu
boleh memilih kerajaan persekutuan. Pengamalan mana-mana bentuk kerajaan ini
akan memberi kesan kepada keharmonian pentadbiran pusat dan wilayah di Negara
masing-masing
Isi-isi Penting:
Pelaksanaan Negara kesatuan di perancis
1.
Perancis melaksanakan sistem negara kesatuan berdasarkan
ciri-ciri yang berikut; Kesemua urusan
Negara adalah dipusatkan; Bagi
memudahkan pentadbiran, beberapa wilayah atau cawangan dibentuk dan diberi
kuasa mentadbir. Kuasa mentadbir disalurkan dari pusat pemerintahan dan kuasa
ini boleh di tarik balik dan disebabkan kuasa wilayah, bahagian atau cawangan
ini diberi boleh dipindah, atau ditarik balik, maka wilayah atau bahagian
merupakan agen kepada pemerintahan pusat
2.
Sistem kesatuan dilaksanakan di Negara-negara yang tidak
terlalu luas kawasan geografinya. Jika saiz sesebuah Negara kecil dan sedarhana serta
jumlah penduduknya tidak terlalu ramai, sistem kesatuan sesuai dilaksanakan. Geografi
perancis tidak seperti amerika syarikat atau India. Pengaruh geografi yang
tidak begitu luas, lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang keputusan
boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.
3.
Sebaik sahaja sistem feudal dihapuskan di perancis,
pentadbiran baharu telah di lantik. Perancis telah dibahagikan kepada 83 departmen t(kawasan),
dan setiap department dibahagikan kepada cantons(daerah) dan yang akhir sekali
ialah commune. Setiap department diwujudkan sebuah majlis yang dinamakan
general council. Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat.
Department merupakan institusi peringkat tempatan yang menghubungkan penduduk
tempatan dengan kerajaan di peringkat pusat.
4.
Commune dibentuk bagi mentadbir kawasan Bandar. Institusi
ini diketuai oleh datuk Bandar (mayor) sebagai ketua eksekutif. Antara tugas commune termasuklah mengendalikan
perkara-perkara yang menyentuh pentadbiran di Bandar seperti meluluskan permit
bangunan,menjaga keselamatan penduduk,dan menguruskan pentadbiran perkahwinan. Commune
merupakan institusi yang di bentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk
tempatan seperti pejabat pendaftaran,mahkamah jabatan kerja raya,polis tempatan
dan sebagainya.
Penutup
§ Sistem kesatuan mempunyai beberapa kelemahan namun
kelemahan tersebut mudah diselaras dan dilaksanakan kerana pemerintahan pusat
mempunyai lebih kuasa untuk menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa.
Soalan 52: Bincangkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap
struktur parlimen di Perancis
Pendahuluan
§ Kelemahan struktur parlimen perancis dikatakan menjadi
salah satu punca merosotnya pengaruh pemerintahan beraja mutlak di Negara
berkenaan
§ Tindakan raja yang menyebelahi golongan bangsawan dan
paderi akhirnya membawa kepada keruntuhan pemerintahan beraja mutlak di
perancis pada akhir ke-18
Isi-isi Penting:
1. Kelemahan
struktur Parlimen Perancis dikatakan menjadi salah satu punca merosotnya
pengaruh pemerintahan beraja mutlak di Negara tersebut. Tindakan raja yang menyebelahi golongan bangsawan dan
paderi akhirnya membawa kepada keruntuhan pemerintahan beraja mutlak di
perancis pada akhir abad ke-18. Ahli-ahli parlimen dibahagikan kepada 3 estet
atau 3 blok. Mereka dibahagikan berdasarkan golongan masing-masing. Estet
pertama terdiri daripada golongan paderi. Estet kedua pula terdiri daripada golongan
bangsawan dan seterusnya estet ketiga pula terdiri daripada golongan Bourjois
dan petani. Mengikut tradisi, ahli-ahli parlimen diminta untuk mengemukakan
senarai rungutan atau dikenali juga sebagai ‘Cahiers’ oleh pihak kerajaan.
