1.2 Sistem Sosial
Soalan 114:
Jelaskan konsep dan susun lapis masyarakat Vietnam dan Indonesia pada abad
ke-19M.
Pendahuluan
§ Susun lapis
masyarakat Vietnam dibentuk melalui sistem feudal yang diambil dari China dan
pengaruh ajaran agama Confucius.
§ Susun lapis
masyarakat Indonesia pula semakin jelas dan tersusun selepas kemunculan
kerajaan islam di Sumatera dan Pulau Jawa.
Isi-isi penting
Konsep Masyarakat
§ Masyarakat
Asia Tenggara mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan
sistem feudal. Sistem sosial masyarakat Asia Tenggara terdiri daripada golongan
pemerrintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah merangkumi raja dan
bangsawan manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa.
§ Sistem
sosial yang diamalkan oleh masyarakat Asia Tenggara terutama di Vietnam dan Indonesia
menunjukkan pembahagian lapissan masyarakat yang jelas antara golongan yang
memerintah dan diperintah. Masyarrakat Vietnam dan Indonesia mengalami
perubahan yang besar apabila kedudukan golongan yang memerintah semakin lemah
dan hilang kuasa akibat pengenalan sistem pentadbiran Barat setelah berlakunya
imperalisme pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Susun lapis masyarakat Vietnam
1.
Maharaja
§ Maharaja
berada pada kedudukan yang paling atas dalam susun lapis masyarakat Vietnam dan
berkuasa mutlak. Maharaja mewarisi takhta secara warisan mengikut keluarga atau
dinasti seperti Nguyen dan Tuc. Maharaja diwajibkan mendapat pendidikan
confucius yang baik. Maharaja dianggap suci dan sering dikaitkan dengan ajaran
Buddha serta perlu ditaati. Baginda dianggap ‘Anak Syurga’ yang mendapat mandat
untuk memerintah daripada Tuhan.
§
Kebijaksanaan
maharaja akan menentukan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, sekiranya seseorang
maharaja mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat, maka tindakan itu akan
memberi kesan kepada negara.
2.
Golongan
Cendekiawan (Mandarin/Quan)
§ Golongan
Mandarin mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat
Vietnam kerana merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan
tugas-tugas maharaja. Golongan Quan atau Mandarin mendapat pendidikan tinggi
berdasarkan keupayaan mereka menguasai ajaran Confucius.
§ Golongan
Mandarin merupakan perantara maharaja dengan rakyat seperti menyampaikan
maklumat atau perintah maharaja kepada golongan bawahan. Mereka juga
bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga kebajikan rakyat dan keamanan negara
serta mengetuai upacara keagamaan Buddha di Pagoda. Quan ditugaskan mengetuai
kementerian seperti kementerian kewangan dan kementerian kehakiman.
3.
Rakyat
§ Dalam
struktur susun lapis masyarakat Vietnam, golongan bawahan terdiri daripada
rakyat biasa dan petani. Meskipun golongan ini mewakili kumpulan terbesar
ddalam susun lapis masyarakat Vietnam namun mereka tidak mempunyai kuasa dalam
pemerintahan.
Rakyat biasa yang pandai dan berpengetahuan dalam ajaran
Confucius dengan mendalam berpeluang menjadi pegawai tinggi awam atau kerajaan.
Ini membuktikan mobiliti sosial wujud dalam sistem sosial di Vietnam. Rakyat
biasa juga melakukan aktiviti seperti menenun kain atau menghasilkan tembikar.
§ Golongan
petani menduduki hierarki sosial yang paling bawah tetapi dipandang tinggi
dalam masyarakat kerana peranannya membekalkan makanan kepada penduduk. Petani
menjalankan kegiatan ekonomi sara diri, iaitu mananam padi sawah.
Susun Lapis
Masyarakat Indonesia
Struktur masyarakat di Acheh
1.
Sultan
§ Sultan
berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosila masyarakt Acheh.Sultan
Acheh merupakan ketua agama Islam dan menjadi pelindung kepada masyarakat
Acheh.
§ Sultan
mengetuai kerajaan dan bertanggungjawab menyatukan rakyat, memakmurkan negara
dan menjamin keselamatan negara. Sultan Acheh berkuasa mutlak dengan memerintah
seluruh negara dan keseluruhan jajahan takluknya.
2.
Kerabat
Diraja
§ Menduduki
kedudukan kedua selepas sultan dalam hierarki sosila masyarrakat Acheh.
