Isnin, 20 Julai 2015

3.1 Perkembangan Ekonomi Pertanian


3.1.2.2  Perkembangan Ekonomi Pertanian di Belanda

Soalan 71: Huraikan perkembangan sistem ekonomi pertanian di Belanda

Pendahuluan

Iklim Belanda yang sederhana membolehkan pertanian menjadi punca ekonomi yang utama. Belanda mempunyai tanah yang subur dan sungai utama seperti sungai Rhine dan sungai Mass serta beberapa terusan yang membantu perkembangan ekonomi Belanda pada abad ke-17 hingga ke-18

Isi-isi penting

Sistem pengairan yang baik digunakan untuk mengairi tanaman. Petani mengusahakan tanaman sayur-sayuran untuk memenuhi permintaan di Bandar. Belanda masih mendahuluhi dalam bidang pertanian pada ketika ini. Pengeluaran pertanian Belanda meningkat kerana penebusgunaan tanah yang dilaksanakan. Pada separuh pertama abad ke-17, penyaliran tanah secara besar-besaran telah dijalankan. Benteng-bentebg yang dibina menggunakan dinding tanah, kadang-kadang kayu yang di perkukuhkan san diliputi rumput. Sejenis alat digunakan untuk mengepam air yang berlebihan dari kawasan rendah. Penyelanggaraan sistem seperti ini  memerlukan usaha bersama dan menjadi Belanda jurutera enjin hidrolik yang terbaik pada zaman itu.

 Belanda juga merupakan pengasas dalam inovasi pertanian. Pertanian bergilir diperkenalkan oleh petani-petani Belanda. Tanah yang telah dituai hasilnya tidak dibiarkan begitu sahaja. Sementara menunggu masa untuk menanam semula, tanaman lain seperti lobak, kacang pis dan sebagainya diselang-selikan dengan bijirin-bijirin. Ini membolehkan meraka mengekalkan pengeluaran pertanian yang tinggi di samping memastikan kesuburan tanah. Penggiliran tanaman dengan bijirin membolehkan mereka membela haiwan ternakan dan menggunakan najis haiwan tersebut sebagai baja untuk tanah. Walaupun Belanda merupakan Negara yang maju dalam pertanian, Negara itu tetap terpaksa mengimport bijirin untuk kegunaan penduduk kerana penduduknya sangat padat. 

Petani di Belanda juga mengusahakan penternakan haiwan secara intensif. Lembu-lembu di sini dijaga dengan baik dan hasilnya sangat memberansangkan. Belanda memiliki kawasan yang sesuai untuk member makan lembu dan menggemukkan lembu-lembu sebelum penyembelihan. Akhirnya, lembu-lembu yang telah disembelih dieksport ke Bandar-bandar wilayah selatan. Perdagangan lembuh disembelih berkembang dari tahun 1500 hingga tahun 1660. Tetapi langkah-langkah perlindungan di pihak berkuasa Belanda yang mahu menggalakkan penggemukkan lembu di rumah belaan menyebabkan pengucupan perdagangan lembu antarabangsa antara tahun 1660 dan tahun 1750.

Perdagangan gandum dengan baltik telah menjadi sumber utama pekerjaan bagi Belanda bukan sahaja dalam bidang maritim tetapi juga dalam hal menguruskan bekalan. Perdagangan ini telah diibaratkan sebagai ibu perdagangan. Ini bermaksud perdagangan yang tertua dan teguh merangkumi perkapalan, kelasi dan komoditi. Dalam jangka waktu panjang ,gandum dari Baltik telah memajukan sektor perkapalan, perdagangan, dan industri pembuatan.

Penutup

Ekonomi pertanian di Belanda telah menggalakkan pertumbuhan ekonomi perdagangan dan seterusnya industri perkapalan

Soalan 72: Huraikan faktor-faktor perkembangan pertanian di Belanda

Pendahuluan

Menjelang abad ke-17 dan  18, berlaku  pertambahan bilangan penduduk di Belanda. Dalam pada itu, bilangan penduduk yang tinggal di Bandar-bandar turut meningkatPeningkatan penduduk di kawasan Bandar menyebabkan permintaan untuk sayur-sayuran dan hasil tenusu meningkat. Perkembangan ini menyebabkan muncul kawasan-kawasan pertanian di sekitar Bandar.

