TEMA : SEJARAH KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN
TAJUK : PERANAN MAHKAMAH ANAK NEGERI DAERAH TONGOD DALAM MENGURUS PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ANTARA DARI 1980 - 2010
PENGENALAN
Mahkamah Anak Negeri merupakan salah satu institusi kehakiman yang diwujudkan untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan hal ehwal anak negeri. Mahkamah ini wujud di setiap daerah di negeri Sabah sebagai satu institusi bagi menjamin keharmonian hidup penduduk tempatan di negeri ini. Kewujudan mahkamah ini juga dilihat sebagai penerus kepada amalan dan budaya adat resam penduduk tempatan di Sabah. Kepentingan mahkamah ini dapat dilihat dari segi sejarah penubuhannya yang ditubuhkan sejak zaman penjajahan lagi sehingga kini. Oleh itu kajian ini menumpukan kepada peranan Mahkamah Anak Negeri Daerah Tongod dalam mengurus pembahagian harta pusaka khususnya di daerah tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN
Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan latar belakang kewujudan Mahkamah Anak Negeri Di Daerah Tongod.
Bidang kuasa ini merangkumi kes-kes yang melibatkan undang-undang tempatan seperti tanah, agama (kecuali agama Islam ; berlainan keturunan), undang-undang bertulis, jenayah kecil dan perkahwinan.
Selaian itu kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti peranan Mahkamah Anak Negeri Daerah Tongod khususnya dalam menyelesaikan isu pembahagian harta pusaka yang seringkali dihadapi dalam kalangan masyarakat tempatan.
Penghasilan kajian ini turut menjelaskan kejayaan mahkamah Anak Negeri Daerah Tongod dalam mengurus pembahagian harta pusaka antara 1980 hingga 2010. Justeru persengketaan atau pertikaian dan isu-isu yang berkaitan pertikaian harta pusaka yang dihadapi oleh penduduk tempatan dapat diselesaikan.
PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalah kajian merupakan fokus utama dalam penulisan ilmiah dan ianya merupakan isu atau masalah yang dikaji dalam kajian ini. Kajian ini cuba merungkai latar belakang yang membawa kepada kewujudan Mahkamah Anak Negeri Daerah Tongod.
Dalam kehidupan seharian, isu yang berkaitan harta pusaka tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan bermasyarakat, oleh yang demikian kajian ini turut menjelaskan apakah peranan MAN Daerah Tongod dalam menyelesaikan isu atau kes pembahagian harta pusaka penduduk tempatan.
Seterusnya kajian ini turut menjelaskan sejauh mana kejayaan Mahkamah Anak Negeri Daerah Tongod dalam menyelesaikan pertikaian pembahagian harta pusaka dalam tempoh 1980 hingga 2010. Persoalan ini menarik untuk dikaji bagi mewujudkan keharmonian masyarakat disamping pengekalan adat yang tidak luput ditelan zaman.
SKOP KAJIAN
Skop kajian amat penting dalam kajian bagi menjelaskan batas-batas bidang kajian. Dalam kajian ini ianya meliputi kawasan kajian (geografikal) . Dalam konteks ini, kajian tertumpu di Daerah Tongod yang terletak di tengah Negeri Sabah dan dihuni oleh seramai 36,192 mengikut perangkaan tahun 2010 (Nota hujung). Sebahagian besar atau 87 peratus penduduknya terlibat dalam sektor pertanian (nota hujung, ibid hal.)
Tempoh masa kajian melibatkan tempoh masa 30 tahun iaitu sejak 1980 hingga 2010. Tempoh ini dipilih seiring dengan kepesatan pertambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi di daerah ini yang menuntut keperluan penyelesaian kes-kes mahkamah yang semakin mendesak.
Dari segi aspek kajian (fungsional), kajian ini cuba merungkai latar belakang kewujudan mahkamah Anak Negeri sebagai sebuah institusi kehakiman dan perundangan bagi mewujudkan keamanan dan keharmonian masyarakat khususnya di daerah tersebut. Malah kajian ini juga mengupas peranan mahkamah Anak negeri membantu masyarkat tempatan yang berhadapan dengan kes-kes pembahagian harta pusaka. Disamping itu kejayaan mahkamah Anak negeri menyelesaikan kes-kes pembahagian harta pusaka di lihat sebagai unsur pemangkin dalam merangsang kerharmonian hidup bermasyarkat yang akhirnya memacu kepada kemajuan penduduk di daerah tersebut.