§ Kerabat
diraja merupakan keturunan bekas sultan yang pernah memerintah Acheh.
3.
Pembesar/ Uleebalang/ Golongan
Bangsawan/ Ulama
§ Pembesar
atau Uleebalang mempunyai kedudukan yang tinggi dan penting dalam hierarki
sosial di Acheh kerana mereka merupakan tulang belakang pemerintahan dan
pertahanan. Mereka menggunakan gelaran Teuku. Golongan bangsawan pula terbahagi
kepadda dua, iaitu yang terdiri daripada kerabat diraja atau bukan kerabat
diraja.
§ Ulama
menjadi penasihat agama Islam kepada sultan. Ulama mempunyai kedudukan yang
tinggi dalam masyarakat dan dihormati kerana ketinggian ilmunya dan sering
menjadi rujukan kepada masyarakat setempat. Ulama diberi gelaran Tengku sesuai
dengan kedudukannya dalam masyarakat.
4.
Rakyat
§ Rakyat
menduduki kedudukan paling bawah dalam hisrarki sosila masyarakat Acheh. Rakyat
terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat kelas rendah.
§ Rakyat
menjadikan aktiviti pertanian dan kelautan sebagai pekerjaan utama seperti
petani, nelayan, pelayar dan pedagang.
Struktur masyarakat di Pulau Jawa
1.
Sultan
§ Sultan
mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam susun lapis masyarakat di Pulau
Jawa seperti Sultan Aagong. Sultan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di
wilayah dan jajahan takluknya.
§ Sultan
merupakan ketua agama Islam dan giat menyebarkan agama Islam melalui penaklukan
dan peluasan kuasa. Baginda dianggap istimewa, mempunyai sifat luarbiasa,
berdaulat serta tidak boleh diderhaka. Sultan juga dianggap Khalifah Allah di
muka bumi dan pemimpin bagi umat Islam
2.
Priyayi atau
Bangsawan
§ Priyayi
menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat jelata.Hubungan antara golongan
bangsawan dan petani adalah rapat dan
bersepadu. Mereka juga merupakan pemimpin kerohanian atau agama dalam
masyarakat jawa.
§ Priyayi
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat diraja. Priyayi
sangat dihormati dan dipercayai oleh rakyat. Golongan Priyayi berkuasa ke atas
masyarakat peribumi dan ketua adat tempatan (Bupati).
3.
Golongan
Rakyat
§ golongan
rakyat tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah daripada golongan bangsawan.
Mereka bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti menanam padi.
§ Rakyat
memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas
yang diberikan dan menjadi askar apabila tuan tanah terlibat dengan peperangan.
Penutup
§ Raja masih
merupakan tonggak dalam susun lapis masyarakat Vietnam dan Indonesia kerana
terikat dengan sistem feudal yang diamalkan.
§ Kemaraan
kuasa Belanda di Indonesia dan Perancis di Vietnam telah mengubah susun lapis
masyarakat di kedua-dua negara.
Assalamualaikum cikgu.Terima kasih atas semua notes2 yang amat berguna ini.Semoga murah rezeki cikgu :)
BalasPadamsteady cikgu
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam:)
BalasPadamNice bro.. Sngt hebat. Mvp of the team laa hahah
BalasPadamsngt brguna utk STPM
BalasPadamTerima kwsih
BalasPadamtq.mantap bro. salam dari belaga
BalasPadamStruktur masyarakat dan lapisan sosialnya memang menarik yah kak untuk diperhatikan!
BalasPadamSegera cek, Mario4D! Situs permainan Betting Online dengan beragam permainan seru dan untung! Dengan Berbagai permainan!
Togel 5 pasaran! 7 Server slotgames! Live casino lengkap! Video poker, Bola Tangkas! Segera cek MARIO4D!
- SABUNG AYAM
- SPORTBOOK
- LIVE CASINO
- POKER, DOMINO, CEME, BANDAR QQ
- TOGEL ( SINGAPORE, HONGKONG, SYDNEY, SENTOSA 4D & TOTO, FINLANDIA)
- SLOT GAMES
- E-GAMES (TANGKAS, BATU GONCANG, NUMBER GAME, TEMBAK IKAN)
Hubungi WA kami SEGERA :
https://wa.me/628561333111
Terima kasih
Padamsangat panjang alllllah
BalasPadamThank you very much Teach for this notessssss i appreciate it it was really helpful
BalasPadam