4.2 Pembinaan
Negara Bangsa
Soalan 97: Huraikan dasar-dasar pembangunan sosial yang telah dilaksanakan di Malaysia
Pengenalan
§ Konsep pembangunan sosial di
Malaysia
Isi-isi Penting
Dasar Bahasa Kebangsaan
§ Perkara
152, perlembagaan – Bahasa Melayu
adalah bahasa kebangsaan, walau bagaimanapun penggunaan dan
pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak boleh dihalang.
§ Tujuan :
untuk menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum
Dasar
Pendidikan Kebangsaan
§ Bahasa
Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama
§ Pendidikan
untuk semua. Mengadakan kurikulum yang sama bagi semua jenis sekolah. Kurikulum
terbahagi kepada 2, iaitu: KBSR dan KBSM. Penekanan juga diberikan kepada
kegiatan kokurikulum
§ Meningkatkan
mutu pendidikan dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
§ Mengadakan
peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
§ Mendemokrasikan
pendidikan dari segi peluang dan mutu
§ Memperluaskan
pendidikan vokasional dan teknik
§ Mempelbagai
dan memperbanyak kemudahan pendidikan di peringkat universiti
§ Meningkatkan
pendidikan kerohanian, moral dan disiplin
Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
§ Berasaskan Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971. Bersasaskan 3 prinsip
iaitu; Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui
kebudayaan; Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh
daripada Kebudayaan Kebangsaan dan Memperkaya dan mempertingkat
kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang
dengan pembangunan sosioekonomi.
§ Bentuk kebudayaan kebangsaan : berteraskan
kebudayaan rakyat asal serantau, unsusr-unsur kebudayaan lain yang sesuai
dan wajar diterima dan Islam dijadikan unsur
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Rukun Negara
§ Digubal oleh Majlis Perundingan
Negara (MPN) dalan mesyuarat pertama MPN pada 27 Januari 1970. Tercipta ekoran
daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
§ Objektif iaitu, Mencapai
perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat, Memelihara cara hidup yang
demokratik dan Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati
bersama secara adil dan saksama
Penutup
§ Apa-apa yang berkaitan
4.2.2 Pembangunan Ekonomi
Soalan 98: Huraikan dasar-dasar pembangunan yang telah
dilaksanakan di Malaysia
Pengenalan
§ Konsep pembangunan ekonomi di
Malaysia
Isi-isi Penting:
Dasar Pembangunan Luar Bandar
§ Berhasrat untuk melahirkan
masyarakat luar bandar yang progresif, berilmu dan berintegriti di samping
mewujudkan kawasan luar bandar yang maju dan menarik. Objektifnya ialah Memastikan
supaya setiap penduduk luar bandar mempunyai minda dan sikap yang positif serta
berdikari, Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan tinggal dalam
persekitaran harmoni, indah, selamat dan terpelihara alam sekitarnya dan
menjadi tarikan kepada masyarakat bandar serta pelancong asing
§ Pada 10
April 1984, Tun Dr Mahathir Mohammad selaku Perdana Menteri telah
memperkenalkan Halacara Baru Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar. Tujuannya
adalah untuk meningkatkan taraf hidup melalui pembasmian kemiskinan, menekankan
penggunaan teknik teknik moden dan pelbagai kemudahan untuk menambah
pengeluaran petani-petani, menggalakkan penggeluaran berskala besar dengan
bimbingan dan latihan organisasi tertentu dan melibatkan perkidmatan
sosial untuk membaiki taraf hidup
seperti projek perumahan awam, kemudahan pengangkutan, kesihatan, pelajaran dan
kemudahan rekreasi.
§ Program –program
yang telah dilaksanakan
(a) Pembangunan
Industri Kecil
(b) Penubuhan
RIDA untuk merancang dan menyediakan rancangan pembangunan ekonomi luar bandar
(c) Lembaga
Kemajuan Tanah Pesekutuan – ditugaskan membuka tanah untuk penempatan baru
dan menambah hasil pertanian
(d) Kemententerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan untuk menyelaras projek
pembangunan luar bandar
(e) Kerajaan
menyediakan bantuan kredit luar bandar
(f)
Penubuhan FELCRA , MARDI dan RISDA
(g) Rancangan
pembangunan Wilayah KETENGAH, KESEDAR
(h) Bahagian
Industri Kampung untuk menggiatkan lagi program perindustrian di kampong
(i)
Program-program pembangunan di bawah
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
§ DEB telah
diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak. Latar belakang ekonomi sebelum merdeka
disebabkan oleh pembangunan yang tidak seimbang – ekonomi dualism, jurang
ekonomi antara kaum dan corak kegiatan ekonomi mengikut kaum- mengakibatkan
jurang antara kaum
§ Dilaksanakan
untuk tempoh dua dekad ( 1970-1990) Objektif : memperbaiki kedudukan
sosioekonomi yang tidak seimbang antara kaum, mengurangkan dan menghapuskan
kemiskinan tanpa mengira kaum dan mempercepat proses penyusunan semula
masyarakat
Dasar Pembagungan Negara
§ Dimulakan
pada 3 Februari 1986 meliputi tempoh 10 tahun ( 1986-1995)
§ Matlamat
penting ialah, menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan
perindustrian Negara, menggalakkan penggunaaan sepenuhnya sumber asli Negara
dan meningkatkan penyelidikan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas
Dasar Perindustrian Negara
§ Terdapat 12
sektor dikenal pasti untuk diberi tumpuan iaitu sektor yang berasaskan sumber tempatan getah, kelapa sawit, kayu
kayan, masakan, kimia, logam bukan ferus dan
galian bukan ferus dan sektor industri yang bukan berasaskan sumber
seperti elektrik,dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin, kejuruteraan,
logam-logam ferus, tekstil dan pakaian
§ Strategi
yang telah dilaksanakan ialah Menyusun semula struktur galakan perindustrian
yang sedia ada, Mempelbagai eksport dan menggalakkan sektor gentian import, Menggalakkan
penggunaan barangan buatan Malaysia, Mempelbagaikan pasaran eksport termasuk
mencari pasaran baharu di negara-negara yang sedang membangun, Memperluaskan
kegiatan industri ke kawasan-kawasan yang kurang maju, Menggalakkan
penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan swasta, Menggalakkan industri
berat dan Menggalakkan pertumbuhan perushaan kecil
Dasar Pertanian Negara
§ Dilancarkan
oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam ( Pengerusi Jawatankuasa Kabinet
– Dasar Pertanian Negara)
§ Objektif:
garis panduan pembangunan pertanian untuk meningkatkan pendapatan daripada
sumber pertanian, menggariskan pendekatan bersepadu yang tidak berasaskan satu
komoditi,memaksimakan pendapatan pengusaha, bertujuan untuk memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi
§ Strategi:
(a) Pembukaan
tanah baharu, pembangunan institusi, perkhidmatan sokongan pertanian dan
pembangunan sosial.
(b) Membangunkan
kawasan-kawasan melalui MADA, KADA dan
perbadanan-perbadanan pembangunan wilayah
(c) Meningkatan
penyelidikan melalui institusi seperti PORIM, MARDI, RRI
(d) Meningkatkan
mutu persembahan dan pembungkusan , pengenalan kepada sistem gred, penstabilan
harga dan pengukuhhan kemudahan infrastuktur dengan bantuan FAMA dan LPP
Penutup
§ Apa-apa yang berkaitan
Soalan 99: Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
dalam konteks perjuangan dan pembangunan Negara Malaysia.
Pengenalan
§ Putera kepada Sultan Abdul
Halim, Sultan Kedah ke-24. Dilahirkan
pada 8 Februari 1903. Anak Melayu
pertama berkelulusan University Of Cambridge, England. Merupakan Perdana
Menteri Malaysia yang Pertama.
§ Dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
a)
penentangan terhadap Malayan Union
b)
menerajui kepimpinan UMNO
c)
memperjuangkan kemerdekaan
d)
mengemukakan idea pembentukan Malaysia
e)
mengasaakan PERKIM ( Pertubuhan Kebajikan Islam)
f)
Membantu dalam penubuhan OIC pada tahun 1969
Sumbangan Ekonomi
a)
Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan beliau melancarkan Rancangan
Malaya Pertama
b)
Menubuhkan Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959
Sumbangan Sosial
a)
melancarkan projek pembangunan seperti pembinaan Masjid Negara, Stadium Negara,
Muzium Negara, Bangunan Parlimen dan lain-lain
b)
menganjurkan pembentukan jawatankuasa pendidikan untuk mengkaji
pembentukan dasar pendidikan kebangsaan
c)
mencadangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Penutup
§ Apa-apa yang berkaitan
Soalan 100: Huraikan Sumbangan Tun Abdul Razak bin Dato Hussein
Pengenalan
§ Beliau Dilahirkan pada 11 Mac
1922 di Pekan, Pahang. Anak sulung kepada Orang Kaya Indera Shahbandar Datuk
Hussein. Lulusan daripada Lincoln’s Inn di London. Menjadi Perdana Menteri yang
Kedua pada 22 September 1970
§ Diberi gelaran Bapa Pembangunan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
a)
salah seorang yang menyertai rombongan kemerdekaan pada tahun 1956
b)
memperluaskan gabungan
perikatan (UMNO-MIC-MCA) kepada parti-parti lain seperti Gerakan, dan PPP
c)
banyak melakukan perubahan dalam angkatan tentera seperti alat
kelengkapan, melancarkan RELA dan Skim Rukun Tetangga
d)
mengubah dasar luar dari pro-Barat dan anti-komunis kepada Dasar
Berkecuali
e)
menjadi Pengarah MAGERAN untuk menyelesaikan masalah perkauman
selepas rusuhan 1969
f)
melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970
g)
mewakili Malaysia menjalin hubungan dan rundingan
Malaysia-Indonesia selepas peristiwa konfrantasi
Sumbangan Ekonomi
a)
di bawah seliaan beliau Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar
telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan
program di peringkat bandar, daerah dan kampung, mengawasi FELDA, FELCRA
b)
melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun pertama pentadbirannya
sebagai Perdana Menteri
c)
memulakan pelan pembangunan yang komprehensif yang dikenali
sebagai Rancangan Malaysia Lima Tahun
d)
menubuhkan agensi-agensi untuk membantu penduduk luar bandar
seperti Lembaga Beras dan Padi Negara, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah ( RISDA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan sebagainya
e)
memperkenalkan Rancangan Buku Merah dan Buku Hijau
Sumbangan Sosial
a)
sebagai Menteri Pendidikan telah memperkenalkan Penyata Razak
b)
mengusahakan penubuhan sistem pendidikan kebangsaan demi untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
c)
meneruskan usaha Tunku Abdul Rahman dalam sistem pendidikan dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara
pada tahun 1972
Penutup
§ Apa-apa yang berkaitan
Soalan 101: Huraikan sumbangan Tun Hussein bin Onn
Pengenalan
§ Beliau Dilahirkan peda 12
Februari 1922 di Johar Bharu. Anak
kepada Dato Onn Jaafar, lulusan
undang-undang dari Lincoln’s Inn, London. Menjadi Perdana Menteri yang Ketiga pada
15 Januari 1976.
§ Dikenali sebagai Bapa Perpaduan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
a)
menyelesaikan kemelut politik di Kelantan pada tahun 1977
b)
menghapuskan amalan rasuah dalam kalangan kaki tangan kerajaan dan
kepimpinan UMNO
c)
membentuk KUB ( Koperasi Usaha Bersatu ) untuk menggalakkan
penyertaaan kaum Melayu dalam bidang perniagaan
d)
mengukuh dan memperbesar angkatan bersenjata akibat krisis kejatuhan Vietnam ke tangan
komunis
e)
berusaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO
Sumbangan Ekonomi
a)
Melancarkan Rancangan Malaysia Ketiga pada tahun 1976
b)
Pembukaan tanah secara besar-besaran di bawah program pembangunan
wilayah yang dilaksanakan oleh agensi seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan
KESEDAR
c)
Menggalakkan kaum Melayu dan golongan bumiputera lain dalam
pemilikan modal dan saham dengan mengumumkan pindaan hak milik Skim Amanah
Nasional dikendalikan oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera
Sumbangan Sosial
a)
semasa menjadi Menteri Pelajaran, pada tahun 1970 menjadikan Bahasa Melayu sebagai syarat wajib
lulus dalam peperiksaan awam.
b)
memperkenalkan sistem kuota dalam kursus iktisas di universiti tempatan
c)
memulakan langkah dalam penubuhan Universiti Pertanian Malaysia
d)
Melancarkan Lembaga Perpaduan Negara
e)
merasmikan PEMADAM untuk menghadapi ancaman dadah
Penutup
§ Apa-apa yang berkaitan
Soalan 102: Huraikan sumbanga Tun Dr Mahathir bin Mohammad dalam
konteks pemodenan Negara malaysia
Pengenalan
§ Beliau Dilahirkan pada 20
Disember 1925 di Kedah. Anak bongsu daripada sembilan adik beradik. Beliau
merupakan Lulusan Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya,
Singapura.
§ Pada tahun 1976 menjadi Timbalan
Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri keempat pada tahun 1981. Dikenali
sebagai Bapa Pemodenan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
a)
orang pertama mendaftar sebagai ahli apabila UMNO ditubuhkan
b)
memperkenalkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah dan Kepimpinan
Melalui Teladan
c)
memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur untuk meningkatkan
produktiviti
d)
memperkenalkan idea wawasan 2020
Sumbangan Ekonomi
a)
menolak konsep pasaran bebas “laissz faire” dan menganjurkan
ekonomi terkawal agar tidak dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu
b)
melancarkan program Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan pada tahun 1983
c)
memperkenalkan dasar Sogoshosha
d)
melancarkan Dasar Perindustrian Negara
e)
berjaya mengawal masalah kegawatan ekonomi pada tahun 1997
Sumbangan Sosial
a)
memperkenalkan Program Pengurusan Kualiti Menyeluruh ( TQM)
b)
memperkenalkan Dasar Komunikasi Negara pada tahun 1994,
mengasaskan Pusat Kajian Angkasa Lepas dan menubuhkan Planetarium Negara
c)
melancarkan satelit milik Malaysia – MEASAT 1 pada tahun 1995
d)
melancarkan Koridor Raya Mutimedia (MSC)
e)
pembinaan KLIA dan Menara Kembar Petronas dan membangunkan
Putrajaya
Penutup
§ Apa-apa yang berkaitan
Kemas bossku
BalasPadamTerima kasih utk notanya, sgt bermanfaat
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamNk esei penuh dasar-dasar kerajaan
BalasPadamSangat membantu, terima kasih✨
BalasPadam