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Terdapat beberapa kajian atau penulisan ilmiah berkaitan mahkamah ini namun kajian yang berkaitan harta pusaka masih terbatas. Antaranya “Peranan Mahkamah Anak Negeri Antara Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Percerian) 1976 Dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam” oleh Ahadin Bin Arinen tahun 2014.
KAEDAH KAJIAN
Penulis mengguna tiga kaedah dalam mengumpul maklumat. Penulis menggunakan Sumber Lisan dengan menemuramah ketua Anak negeri dan Ketua daerah, wakil Ketua Anak Negeri dan wakil ketua daerah di daerah Tongod yang merupakan penjawat yang bertanggungjawab terhadap mahkamah ini.
Penulis juga menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini digunakan bagi mendapat maklumat terutama sumber sekunder. Antara sumber yang digunakan adalah Laporan Tahunan, Minit Mesyuarat, majalah dan surat khabar. Sumber ini diperolehi sama ada dari perpustakaan dan organisasi Mahkamah Anak Negeri sendiri yang meliputi Laporan Tahunan mahkamah Anak Negeri, catatan-catatan penghakiman dan sebagainya.
Penulis juga menjalankan kerja lapangan. Kaedah ini dilakukan bagi membolehkan penulis melihat sendiri perjalanan pengendalaian kes-kes yang melibatkan pembahagian harta pusaka.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
Secara umumnya penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan secara umum tentang MAN. Seterusnya penulis menjelaskan latar belakang kawasan kajian iaitu MAN Daerah Tongod Rotan dan mengaitkan kepentingan mahkamah ini dalam memastikan keharmonian hidup penduduk tempatan di daerah berkenaan.
Pada bahagian isi pula, ia merungkaikan tiga persoalan yang dikaji. Aspek pertama yang dikaji adalah latar belakang penubuhan Mahkamahsebagai sebuah institusi kehakiman dan perundangan dalam membantu menyelesaikan kes-kes berkaitan harta pusaka. Selain itu penulis juga merungkai peranan MAN Daerah Tongod dalam menyelesaikan isu atau kes pembahagian harta pusaka penduduk tempatan dalam tempoh kajian. Terakhir penulis menjelaskan sejauh mana kejayaan MAN Daerah Tongod dalam menyelesaikan pertikaian pembahagian harta pusaka dalam tempoh 1980 hingga 2010
Manakala di bahagian kesimpulan pula, penulis akan membuat rumusan berdasarkan dapatan atau hasil kajian yang telah dibuat.
PENUTUP
Penulis berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan dapat pemahaman tentang peranan dan sumbangan Mahkamah Anak Negeri sebagai sebuah institusi kehakiman dan perundangan yang membela nasib dan menjamin hak asasi penduduk di daerah Tongod. Malah ia sekali gus dapat memaparkan kepentingan dan kejayaan MAN dalam menjamin hak asasi penduduk di daerah tersebut selari dengan perlembagaan negara kita.
BIBLIOGRAFI
Ahadin Bin Arinen “Peranan Mahkamah Anak Negeri Antara Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Percerian) 1976 Dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam” diakses dari pada 10 Januari 2019
Laporan Tahunan mahkamah Anak Negeri,
Catatan-catatan penghakiman
...........................................................................................
TEMA: SEJARAH SUKAN
TAJUK : KELAB EAGLES: SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SUKAN RAGBI DI SANDAKAN ANTARA TAHUN 2005 HINGGA TAHUN 2015
PENGENALAN
Ragbi merupakan salah satu kegiatan sukan penting yang mula mendapat tempat di Malaysia amnya dan Sandakan khususnya. Permainan ini nampak lasak, keras dan melibatkan rempuhan. Asal-usul permainan ragbi bermula pada tahun 1823 di England. Di Malaysia, ragbi diperkenalkan selepas Perang Dunia Pertama dalam tahun 1925 di Negeri Sembilan. Manakala di Sandakan pula, Kelab Eagles mula ditubuhkan pada 24 Februari 2005.
OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan latar belakang dan sejarah penubuhan Kelab Eagles. Sejarah penubuhan Kelab Eagles amat penting untuk dikaji bagi membantu memahami pentingnya penubuhan organisasi ini kepada perkembangan sukan ragbi di Sandakan.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan Kelab Eagles dari tahun 2005 hingga tahun 2015. Kajian dalam aspek ini perlu bagi mencapai matlamat penubuhannya dalam melahirkan pemain ragbi di Sandakan.