Setelah mengetahui Cahiers itu, pihak kerajaan akan mengambil tindakan untuk
menyelesaikan aduan tersebut. Cahiers daripada estet pertama dan kedua
mengandungi tuntutan yang tidak selaras. Estet pertama menuntut pengurangan hak
istemewa golongan bangsawan manakala estet kedua pula berusaha untuk
mengurangkan hak istimewa golongan paderi.
Seterusnya , peraturan mengundi di
parlimen adalah dengan mengikut estet , bukannya secara undian individu. Sekiranya estet pertama yang
terdiri daripada golongan paderi dan estet kedua terdiri daripada golongan
bangsawan meluluskan sesuatu usul , bermakna estet ketiga yang terdiri daripada
rakyat biasa tiada kuasa untuk membantah usul tersebut.
2. Peranan
ketiga-tiga estet itu menyerupai sebuah parlimen yang yang membenarkan
perbincangan berkaitan hal-hal di daerah masing-masing. Parlimen yang pertama kalinya bersidang pada 5 Mei 1789
masih mengikuti peraturan cara lama. Semua upacara lama dikekalkan dan
peraturan tersebut memberi keistimewaan kepada estet pertama dan estet kedua.
Cara persidangan di parlimen juga digunakan menggunakan cara lama , iaitu
selepas membincangkan sesuatu usul , ahli-ahli dewan akan mengundi sama ada
untuk menyokong atau membangkang usul tersebut. Keadaan ini tidak akan
menyebelahi estet ketiga , kerana jika estet pertama dan estet kedua tidak
menyokong , ini bermakna undian akan menjadi satu melawan dua. Oleh itu , estet
ketiga menuntut supaya ketiga-tiga estet disatukan dan pengiraan undi adalah
berdasarkan undi individu yang terdiri daripada seluruh anggota parlimen.
Raja
Louis XVI membuat keputusan agar peraturan lama mesti diguna pakai. Namun ,
estet ketiga mengingkari perintah Raja Louis XVI dan menjemput ahli anggota
estet pertama dan kedua untuk berunding dengan mereka. Setelah perundingan
dijalankan lebih kurang dua minggu , kebanyakkan anggota estet pertama dan
kedua menolak cadangan untuk menggabungkan ketiga-tiga estet tersebut.
3. Seterusnya , pada
12 Jun 1789 , estet ketiga mengisytiharkan diri mereka sebagai Perhimpunan
Kebangsaan atau dikenali juga sebagai Parlimen Negara. Revolusi Perancis bermula dengan pengisytiharan estet ketiga sebagai
Perhimpunan Kebangsaan. Bagaimanapun , apabila ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan
bersama-sama pemimpin mereka menuju ke dewan , mereka mendapati pintu-pintu
dewan telah dikunci dan dikawal oleh tentera. Ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan
melarikan diri ke bangunan lain apabila khabar angin menyatakan Raja Louis XVI
hendak menggunakan tentera untuk menentang ahli Perhimpunan Kebangsaan.
Implikasinya ialah mereka telah berhimpun di gelanggang tenis dan mengangkat
sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka menggubal Perlembagaan
Perancis.
Peristiwa ini dikenali sebagai
‘Sumpah Padang Tenis’. Prinsip perjuangan golongan estate ketiga yang
terdiri daripada kelas menengah menjadi semakin ketara kerana mereka mahu
konsep persamaan dan keadilan di praktikkan bukannya di beri sesuatu
keistimewaan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Mereka
menginginkan hak individu golongan yang berkemampuan dan berbakti, khasnya agar
kelas pertengahan di beri perhatian yang sewajarnya. Namun, walaupun golongan
bangsawan istana dan ahli keluarga raja mahu menggagalkan Perhimpunan
Kebangsaan dengan menubuhkan satu pasukan tentera dibawah pimpinan Marshall de
Broglie, tetapi mereka tidak mampu menghalang kehendak rakyat menghapuskan
sistem monarki, malah sebahagian tentera de Broglie turut menyertai Perhimpunan
Kebangsaan.
4. Pada 14 Julai
1789, bangunan bestille telah jatuh ke tangan pemberontak. Bangunan tersebut menempatkan tahanan politik seperti
Voltaire dan Diderot. Kejatuhan bangunan ini memberi kepada golongan revolusi
dikawasan bandar dan desa. Kejatuhan bestille tidak dilupakan oleh orang
Perancis sehingga kini , malah , Hari Kebangsaan Perancis dirayakan ada 14
Julai setiap tahun sempena mengingati peristiwa ini. Dengan ini, Perhimpunan
Kebangsaan berjaya menghapuskan sistem feudal, penghambaan dan golongan
istemewa. Monopoli golongan bangsawan dihapuskan tanpa pampasan, seterusnya
cukai yang diberi adalah sama untuk semua golongan , menghapuskan buruh paksa
dan semua hak istimewa gereja di tarik balik. Selepas itu, berlaku hari Ogos
yang mengesahkan penghapusan masyarakat feudal di Perancis yang diamalakan
sejak turun-temurun. Ahli Parlimen dengan sendirinya memansuhkan sendiri
hak-hak istimewa feudal mereka. Golongan feudal yang lain juga berlumba-lumba
menyerahkan hak-hak lama mereka dan pada
masa yang sama , golongan paderi memberi kutipan cukai gereja dan hak-hak
gereja.
Satu dikri telah dikeluarkan yang menandakan bahawa seluruh
pemerintahan feudal telah dimusnahkan. Maka seterusnya ialah memperjuangkan
kebebasan memiliki harta benda, perlindungan dan menentang penindasan. Oleh
itu, pada 26 Ogos 1789 , Parlimen telah meluluskan perisytiharan hak-hak
manusia dan warganegara. Perisytiharan ini mengiktiraf semua manusia dilahirkan
kekal bebas dan mempunyai hak yang sama dan perbezaan hanya boleh diwujudkan
berdasarkan kemanfaatan umum.
5. Pada Julai 1790,
Perlembagaan Sivil Gereja telah diluluskan. Melalui Perlembagaan ini , golongan paderi akan dipilih oleh rakyat dan
diberikan gaji. Golongan paderi dikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada
perlembagaan awam. Menjelang tahun 1791 , majlis perhimpunan kebangsaan telah
menyiapkan satu perlembagaan baru yang ditandatangani oleh Raja Louis XVI.
Berdasarkan idea ‘MOSTESTQUIE’ melalui teori pengasingan kuasa, kerajaan
dibahagikan kepada Badan Legislatif, Badan Eksekutif, dan Badan Judisiari. Pemerintahan raja berpelembagaan berlangsung
selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik.
Raja Louis XVI dan isterinya Marie
Antoinette dipancung menggunakan gilotin oleh puak-puak yang menyokong
parlimen. Selepas kematian
Robespierre pada Julai 1794, berakhirlah zaman pemerintahan ganas di
Perancis. Keadaan tidak stabil berlarutan sehinggalah munculnya Napoleon Bonaparte yang mengambil alih
kuasa pemerintahan di Perancis pada penghujung tahun 1799.
Penutup
§ Penindasan yang dialami sekian lama oleh golongan rakyat
menyebabkan mereka bangkit menentang ketidakadilan yang wujud disebabkan suara
mereka tidak didengar di Parlimen.
§ Pembahagian Parlimen mengikut blok akhirnya dimansuhkan
dan hanya tinggal satu blok sahaja yang mewakili semua golongan masyarakat
Perancis.
2.2.2 Negara
Persekutuan Amerika Syarikat
Soalan 53 : Huraikan ciri-ciri dan perlaksanaan negara Persekutuan
di Amerika Syarikat.
Pendahuluan
§ Persekutuan berasal daripada perkataan iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian
yang merupakan gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas
namun kemudian menjadi Negara bersekutu dibawah satu perlembagaan pusat . Terdpat
beberapa faktor yang menyebabkan pembentukan Negara persekutuan iaitu
pertahanan sesebuah negeriitu lemah untuk menghadapi ancaman kuasa luar,
kedudukan akan lemah jika menjalankan aktivti ekonomi secara bersendirian dan
sukarela menyertai persekutuan kerana sesebuah negeri atau wilayah akan
bertambah kuat dan maju.
§ Sistem persekutuan ditakrifkan sebagai sistem
pemerintahan yang terdiri daripada dua kerajaan iaitu pusat dan negeri . Setiap
kerajaan pusat dan negeri mempunyai kuasa masing-masing dalam perkara-perkara
tertentu. Apabila wilayah-wilayah tersebut bergabung kedalam sebuah persekutuan
dengan sendirinya wilayah-wilayah berkenaan menyerahkan kedaulatan wilayah dan
ketaatan rakyat tertumpu kerajaan
persekutuan .
Isi-isi penting :
Ciri-ciri
Negara Persekutuan
§ Kerajaan
pusat tidak diberi kuasa yang banyak
§ Merupakan
liga negeri bukan kerajaan pusat yang kuat
§ Kerajaan
pusat tidak dapat melaksanakan projek pembangunan kerana kurang sumber kewangan
§ Kedudukan
kewangan bergantung kepada sumbangan negeri
§ Kerajaan
tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan antara negeri atau negara lain
Perubahan kedudukan kerajaan selepas abad ke 18 konvensyen Philadelphia
§ Had kuasa
persekutuan
§ Memelihara
hak rakyat dan kedaulatan negeri
§ Pindaan
dibuat dalam bidang mata wang.
§ mengistiharkan
peperangan
§ Mengenakan
cukai
§ Mengubal undang-undang
berkaitan kehakiman
§ Menguasai
bidang perdagangan
Kuasa presiden dan kongres
§ Membatalkan
undang-undang mengunakan kuasa veto
§ Mengawal
kongres
§ 2/3 undi di
dewan senat dan perwakilan boleh mengatasi kuasa veto
§ Apabila
mengubal undang-undang , satu pihak boleh mengawasi pihak lain
Pelaksanaan negara Persekutuan
1. Perlembagaan
Amerika Syarikat tetap memberi kebebasan
negeri-negeri menggubal undang-undang yang berkaitan dengan adat dan budaya tempatan kerana
setiap negeri mempunyai latar belakang dan sejarah
berlainan. Keadaan geografi dan saiz sesebuah Negara tidak menghalang daripada
mencapai perpaduan dan kemajuan Negara. Di Amerika Syarikat mempunyai 50 buah
negeri dan saiznya luas, penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun
perpaduan rakyat masih utuh.
2. Kekurangan
kuasa kerajaan persekutuan memberi beberapa kesan. Pertama, kerajaan baharu tidak dapat melaksanakan banyak
projek pembagunan kerana tidak mempunyai
sumber kewangan yang mencukupi disebabkan tiada kuasa untuk memungut
cukai . Kedudukan kewangan kerajaan
persekutuan bergantung daripada sumbangan kerajaan negeri.
3. Selain
itu, kerajaan persekutuan juga tidak
dibenarkan membentuk sistem perdagangan antara negeri mahupun Negara
lain. Oleh yang demikian, kelemahan
kerajaan persekutuan tersebut perlu diperbaiki dan mempunyai persetujuan
negeri-negeri yang diperlukan bagi menambah bidang kuasa kerajaan persekutuan.
4. Persidangan
Konvensyen Philadelphia 1787 telah membawa kepada pembentukan Pelembagaan
Amerika setelah kompromi dicapai dalam 13 buah negeri. Mejelang tahun 1788, Sembilan buah negeri
mengesahkan perlembagaan tersebut kerana pihak
anti federal mempunyai
pengaruh kuat terutama di kawasan luar bandar. Dalam pada itu , beberapa
pemimpin seperti Alexander Hamilton, John Jay, dan James Madison cuba
mempengaruhi penduduk awan supaya menyokong perlembagaan baharu itu dengan
menerbitkan buku yang dikenali sebagai The
Federalist dan akhirnya New York .
5. Kejayaan
golongan federalis ini merupakan kejayaan peringkat awal. Kejayaan persekutuan perlu mengatasi beberapa masalah di
peringkat kebangsaan seperti had kuasa persekutuan dalam masa yang sama memelihara hak rakyat
dan kedaulatan negeri-negeri. Beberapa pindahan telah dibuat .antaranya member
kuasa kepada kerajaan persekutuan dalam membuat keputusan dalam hal mat wang,
pengistiharan peperangan,mengenakan cukai, menggubal undang-undang berkaitan
kehakiman, dan menguasai perdagangan.
Penutup
§ Persekutuan merupakan bagungan beberapa wilayah atau
negeri yang dahulunya bebas namun kemudiannya menjadi Negara bersekutu dibawah
satu perlembagaan pusat. Perlembagaan Amerika Syarikat telah menggariskan
secara terperinci badan-badan yag memerintah Amerika Syarikat. Keadaan ini
dilakukan supaya satu sistem timbang tara sebagai perlindungan unsur-unsur authoritatian
dan radikal.
§ Oleh kerana kerajaan persekutuan diberi kuasa yang lebih
luas maka rakyatnya tidakmenentang kerana kebebasan dan hak peribadi mereka
tidak diusik an kuasa berkaitan dasar luar, dan perdagangan yang diberikan
kepada kerajaan persekutuan menjadikan Amerika Syarikat sebuah Negara yang
Berjaya mengawal kedudukan ekonomi dan politik antarabangsa.
Soalan 54: Huraikan Faktor-Faktor Tercetusnya Perang
Kemerdekaan Di Amerika Syarikat.
Pendahuluan
§ Pada bulan September 1774, pemimpin pemimpin daripada 13
buah koloni mengadakan pertemuan di Phildephia. Dalam pertemuan tersebut,
mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan Kongres (Parlimen Bersatu).
§ Pada 6 Julai 1775, Kongres membuat Keputusan Untuk mengisytiharkan
peperangan terhadap Britain. Pada 4 Julai 1776, Kongres dalam persidangan yang
diadakan di Phildelphia meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan.
Isi-isi Penting :
1.
Perang Tujuh Tahun (1756-1763)
§ Pada tahun 1756 , tercetusnya peperangan antara Perancis
dengan Britain di Eropah. Peperangan ini menelan perbelanjaan yang besar bagi
kerajaan Britain. Britain menuntut koloni-koloni di Amerika membayar sebahagian
daripada perbelanjaan peperangan tersebut
§ Namun demikian, penduduk penduduk di 13 buah koloni tidak
bersetuju dengan tindakan Britain .
2.
Dasar Campur Tangan England
§ Raja George III mengamalkan dasar campur tangan dalam hal
ehwal penduduk koloni .
§ Penduduk di koloni tidak berpuas hati dengan dasar campur
tangan kerajaan England .
3. Pengenalan
Akta-Akta Baharu
§ Penduduk koloni membantah akta akta baharu yang
diluluskan oleh Parlimen di London. Antara akta akta yang diluluskan ialah Akta
Gula , Akta Setem , dan Akta Teh .
§ Akta akta ini bertujuan untuk memungut cukai daripada penduduk
di koloni. Penduduk koloni membantah akta ini kerana mereka berpendapat
Parlimen di London tidak berhak mengenakan cukai
4. Peristiwa
Pembuangan Teh Boston
§ Pada tahun 1773, Lord North meluluskan Akta Teh. Akta ini
membenarkan SHTI menjual teh kepada penduduk di koloni tanpa membayar cukai.
§ Penduduk koloni dipaksa membeli teh daripada Britain
melalui SHTI. Perkembangan ini menimbulkan kemarahan penduduk di koloni
terhadap kerajaan Britain. Mereka bertindak membuang kotak-kotak berisi teh ke dalam laut dan peristiwa ini
dikenali sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston.
Penutup
§ Peristiwa peristiwa tersebut menyebabkan penduduk koloni
mengambil keputusan untuk memperjuangkan kemerdekaan negara mereka daripada
Britain.
§ Pada 6 Julai 1775 , kongres membuat keputusan untuk
mengisytiharkan peperangan terhadap Britain.
Soalan 55: Huraikan faktor-faktor Tercetus Perang Saudara
Di Amerika Syarikat 1861-1865
Pendahuluan
§ Perang saudara berlaku antara negeri-negeri utara dengan
negeri-negeri selatan Amerika Syarikat. Perang ini melibatkan 22 buah negeri
utara Amerika Syarikat dengan 11 buah negeri di selatan Amerika Syarikat.
§ Gabungan negeri-negeri utara dikenali sebagai Kesatuan Amerika Syarikat manakala
negeri-negeri selatan dinamakan Gabungan
negeri-negeri Amerika. Perang saudara ini berlanjutan selama empat tahun, iaitu
dari tahun 1861-1865
Isi-Isi Penting:
1.
Masalah Hamba Abdi
§ Amalan penghambaan ini bermula sejak orang Inggeris
Mengasaskan petempatan di Amerika. Pembukaan ladang-ladang kapas dan tembakau
memerlukan hamba abdi untuk bekerja di
ladang. Pada tahun 1859, John Brown memimpin
pemberontakan hamba di bahagian selatan Amerika.
§ Parti republik turut berjuang untuk menghapuskan amalan
penghambaan di Amerika Syarikat. Abraham
Lincoln mengetuai Parti Republik sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-16
pada tahun 1861,tindakan itu mencetuskan Perang Saudagar.
2.
Negeri-Negeri Selatan Menarik Diri Daripada Kesatuan
Amerika Syarikat
§ Tindakan Abraham
Lincoln membasmi amalan perhambaan menyebabkan negeri-negeri selatan
menarik diri daripada kesatuan Amerika Syarikat. Tujuh buah negeri selatan
membuat keutusan untuk berpisah daripada kesatuan Amerika Syarikat pada tahun
1861. Caroline Selatan merupakan negeri paling awal yang berpisah dengan kesatuan
Amerika Syarikat kemudian negeri–negeri seperti Virginia, Georgia, Caroline
Utara, Florida, Albama, Missippi, Louisiana, Tennessee, Arkansas dan Texas.
§ Negeri-negeri tersebut menubuhkan kerajaan baharu yang
dipanggil Gabungan Negeri-Negeri Amerika pada 4 Februari 1861 dan telah
melantik Jefferson Davis sebagai
Presiden Gabungan Negeri-Negeri Amerika.
3.
Perbezaan Antara Negeri-Negeri Utara Dan Negeri-Negeri
Selatan
§ Perbezaan tersebut dapat dikesan dalam aspek Kekayan,
Agama, Kehidupan dan Bahasa.
§ Di negeri-negeri selatan penduduknya melibatkan diri
dalam aspek pertanian manakala negeri utara pula penduduknya melibatkan diri
dalam perusahaan.
4.
Tidak Berpuas Hati Terhadap Undang-Undang Kerajaan Pusat
§ Negeri selatan tidak berpuas hati dengan undang-undang
yang diluluskan oleh kerajaan pusat. Negeri-negeri selatan berpendapat bahawa
undang-undang digubal untuk melindungi kepentingan penduduk di negeri-negeri
utara. Mereka membantah tindakan tersebut boleh meningkatkan harga
barang-barang import.
§ Langkah ini turut menjejaskan kedudukan negeri-negeri
selatan yang bergantung kepada barang-barang import.
Penutup
§ Perang ini menyelamatkan Amerika Syarikat daripada
berpecah dua.
§ Perang ini juga menyebakan negeri-negeri utara dan
negeri-negeri selatan bersatu semula.
salam cikgu.jelaskan perkembangan sistem pemerintahan beraja mutlak di England. jawapannya di soalan 47(a) ke cikgu?
BalasPadampeter the great mana cikgu ?
BalasPadamAssalam cikgu.. Perbandingan raja mutlak dan raja berperlembagaan di england ada tk cikgu ??
BalasPadamAd
PadamSatu lgi cikgu.... Perbandingan raja mutlak dan raja berperlembagaan di perancis ada tk cikgu ?
BalasPadam👍
BalasPadamsalam cikgu, faktor pembentukan pemerintahan raja berpelembagaan di england ada ka cgu??
BalasPadamTÜL PERDE MODELLERİ
BalasPadamNumara Onay
Turkcell mobil ödeme bozdurma
HTTPS://NFTNASİLALİNİR.COM
Ankara evden eve nakliyat
trafik sigortasi
Dedektör
WEBSİTESİ KURMA
aşk kitapları