3.1 Gerakan Nasionalisme
3.1.1. Faktor kemunculan
Soalan 131: Bincangkan faktor-faktor luar
yang mempengaruhi kesedaran politik di Asia Tenggara dari tahun 1900 - 1941.
Pendahuluan:
§ Peristiwa
yang berlaku di negara luar berhubung dengan perkembangan nasionalisme telah menjadi inspirasi kepada pejuang
nasionalis tempatan di negara-negara Asia Tenggara untuk berjuang menentang
penjajah barat. Pada keseluruhannya, gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
kecuali negara Thai berciri anti – penjajahan.
§ Gerakan
nasionalisme disebabkan oleh dasar penjajahan barat. Seterusnya pengaruh luar
iaitu dari Eropah, Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Tenggara sendiri memainkan
peranan penting bagi mempengaruhi gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.
Isi-isi Penting:
1.
Gerakan
Reformis Islam di Timur Tengah
§ dipelopori
oleh Syeikh Muhammed Abduh dan golongan Al- Manar di Kaherah yang mempengaruhi
semangat kebangsaan di India dan Indonesia. idea-ideanya memperjuangkan
penyatuan umat Islam seluruh dunia, membebaskan agama Islam daripada
kepercayaan kolot atau ortodok, menyeru umat Islam merujuk kepada al-Quran dan
Hadis serta menggalakkan umat Islam mencapai kemajuan ekonomi dan sosial
§ kesannya
Sarekat Dagang Islam melancarkan Perang Jihad terhadap Belanda dan pemulihan
ekonomi orang Jawa yang ditindas oleh orang China
2.
Perang Rusia
– Jepun (1904 – 1905)
§ melemahkan
anggapan masyarakat Asia bahawa kuasa barat tidak boleh dikalahkan akibat
daripada kekalahan Rusia. kesannya mempengaruhi raktyat China yang dipimpin
oleh Dr. Sun Yat sen untuk menggulingkan Kerajaan Manchu
§ Chang Chin,
seorang intelek China mengatakan kekalahan tersebut dapat mencerminkan
kemenangan perlembagaan dan kegagalan pemerintahan beraja. Kebangkitan Boxer
1900 memberi impak kepada Vietnam contohnya, Phan Boi Chau telah menubuhkan
Viet Nam Quang Phuc Hoi yang
bercita-cita untuk membebaskan negaranya daripada Peranchis
3.
Kebangkitan
di India
§ Gerakan
kongres India menjadi perangsang kepada Myanmar yang dijajah oleh British
§ Pembaharuan
Montagu – Chelmsford dapat melatih orang India berkerajaan sendiri tetapi tidak
diperkenalkan di Myanmar. Myanmar menuntut agar perlembagaan yang sama dibuat
di Burma seperti di India.
4.
Revolusi
1917
§ Revolusi ini
telah melahirkan Pertubuhan Komunis Antarabangsa (Comintern) yang
menyebarkan ideologi komunisnya di
seluruh dunia
§ Comintern
telah menghantar ejen-ejen ke Asia Tenggara untuk menubuhkan parti-parti
komunis tempatan, contohnya Ho Chi Minh yang ditugaskan di selatan China telah menubuhkan Parti Komunis Indo-China
5.
Revolusi
Eropah
§ Revolusi
Amerika telah menentang parlimen British dan Revolusi Peranchis menentang
pemerintahan raja monarki dan mewujudkan raja berperlembagaan
§ Kesannya
mempengaruhi Gerakan Katipunan di Filipina serta Pelajar-pelajar Thailand
melancarkan Revolusi 1932 untuk menentang kuasa mutlak raja
Kesimpulan:
§ Pengaruh luar
ini telah menyemarakkan semangat kebangsaan dikalangan penduduk untuk menentang
penjajahan barat.Namun begitu pengaruh faktor dalaman juga menjadi penggerak
kepada pejuang-pejuang nasionalis Asia Tenggara menentang penjajah.Pada
peringkat awal penentangan mereka tidak berjaya tetapi menjelang abad ke-20
semua negara yang dijajah berjaya mencapai kemerdekaan.
Soalan 132. Analisiskan faktor-faktor
kemunculan Gerakan Nasionalisme di
Indonesia.
Pendahuluan
§ Nasionalisme
boleh ditaktrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha untuk
membentuk sebuah negara bangsa . Gerakan nasionalisme secara umumnya bertujuan
menegakkan kebebasan individu atau negara daripada kongkongan dan penindasan
Barat.
§ Di Indonesia
dan Myanmar, gerakan nasionalisme lebih kepada gerakan kesedaran dalam kalangan
masyarakat peribumi ke arah perpaduan untuk mencapai kemerdekaan mutlak dan
membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat mengikut acuan mereka sendiri.
Perenggan Isi
N
1.
Pengaruh
Agama
§ Pengaruh
agama terhadap kemunculan nasionalisme begitu jelas sejak awal abad ke-20
melalui peranan yang dimainkan oleh pertubuhan berunsur Islam sebagai teras
perjuangan bangsa. Pertubuhan tersebut seperti Sarekat Dagang Islam, Sarekat Islam,
Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama. Sarekat Dagang Islam ditubuhkan pada tahun
1909 oleh R.M Tirtoadisurjo dengan kerjasama persatuan Pedangang Arab
Indonesia. Sebuah cawangannya ditubuhkan di Bogor oleh Haji Semanhoedi, seorang
pedangang kain batik yang hampir muflis. Beliau ingin melindungi kepentingan
golongan pedangang batik Islam agar mereka dapat bersaing dengan pedangang
batik Cina. Agama islam digunakan sebagai alat penyatuan pedagang batik Islam
supaya bersatu padu menentang penindasan pedangang batik Cina.