Dalam pada itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan kejayaan Kelab Eagles sepanjang tahun 2005 hingga tahun 2015. Aspek ini dikaji dalam usaha menjejak pencapaian Kelab Eagles dalam mengharumkan arena ragbi di daerah Sandakan.
PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan kajian melibatkan kesusahan atau kesukaran, perasaan ingin tahu dan keraguan yang menjadi inti dalam sesuatu kajian. Dalam kajian ini terdapat tiga permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas latar belakang dan sejarah penubuhan Kelab Eagles. Justeru, kajian tentang latar belakang adalah penting bagi membolehkan pemahaman tentang apakah tujuan dan bagaimana perkembangan organisasi ini dalam membantu melahirkan pemain ragbi bertaraf dunia lebih jelas dan mendalam.
Kajian ini juga untuk mengenalpasti signifikan dan perkembangan Kelab Eagles dalam memacu kecemerlangan para pemain dari tahun 2005 hingga tahun 2015. Aspek ini dikaji bagi memahami apakah dan bagaimana aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Eagles sebagai organisasi sukan dalam melahirkan para pemain ragbi yang berkualiti di Sandakan dengan lebih terperinci.
Selain itu, kajian ini akan turut mengungkapkan persoalan tentang sejauh mana kejayaan Kelab Eagles dalam mengharumkan nama Sandakan dalam tempoh masa 2005 hingga 2015. Tuntasnya, kajian ini membolehkan masyarakat luar dapat memahami perkembangan Kelab Eagles serta kejayaan organisasi tersebut dalam melahirkan pemain bertaraf dunia di kawasan ini.
SKOP KAJIAN
Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian. Skop yang pertama adalah kawasan kajian (geografikal). Dalam aspek ini, kajian ini berfokus kepada Kelab Eagles yang terletak di Bandar IJM Sandakan. Kedudukannya di kawasan bandar memudahkan Kelab Eagles ini berkembang dari segi keahlian dan fasilitinya.
Dari segi tempoh masa kajian, ia melibatkan tempoh jangka masa selama sepuluh tahun iaitu dari tahun 2005 hingga 2015. Tempoh masa ini dipilih memandangkan dalam tempoh tersebut berlaku perkembangan dalam sukan ini. Malah dalam tempoh tersebut juga dapat dilihat aktiviti yang telah dilaksanakan Kelab Eagles dalam membantu melahirkan pemain ragbi di Sandakan.
Manakala dari segi aspek kajian (fungsional), terdapat tiga isu yang dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas latar belakang penubuhan Kelab Eagles sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan yang membantu melahirkan pemain ragbi di daerah Sandakan. Malah ia juga mengupas perkembangan kelab ini dan kejayaan yang telah dicapai dalam sukan tersebut.
KAEDAH KAJIAN
Dalam menghasilkan karya ilmiah, penulis menggunakan tiga kaedah bagi mendapatkan maklumat. Penulis menggunakan sumber lisan pada awalnya. Dalam kaedah ini, penulis menemubual Presiden dan Setiausaha Kelab Eagles. Tokoh yang ditemubual ini adalah tokoh yang terlibat secara langsung dalam Kelab Eagles dalam memajukan sukan ragbi di kawasan kajian.
Penulis juga menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini digunakan bagi mendapat maklumat dari sumber primer dan sumber sekunder. Antara sumber yang digunakan adalah Laporan Tahunan, Minit Mesyuarat, artikel, jurnal, majalah dan surat khabar. Sumber ini diperolehi sama ada dari perpustakaan dan organisasi Kelab Eagles sendiri.
Penulis juga menjalankan kerja lapangan. Kaedah ini dilakukan bagi membolehkan penulis melihat dengan sendiri pembangunan yang telah dilakukan oleh Kelab Eagles bagi membantu meningkatkan prestasi sukan ragbi di daerah berkenaan.
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Dalam kajian yang bertajuk “Kejurulatihan dan Sains Sukan” yang dihasilkan oleh Encik Gapor Ahmad,pada tahun 2007 terbitan Utusan Publications dan Distributors . Dalam kajian ini jelas menyatakan bagi menyertai sesuatu perlawanan , kebiasaannya para pemain ragbi akan menjalani latihan yang secukupnya bagi memastikan mereka mempunyai kekuatan, stamina dan keserasian bersama ahli kumpulan masing-masing. Selain itu, latihan yang bersesuaian juga penting untuk mengurangkan risiko kecederaan kepada setiap pemain . Kebanyakan kelab ragbi yang ternama akan menggunakan mesin scrum untuk berlatih.
Berdasarkan Portal Rasmi MSN Sabah, Persatuan Ragbi Sabah(Sabah Rugby Union 1999) pada tahun 2000, persatuan ini telah ditubuhkan memandangkan banyak kelab atau persatuan ragbi yang telah di wujudkan di setiap negeri di Malaysia. Ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia amat berminat dalam sukan ini. Oleh itu, kajian yang dibuat berdasarkan penubuhan kelab ragbi di Sabah adalah wajar terutamanya di daerah Sandakan.
Kajian seterusnya menulis tentang bagaimana permainan ragbi bermula di luar negara dan di Malaysia. Sejarah awal menyatakan permainan ini bermula di sebuah sekolah yang berada di pekan kecil di negara England. Manakala di Malaysia pula, penulis laman web (newtonsportscience,2004) tersebut menyatakan bahawa ragbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
Secara umumnya penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan secara umum persatuan-persatuan mahupun kelab-kelab sukan yang terdapat di Sandakan yang berjaya melahirkan atlet bertaraf kebangsaan. Seterusnya penulis menjelaskan latar belakang kawasan kajian iaitu daerah Sandakan dan mengaitkan perkembangannya dalam melahirkan pemain ragbi yang bermutu.
Pada bahagian isi pula, ia merungkaikan tiga persoalan yang dikaji. Aspek pertama yang dikaji adalah latar belakang dan sejarah penubuhan Kelab Eagles sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan dalam membantu perkembangan sukan ragbi di Sandakan. Selain itu penulis juga merungkaikan pencapaian-pencapaian Kelab Eagles dalam tempoh kajian.
Manakala di bahagian kesimpulan pula, penulis akan membuat rumusan berdasarkan hasil kajian yang telah dibuat.
PENUTUP
Penulis berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan beroleh pemahaman tentang perkembangan penubuhan Kelab Eagles sebagai sebuah organisasi yang membantu melahirkan pemain ragbi yang berkualiti serta kejayaan-kejayaan yang diraih oleh kelab tersebut.
BIBLIOGRAFI
Sumber Primer
Laporan Tahunan Kelab Eagles
Minit Mesyuarat Kelab Eagles
Temubual
Nama : Vela Tan
Tempat lahir: Sandakan
Umur : 65 tahun
Pekerjaan : Presiden Kelab Eagles
Pengalaman : Menjadi Presiden Kelab Eagles
Tempat temubual :Ibu pejabat Kelab Eagles
Sumber Sekunder
Gapor Ahmad “Kejurulatihan dan Sains Sukan”, Utusan publication & Distributors, Kuala Lumpur, 2007.
...............................................................................................................
TEMA: SEJARAH EKONOMI
TAJUK
: Syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd., Sandakan :
Sejarah dan perkembangannya dari tahun 2006-2015
Industri
air minuman di Sandakan mula berkembang sejak tahun 1980an berikutan permintaan
tinggi masyarakat tempatan akibat kesedaran pentingnya meminum air yang bersih
dan menyihatkan . Di Sandakan syarikat
Life Water Industries Sdn. Bhd. merupakan salah satu syarikat minuman paling
awal wujud. Syarikat ini terletak di
Jalan Lintas Sibuga. Syarikat ini bukan
sahaja mengeluarkan air minuman tetapi termasuk juga air minuman berkarbonat,
air minuman isotonik, dan air minuman berperisa. Antara tahun 2006-2015 syarikat ini telah
berkembang dan membuka cawangan di Lahad Datu, Tawau, dan Kota Kinabalu dan
menjadi salah satu syarikat minuman paling terkenal di Sabah.
OBJEKTIF KAJIAN
Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya,
kajian ini bertujuan untuk menjelaskan latar belakang penubuhan Syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd.
Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan Syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd. di Sandakan dari tahun 2006-2015.
Kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan sumbangan Syarikat Life Water Industries terhadap ekonomi penduduk setempat.
PERMASALAHAN KAJIAN
Dalam kajian ini terdapat tiga
permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas apakah latar belakang Syarikat Life Water
Industries.
Kajian ini juga untuk merungkai persoalan bagaimanakah perkembangan Syarikat Life
Water Industries Sdn. Bhd. di Sandakan dalam tempoh masa 10 tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2015.
Selain itu, kajian ini akan turut mengungkapkan persoalan tentang sejauh manakah sumbangan Syarikat Life Water
Industries Sdn. Bhd. kepada
ekonomi masyarakat setempat.
SKOP KAJIAN
Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian.
Skop yang pertama adalah kawasan kajian (geografikal). Dalam aspek ini,
kajian ini fokus kepada daerah Sandakan. Ia adalah sebuah daaerah yang mempunyai
permintaan tinggi terhadap air minuman.
Dari segi tempoh masa kajian, ia melibatkan tempoh jangka masa
selama sepuluh tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2015. Tempoh masa
ini dipilih memandangkan dalam tempoh tersebut berlaku perkembangan sigfinikan dalam syarikat
tersebut.
Manakala dari segi aspek kajian (fungsional), terdapat tiga
isu yang dikaji. Kajian ini cuba untuk
mengupas latar belakang Syarikat Life Water Industries sebagai
sebuah syarikat minuman yang utama di Sandakan. Malah ia juga akan mengupas perkembangan syarikat tersebut dalam tempoh 10 tahun. Aspek ini
dipilih memandangkan syarikat ini memainkan
peranan yang penting dalam meningkatkan ekonomi masyarakat Sandakan.
Terdapat beberapa kajian ilmiah yang berkaitan dengan perusahaan air minuman di Malaysia telah dihasilkan. Antara kajian berkenaan adalah kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sekolah
Perniagaan, OUM pada September 2015. Kajian ini menjelaskan tentang dua syarikat berkaitan
industri minuman yang tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 2012 hingga 2013
iaitu Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad dan Spritzer Berhad.
Kajian
ilmiah yang lain adalah “Kajian
Terhadap Minuman 'rasa' dalam pasaran Malaysia". Kajian ini dilakukan oleh Aida Usrita Binti Ghazali dari Univerisiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada
tahun 2004.
Kajian ini menilai tentang
pemasaran produk minuman ringan yang kurang bergas yang hanya dijual di
kedai-kedai kecil.
Dalam menghasilkan karya ilmiah, penulis menggunakan
tiga kaedah bagi mendapatkan maklumat. Penulis akan menggunakan sumber lisan pada awalnya. Dalam
kaedah ini, penulis akan menemubual beberapa orang responden yang memainkan peranan penting dalam Syarikat Life Water
Industries Sdn. Bhd.
Penulis juga menggunakan
kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini digunakan bagi mendapat maklumat dari
sumber primer dan sumber sekunder. Antara sumber yang digunakan adalah Laporan Tahunan, majalah, surat khabar dan laman sesawang. Sumber ini
diperolehi sama ada dari perpustakaan dan laman sesawang syarikat
tersebut.
Penulis juga menjalankan
kerja lapangan. Kaedah ini dilakukan bagi membolehkan penulis melakukan pemerhatian dan mengambil gambar-gambar
berkaitan.
PEMBAHAGIAN
STRUKTUR ESEI
Secara umumnya penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian
utama. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan secara umum mengenai kepentingan air
minuman kepada kehidupan manusia. Selain
itu penulis akan menjelaskan khusus tentang perkembangan industri air minuman
di Malaysia.
Pada bahagian isi
pula, ia merungkaikan tiga persoalan yang dikaji. Aspek pertama yang dikaji
adalah latar belakang penubuhan penubuhan syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd. Selain itu penulis juga merungkaikan perkembangan syarikat antara
tahun 2006 hingga 2015. Seterusnya
penulis juga akan membincangkan tentaang sumbangan syarikat terhadap ekonomi
masyarakat Sandakan.
Manakala di bahagian
kesimpulan pula, penulis akan membuat rumusan berdasarkan hasil kajian yang
telah dibuat.
PENUTUP
Penulis berharap dengan
penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan lebih memahami tentang perkembangan dan sumbangan syarikat Life
Water Industries Sdn. Bhd. terhadap masyarakat Sandkan.
BIBLIOGRAFI
Sumber Primer
Laporan Tahunan syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd.
Temubual
1. Pengurus
pemasaran
2. Pekerja
Sumber Sekunder
Aida Yusrita Ghazali, “Kajian terhadap minuman 'Rassa'
dalam pasaran Malaysia”,
Universiti Malaysia Sarawak, 2004 " https://ir.unimas.my.kajianterhadapminuman
"
Asma Wan Talaat, "Kepentingan air dalam Kehidupan", Utusan
Online,5 April 2016
Fakulti Sekolah Perniagaan, "Kajian yang dilakukan oleh OUM",
Open University Malaysia, 2015
...................................................................................
TEMA: SEJARAH EKONOMI
TAJUK
: Syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd., Sandakan :
Sejarah dan perkembangannya dari tahun 2006-2015
Industri
air minuman di Sandakan mula berkembang sejak tahun 1980an berikutan permintaan
tinggi masyarakat tempatan akibat kesedaran pentingnya meminum air yang bersih
dan menyihatkan. Di Sandakan syarikat
Life Water Industries Sdn. Bhd. merupakan salah satu syarikat minuman paling
awal wujud. Syarikat ini terletak di
Jalan Lintas Sibuga. Syarikat ini bukan
sahaja mengeluarkan air minuman tetapi termasuk juga air minuman berkarbonat,
air minuman isotonik, dan air minuman berperisa. Antara tahun 2006-2015 syarikat ini telah
berkembang dan membuka cawangan di Lahad Datu, Tawau, dan Kota Kinabalu dan
menjadi salah satu syarikat minuman paling terkenal di Sabah.
OBJEKTIF KAJIAN
Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya,
kajian ini bertujuan untuk menjelaskan latar belakang penubuhan Syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd.
Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan Syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd. di Sandakan dari tahun 2006-2015.
Kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan sumbangan Syarikat Life Water Industries terhadap ekonomi penduduk setempat.
PERMASALAHAN KAJIAN
Dalam kajian ini terdapat tiga
permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas apakah latar belakang Syarikat Life Water
Industries.
Kajian ini juga untuk merungkai persoalan bagaimanakah perkembangan Syarikat Life
Water Industries Sdn. Bhd. di Sandakan dalam tempoh masa 10 tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2015.
Selain itu, kajian ini akan turut mengungkapkan persoalan tentang sejauh manakah sumbangan Syarikat Life Water
Industries Sdn. Bhd. kepada
ekonomi masyarakat setempat.
SKOP KAJIAN
Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian.
Skop yang pertama adalah kawasan kajian (geografikal). Dalam aspek ini,
kajian ini fokus kepada daerah Sandakan. Ia adalah sebuah daaerah yang mempunyai
permintaan tinggi terhadap air minuman.
Dari segi tempoh masa kajian, ia melibatkan tempoh jangka masa
selama sepuluh tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2015. Tempoh masa
ini dipilih memandangkan dalam tempoh tersebut berlaku perkembangan sigfinikan dalam syarikat
tersebut.
Manakala dari segi aspek kajian (fungsional), terdapat tiga
isu yang dikaji. Kajian ini cuba untuk
mengupas latar belakang Syarikat Life Water Industries sebagai
sebuah syarikat minuman yang utama di Sandakan. Malah ia juga akan mengupas perkembangan syarikat tersebut dalam tempoh 10 tahun. Aspek ini
dipilih memandangkan syarikat ini memainkan
peranan yang penting dalam meningkatkan ekonomi masyarakat Sandakan.
Terdapat beberapa kajian ilmiah yang berkaitan dengan perusahaan air minuman di Malaysia telah dihasilkan. Antara kajian berkenaan adalah kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sekolah
Perniagaan, OUM pada September 2015. Kajian ini menjelaskan tentang dua syarikat berkaitan
industri minuman yang tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 2012 hingga 2013
iaitu Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad dan Spritzer Berhad.
Kajian
ilmiah yang lain adalah “Kajian
Terhadap Minuman 'rasa' dalam pasaran Malaysia". Kajian ini dilakukan oleh Aida Usrita Binti Ghazali dari Univerisiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada
tahun 2004.
Kajian ini menilai tentang
pemasaran produk minuman ringan yang kurang bergas yang hanya dijual di
kedai-kedai kecil.