Isi-isi penting

Menebus Guna Tanah

Perkembangan pesat dalam sector pertanian disebabkan oleh aktiviti menebus guna  tanah. Melalui aktiviti ini sebahagian besar tanah yang berada di bawah paras laut di tebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian. Menjelang pertengahan kurun ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian. Menerusi kegiatan tebus guna kawasan tanah, seluas 1772 ekar telah ditebus untuk menjalankan aktiviti antara tahun 1765 hingga 1789. Aktiviti menebus guna tanah menyebabkan keluasan kawasan tanah pertanian meningkat di Belanda

Pengenalan Tanaman Bergilir

Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan pengenalan sistem tanaman bergilir. Sistem penggiliran tanaman dijalankan secara meluas di wilayah weas pada tahun 1644. Dalam sistem penggiliran tanaman yang diamalkan di Negara Belanda,sistem tanah rang di mansuhkan. Melalui sistem ini, Kesuburan tanah pertanian dipelihara dan hasil pertanian turut meningkat.

Kesuburan Tanah

Salah satu faktor yang mendorong perkembangan aktiviti pertanian di Belanda ialah Kesuburan tanah. Kajian menunjukkan sebahagian besar daripada tanah di Negara Belanda amat subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian.  Kesuburan tanah menyebabkan petani-petani Belanda memperoleh  hasil pertanian yang banyak. Petani-petani di Belanda mempunyai pengetahuan dalam  memelihara kesuburan tanah. Mereka menjalanjan pelbagai langkah untuk memelihara kesuburan tanah. Antaranya ialah : Melakukan pemugaran tanah, Penggunaan baja asli seperti najis ternakan , Akhir sekali membuang rumput dan Tanaman Perosak

Sistem Penanaman Deretan

Penanaman dalam Deretan telah dipraktikkan di Belanda sejak abad ke-14 lagi. Sistem ini digunakan dalam penanaman tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol dan tembakau. Penanaman dalam deretan menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.

Sistem Batas

Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan sistem penanaman dengan membuat batas. Melalui sistem ini, Saliran yang baik  dapat diwujudkan bagi memastikan tanaman tumbuh dengan subur. Pengenalan sistem batas menyebabkan penanaman dalam deretan atau jajaran diperkenalkan.

Kemajuan dalam teknologi Peralatan

Perkembangan pesat dalam sector pertanian juga disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi peralatan. Petani-petani di Belanda telah mencipta pelbagai jenis peralatan seperti tenggala dan mesin menampi bijirin. Penemuan peralatan-peralatan baharu menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.

Penutup

Faktor-faktor yang mendorong perkembanagn Revolusi Pertanian di England ialah dengar menggunakan Menebus Tanah, Pengenalan Tanaman Bergilir, Kesuburan Tanah, Sistem Penanaman Deretan, dan  Sistem Batas. Perkembanagn Revolusi pertanian di Belanda telah mangakibatkan  perubahan-perubahan kemajuan dalam teknologi Peralatan pertanian di Belanda

3.1.2.2  Perkembangan Ekonomi Pertanian di England

Soalan 73  : Huraikan perkembangan sistem Pertanian di England pada abad ke-17 dan 18

Pendahuluan

Menjelang akhir abad ke-17, tercetus revolusi yang dikenali sebagai ‘Revolusi Pertanian’ di England. Revolusi pertanian meletakkan asas bagi kemunculan Revolusi Perindustrian di England.

Isi-isi penting

Perkembangan dalam Bidang Pertanian di England

1.    Pengeluaran Makanan

  Sebelum revolusi pertanian, pengeluaran makanan secara kecil-kecilan. Selepas revolusi pertanian, pengeluaran makanan secara besar-besaran berlaku kerana Penggubahan dalam sistem pemilikan tanah; Penggunaan kaedah saintifik dalam penanaman dan Kaedah pemasaran produk yang berkesan.