§ Pada tahun
1912, pertubuhan Muhammadiyah ditubuhkan oleh Kiyai Haji Ahmad Dahlan. Dalam
perjuangannya, menekankan pentingnya penyebaran ajaran agama Islam yang sejati
berlandaskan Al-Quran dan hadis sebagai pegangan hidup untuk menentang ancaman
sekularisme dan perkembangan agama Kristian dia Indonesia. Nahdatul Ulama di
bawah pimpinan Kiyai Hashim Ashari merupakan sebuah pertubuhan ortodoks. Namun,
pertubuhan ini juga menggunakan agama Islam untuk menyatukan umat Islam
menentang penindasan Belanda dan menghadapi ancaman penyebaran Kristian.
2.
Peranan
Bahasa dan Kesusasteraan
§ Belanda
tidak menggalakkan penggunaan bahasa Belanda dalam kalangan orang Indonesia.
Kerajaan Belanda tidak membenarkan orang Indonesia menggunakan bahasa Belanda,
malah kerajaan Belanda sendiri menggunakan bahasa Indonesia dalam urusan
penradbirannya di Indonesia. Dengan demikian, kedudukan bahasa Indonesia
diperkukuhkan lagi. Bahasa Indoneia menjadi alat penyebaran maklumat yang
paling berkesan dalam kalangan masyarakat Indonesia.
§ Karya Raden
Adjeng Kartini bertajuk Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang
Puteri Jawa berjaya membangkitkan semangat nasionalisme. Melalui karya
tersebut, Raden Ajeng Kartini berjaya mendedahkan kemunduran bangsa Indonesia
yang ditindas dan dicengkam oleh penjajah Belanda.
§ Penggunaan
bahasa Indonesia pada zaman pendudukan Jepun telah memperkukuhkan kesedaran
kebangsaan dalam kalangan masyarakat tempatan. Ini dapat menghapuskan sifat
kedaerahan orang Indonesia. Bahasa Indonesia telah menjadi satu lambing
perpaduan yang mengikut kaum-kaum yang ada di Indonesia.
3.
Pengaruh
Kewartawanan
§ Selepas
Raden Ajeng meninggal dunia, usaha memperjuangkan pendidikan untuk kaum wanita
diteruskan oleh sebuah pertubuhan wanita yang bergelar Putri Merdeka (1912).
Pertubuhan ini menerbitkan Wanita (1913) dan Putri Merdeka (1916) untuk
menyebarkan idea-idea baharu, menuntut hak-hak wanita mendapat pendidikan
moden, mengritik amalan sosial, dan ketidakadilan terhadap kaum wanita. Putri
Merdeka membangkitkan isu poligami dan sekolah campuran.
§ Dr.Wahidin
Sudira Husodo menyebarkan idea tentang keperluan pendidikan moden terutamanya
ilmu perubatan melalui terbitannya, iaitu Retno Dumilah. Parti Nasional
Indonesia berjuang menyalurkan idea nasionalisme dan kemerdekaanya melalui
penerbitan surat khabar Banteng Priangan di Bandung dan Persatoean Indonesia di
Jakarta.
4.
Peranan
Pendidikan
§ Pentadbiran
Belanda mengutamakan anak Priyayi. Golongan ini diberi pendidikan tersendiri
dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sekoalah Eerste Klasse, iaitu
sebuah sekolah elit tahap tinggi berasaskan model Barat dibina untuk anak-anak
golongan Priyayi, golongan bangsawan dan golongan berada. Antara tahun 1900
hingga 1921, Sekolah Doktor Jawa dimajukan menjadi sekolah latihan doktor
(STOVIA). STOVIA disediakan untuk rakyat biasa daripada pelbagai lapisan
masyrakat seperti anak petani, polis, pegawai kerajaan, guru, dan golongan
bangasawan yang berasal dari pelosok Indonesia. STOVIA menjadi pusat
perbincangan dan perbahasan idea nasionalisme dalam kalangan pelajar.
§ Perkembangan
pendidikan Barat membolehkan kemunculan golongan elit berjuang dan memimpin
penduduk tempatan ke arah nasinonalisme dan kemerdekaan. Golongan ini terdedah
dan terpengaruh dengan idea-idea liberal seperti demokrasi, sosialisme, dan
nasiaonalisme. Golongan elit sedar dasar pihak penjajah yang menekan dan
menindas penduduk tempatan. Nasiaonalisme perpendidikan Islam memainkan peranan
menubuhkan pertubuhan berteraskan ajaran agama Islam sebagai asas perjuangan
mereka untuk menentang orang kafir dan perluasan penyebaran agama Kristian.
5.
Peranan
Golongan Intelektual
§ Sehingga
tahun 1912, golongan intelektual Indonesia lebih memainkan peranan berjuang
untuk memajukan masyarakat peribumi dalam aspek sosial, kebudayaan, agama, dan
ekonomi. Perjuangan mereka bersifat sederhana. Apa yang penting bagi golongan
intelektual ini ialah kesedaran dalam kalangan masyarakat peribumi untuk
menggunakan pendidikan dan agama sebagai alat kemajuan dan perpaduan.
§ Antara golongan
intelektual yang memainkan peranan pada tahap awal gerakan nasionalisme
Indonesia ialah Raden Adjeng Kartini, Dr. Wahidin Sudira Husodo, Omar Said
Tjokroaminoto, Haji Ahmad Dahlan, dan Kiyai Hashim Ashari. Soekarno memainkan
peranan utama dalam gerakan nasionalisme radikal selain golongan intelektual
seperti R.M. Sartono, Muhammad Tabrani, Dr. Mohammad Hatta dan Sutan Syahrir.
6.
Pengaruh
Luar
§ Reformis Islam di Timur Tengah. Gerakan
Reformis Islam di Mesir meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat islam di
Indonesia untuk membela nasib bangsanya. Pembaharuan dalam agama Islam haruslah
dibuat demi memajukan umat Islam sedunia. Gerakan ini tidak menolak sepenuhnya
pengaruh Barat. Apa yang penting bagi umat Islam ialah kebebasan berfikir dan
kesedaran bahawa agama Islam dalam bentuk yang suci dan mulia menjadi alar
kemajuan. Gerakan Reformis islam mempengaruhi pebuhan Sarekat Islam dan
Muhammadiyah dalam perjuangannya untuk menegakkan kekuatan umat islam daripada
ancaman pengaruh asing dan agama Kristian.
§ Dasar Perjuangan Mahatma Gandhi di India. Gerakan
menentang kerajaan colonial British di India mempengaruhi perjuangan para
nasionalis di Indonesia. Kepimpinan Budi Utomo yang dibantu oleh golongan
bangasawan Jawa diilhamkan oleh perjuangan Mahatma Gandhi.
Penutup
§ Kemunculan
gerakan nasionalisme di Indoensia dan Myanmar disebabkan pelbagai factor sepeti
pengaruh agama, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan,
peranan pendidikan, peranan golongan intelektual dan pengaruh luar.
Soalan 133: Jelaskan Faktor-faktor kemunculan
Gerakan Nasionalisme Di Myanmar
Pendahuluan
§ Nasionalisme
bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan
membebaskan tanah air. Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di
Myanmar. Gerakan Nasionalisme merupakan tindak balas masyarakat menentang
susunan politik, sosial, dan ekonomi yang dibina di negara mereka kesan
daripada penjajahan Barat.
§ Terdapat
beberapa faktor kemunculan nasionalisme di Myanmar seperti pengaruh agama
islam, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, dan peranan
pendidikan.
Isi-isi
penting
1. Pengaruh agama
Gerakan nasionalisme di Myanmar pada
peringkat awalnya lebih bersifat keagamaan . Agama buddha menjadi mekanisme
penting untuk meraih sokongan rakyat. Kemunculan nasionalisme di Myanmar pada
peringkat awalnya diketuai oleh golongan sami Buddha kerana kedudukan dan
pengaruhnya terancam ekoran penjajahan British di Myanmar. Pertubuhan terawal
ialah sasanadara (1897) dan diikuti Persatuan Agama Maktab Rangoon (1904).
2. Peranan Bahasa Dan Kesusasteraan
Masyarakat Myanmar merupakan gabungan tujuh
buah kumpulan etnik yang terbesar yang mempunyai bahasa dan kesusteraannya
tersendiri seperti Myanmar, Mon , Arakan, dan Shan. Bahasa Myanmar menjadi alat
penting dalam menyatukan ideology politik dan nasionalisme. Penggunaan bahasa Myanmar
memudahkan ide nasionalisme disampaikan ke seluruh Negara melalui propaganda
dan ceramah yang disampaikan oleh pejuang nasionalis. Mereka banyak menulis
karya kesusasteraan seperti sajak,cerpen, dan novel yang mengkritik penjajah
British dan menyampaikan idea-idea Demokrasi dan kemerdekaan.
3. Peranan Golongan Intelektual
Di Myanmar, golongan intelektual menjadi
penggerak kepada gerakan nasionalisme. Mreka terdiri daripada golongan
berpendidikan Barat seperti Dr.Ba Maw, U Pu, U Thein Maung, dan U Ba Pe.
Golongan ini telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha dan telah bergabung dengan
pemimpin pelajar di Universiti Rangoon untuk melancarkan mogok dan bantahan
menentang dasar British. Peranan golongan intelek telah menyebabkan penyebaran
idea nasionalisme dan kemerdekaan tersebar ke seluruh Myanmar serta mendapat
sokongan rakyat.
4. Pengaruh Kewartawanan
Surat khabar dan majalah juga menjadi
pemangkin kepada penyebaran dan kesedaran kebangsaan di Myanmar. Akhbar dan
majalah yang dicetak dalam bahasa inggeris dan bahasa Myanmar serta suku
minoriti lain membolehkan idea-idea nasionalime disebarkan dengan cepat dan
meluas dalam kalangan penduduk peribumi. Kebanyakkan wartawan dan penulis
mengkritik tentang kelemahan pentadbiran British di Myanmar, dan kedudukan agama
Buddha serta masyarakat peribumi yang ditindas semasa pemerintahan British.
Penutup
§ Kesimpulannya,
kemunculan nasionalisme di Myanmar disebabkan oleh beberapa faktor seperti
pengaruh agama islam, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan,
dan peranan pendidikan.
Soalan 134: Jelaskan peranan agama dalam
mempengaruhi gerakan nasionalisme di Myanmar sebelum Perang Dunia Kedua.
Pengenalan
§ Nasionalisme
ialah perjuangan untuk memperoleh kebebasan daripada penjajah kerana wujudnya
semangat cinta dan taat setia kepada tanah air.
Perjuangan nasionalisme dikatakan bermula di Myanmar sejak campur tangan
British pada tahun 1942. Nasionalisme di
Myanmar pada peringkat awal adalah bersifat keagamaan dan kebudayaan yang
diterajui oleh golongan agama.
§ Hal ini
kerana agama Buddha telah ditindas semasa British memerintah. Tidak ada pengiktirafan diberikan kepada
golongan agama tersebut. Keadaan ini
telah menyebabkan beberapa buah persatuan agama muncul bagi menghidupkan
kembali agama Buddha yang telah merosot.
Isi-isi
Penting:
a) Perkembangan awal kebangkitan semangat nasionalisme adalah
berlandaskan agama dan diterajui oleh golongan agama. Golongan agama merasa tercabar dengan
kemasukan pentadbiran British dan penyebaran agama Kristian di Myanmar.
Pertubuhan agama terawal ialah Persatuan Sasanadara yang ditubuhkan pada tahun
1897 di Mandalay oleh U Shway Thwin.
Persatuan ini bertujuan memajukan kehidupan sosial orang Myanmar dengan
menganjurkan sekolah-sekolah agama Buddha.
Pada tahun 1904 pelajar dari Maktab Rangoon menubuhkan Persatuan Agama
Maktab Rangoon bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan agama.
b) Penglibatan golongan agama ini boleh didasarkan atas dua sebab. Pertama, peranan ketua hierarki agama,
Thatnabaing dalam urusan agama diketepikan oleh pihak British. Hal ini
menyebabkan golongan agama terutama para pongyi tidak berpuas hati dan
bertindak atas pertimbangan sendiri. Semangat perjuangan para pongyi (sami-sami
Buddha) dilihat dengan jelas antara tahun 1916 hingga tahun 1935, Oleh itu,
golongan pongyi merasa terpanggil untuk menegakkan semula pengaruh mereka dan
agama Buddha dalam masyarakat Myanmar. Kedua, menjelang tahun 1900, penyerapan
nilai dan teknologi Barat secara beransur-ansur merosakan pengaruh agama Buddha
dalam masyarakat Myanmar. Sekitar tahun 1921-1929, pongyi-pongyi yang
berpolitik menguasai perjuangan nasionalis apabila mereka menjalankan
perjuangan mereka melalui Majlis Umum Sangha Sametggi (GCSS). Pongyi-pongyi
bergiat dalam politik hasutan. Contohnya seperti taktik-taktik
ketidak-kerjasamaan Gandhi, pemboikotan pembayaran cukai, tentangan terhadap
pengajaran-pengajaran Kristian kepada kanak-kanak yang beragama Buddha serta
keganasan dan taktik-taktik ugutan U Ottama mengulami pergerakan nasionalis
dengan cara hidup orang-orang beragama Buddha. Tindakan ini telah menukarkan
pergerakan nasionalis menjadi satu pergerakan menjadi satu pergerakan yang
disukai ramai.
c) Penyerapan nilai dan teknologi Barat dalam masyarakat Myanmar amat
dibimbangi oleh golongan agama kerana khuatir Buddha akan terjejas. Meraka berusaha memulihkan kepercayaan
terhadap agama melalui beberapa pembaharuan termasuk galakan yang dapat membangkitkan
semangat nasionalisme. Antara usaha pembaharuan agama dan penyemarakan sentimen
nasionalisme dilaksanakan melalui pembentukan persatuan yang berasaskan agama
sebagai matlamat perjuangan. Salah satu pertubuhan agama yang aktif dalam
penyebaran sentimen nasionalisme ini ialah Persatuan Pemuda-pemuda Buddha
(Buddha Bhata Kalyana Yuma Athin) atau lebih dikenali sebagai Young Men
Buddhist Association (YMBA) yang ditubuhkan pada tahun 1906.
d) YMBA diasaskan oleh sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon
(Yangoon) antaranya seperti U Ba Pe, U Ba Dun dan U Saw. Pada peringkat awal, kegiatan YMBA
ialah tertumpu kepada soal agama, selain daripada aspek pelajaran, pembaharuan
sosial, peningkatan kesusasteraan dan kebudayaan. Unsur agama jelas dilihat
dalam perjuangan mereka menerusi slogan yang digunakan, “Buddha Penyelamat Kita
dan Raja”, untuk memperjuangakan agama, sosial, politik dan ekonomi mereka.
YMBA mula aktif pada tahun 1917, apabila pucuk pimpinan pertubuhan itu jatuh ke
tangan pemimpin nasionalis yang lebih berfahaman radikal seperti U Thein Maung,
U Chit Hliang dan U Ba Pe, berbeza dengan pimpinan sebelum ini yang bersifat
sederhana. Kewujudan pemimpin yang berfahaman radikal menyebabkan mereka
kembali membangkitkan isu kasut yang kuat. YMBA merasakan British tidak mahu
melayan tuntutan mereka agar menghormati agama masyarakat pribumi. Hali ini
jelas diperlihatkan oleh para pelawat British yang mencemar dan melanggar
peraturan kuil dengan tidak mahu membuka kasut mereka apabila memasuki kuil. Ini
dianggap sebagai satu penghinaan ke atas kesucian rumah ibadat masyarakat
Myanmar. “Masalah kasut” menjadi satu agenda utama dalam persidangan
YMBA yang diadakan pada tahun 1917, namun tuntutan tidak dilayan kerana British
memandang ringan hal tersebut.
e) YMBA sedar bahawa tuntutan mereka akan menjadi lebih berkesan,
jika ia mendapat suara ramai dan bersifat kebangsaan. Oleh itu, YMBA berusaha meluaskan
kegiatan mereka bukan sahaja di bandar malahan di luar bandar. Hasilnya, pada
tahun 1920, terdapat kira-kira 6000 buah persatuan di peringkat kampung yang
memberi sokongan kepada YMBA. Salah satu isu yang dipropagandakan oleh YMBA
untuk mendapat sokongan rakyat ialah melalui sentimen agama berhubung dengan
“masalah kasut”. Perkembangan pesat YMBA memberi kesan kekuatan kepada
persatuan ini sebagai badan pergerakan nasional, hingga menyebabkan beberapa
tuntutan awal dan utama YMBA yang terpaksa dilayan oleh kerajaan ialah “masalah
kasut”. Kerajaan telah mengambil tindakan mengenakan undang-undang dan bertolak
ansur dengan golongan agama. Kerajaan telah mengisytiharkan larangan memakai
kasut di dalam kuil.
f)
Pemberontakan Tharawaddy
atau dikenali juga sebagai Pemberontakan Saya San kerana ia dipimpin oleh Saya San yang
merupakan seorang bekas sami Buddha tetapi berfikiran politik. Saya San
dilahirkan di Shwebo adalah bekas sami, ahli jawatankuasa kerja Unit So Thein,
cabang GCBA dan bomoh. Gerakan Saya San dikaitkan dengan pemulihan kembali
keseluruhan alat-alat diraja dan agama Buddha dan animisme. Gerakan awal Saya
San adalah rancangan membunuh Pesuruhjaya British Bahagian Pegu. kira-kira 1500
orang datang berkumpul dan jumlah ini bertambah sekali ganda kemudiannya. Walau
bagaimanapun, pemberontakan ini akhirnya dapat dipatahkan. Saya San telah
ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1931. Namun demikian,
pemberontakan ini telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan dalam kalangan
rakyat Myanmar. Buktinya, pada 4 Januari 1931, seorang pongyi yang datang dari
markas Saya San melancarkan kebangkitan di Yamethin, Myanmar Tengah akibat
pemilikan tanah oleh golongan ceti secara melampau.
Kesimpulan
§ Jelaslah
kebangkitan-kebangkitan agama ini telah menjadi perangsang kepada perkembangan
semangat kebangsaan kemudiannya. Selepas
tahun 1935, golongan Pongyi diganti oleh golongan Thakin yang telah
mengambilalih pimpinan gerakan kebangsaan Myanmar.
Soalan 135: Bincangkan peranan golongan
intelektual dalam gerakan nasionalisme di Indonesia
Pendahuluan
§ Sehingga
tahun 1912, golongan intelektual Indonesia lebih memainkan peranan berjuang
untuk memajukan masyarakat peribumi dalam aspek social, kebudayaan, agama, dan
ekonomi.Perjuangan mereka bersifat sederhana. Antara golongan intelektual yang
memainkan peranan pada tahap awal gerakan nasionalisme Indonesia ialah Raden
Adjeng Kartini, Dr. Wahidin Sudiro Husodo, Omar Said Tjokroaminoto, Haji Ahmad
Dahlan, dan Kiyai Hashim Ashari. Soekarno memainkan peranan utama dalam gerakan
nasionalisme radikal selain golongan intelekual seperti R.M Sartono, Muhammad
Tabrani, Drs. Mohammad Hatta,dan Sutan Syahrir.
Isi-isi penting
Raden Adjeng Kartini
§ Mendapat
pendidikan Barat. Menubuhkan sebuah sekolah di japara untuk anak perempuan
pegawai Indonesia. Menyedari pentingnya pendidikan moden demi kemajuan
Negara.Berpendapat bahawa Indonesia mestu standing dengan orang Eropah dalam
pendidikan.
§ Meningal
dunia ketika berumur 25 tahun. Kematiannya tidak membantutkan gerakan ke arah
memerjuangkan hak-hak wanitauntuk mendapatkan pendidikan.
Dr. Wahidin Sudiro
Husodo
§ Menubuhkan
Budi Utomo pada tahun 1908.Tujuannya adalah untuk mencapai kemajuan kebudayaan
dan pendidikan orang jawa.
§ Beliau
dibantu oleh dua orang penuntut sekolah perubatan di Betawi, iaitu Raden
Soetomo dan Raden Goenawan Mangoenkoesoemo.pertubuhan ini lebih bersifat
Jawa-centric.
Omar Said Tjokroaminoto
§ Menubuhkan
Sarekat islam pada tahun 1912. Sarekat islam berasal dari Sarekat Dagang islam
yang bertujuan melindungi pedagang Batik Jawa daripada persaingan pedagang cina
yang menguasai ekonomi Indonesia dan memajukan kepentingan islam serta
kedudukan sosioekonomi penduduk Indonesia.
§ Sarekat
islam menggunakan islam sebagai lambang penyatuan dan persaudaraan dalam usaha
menentang kaum asing dan pengaruh mereka di Indonesia.
Kiyai Haji Ahmad Dahlan
§ Menubuhkan
Muhammadiyah yang dipengaruhi oleh gerakan reformis islam. Muhammadiyah
menekankanpentingnya menyebarkanajaran islam yang sejati berdasarka al- quran
sebagai pengangan hidupuntuk menentang ancaman sekularisme dan perkembangan
agama kristian.
§ Muhammadiyah
juga aktif dalam penubuhan sekolah , klinik, masjid dan perpustakaan.
Muhammadiyah tidak berunsurkan politik.
Soekarno
§ Memimpin
Parti Nasional Indonesia ( PNI ) Pada tahun 1927. Berpendapat bahawa penyatuan
dan perpaduan rakyat Indonesia adalah perlu untuk mencapai kemerdekaan mutlak. Mengamalkan dasar tidak bekerjasama
dengan belanda dalam
perjuangannya.Melibatkan diri dan mempopularkan Partindo.
§ Mengemukakan
lima prinsip rakyat, iaitu, Pancasila yang digunakan sebagai garis panduan kea
rah penubuhan sebuah republic Indonesia yang berdaulat . Mengumumkan
kemerdekaan Indonesia pada tahun 17 Ogos 1945. Akhirnya , PBB Bersatu memaksa
kerajaan belanda memberikan kemerdekaan kepada Indonesia pada tahun 1949.
Penutup
§ Indonesia
Berjaya mencapai kemerdekaannya selepas setu siri pemberontakan dan peperangan
belanda yang enggan melepaskan Indonesia setelah kembali semula ke Indonesia
selepas tamatnya Peran dunia kedua.
§ Selain itu,
Kerajaan belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27 Disember
1949 setelah pihak belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka
di Indonesia.
Soalan 136: Bincangkan peranan golongan
Thakin (intelektual) dalam gerakan nasionalime di Myanmar sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua
Pengenalan
·
Penglibatan
golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di Burma sebelum perang dunia kedua
dapat dikesan melalui penubuhan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906,
Persatuan Dobama pada tahun 1930, dan Liga Pemuda Burma pada tahun 1931.
·
Pada
tahun 1935, Persatuan Dobama dan Liga Pemuda Burma telah bergabung membentuk
pertubuhan Dobama Asiayone dan anggota-anggotanya menggelar diri mereka dengan
gelaran Thakin yang bermaksud Tuan.
·
Matlamat
perjuangan mereka ialah mendapatkan kemerdekaan Burma daripada pihak British.
Isi-isi penting
a.
Melancarkan Pemogokan
·
Pada
tahun 1935, pemimpin-pemimpin golongan Thakin iaitu Aung San, Thein Pei,
Rashid, Thi Ham, Kyaw Nyien dan Ko-Ohn telah menguasai jawatan kuasa kerja
Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon. Pada bulan Februari 1936,
pelajar-pelajar Universiti Ranggoon yang dipengaruhi oleh golongan Thakin telah
melancarkan satu pemogokan bagi membantah tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin UNU(Presiden
Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon) dan Aung San, Setiausaha Persatuan
Pelajar Universiti Ranggoon. Tindakan disiplin ke atas UNU dikenakan kerana
beliau telah membuat ucapan yang mengkritik pentadbiran Universiti dan ke atas
Aung San kerana beliau membuat tuduhan yang memburukkan nama seorang pensyarah.
·
Pemogokan
ini merebak ke sekolah-sekolah menengah di sekitar Ranggoon. Pemimpin-pemimpin
Thakin dan pelajar-pelajar mengambil peluang ini untuk menuntut pindaan kepada
Akta Universiti 1920. Pemogokan ini membolehkan pemimpin-pemimpin Thakin muncul
sebagai pembela nasionalisme Burma. Kepopularan mereka semakin bertambah dalam
kalangan rakyat Burma apabila beberapa pindaan telah dibuat ke atas Akta
Universiti pada tahun 1939 seperti yang diminta oleh golongan Thakin.
b.
Penglibatan dalam Pilihanraya
·
Golongan
Thakin telah melibatkan diri dalam politik untuk memperjuangkan ekonomi dan
melakukan usaha-usaha gerakan Kebangsaan utuk mencapai kemerdekaan.
·
Justeru,
pada tahun 1936 golongan Thakin telah mengambil bahagian dalam pilihan raya
yang pertama di Burma melalui parti politik mereka sendiri iaitu Komin-Kochin. Parti
Komin-Kochin memenangi 3 kerusi sahaja.
c.
Menubuhkan Persatuan-Persatuan
·
Di
bawah pengaruh idea Marxist, golongan Thakin telah menubuhkan
perstuan-persatuan untuk mendapatkan sokongan golongan petani dan pekerja. 1938,
Thakin Mya telah menubuhkan Persatuan Kaum Petani Se Burma dan Liga Penanaman
Padi Se Burma. Golongan Thakin telah mencadangkan beberapa pembaharuan cukai
bagi membantu petani.
·
1940,
Thakin Ba Swe telah menubuhkan Kongres Buruh Seluruh Burma bagi menyelaraskan
kegiatan pertubuhan Buruh di seluruh Burma bagi menentang British. 1938-1940,
golongan Thakin telah menganjurkan pemogokan dalam kalangan pekerja-pekerja
Syarikat Minyak Burma. Golongan Thakin menjadi semakin popular dalam kalangan
golongan pekerja dan petani.
d.
Menubuhkan Blok Kebebasan
·
1939,
ketika meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah, golongan Thakin telah bertindak
menubuhkan Blok Kebebasan bersama-sama Dr. Ba Maw. Tujuannya untuk menuntut
beberapa konsesi daripada pihak kerajaan bagi penyertaan Burma dalam Perang
Dunia Kedua. Tuntutan mereka mendapat sokongan golongan rakyat melalui golongan
Pongyi (sami-sami Buddha).
·
Sementara
U Pu, Perdana Menteri Burma memberi jaminan kepada British bahawa Burma akan
bantu British dalam Perang Dunia Kedua tanpa syarat. Golongan Thakin telah
bertindak melancarkan kempen anti-perang dengan menyeru rakyat Burma memulau
rancangan perang kerajaan Burma. Kerajaan Burma telah bertindak menangkap
pemimpin Thakin dan Dr. Ba Maw. Sementara Thakin Aung San bersama Thakin lain
telah melarikan diri ke China. Sementara Blok Kebebasan diharamkan.
e.
Mengadakan Pakatan Dengan Jepun
·
1941,
Thakin Aung San telah membuat pakatan dengan Jepun dan bersetuju membantu Jepun
menawan Burma dari British. Jepun pula berjanji akan memberi kemerdekaan kepada
Burma.
·
Ramai
Thakin telah menjalani latihan ketenteraan di Jepun dan menubuhkan Tentera
Kemerdekaan Burma pada tahun 1941.
f.
Membantu Serangan Jepun ke atas
Burma dan Kemerdekaan Burma 1943.
·
Jepun
telah melancarkan serangan ke atas Burma pada bulan Disember 1941 dengan
bantuan golongan Thakin melalui Tentera Kemerdekaan Burma. Jepun telah Berjaya
menawan seluruh Burma menjelang bulan Mei 1942.
·
Pengaruh
golongan Thakin semakin meningkat dan mereka menganggap sebagai pembela
nasionalisme Burma. Atas usaha-usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi
kemerdekaan kepada Burma pada 1 Ogos 1943. Sebuah kerajaan baharu ditubuhkan
dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kerajaan baharu ini dipengaruhi oleh
golongan Thakin yang memegang banyak jawatan dalam kabinet.
g.
Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat
Anti-Fasist (LPRAF)
·
Jepun
tidak memberi kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya kepada Burma. Kuasa
sebenar masih dipegang oleh pihak Jepun. Justeru, pada tahun 1944 golongan
Thakin dengan pertubuhan nasionalis yang lain di Burma telah menubuhkan Liga
Pembebasan Rakyat Ani-Fasist bagi menentang Jepun.
·
LPRAF
seterusnya menyebelahi British British pada bulan Mac 1945 dengan
mengisytiharkan penentangan terhadap Jepun secara terbuka. Pada bulan Ogos
1945, Jepun menyerah kalah secara rasmi. LPRAF yang dikuasai oleh golongan
Thakin telah muncul sebagai pertubuhan nasionalis Burma yang utama.
h.
Kemerdekaan Burma 1948
·
Januari
1947, Thakin Aung San mengetuai delegasi Burma ke London bagi membincangkan
kemerdekaan Burma. April 1947, Kerajaan British bersetuju untuk mengadakan
pilihan raya Dewan Perhimpunan. British bersetuju untuk memberi kemerdekaan
dalam masa setahun.
·
Dalam
pilihan raya Dewan Perhimpunan, LPRAF telah memenangi 171 kerusi daripada 182
kerusi yang dipertandingkan. Dewan Perhimpunan telah menggubal satu
perlembagaan baru bagi Burma selepas mereka. Pada 4 Januari 1948, Burma telah diisytiharkan kemerdekaan dengan Thakin
U Nu sebagai Perdana Menteri.
Kesimpulan
§ Penglibatan golongan Thakin dalam
gerakan nasionalisme Burma adalah sangat penting. Atas usaha merekalah
masyarakat Burma telah berjaya disatukan.
Soalan 137: Bincangkan peranan pengaruh luar
dalam gerakan nasionalisme di Indonesia.
Pendahuluan
§ Awal abad
ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di Indonesia. Gerakan nasionalisme
merupakan tindak balas masyarakat menentang susunan politik , social dan
ekonomi yang dibina di Negara mereka kesan daripada penjajahan barat.
§ Nasionalisme
boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha untuk membentuk
sesebuah Negara bangsa. Kemunculan nasionalisme di Indonesia pada abad ke -20
di sebabkan oleh factor-faktor seperti pengaruh agama , peranan pendidikan ,
golongan intelektual dan sebagainya.
Isi-isi Penting:
1.
Reformis
islam di Timur Tengah
§ Gerakan Reformis
islam di mesir meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat islam di Indonesia
untuk membela nasib bangsanya. Tokoh - tokoh yang berpengaruh ialah Syed
Jamaludin Al - Afghani dan Syeikh Muhamad Aduh. Gerakan ini memperjuangkan
konsep pan – islamisme ( penyatuan dunia islam bagi menentang peluasan kuasa
barat) dan membebaskan agama islam daripada kepercayaan kuno yang tiada kaitan
dengan ajaran islam.
§ Pembaharuan
dalam agama islam haruslah dibuat demi memajukan umat islam sedunia. Gerakan
ini tidak menolak sepenuhnya pengaruh barat. Apa yang penting bagi umat islam
ialah kebebasan berfikir dan kesedaran bahawa agama islam dalam bentuk yang
suci dan mulia menjadi alat kemajuan. Tulisan Syeikh muhamad Abduh disebarkan
dalam majalah al-manar. Gerakan Reformis islam mempengaruhi penubuhan Sarekat
islam dan Muhammadiyah dalam perjuanganya untuk menengakkan kekuatan umat islam
daripada ancaman pengaruh asing dan agama Kristian.
2.
Dasar
perjuangan Mahatma Gandhi di India.
§ Gerakan
menentang kerajaan colonial british di india mempengaruhi perjuangan para
nasionalis di Indonesia.
§ Kepimpinan
Budi Utomo yang dibantu oleh golongan bangsawan jawa diilhamkan oleh perjuangan
Mahatma Gandhi.
Kesimpulan
§ Pengaruh
luar banyak membangkitkan semangat nasionalisme dalam diri rakyat Indonesia
untuk bangkit menentang penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa barat.
§ Pengaruh
luar seperti Reformis Islam di Timur Tengah dan dasar perjuangan Mahatma Gandhi
sedikit sebanyak membuka mata dan minda rakya Indonesia untuk bersatu menentang
dan menangkis segala bentuk penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa
asing.
Soalan 138: Bincangkan peranan pengaruh luar
dalam gerakan nasionalisme di Myanmar.
Pendahuluan.
§ Awal abad
ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di Myanmar.Gerakan nasionalisme ini
merupakan tindak balas masyarakat menentang penjajahan barat. Nasionalisme
boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha membentuk
sebuah negara bangsa.
§ Gerakan
nasionalisme secara umumnya bertujuan menegakkan kebebasan individu atau Negara
daripada kongkongan dan penindasan barat. Golongan nasionalis di Myanmar memerhatikan golongan nasionalis di india
untuk di jadikan inspirasi mereka.
Isi-isi penting
1. Gerakan kongres india
§ Gerakan
kongres india menentang pemerintahan british yang di pimpin oleh Mahatma Gandhi
memberikan inspirasi kepada gerakan nasinalisme di Myanmar. Gerakan rakyat yang
bersifat penentangan awam (satyragha) dan penentangan pasif tanpa kekerasaan menimbulkan perasaan kagum
dalam kalangan kaum nasionalis Myanmar.
§ Sehingga
tahun1937 ,Myanmar pernah disatukan dengan india .segala aktiviti nasionalis di
india di perhatikan oleh Myanmar. Pembaharuan Montagu-Chelmsford diluluskan
untuk memberi taraf berkerajaan sendiri kepada india .Akan tetapi ,pembaharuan
ini tidak di lakukan oleh Myanmar dengan alasan Myanmar belum bersedia kea rah
berkerajaan sendiri.
§ Rasa tidak
puas hati dan penentangan dimulakan oleh YMBA, para pelajar,dan persatuan
politik sangha sametggi.British tiada pilihan selain memperkenalkan sisitem
diarkidi myanmar .akta kerajaan Myanmar
diluluskan oleh parlimen british pada tahun 1921.
2. Perang dunia pertama (1914-1918)
§ Perang dunia
pertama telah menyedarkan orang Myanmar bahawa ekonomi Myanmar banyak
bergantung kepada ekonomi dunia. Mereka tertarik dengan kata-kata presiden
amerika ,Woodrow Wilson tentang hak-hak semua Negara di dunia untuk menentukan
nasib Negara sendiri.
§ Rakyat
Myanmar mendapati bahawa penjajah british tidak mematuhi Empat belas perkara
yang dilaungkan oleh Presiden Woodrow Wilson . Apa yang berlaku di Myanmar
ialah pemerasan,penindasan dan kesengsaraan Negara bukannya idea
demokrasi,liberalisme,atau hak-hak memerintah Negara sendiri.
3. Revolusi Rusia 1917
§ Revolusi
rusia atau revolusi Bolshevik 1917 berjaya menggulingkan pemerintahan raja
berkuasa mutlak di rusia. Revolusi ini menyebar idea komunisme yang mendukung
prinsip persamaan dan menentang kapitalisme dan imperialisme.
§ Nasionalis-nasionalis
Myanmar tertarik dengan idea-idea menentang penjajah british dan menuntut
prinsip persamaan dalam peluang pentadbiraan ,pendidikan ,dan pekerjaan.
Penutup.
§ Apa-apa yang
berkaitan
Sangat bermanfaat
BalasPadamSangat bagus
BalasPadam👍
Padam