3.1.2.1
Perkembangan Ekonomi Perdagangan di Portugal
Soalan
69. Huraikan faktor-faktor dan perkembangan perdagangan dan perniagaan di
Portugal.
Pendahuluan
§ Sejarah Portugal sebagai sebuah negara eropah dan negara
atlantik bermula sejak awal zaman pertengahan.
§ Pada abad ke-15 dan 16, Portugal berubah ke status kuasa
dunia semasa Zaman Penerokaan di eropah kerana Portugal berjaya membina sebuah
empayar besar di amerika selatan, afrika, asia, dan Australia
Isi-isi penting
1.
Galakan Putera Henry
§ Putera henry telah menghantar kapten-kapten untuk melaksanakn
misi perdagangan hamba yang mendatangkan
keuntungan.
§ Hasilnya, menjelang tahun1460, portugis berjaya menguasai
rangkaian pelabuhan dari Madeira dan cape verda.
2.
Keadaan politik
§ Galakan daripada raja-raja Portugal terutamanya semasa
pemerintahan Dinasti Avis telah melahirkan
pemimpin-pemimpin yang berkaliber yang memberikan dorongan kuat kepada
rakyat untuk menceburi bidang perdagangan dan perkapalan.
3.
Perang salib
§ Ekoran perang salib, Paus merestui usaha membanteras
kekuasaan semenanjung Iberia yang sekaligus melahirkan masyarakat eropah yang
berfikiran terbuka.
§ Penaklukan wilayah islam yang menyebabkan ilmu pelayaran
islam telah sampai kepada masyarakat eropah membantu mereka untuk menjelajah
negara luar.
4.
Kemajuan dalam penemuan baharu
§ Penemuan seperti carta pelayaran (peta), kompas,
rekabentuk kapal, dan sebagainya.
§ Dalam pembinaan kapal, orang Portugal mempunyai kemahiran
dalam membina kapal jenis caravel seberat
2000 tan yang kuat dan mampu mengharungi lautan luas.
5.
Kemunculan tokoh pelayar Portugal
§ Kemunculan tokoh seperti Diego Cam dan Bartholomew Diaz
yang berjaya belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai barat afrika antara
tahun 1482-1484. Bartholomew telah memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal
dan mengelilingi Tanjung Pengharapan. Vasco da Gama pula melancarkn ekspedisi
ke timur dengan empat buah kapal seberat 120 tan dan 180 orang pelaut. Selepas
tu, mengelilingi Tanjung Pengharapan dan belayar sepanjang pantai timur afrika
hingga ke Malindi.
§ Hal ini, menyebabkn banyak kapal portugis belayar ke
timur untuk memperoleh lada hitam, batu permata, dan rempah-ratus
Penutup
6. Kesimpulannya, faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan
Portugal telah memberi sumbangan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial.
3.1.2.1 Perkembangan Ekonomi Perdagangan di Belanda
Soalan 70: Huraikan faktor-faktor dan perkembangan
perdagangan dan perniagaan di Belanda.
Pendahuluan
§ Belanda bukan sahaja terkenal sebagai negara pertanian
§ Malah kedudukannya geografinya yang dikelilingi oleh laut
membolehkan Belanda muncul sebagai kuasa perdagangan di eropah pada abad ke-16
hingga ke-18.
Isi-isi penting
1.
Bekalan tenaga yang murah
§ Bekalan tenaga yang murah kerana dihasilkan melalui
kincir angin dan tanah gambut. Dapat mengurangkan kos dan meningkatkan
keuntungan. Hal ini menyumbang kepada pembinaan kapal-kapal besar yang boleh
digunakan untuk berdagang sekaligus dapat memajukan ekonomi.
§ Hal ini menyebabkan Belanda muncul sebagai kuasa perkapalan
yang maju.
2.
Pembukaan pelabuhan Antwerp
§ Menyebabkan barangan dari England di hantar ke eropah
melalui pelabuhan di Belanda. Malah, pelabuhan ini bertindak sebagai pelabuhan
pengantara di mana barangan dari kawasan lain juga dihantar untuk di edarkan di
England.
§ Oleh itu, pelabuhan ini menjadi pusat pertukaran barangan
di eropah dan asia.
3.
Dasar ekonomi merkantilisme
§ Belanda merupakan satu-satunya negara yang tidak
mengamalkan dasar ekonomi merkantilisme di eropah. Perdagangan dan perniagaan
berkembang pesat dan maju mengikut kebijaksanaan pedagang-pedagang
§ Hal ini menyebabkan Belanda muncul sebagai negara yang
terkaya di eropah ketika itu.
4.
Angkatan marin perdagangan
§ Belanda mempunyai angkatan marin perdagangan yang besar
dan terutamanya fluyts iaitu kapal
pengangkut sederhana dan tahan lasak. Ini membolehkan eropah menguasai
perdagangan balak, bijirin, kain, garam, dan ikan herring pada tahun 1600.
§ Dalam negeri pula, bahan mentah diimport dengan banyak
dan menghasilkan barang siap melalui pelbagai jenis perdagangan. Hal ini
membangunkan industri pembersihan gula, pelaburan, penyulingan, pemeraman,
hasil tembakau, tenunan sutra, pembuatan tembikar, kaca, senjata, kertas, dan
percetakan.
5.
Tindakan mengecualikan negara Belanda dari menggunakan
pelabuhan sepanyol dan Portugal.
§ Keadaan ini menyebabkan Belanda terpaksa mencari sumber
bahan mentah dan pasaran baru bagi memasarkan barangan mereka. Belanda telah
menjual bijirin yang telah diproses kepada empayar uthmaniyah.
§ Mendapat keuntungan yang lumayan melalui perdagangan di
kawasan carribean dan selatan amerika.
Penutup
§ Kesimpulannya, faktor-faktor perkembangan perdagangan dan
peniagaan di Belanda telah memberi
banyak sumbangan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial.
Maklumat ada tapi tidak keseluruhannya ada maklumat yang penting
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamapa perbezaan portugal dan belanda dalam faktor-faktor di atas
BalasPadamentahh
BalasPadamIsi mmg ok tapi.. kene reka ayat lah.. and bagi huraian panjang lagi baru muat 2.5 - 3 muka surat
BalasPadam