2.    Sistem Pemilikan Tanah

§  Sebelum revolusi pertanian, terdapat dua sistem pemilikan tanah, iaitu: Sistem pemilikan tanah persendirian dan Sistem pemilikan tanah awam. Tanah persendirian dimiliki oleh golongan tuan-tuan tanah yang kaya. Tanah awam merupakan tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan.
§  Rakyat biasa dibenarkan menggunakan tanah awam untuk: Bercucuk tanam, Memelihara ternakan, Memburu binatang dan Memancing

3.    Akta Pemagaran Tanah

§  Menjelang abad ke-18 dan 19, berlaku pertambahan penduduk di England. Menjelang tahun 1801, bilangan penduduk di England dan Wales adalah Sembilan juta orang.  Tahun 1831 – Bilangan penduduk meningkat secara mendadak mencapai 14 juta orang.
§  Pertambahan penduduk menyebabkan tuan-tuan tanah memanfaatkan tanah awam untuk menjalankan aktiviti pertanian secara besar-besaran dan mendapat kelulusan parlimen untuk memagari tanah awam. Tahun 1761 hingga 1792 – hampir 500 000 ekar tanah dipagari.
§  Akta pemagaran tanah menyebabkan tuan-tuan tanah membeli tanah awam dan muncul ladang pertanian.

4.    Kaedah Pertanian Baharu

§  Revolusi pertanian menyebabkan kaedah baharu diperkenalkan dalam bidang pertanian. Kaedah yang diperkenalkan ialah sistem penanaman bergilir. Kaedah ini diperkenalkan oleh Lord Townshend. Mengikut kaedah ini, kaedah pertanian dapat digunakan secara berterusan sepanjang tahun.  Melalui kaedah baharu ini, kesuburan tanah tidak terjejas kerana tanaman yang berlainan menggunakan bahan mineral tanah yang berlainan.
§  Pengenalan sistem penanaman bergilir menyebabkan beberapa tanaman baharu diperkenalkan. Antara tanaman baharu yang diperkenalkan di England termasuklah turnip dan ubi kentang. Thomas William Cake telah memperbaik sistem penggiliran tanaman dan mendapati hasil pertanian semakin meningkat berlipat kali ganda.

5.    Kaedah Penternakan Baharu

§  Usaha dilakukan untuk memperkenalkan kaedah baharu dalam bidang penternakan. Robert Bakewell telah memperkenalkan kaedah baharu dalam penternakan biri-biri dan lembu. Dengan kaedah ini, binatang ternakan boleh membesar dan matang dengan lebih cepat.
§  Bekalan daging dan bulu binatang bertambah menerusi kaedah baharu ini dan binatang-binatang ternakan juga membekalkan baja kepada para petani untuk tanaman mereka.

6.    Pengenalan Pertanian Campuran

§  Sistem penggiliran tanaman yang diperkenalkan oleh Lord Townshend, petani terlibat dalam penanaman rumput. Rumput yang ditanam oleh petani digunakan sebagai sumber makanan kepada binatang ternakan seperti biri-biri dan lembu.
§  Petani mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan tanaman dan ternakan. Penglibatan petani dalam aktiviti pertanian dan penternakan menambahkan pendapatan mereka.

7.    Ciptaan Baharu

§  Revolusi pertanian menyebabkan peralatan baharu dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Jethro Tull telah mencipta alat yang digunakan untuk menggali dan menugal tanah pertanian. Penciptaan alat ini membolehkan penugalan dan penanaman bijih benih dapat dilakukan dengan lebih pantas. Tahun 1730-an, sejenis bajak berbentuk tiga segi yang dikenali sebagai rotterham telah direka.
§  Penciptaan alat tersebut membolehkan kerja membajak tanah dilakukan dengan lebih berkesan. Antara alat pertanian yang telah direka ialah alat mengetam, alat memukul, dan alat menumbuk bijirin. Dalam pada itu, penciptaan jentera berkuasa wap menyebabkan kerja dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan.

8.    Penggunaan Baja dan Sistem Saliran

§  Menjelang pertengahan abad ke-19, ahli-ahli sains berjaya menghasilkan baja tiruan. Di samping itu, baja asli juga digunakan secara meluas untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
§  Selain itu, langkah-langkah juga diambil untuk membina dan membaiki sistem saliran. Pembinaan sistem saliran menyebabkan berjuta-juta hektar tanah dapat disalirkan untuk tujuna pertanian.

Penutup

Perkembangan dalam bidang pertanian di England pada abad ke-17 dan 18 adalah disebabkan oleh pengeluaran makanan, sistem pemilikan tanah, akta pemagaran tanah, kaedah pertanian baharu, kaedah penternakan baharu, pengenalan pertanian campuran, ciptaan baharu, penggunaan baja dan sistem saliran.

8 ulasan: