3.1.2 Parti Politik dan Persatuan
Soalan 139: Bincangkan peranan Sarekat Islam di Indonesia dalam gerakan nasionalisme
sehingga tahun 1930
Pengenalan
§ Pada
tahun1909, R.M. Tirjoadisurjo telah
menubuhkan Sarekat Dagang Islam. Tujuan asal Sarekat Dagang Islam adalah untuk
melindungi kepentingan pedagang batik Islam supaya mereka dapat bersaing dengan
pedagang batik Cina. Agama Islam menjadi alat penyatuan, persefahaman dan
persaudaraan dalam kalangan pedagang batik di Jawa. Pada tahun 1912, nama
Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam. Omar Said Tjokroaminoto
menjadi Presiden
§ Antara
matlamat asal penubuhan Sarekat Islam ialah mengukuhkan agama Islam bagi
menyaingi perkembangan agama Kristian dan mengembangkan kebudayaan Indonesia.
Sarekat Islam juga bermatlamat memajukan ekonomi dan kebajikan masyarakat
tempatan khususnya bidang pendidikan
§ Keanggotaan Sarekat
Islam meningkat daripada 12,000 orang pada tahun 1913 kepada 800,000 orang pada
tahun 1916. Sarekat Islam berperanan penting dalam gerakan nasionalisme di
Indonesia. Mulai tahun 1916, Sarekat Islam menunjukkan perjuangan politik
secara terbuka, Pada tahun 1917, Sarekat Islam menuntut kemerdekaan mutlak.
Sarekat Islam telah mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek politik, sosial
dan ekonomi kepada kerajaan Belanda
Isi-isi penting:
Dalam aspek politik
§ Sarekat
Islam merupakan parti pertama yang memperjuangkan tuntutan berkerajaan sendiri
daripada Belanda. Sarekat Islam mendesak Belanda membentuk Majlis Daerah dan
memberikan kuasa yang lebih luas kepada Volksraad supaya menjadi satu badan
perwakilan yang mempunyai kuasa Legislatif
§ Bagi
pemilihan ahli Majlis Kampung, Sarekat Islam menuntut hak mengundi diberikan
kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan bagi majlis-majlis lain,
hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 21 tahun ke atas
Dalam aspek ekonomi
§ Sarekat
Islam mendesak kerajaan Belanda memiliknegarakan industri-industri penting
seperti besi, tekstil, kertas, pengangkutan dan elektrik. Sarekat Islam
menuntut supaya dihapuskan buruh kanak-kanak serta buruh paksa
§ Mereka
menuntut Belanda mengadakan lebih banyak klinik yang memberikan rawatan percuma
kepada rakyat Indonesia. Pada tahun 1918, Sarekat Islam mendesak Belanda
menetapkan gaji minima dan tempoh masa kerja maksima bagi pekerja
§ Mereka
mendesak Belanda membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air
Dalam aspek sosial
§ Sarekat
Islam menuntut undang-undang yang menghalang perkembangan agama Islam
dibatalkan
§ Mereka
mahukan hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari cuti dan pemberian gaji
tetap kepada kiyai serta penghulu
§ Dalam bidang
pendidikan, Sarekat Islam mendesak Belanda menghapuskan diskriminasi terhadap
kemasukan pelajar-pelajar ke sekolah
§ Mereka
meminta pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun ke
bawah. Kerajaan Belanda didesak supaya mengadakan lebih banyak biasiswa untuk
membolehkan pelajar Indonesia menuntut di luar negara . Mereka menuntut
institusi pendidikan Islam diberi subsidi
§ Mereka juga
menuntut Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik taraf sebagai
universiti
Kesimpulan
§ Berlandaskan
kecenderungan terhadap keagamaan, Sarekat Islam mampu berjuang atas isu-isu
politik yang membolehkannya muncul sebagai organisasi massa pertama yang
terlibat dalam gerakan nasionalisme di Indonesia
§ Walau
bagaimanapun pada tahun 1920-an, Sarekat Islam mulai merosot. Ini disebabkan
oleh perselisihan antara golongan Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam
parti itu sendiri. Pemimpin Sarekat Islam seperti Semaun dan Darsono telah
dipengaruhi oleh komunis dan mengakibatkan perpecahan dalam Sarekat Islam
§ Pada tahun
1926, Belanda mengambil tindakan menindas Sarekat Islam kerana dituduh terlibat
dalam beberapa pemberontakan yang berlaku Pemimpin Sarekat Islam iaitu Omar
Said Tjokroaminoto ditangkap dan dipenjarakan
Soalan 140: Terangkan sebab-sebab penubuhan
dan matlamat parti politik bagi Partai Nasional Indonesia.
Pendahuluan
§ Pada tahun
1922, sekumpulan pelajar Indonesia di Holland telah menubuhkan perhimpunan
Indonesia. Setahun kemudian, perhimpunan Indonesia telah menegaskan rancangan
mereka untuk berjuang kea rah kemerdekaan Negara. Untuk mencapai hasrat
tersebut, Perhimpunan Indonesia menggabungkan usaha semua golangan masyarakat
Indonesia dan menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan kerajaan Belanda.
Perhimpunan Indonesia bersifat agresif dan radikal sejak penubuhannya di
Holland.
§ Perhimpunan
Indonesia berjaya mendapat sokongan ramai kerana memperjuangan kemerdekaan.
Antara tahun 1923 dan 1927,ahli-ahli Perhimpunan Indonesia yang pulang ke Indonesia yang pulang ke Indonesia
telah menubuhkan kelab-kelab pelajar di beberapa buah Bandar. Kelab tersebut
menjadi pusat perbincangan dan saluran idea perjuangan Perhimpunan Indonesia.
Isi-isi penting:
Sebab-sebab dan matlamat penubuhan
1. Mulai tahun
1927, peranan PNI dalam pergerakan nasional Indonesia amat besar. Antara sebab dan matlamat penubuhan PNI adalah
untuk menuntut kemerdekaan mutlak, menyatukan rakyat Indonesia melalui
gabungan parti-parti politik kebangsaan Indonesia, membentuk kerajaan demokrasi
berparlimen yang bertanggungjawab kepada semua rakyat dan Memartabatkan
penggunaan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi.
2. PNI berjuang
secara aktif dan radikal demi mencapai
matlamat untuk membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda. Antara
usaha PNI ialah: Mengamalkan dasar penentangan pasif, Mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan
Belanda, Menyeru pegawai Indonesia memulaukan Volksraad dan perkhidmatan awam
kerajaan, Menubuhkan kesatuan buruh, Memajukan syarikat kerjasama, Menyokong
pendidikan kebangsaan, Menganjurkan kursus dan mendirikan sekolah, Mengadakan
rapat-rapat umum, Menyebarkan idea nasionalis melalui penerbitan surat khabar
Banteng Priangan di Bandung dan
Persatoean Indonesia di Jakarta.
3. Perjuangan
PNI dijelaskan semasa Kongres Pemuda yang telah mengeluarkan “Sumpah Pemuda” yang menekankan tiga perkara,iaitu: Semua
rakyat Indonesia adalah sebangsa,sebahasa, dan senegara. Berdasarkan prinsip
tersebut, PNI menegaskan tidak akan menggunakan agama Islam sebagai dasar
perjuangannya kerana soal kemerdekaan turut melibatkan rakyat Indonesia beragama
Kristian yang berbeza bahasa dan budaya.
Pertubuhan belia seperti Pemuda Jawa, Pemuda Sulawesi, Pemuda Sumatera
dan Pemuda Ambon digabungakan menjadi Persatuan Pemuda Indonesia. Lagu
kebangsaan akan dicipta dan digunakan secara rasmi. Idea nasionalisme dapat
disalurkan melalui ciptaan lagu kebangsaan.
4. Kebijaksanaan Soekarno mengutamakan soal
perpaduan dan persefahaman membolehkan PNI mendapat sokongan ramai dan menjadi parti
politik yang paling popular. Dalam masa dua tahun sahaja, PNI berjaya meraih
sokongan seramai 10000 orang.
5. Selaras
dengan hasrat menyatukan rakyat Indonesia tanpa mengira perbezaan keturunan,
bangsa, dan agama, PNI berusaha
menggabungkan parti-parti politik yang sedia ada seperti Budi Utomo,
Pasundan, Ikatan Sumatera, Kaum Betawi, Kelab Pelajar Surabaya, dan Sarekat
Islam dalam satu gabungan yang besar, iaitu Permuafakatan Perhimpunan Politik
Kebangsaan Indonesia (PPPKI). Melalui PPPKI, PNI telah berusaha membentuk
perpaduan kebangsaan.
Penutup
§ Dalam
kalangan kelab yang ditubuhkan, Kelab Pelajar Bandung yang paling aktif. Dari
kelab tersebut, Soekarno mengambil inisiatif menubuhkan Perserikatan Nasional
Indonesia pada 4 Jun 1927.
§ Perserikatan
Nasional Indonesia kemudian menukar namanya kepada Partai Nasional Indonesia
(PNI).
Soalan 141: Terangkan sebab-sebab penubuhan
dan matlamat persatuan Young Men Buddhist Association (YMBA) di Myanmar
Pendahuluan
§ Young Men
Buddhist Association (YMBA)
atau Persatuan Belia Buddha merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang
ditubuhkan pada tahun 1906 oleh golongan berpendidikan Barat.
§ Golongan ini
terdiri daripada peguam dan mahasiswa Universiti Rangoon seperti U Ba Pe, Sir
Maung Gyi, dan U Kin.
Isi-isi penting
Sebab-sebab Persatuan Young Men Buddhist
Association (YMBA)
1.
Memupuk
semangat kebangsaan.
§ Pemimpin
bersefahaman radikal telah membangkitkan semangat nasionalisme melalui isu
kasut. Mereka melancarkan protes terhadap sekumpulan orang Eropah yang memakai
kasut memasuki Pagoda Endawya di Rangoon.
YMBA mengambil berat tentang isu kasut dan perbuatan British dianggap
sebagai satu penghinaan terhadap kesuciaan
rumah ibadat masyarakat peribumi Myanmar. Pada mulanya, British tidak
melayan tuntutan YMBA kerana memandang ringan isu tersebut. Oleh itu, YMBA
berusaha mendapat sokongan penduduk di Bandar dan luar Bandar. British bimbang
dengan sokongan kuat itu lalu mengeluarkan undang-undang melarang pemakaian
kasut di pagoda.
§ YMBA
seterusnya membantah kerajaan British berkaitan dengan Laporan
Montagu-Chelmsford pada tahun 1917. Melalui laporan tersebut, kerajaan british
telah meluluskan perlembagaan baharu di India sebagai persediaan ke arah status
pemerintahan sendiri. Akan tetapi,kelulusan ini tidak diberikan kepada Myanmar
dengan alasan Myanmar masih belum mencapai taraf “kepandaian membaca dan
menulis.” British berpendapat Myanmar masih belum bersedia untuk mentadbir
institusi demokrasi di Myanmar.
2.
Mengembangkan
pendidikan.
§ YMBA juga
terlibat dalam isu Akta Universiti 1920. Tujuan akta ini adalah menaik tarafkan
pendidikan di Universiti Rangoon. Pada bulan Disember 1920, pelajar di
universiti tersebut mengadakan mogok kerana menganggap akta ini adalah muslihat
British untuk melengah-lengahkan usaha Myanmar mencapai taraf berkerajaan
sendiri.
§ YMBA berjaya
menggerakkan hampir seluruh masyarakat Myanmar untuk menentang tindakan British
tersebut. Mereka menuntut supaya sistem pendidikan dan universiti di Myanmar
bebas daripada pengawasan British. Bagi mengatasi mogok tersebut, British
menguatkuasakan Pindaan Akta Universiti pada tahun 1924. Melalui pindaan
tersebut, banyak kuasa pentadbiran universiti dipindahkan kepada orang Myanmar.
3.
Mengekalkan
tradisi agama Buddha.
§ Menegaskan
agama Buddha sebagai penyelamat masyarakat. Mengekalkan semangat masyarakat
peribumi Myanmar dengan cogan kata, “Buddha Save The King”. Pada peringkat
awal, YMBA memperjuangkan isu sosial dan
budaya menimbulkan minat dan kesedaran orang Myanmar terhadap kesenian,
kesusasteraan, kebudayaan, dan agama Buddha di Myanmar.
§ YMBA
menerbitkan akhbar Thuriya untuk menyedarkan masyarakat Myanmar tentang
kepentingan agama Buddha dalam kehidupan
mereka. Bukti YMBA memberi tumpuan
kepada isu agama Buddha, kebudayaan, dan pendidikan orang Myanmar:
Matlamat persatuan Young Men Buddhist
Association (YMBA)
a) Memperjuangkan
pendidikan percuma bagi anak-anak rakyat Myanmar.
b) Menuntut hak
pelajaran yang sama diberikan kepada semua rakyat.
c) Menuntut
ajaran dan nilai agama Buddha diserapkan dalam pendidikan.
d) Menubuhkan
sekolah-sekolah yang menekankan agama Buddha.
e) Menggalakkan
pelajar Myanmar dihantar ke luar Negara.
Kesimpulan
§ YMBA
bertindak membentuk Majlis Am Persatuan-persatuan Myanmar GCBA pada tahun 1920.
GCBA melancarkan pemulauan terhadap kerajaan British. YMBA menghantar delegasi
ke London sebagai tanda protes. Perjuangan YMBA berjaya apabila kerajaan
British memperkenalkan Sistem Diarki di Myanmar pada tahun 1921.
§ Kebangkitan
orang Thakin, menyebabkan pengaruh YMBA semakin senyap. Namun begitu, YMBA
memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme melalui
agama Buddha. YMBA dapat menyatupadukan masyarakat peribumi Myanmar ke arah
satu matlamat yang sama, iaitu memelihara tradisi agama Buddha dan menimbulkan
kesedaran tentang ketidakadilan dasar penjajah British.
Soalan 142: Terangkan sebab-sebab penubuhan
dan matlamat parti politik Poor Man’s Party di Myanmar.
Pendahuluan :
§ Dr. Ba Maw
sangat popular dalam kalangan rakyat jelata dan dianggap wira yang dapat
mempertahankan hak mereka kerana beliau Berjaya membela Saya San yang
melancarkan pemberontakkan menentang British pada tahun 1931-1932. Berdasarkan
situasi tersebut, Dr Ba Maw menubuhkan Sin Ye Tha Ah-pwa pada tahun 1936.
§ Merupakan
parti politik pertama di Myanmar yang Berjaya menarik sokongan rakyat yang
kebanyakannya merupakan kaun tani dan buruh yang miskin. Pada tahun 1937, Dr Ba
Maw dilantik menjadi perdana Menteri bangsa Myanmar pertama selepas Myanmar
diasingkan daripada pentadbiran di India.
Isi-isi penting:
Sebab-sebab penubuhan
1.
Penguatkuasaan
ekonomi oleh kuasa-kuasa asing
§ Kegiatan
ekonomi Myanmar dikuasai oleh syarikat asing seperti syarikat british serta
pengusaha India dan Cina.
§ Pekerja seperti
buruh dan perkeranian pula dikuasai orang India. Perkembangan ini telah
menyebabkan ramai orang Myanmar terpinggir dlm bidang ekonomi.
2.
Kemelesetan
ekonomi dunia
§ Kemelesetan
ekonomi dunia sekitar awal 1930-an menyebabkan ramai petani hidup melarat
§ Perkembangan
ini menyebabkan timbul masaalah kemiskinan.
3.
Kejatuhan
Harga beras
§ Kejatuhan
harga beras menyebabkan kehidupan petani terjejas.
§ Perkembangan
ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan petani terhadap british.
Matlamat Penubuhan
§ Matlamat utama
penubuhan parti ini adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan Myanmar.
§ Parti nini
turut memperjuangkan hak dan kebajikan golongan petani
Penutup :
§ Prinsip
perjuangan Poor Man’s Party yang menggunakan kelas bawahan yang terdiri
daripada kaun tani, buruh, dan golongan miskin sebagai benteng pertahanan dan
penyatuan jelas memaparkan dasar perjuangan sosialis.
§ Walaupun
parti ini dinamakan Poor Man’s Party, namun pada hakikatnya, Dr. Ba Maw hanya
mempergunakan golongan yang miskin sebagai batu loncatan untuk memperkukuhkan
kedudukannya di dalam politik menjadi Perdana Menteri pada tahun 1937.
:DD Trimas! Blog STPM Sejarah yg sangat membantu. ^^
BalasPadamPeranan poor men party ada tak???
BalasPadamPeranan poor men party ada tak???
BalasPadamBuli tahan boskuu. Tp perkembangan sama dengan peranan ka?
BalasPadamBuli tahan boskuu. Tp perkembangan sama dengan peranan ka?
BalasPadamSettle masalah dgn ade blog ini . Salute bosskurr
BalasPadam