Dalam menghasilkan karya ilmiah, penulis menggunakan
tiga kaedah bagi mendapatkan maklumat. Penulis akan menggunakan sumber lisan pada awalnya. Dalam
kaedah ini, penulis akan menemubual beberapa orang responden yang memainkan peranan penting dalam Syarikat Life Water
Industries Sdn. Bhd.
Penulis juga menggunakan
kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini digunakan bagi mendapat maklumat dari
sumber primer dan sumber sekunder. Antara sumber yang digunakan adalah Laporan Tahunan, majalah, surat khabar dan laman sesawang. Sumber ini
diperolehi sama ada dari perpustakaan dan laman sesawang syarikat
tersebut.
Penulis juga menjalankan
kerja lapangan. Kaedah ini dilakukan bagi membolehkan penulis melakukan pemerhatian dan mengambil gambar-gambar
berkaitan.
PEMBAHAGIAN
STRUKTUR ESEI
Secara umumnya penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian
utama. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan secara umum mengenai kepentingan air
minuman kepada kehidupan manusia. Selain
itu penulis akan menjelaskan khusus tentang perkembangan industri air minuman
di Malaysia.
Pada bahagian isi
pula, ia merungkaikan tiga persoalan yang dikaji. Aspek pertama yang dikaji
adalah latar belakang penubuhan penubuhan syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd. Selain itu penulis juga merungkaikan perkembangan syarikat antara
tahun 2006 hingga 2015. Seterusnya
penulis juga akan membincangkan tentaang sumbangan syarikat terhadap ekonomi
masyarakat Sandakan.
Manakala di bahagian
kesimpulan pula, penulis akan membuat rumusan berdasarkan hasil kajian yang
telah dibuat.
PENUTUP
Penulis berharap dengan
penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan lebih memahami tentang perkembangan dan sumbangan syarikat Life
Water Industries Sdn. Bhd. terhadap masyarakat Sandkan.
BIBLIOGRAFI
Sumber Primer
Laporan Tahunan syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd.
Temubual
1. Pengurus
pemasaran
2. Pekerja
Sumber Sekunder
Aida Yusrita Ghazali, “Kajian terhadap minuman 'Rassa'
dalam pasaran Malaysia”,
Universiti Malaysia Sarawak, 2004 " https://ir.unimas.my.kajianterhadapminuman
"
Asma Wan Talaat, "Kepentingan air dalam Kehidupan", Utusan
Online,5 April 2016
Fakulti Sekolah Perniagaan, "Kajian yang dilakukan oleh OUM",
Open University Malaysia, 2015
..........................................................................................
TEMA SEJARAH TEMPAT
TAJUK : SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PEKAN BELURAN DARI TAHUN 1940-2015.
PENGENALAN
Masyarakat
di Sabah telah mengalami proses transformasi sejarah yang besar dan mendalam
dalam beberapa abad ini khususnya semenjak mencapai mencapai kemerdekaan dan
menyertai persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Antara proses yang telah
merombak struktur masyarakat dan kehidupan penduduk ialah pembukaan banyak
kawasan yang berfungsi sebagai pusat petempatan dan pusat pelbagai kegiatan
seperti ekonomi dan sosial. Oleh
itu, kajian ini menumpukan kepada sejarah pembukaan pekan Beluran, perkembangan
dari aspek sosio ekonomi dan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan
tempat ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Antara tujuan utama kajian ini
dijalankan adalah untuk mengkaji sejarah
pembukaan Pekan Beluran Tahun 1940-2015.
Di
samping itu, kajian ini juga mengkaji perkembangan
Pekan Beluran dari aspek sosio dan ekonomi tahun 1940-2015.
Selain
itu, kajian ini juga dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor –faktor yang menyebabkan perkembangan
sosio-ekonomi Pekan Beluran antara Tahun 1940-2015.
PERMASALAHAN KAJIAN
Kajian
ini akan menjelaskan tentang bagaimana sejarah pembukaan Pekan Beluran ini
sehingga menjadi sebuah petempatan masyarakat pelbagai kaum tahun 1940-2015.
Seterusnya,dalam kajian ini membincangkan
tentang apakah perkembangan Pekan Beluran dari aspek sosio dan ekonomi tahun
1940-2015.
Di samping itu,
kajian ini juga menjelaskan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
Pekan Beluran tahun 1940-2015.
SKOP KAJIAN
Kajian
ini akan menjurus tentang sejarah
pembukaan Pekan Beluran. Justeru kawasan kajian adalah bertempat di Pekan
Beluran.
Seterusnya, kajian ini mengkaji
perkembangan Pekan Beluran dari aspek ekonomi dan sosial dari tahun 1940-2015
Di
samping itu, kajian ini juga lebih spesifik kepada faktor-faktor yang
menyebabkan perkembangan Pekan Beluran dari tahun 1940 hingga 2015.
Sorotan
Kajian Lepas
Terdapat beberapa kajian ilmiah yang
berkaitan dengan pembukaan dan pembangunan daerah di Malaysia. Antara kajian
tersebut ialah kajian yang dilakukan oleh Lee teck Choo (2008) yang berkaitan
dengan perkembangan sosioekonomi dan politik dalam kalangan orang Cina di
daerah Bandar Kuching sejak tahun 1840-1947.
Berdasarkan dapatan kajian, beliau
mendapati bahawa pembukaan petempatan di sesuatu tempat tidak ditubuhkan dengan
begitu sahaja tetapi dibina di tapak yang sesuai yang merujuk kepada
bentuk-bentuk persekitaran setempat di mana petempatan-petempatan didirikan dan
berkembang.
Sementara
itu, Thomas (1985) menyatakan sesetengah pekan atau bandar dibina berhampiran
dengan kawasan sumber galian atau di kawasan sumber itu sendiri. Hal ini bertepatan dengan pembukaan kawasan
petempatan di pekan Beluran yang dipengaruhi oleh faktor sumber hasil sungai
Labuk.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan oleh penulis untuk mendapatkan
hasil kajian ialah melalui sumber primer, data seperti statistik penduduk di
Pekan Beluran.
Seterusnya, kaedah
temubual, penulis
mengadakan temuramah dengan penduduk yang sudah lama menetap di Pekan Beluran.
Juga sumber sekunder
seperti rujukan dalam buku-buku, laman web yang berkaitan, artikel-artikel dan
gambar-gambar yang berkaitan dengan Pekan Beluran.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
Pengenalan
Dalam bahagian ini, penulis akan menjelaskan
tentang latar belakang pembukaan Pekan
Beluran secara umum.
Isi-isi
Dalam
bahagian ini akan fokuskan kepada sejarah pembukaan pekan Beluran sebagai
sebuah petempatan dari tahun 1940 hingga tahun 2015
Seterusnya,
bahagian ini pula akan lebih memfokuskan tentang perkembangan Pekan Beluran
dari segi sosial dan ekonomi.
Di
samping itu, bahagian ini pula akan menjelaskan tentang faktor-faktor menyebabkan
berlakunya perkembangan petempatan di Pekan Beluran.
PENUTUP
Penulis
berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan dapat pemahaman
tentang asal usul pekan Beluran serta perkembangannya dari aspek ekonomi dan
social berdasarkan tempoh kajian serta memaparkan faktor-faktor perkembangan
Pekan Beluran.
BIBLIOGRAFI
Abdul Halim Bandan. 2006. Cerita Tradisi Sabah Suku Kaum Sungai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Aminah Syuhaa. Budaya kaum sungai. http://www.academia.edu/12369295/ADAB DAN BUDAYA KAUM
SUNGAI_DI_SABAH. 16 Januari
2016.
Anak Sungai Beluran. Budaya kaum sungai. http://riverboybeluran. blogspot.
my/2009/09/kenali-suku-kaum-sungai-sabah.html(tarikh)
Justine Vaz. 1993. Dataran
Banjir Hilir Kinabatangan. Sabah:Tabung Alam Malaysia
Nor Esah Binti Baharum.2005.Kamus Dewan Edisi Keempat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rosazman Hussein, Julihah M.d Shah, Dayu Sansalu. 2012. Orang Sungai. Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan dan Buku Malaysia.
Salsidu Bin Haji Ibrahim.2012. Etnik Orang Sungai
Buludupi. Kota Kinabalu: Kebudayaan Negeri Sabah.
Thomas R. Detwyler dan Melvin G.Marcus. 1985. Pembandaran
dan Persekitaran- Geografi Fizikal Bandar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.Hlm.33
Lee Teck Choo.
2008. Perkembangan Sosioekonomi dan Politik Dalam Kalangan Orang Cina Di Daerah
Bau dan Bandar Kuching Sejak 1840 Hingga 1947. Universiti Sains Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan