3.5 Pembentukan Negara Bangsa
Soalan 123: Jelaskan pembentukan konsep negara bangsa di dunia Islam
Pendahuluan
- Mengikut
John Stuart Mill, “bangsa” (a nation)
bermaksud bahagian rumpun manusia yang terikat dengan rasa takjub bersama yang
tidak wujud dalam hubungan antara rumpun tertentu dengan rumpun bangsa lain. Rasa
kesatuan sedemikian, lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah,
budaya, sejarah dan agama.
- Manakala
“negara” (a state) merupakan sebuah entity undang-undang yang berdaulat serta
mempunyai kerajaan yang sah memerintah ke atas rakyatnya di dalam kawasan yang
ditentukan sempadannya dengan jelas.
Isi-isi penting:
1.
Konsep negara bangsa
§ Dalam hal
ehwal antarabangsa, negaralah yang berperanan memainkan hubungan dengan
negara-negara lain dan badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB), sama ada dalam keadaan perang atau damai.
§ Konsep
negara bangsa menjadi matlamat tertinggi bagi nasionalisme abad ke-19 dan 20.
Kerana bangsa, anggota masyarakat beridentitikan diri mereka dengan negara dan
menumpahkan kesetiaan mereka kepadanya.
§ Kemunculan
konsep negara bangsa (the nation state) merupakan fenomena politik zaman moden
yang penting di Eropah, Amerika, Asia dan Afrika.
2. Istilah
Timur Tengah
§ Manakala
istilah “Timur Tengah” merupakan ciptaan Barat, khususnya Britain, pada akhir
abad ke-19 dan dipakai meluas sehinggalah sekarang. Penentuan takrif atau
kawasan yang dicakupi oleh sesuatu istilah seperti Timur Tengah (Middle East)
dan yang seumpamanya adalah penting kepada sesebuah negara tertentu,
terutamanya apabila ia melibatkan soalan penggubalan polisi umum serta tindakan
tertentu dalam hubungan luar negeri.
§ Sememangnya
istilah Timur Tengah tiada satu definisi yang utuh. Hanya berasaskan kawasan
yang sering dicakupi daripada penggunaannya yang pelbagai seperti Timur
Dekat (The Near East) dan Asia Barat
(West Asian). Istilah “Timur Dekat” digunakan untuk merujuk kerajaan Uthmaniyah
dan setelah perang dunia Pertama tamat. Berikutan kehancuran kerajaan
Uthmaniyah, istilah ini menjadi kurang popular.
§ Pada tahun
1951, Ernest Davies, Setiausaha Rendah Britain menjelaskan dalam House Of
Commons bahawa istilah “Timur Dekat” yang berkait dengan kerajaan Uthmaniyah
sudah tidak dipakai lagi di Britain dan istilah “Timur Tengah” digunakan secara
rasmi. “Timur Tengah” ini merangkumi Mesir, Turki, Iran, Syria, Lubnan, Jordan,
Israel, Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, Muscat, Aden dan Yaman.
§ Sehubungan
dengan “Doktrin Eishenhower” pada tahun 1957, Setiausaha Negara Amerika
Syarikat pada masa itu, diminta memberikan definisi “Timur Tengah” bagi
tindakan bantuan ekonomi dan ketenteraan. Mengikut penjelasannya, “Timur
Tengah” meliputi kawasan yang terletak di antara Libya di bahagian Barat,
Pakistan di bahagian Timur, Turki di bahagian Utara dan Semenanjung Arabia di
bahagian Selatan, termasuk Sudan dan juga Habshah.
§ Berikutan
krisis di Lubnan dan revolusi di Iraq pada tahun 1958, konsep “Timur Tengah”
diperjelaskan lagi oleh Jabatan Negara, Amerika Syarikat, iaitu merangkumi
Mesir, Syria, Israel, Jordan, Lubnan, Iraq, Arab Saudi dan negara-negara teluk.
Bahkan ada juga yang memberi pendapat yang lebih ketara dengan menyamakan
“Timur Tengah” dengan dunia islam.
§ Keseluruhannya,
pemakaian istilah “Timur Tengah” dan “Timur Dekat” berorientasikan Eropah.
Justeru, bagi sesetengah kalangan dalam negara Asia seperti India dan Malaysia,
cenderung memakai istilah “Asia Barat”.
3. Pembentukan Negara Bangsa Di Dunia Islam
§ Perkembangan
dan perubahan yang berlaku pada abad ke-20 yang melahirkan negara bangsa di
Timur Tengah difahami dengan jelas jika dikaitkan dengan zaman-zaman sistem
islam yang universal. Bermula pada Nabi Muhammad s.a.w yang mencetuskan
perubahan asasi lagi menyeluruh kepada cara hidup orang Arab. Zaman ini berjaya
merubah pola kesetiaan kepada kabilah-kabilah yang berpecah-belah kepada tauhid
dan munculnya satu perpaduan dalam konsep “ummah”. Pada zaman ini, lahirnya
negara islam di Madinah pada tahun 622. Nabi Muhammad s.a.w memegang peranan
sebagai pemimpin politik dan pengisytiharan perlembagaan atau piagam Madinah
menyediakan kepada orang Arab satu wadah kesatuan politik.
§ Pembukaan
Kota Makkah pada tahun 630, membawa sebahagian besar kabilah-kabilah di
semenanjung Tanah Arab memeluk agama Islam dan menjadi anggota ummah tersebut.
Penegakan konsep “ummah” ini merupakan kejayaan besar dalam menukarkan sistem
berkabilah kepada sistem pemerintahan negara universal di Semenanjung Tanah
Arab. Fasa-fasa seterusnya memperlihatkan peringkat perkembangan pada zaman Khulafa’
al-Rasyidin, zaman Umayyah dan zaman Abbasiyah adalah mewarisi dan
memperluaskan sistem pemerintahan negara universal tersebut.
§ Walaupun
terdapat juga aspek dasar kelemahan dalam sistem politik secara praktis di
akhir zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan zaman berikutnya, namun sebagai sebuah
tamadun, Islam tetap menjadi dominan dan syariah terus berkuat kuasa sebagai
undang-undang dasar negara. Serangan Hulagu Khan ke atas kota Baghdad pada tahun 1258, mengakhiri zaman Abbasiyah
dan menandakan bermulanya zaman kelemahan tamadun Islam.
§ Lebih kurang
41 tahun kemudian, teraju kepimpinan politik beralih kepada orang Islam Turki,
iaitu dengan pengasasan kerajaan Uthmaniyah pada 1299. Zaman kekuasaan
Uthmaniyah yang berakhir dalam tahun 1918, masih dikira sebagai zaman mewarisi
sistem kerajaan Islam universal. Institusi khalifah yang ditegakkan menjadi
faktor politik terpenting mengikat
perpaduan ummah.
Kesimpulan:
§ Perkembangan
yang berlaku pada abad ke-20 melahirkan negara bangsa di timur. Nabi Muhammad
s.a.w telah berjaya mencetuskan perubahan dalam cara hidup orang Arab dengan
wujudnya satu perpaduan dalam konsep “ummah” dan lahirnya negara Islam pertama
di Madinah pada tahun 622.
§ Konsep
negara bangsa pada abad ke-19 dan 20 berkait rapat dengan kesediaan masyarakat
beridentitikan diri mereka dengan negara dan menumpahkan kesetiaan mereka
kepadanya. Sistem politik pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan zaman Islam seterusnya
mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing, namun Islam tetap menjadi
dominan dalam aspek pentadbiran.
Soalan 124: Huraikan faktor-faktor pembentukan Negara
bangsa
Pendahuluan
§ Negara ialah
suatu komuniti politik tersusun yang menguasai sesuatu kawasan dan mempunyai
kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap
penggunaan kekerasan yang difikirkan wajar. Negara juga boleh didefinisikan
sebagai suatu badan atau autoriti dalam sesuatu wilayah yang menguruskan serta
mengendalikan peraturan dalam sesuatu masyarakat.
§ Perubahan
dan perkembangan politik di Eropah pada zaman awal dan pertengahan telah
membawa kepada pembentukan negara bangsa. Sejarah kemunculan konsep ini adalah
seawal abad ke-15 kesan daripada berlakunya Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi secara mendadak. Contoh
negara bangsa ialah England, Perancis dan Sepanyol.
§ Idea ini
meledak di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 ekoran tercetusnya
Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis
1789. Pada ketika itu muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan
dan negara bangsa moden.
§ Oleh itu,
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa.
Isi penting :
1.
Kemunculan
Semangat Nasionalisme
§ Semangat
nasionalisme (kesedaran kebangsaan) ialah sifat utama bagi kemunculan negara
bangsa. Sebagai contoh, pada zaman kemunculan negara bangsa seseorang yang
dilahirkan di Perancis berfikir sebagai seorang Perancis dan bukan sebagai
seorang British atau Portugis. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan
rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk Negara bangsa masing-masing. Penyatuan
dan pembentukan Negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalis.
§ Perang Dunia
Pertama yang tercetus pada tahun 1914-1918 berakhir dengan kekalahan Jerman dan
sekutunya. Di Perancis, Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan
melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Deklarasi ini telah
mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib Negara oleh rakyat sendiri dan
prinsip sempadan Negara berasaskan bangsa. Ekoran itu, empayar Austria-Hungary
dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan serta menyebabkan
pelbagai golongan etnik dan bangsa tersebut beroleh kemerdekaan.
§ Oleh itu,
muncullah Negara bangsa yang baharu. Tujuh Negara bangsa baharu yang muncul di
Eropah ialah Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan
Yugoslavia. Negara Itali dan Jerman merupakan contoh Negara bangsa pada abad
ke-19.
2.
Keruntuhan
Sistem Feudal
§ Sistem
feudal dan keinginan raja untuk menegakkan kembali kuasanya telah mendorong
pembentukan negara bangsa. Sistem ini telah wujud di Eropah sejak keruntuhan
empayar Rom pada abad ke-5 Masihi. Hal ini telah menimbulkan susunan masyarakat
yang berperingkat-peringkat seperti Raja, Vassal (golongan bangsawan) dan Serf
(petani dan rakyat biasa). Raja memiliki
semua tanah dalam negara dan baginda berperanan melindungi golongan bawahannya.
Baginda telah memberikan tanah kepada golongan bangsawan (Lord) atau Vassal
sebagai tanda taat setia kepadanya. Sebahagian daripada hasil tanaman pula
diberikan kepada raja sebagai balasan.
§ Oleh itu,
lama-kelamaan kedudukan Vassal semakin kukuh dan kuasa raja pula semakin
berkurangan dan terpaksa bergantung pada sokongan kepada kebanyakan Vassalnya.
Kesedaran raja untuk menegakkan semula kuasanya telah menyebabkan raja
menubuhkan pasukan tentera dan berperang dengan Vassal-vassalnya. Hal ini telah
menyebabkan berlakunya proses penyatuan kawasan persekitaran yang biasanya
didiami oleh kelompok masyarakat daripada bangsa yang sama.
§ Kesannya,
sistem feudal tidak lagi diterima oleh masyarakat Eropah. Sebagai contoh, di
England, Raja Henry VII telah Berjaya menggubal undang-undang baharu yang
melarang golongan feudal memakai pakaian khas, melarang menubuhkan tentera
sendiri dan melarang mempunyai lambang kuasa khas.
3.
Kesan Perang
Salib
§ Perang Salib
telah membawa kesan yang penting kepada proses pembentukan negara bangsa.
Perang ini berlaku antara orang Kristian di Eropah dengan Orang Islam di Timur
Tengah selama 200 tahun (1095-1291). Tujuan utama orang Kristian berperang
dalam Perang Salib adalah untuk membebaskan Baitulmuqaddis dan Palestin
daripada orang Islam.
§ Paus (Pope) yang merupakan ketua agama
Kristian telah meminta pemimpin Negara Eropah untuk membantu membebaskan tanah
suci orang Kristian itu. Pemerintah-pemerintah di Eropah telah mendapatkan
bantuan ketenteraan daripada Vassal untuk menyumbangkan tenaga Serf sebagai
tentera.
§ Hal ini
telah menyebabkan kekuatan ketenteraan Vassal semakin berkurangan, lebih-lebih
lagi apabila kebanyakan Serf yang pulang daripada medan peperangan tidak
kembali kepada Vassal. Mereka berkunjung ke bandar-bandar dan peluang ini telah
digunakan oleh raja-raja untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Raja-raja telah
melaksanakan ekspedisi-ekspedisi ketenteraan untuk membawa Vassal ke bawah
kekuasaannya dalam usaha membentuk negara bangsa.
4.
Perkembangan
Bandar
§ Perkembangan
bandar dan peranan bandar yang menjadi pusat pembangunan, terutama dalam membangunkan
ekonomi telah mengubah sistem ekonomi tradisional yang lebih mementingkan
pertanian.
§ Perang Salib
telah membawa kepada pembentukan bandar-bandar baharu dan kemunculan
bandar-bandar lama semula. Ekonomi bandar berkembang pesat dengan bertambahnya
penduduk dan penggunaan wang. Oleh itu, golongan Serf mula berhijrah ke bandar
untuk mencari pekerjaan, manakala askar-askar yang kembali dari medan
peperangan juga tidak pulang ke kampung mereka.
§ Hal ini
telah melemahkan kekuasaan Vassal yang bergantung pada penguasaan tanah serta
kesetiaan Serf di tanah kawalan mereka. Kemerosotan kuasa Vassal telah
menambahkan kuasa dan pengaruh raja yang Berjaya meluaskan kekuasaannya ke
seluruh negeri.
5.
Kemunculan
Golongan Pertengahan
§ Kemunculan
golongan pertengahan di bandar akibat kemajuan pesat dalam ekonomi perdagangan
dan perindustrian telah menyebabkan golongan ini menyokong pemerintah yang
kuat, yang boleh menguatkuasakan undang-undang dan peraturan untuk menjamin
kestabilan dan kemakmuran negara.
§ Mereka memerlukan
perlindungan daripada sebuah kerajaan pusat yang berkesan. Oleh itu, mereka
sanggup membayar cukai bagi mendapatkan kestabilan politik untuk menjalankan
perdagangan dan perniagaan.
§ Kepentingan
dan pengaruh golongan bangsawan atau Vassal telah digantikan oleh golongan
pertengahan dan pengusaha justeru, raja kini boleh mengumpul lebih banyak wang
melalu percukaian yang dikenakan terhadap golongan bangsawan. Sebagai balasan,
raja dapat menggaji tentera dan pegawai perkhidmatan awam untuk memberikan perlindungan
kepada kelas pertengahan dan bentuk kerajaan yang mereka perlukan.
6.
Kemajuan
Ekonomi dan Institusi Kebangsaan
§ Penubuhan
institusi kebangsaan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan Negara
bangsa. Kemajuan perdagangan dan ekonomi akibat Perang Salib menyebabkan sistem
feudal tidak dapat memenuhi keperluan penduduk Eropah seperti menjamin keamanan
dan menyediakan kemudahan awam, khususnya di kawasan bandar.
§ Raja-raja di
England dan Perancis melihat perkembangan ini sebagai memberi peluang kepada
mereka untuk meluaskan kuasa dan kawalan.
§ Mereka mula
membentuk institusi-institusi kebangsaan bagi sebuah kerajaan, antaranya
pentadbiran pusat, tentera kebangsaan dan undang-undang kebangsaan. Kesemua
institusi ini merupakan permulaan negara bangsa dan membawa kepada kemerosotan
sistem feudal.
7.
Perkembangan
Bahasa Kebangsaan
§ Pembentukan
negara bangsa juga dibantu oleh perkembangan bahasa kebangsaan. Pada Zaman Renaissance (yang wujud selepas Perang
Salib berakhir), buku-buku tidak lagi ditulis dalam bahasa Latin tetapi dalam
bahasa pertuturan masyarakat berkenaan.
§ Situasi ini
berlaku berikutan penciptaan mesin pencetak. Hal ini juga menyebabkan penduduk
di kawasan pedalaman Perancis mula bercakap serta berfikir seperti orang
Perancis dan akhirnya berjaya mewujudkan identiti yang sama untuk penduduk
sesuatu wilayah.
§ Karya yang
dihasilkan menggunakan bahasa kebangsaan dan bukannya bahasa dialek tempatan.
Situasi ini berjaya menarik minat rakyat untuk membaca dan memudahkan lagi
usaha menyatukan rakyat dan penubuhan negara bangsa.
Kesimpulan
§ Kesimpulannya,
pembentukan negara bangsa dapat dicapai disebabkan oleh faktor-faktor di atas,
khususnya kemunculan semangat nasionalisme. Pembinaan negara bangsa tidak akan
tercapai sekiranya masih ada perasaan etnosentrik dalam kalangan masyarakat,
iaitu perasaan merendahkan sesuatu bangsa dan budaya kaum lain kerana merasakan
bangsa sendiri lebih hebat.
§ Negara
bangsa ini dapat membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup bersatu padu,
berkeyakinan, harmoni, mempunyai daya saing yang tinggi dan semangat patriotik
yang kental.
Soalan 125: Huraikan
Pembentukan Negara Bangsa Turki Pada Abad ke-20
Pendahuluan :
§ Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 -
1909) merupakan kemuncak kepada tanzimat atau pembaharuan dan baginda merupakan
Khalifah Uthmaniyah terakhir yang mempunyai kuasa autonomi ke atas kerajaannya
sendiri.
§ Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak
akhir abad ke-19 lagi namun Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan
kerajaan empayar Turki Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada
imperialis Barat. Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan dalam tempoh 33
tahun pemerintahannya.
Isi-isi Penting :
§ Pembentukan negara bangsa Turki bermula sejak empayar Turki Uthmaniyah
diperintah oleh Sultan Abdul Hamid II apabila baginda memperkenalkan sistem pemerintahan berperlembagaan
menggantikan sistem pemerintahan khalifah. Selain daripada menukar sistem
pemerintahan Turki Uthmaniyah, baginda juga tidak lagi mengamalkan sistem syura
yang menjadi amalan dalam sistem pentadbiran Islam.
§ Pada 23 Disember 1876, Sultan Abdul Hamid II
meluluskan draf perlembagaan yang dirangka oleh Midhat Pasha dan beberapa
pembantunya berdasarkan Perlembagaan Belgium dan Prussia. Walau bagaimanapun,
Sultan Abdul Hamid II menambah satu fasal dalam perlembagaan tersebut yang
membenarkan Sultan membuang sesiapa sahaja yang dianggap mengancam keselamatan
negara. Melalui perlembagaan ini, Sultan ddiisytiharkan sebagai khalifah bagi
seluruh dunia Islam. Perlembagaan ini juga menekankan persamaan hak untuk semua
rakyat tanpa mengira agama.
§ Selain itu, tumpuan pembaharuan baginda ialah dalam
bidang pendidikan. Beliau sangat mementingkan ilmu pengetahuan dan memuliakan
golongan cerdik pandai. Perbelanjaan negara telah diperuntukkan untuk
menyelenggara sekolah dan institusi pendidikan tempatan. Baginda menubuhkan
sekolah dan pusat penyelidikan yang berkaitan dengan ilmu perubatan,
penternakan ulat sutera, perikanan dan perhutanan. Pada ketika itu, pembinaan
sekolah diperhebatkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah di wilayah naungannya.
Penduduk tempatan mendapat faedah daripada pembinaan sekolah tersebut khususnya
sekolah atau kolej ketenteraan. Pendekatan pembinaan sekolah di wilayah naungan
berlaku dalam rentak dan pendekatan yang berbeza. Wilayah Yaman dan Hijaz tidak
didirikan sekolah tentera sebaliknya menceduk ilmu pengetahuan dari sumber
Islam yang tulen. Pada zaman itu, di Syria terdapat aktiviti penyebaran agama
Kristian Katolik dan Protestan yang hebat dalam bidang kebudayaan dan ilmu
pengetahuan. Oleh itu, pendekatan di Syria secara umumnya dan Lubnan khususnya
adalah cenderung kepada kebudayaan Eropah.
§ Sultan Abdul Hamid II menggunakan seluruh tenaganya
untuk merealisasikan matlamat penubuhan Pan-Islamisme. Baginda cuba
menghidupkan kembali sistem dan gelaran khalifah dalam kalangan umat Islam
seluruh dunia dan mengharapkan penjajah terutamanya Britain merasa gerun kerana
menjajah berjuta-juta umat Islam. Namun, dasar Pan-Islamisme yang dibawa oleh
Sultan Abdul Hamid II tidak bertahan lama kerana benih-benih nasionalisme Barat
yang telah ditanam sekian lama dalam pemikiran golongan terpelajar Islam di
Turki sehingga berjaya membuahkan bibit-bibit perpecahan dan keruntuhan empayar
Turki Uthmaniyah.
§ Turki Muda (Young Turks) merupakan golongan radikal
yang menentang Sultan Abdul Hamid II. Golongan ini merupakan pelajar-pelajar
muda yang dihantar oleh kerajaan Turki Uthmaniyah untuk melanjutkan pelajaran
ke luar negara terutama dalam bidang perubatan. Pada tahun 1908, Rejim Turki
Muda atau Committee of Union and Progress (CUP) bersama Tentera Division Ketiga
di Salonika telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan Sultan
Abdul Hamid II dengan slogan “Equality, Fraternity, Liberty and Justice”.
Slogan ini merupakan semangat daripada Revolusi Perancis 1789.
§ Semenjak peristiwa itu, kuasa pemerintahan Turki
Uthmaniyah bertukar tangan daripada khalifah jatuh kepada Rejim Turki Muda.
Sultan Abdul Hamid II disingkir dan sultan lain dilantik untuk menjadi boneka
penyatuan umat Islam di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Empayar Turki
Uthmaniyah berakhir apabila Rejim Turki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia
Pertama bersama sekutunya, Jerman dan kalah dalam perang tersebut kepada
Tentera Bersekutu yang dianggotai oleh Britain, Perancis, Itali dan Rusia.
Banyak daerah di bawah naungan Turki Uthmaniyah dibahagikan antara kuasa-kuasa
Bersekutu yang menang dalam Perang Dunia Pertama sehingga menghimpit penduduk
Turki dan memaksa mereka untuk berjuang mendapat kemerdekaan tanah air sendiri.
§ Selepas Perang Dunia Pertama, kebanyakan pemimpin
Turki Muda meninggalkan empayar Turki Uthmaniyah terumbang-ambing menimbang
nasib untuk berkubur sehinggalah muncul tokoh yang dikatakan penyelamat oleh
rakyat Turki, iaitu Mustafa Kamal Ataturk yang cuba memperjuangkan kedaulatan
Turki dan menggunakan propaganda menyelamatkan umat Islam bagi meraih sokongan
rakyat. Apabila Tentera Bersekutu menguasai Istanbul, Mustafa Kamal Ataturk
mengisytiharkan perang terhadap mereka dan mendapat sokongan padu daripada
ulama, syeikh tariqat dan seluruh rakyat Turki. Berbekalkan semangat jihad,
rakyat Turki bersama-sama di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk berjaya
mengisytiharkan kerajaan kebangsaan merdeka di kawasan Ankara.
Penutup :
§ Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya
membina negara dan bangsa Turki namun beliau gagal dengan asakan Barat yang
bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah.
§ Golongan Turki Muda pula sukar membina negara
bangsa Turki kerana mereka telah termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.
Soalan 126: Huraikan
Faktor-faktor Pembentukan Negara Bangsa Turki Pada Abad ke-20
Pendahuluan
§ Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 -
1909) merupakan kemuncak kepada tanzimat atau pembaharuan dan baginda merupakan
Khalifah Uthmaniyah terakhir yang mempunyai kuasa autonomi ke atas kerajaannya
sendiri. Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19
lagi namun Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki
Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda
telah melakukan beberapa pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya.
§ Pada awal abad ke-20, Sultan Abdul Hamid II telah
mempunyai kuasa, sungguhpun kuasa tersebut semakin merosot dan hilang selepas
pelucutan baginda sebagai Sultan Uthmaniyah pada tahun 1909. Dalam tempoh 1900
hingga 1909, baginda cuba sedaya upaya mempertahankan wilayah dan keselamatan
rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Tempoh tersebut juga merupakan tempoh
kuasa-kuasa barat cuba mengenakan tekanan ke atas kerajaan baginda.
§ Britain, Perancis dan Rusia khususnya bersaing
sengit untuk mendapatkan kekayaan yang terdapat dalam wilayah-wilayah Turki
Uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk menghancurkan empayar Turki
Uthmaniyah. Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan
Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk
menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan
oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina
negara bangsa Turki.
Isi-isi Penting :
Faktor Dasar Pan-Islamisme
§ Pembentukan negara bangsa Turki pada awal abad
ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme yang merupakan satu dasar terpenting
pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Sebagai satu dasar, fahaman ini
menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam sejagat di bawah pimpinan seorang
khalifah yang berperanan membela hak umat Islam, bukan sahaja di Turki malah di
seluruh dunia.
§ Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang Islam
di Turki dan berada dalam empayar Turki hendaklah disatukan di bawah pimpinan
Sultan Turki Uthmaniyah. Manakala umat Islam yang berada di bawah penguasaan
orang barat hendaklah menyokong khalifah kerajaan Turki Uthmaniyah bagi
memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing daripada belenggu penjajahan
barat.
§ Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan
keagungan sistem khalifah Islamiyah dan usaha ini menggerunkan penjajah
terutamanya Britain. Menurut baginda, walaupun empayar Turki Uthmaniyah lemah
dari sudut politik, namun negara-negara Barat masih takut kepada kekuatan
Islam.
§ Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme ini, Sultan
Abdul Hamid II telah menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri
daripada kalangan ulama, pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum, negeri
dan aliran pemikiran serta pelbagai bidang kepakaran. Di antara tokoh yang
menyertai Projek Pan-Islamisme” ini termasuklah Jamaludin al-Afghani, Abd.
Al-Qadir al-Maghribi dan Rashid Rida.
Faktor Pendidikan
§ Oleh kerana kedudukan Turki berhampiran dengan
negara-negara Barat yang maju, maka bidang pendidikan diberi keutamaan untuk
memajukan empayar Turki Uthmaniyah supaya setanding dengan negara-negara barat.
Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai pengasas kepada pendidikan peringkat
rendah dan menengah yang memberi perhatian kepada kemajuan modenseperti yang
terdapat di dunia Barat tetapi tidak mengenepikan pengetahuan agama dan akhlak
Islam.
§ Banyak sekolah menengah, sekolah rendah dan
institusi pendidikan tinggi di Turki didirikan. Sekolah rendah didirikan di
setiap kampung. Bilangan sekolah di seluruh bandar dan kampung dalam wilayah
Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah manakala bilangan pelajar berjumlah 331
140 orang. Jumlah institusi pengajian tinggi di Turki pada awal abad ke-20 pula
bertambah kepada 18 buah.
Faktor hubungan dengan golongan minoriti
§ Untuk membina negara dan bangsa Turki, Sultan Abdul
Hamid II juga sedar bahawa golongan minoriti yang tinggal di bawah penguasaan
kerajaan Turki Uthmaniyah perlu dilindungi dan diberi hak mereka selaras dengan
tuntutan Islam terhadap Ahl al-Dhimmah.
§ Hubungan yang baik serta mesra cuba diatur dengan
golongan minoriti ini supaya masalah keselamatan dalam negeri dapat
dihindarkan. Antara golongan minoriti yang tinggal dalam empayar Turki
Uthmaniyah ialah orang Armenia, Maronite dan Rom dan kebanyakan mereka beragama
Kristian dan Yahudi.
§ Pemerintah Turki Uthmaniyah telah mengeluarkan
pelbagai peraturan meliputi pelbagai keistimewaan untuk golongan minoriti.
Sultan Abdul Hamid II sendiri menggunakan khidmat golongan minoriti yang
menjawat jawatan tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan seperti di kedutaan dan
pentadbiran wilayah.
§ Bagaimanapun kesetiaan golongan minoriti terhadap
empayar Turki Uthmaniyah teruji apabila orang-orang barat menghasut mereka
menentang kerajaan Turki. Mereka telah bekerjasama dengan negara-negara Eropah
untuk menghancurkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Justeru, berlakulah
pemberontakan seperti yang dilakukan oleh puak Armenia. Puak Yahudi dan Yahudi
Dunama pula campur tangan bagi menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis
Turki dan Arab yang membawa kepada kemerosotan sistem khalifah Islamiah.
Faktor komunikasi dan pengangkutan
§ Bagi menghadapi era pemodenan khususnya
perkembangan teknologi, Sultan Turki Uthmaniyah memberi perhatian yang serius
dalam bidang komunikasi dan pengangkutan. Kemudahan sistem telegraf disediakan
di seluruh negara sedangkan ketika itu sebahagian daripada negara eropah masih
belum menyediakan kemudahan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibina
talian telegraf sepanjang 30 000 km di seluruh pelusuk negara.
§ Stesen-stesen telegraf telah dibina di seluruh
bandar di Turki dan wilayah penguasaan serta bandar-bandar lain seperti Makkah,
Madinah, Damsyik, Tripoli Barat dan India. Untuk melaksanakan projek ini,
baginda telah menubuhkan Kementerian Telegraf yang bertanggungjawab
menjayakannya.
§ Sesungguhnya sistem telegraf dapat menyampaikan
maklumat dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik denga lebih cepat dan
membawa faedah kepada perkembangan ekonomi dan politik di seluruh empayar Turki
Uthmaniyah.
§ Dalam bidang pengangkutan, Sultan Abdul Hamid II
telah melancarkan projek landasan kereta api Hijaz yang dimulakan pada tahun
1901 dan berjaya disiapkan pada tahun 1908. Projek ini telah menghubungkan
bandar Constantinople degan kota Madinah iaitu sepanjang 1327 batu. Pembinaan
ini telah menelan belanja sebanyak 3 juta pound sterling.
§ Projek landasan kereta api Hijaz merupakan satu
projek Islam yang tulen kerana tenaga kerjanya terdiri daripada orang-orang
Islam manakala kos pembinaannya pula adalah hasil sumbangan pemimpin dan
masyarakat Islam.
§ Kakitangan awam dan tentera pula dipotong 10%
daripada gaji mereka untuk menjayakan projek ini. Kerajaan juga menyediakan kenaikan pangkat
serta menganugerahkan bintang-bintang kebesaran kepada sesiapa yang menyumbang
tenaga dan harta terhadap projek ini.
§ Pembinaan landasan kereta api Hijaz merupakan
langkah yang wajar kerana pembinaannya membawa faedah dalam bidang ekonomi,
perdagangan, dakwah politik dan strategi keselamatan. Apa yang lebih penting,
projek ini akan merealisasikan dasar Pan-Islamisme yang diperkenalkan oleh
baginda.
Faktor Dasar Turkifikasi
§ Sultan abdul hamid II mewarisi sebuah negara yang
sedang berada di peringkat muflis. Jumlah hutang kerajaan turki uthamaniyah
pada awal pemerintahan baginda mencecah angka 300 juta lira. Baginda memutuskan
untuk membayar keseluruhan hutang sebagai langkah untuk membebaskan kerajaan
Turki Uthmaniyah daripada tekanan politik Barat. Dengan melunaskan hutang itu
juga bermakna baginda tidak memberi peluang kepada pihak musuh untuk melakukan
pencerobohan ke atas wilayahnya. Demi bangsa dan negaranya, baginda sanggup
berbuat demikian.
§ Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki
sekitar tahun 1910 hingga 1915, mereka menekankan kepada dasar Turkifikasi bagi
seluruh empayar Turki Uthmaniyah sebagai reaksi kepada penentangan dan
pemberontakan yang datangnya dari negara Balkan. Kajian oleh Eeman Mohamed
Abbas mendapati pemerintahan al-Ittihad wa al-Taraqqi bermula secara rasmi pada
tahun 1909 iaitu selepas penyingkiran Sultan Abdul Hamid II, bukanlah pada
tahun 1924 iaitu selepas Mustafa Kamal Ataturk memansuhkan sistem Khalifah
Uthmaniyah.
§ Dalam tempoh selepas itu, semua keputusan utama
dalam pentadbiran kerajaan kerajaan Turki dibuat oleh golongan al-Ittihad wa
al-Taraqqi seperti keputusan untuk melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama
dan menyokong Jerman dalm perang tersebut. Golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi
yang menganjurkan nasionalisme Turki sebenarnya dipelopori oleh bangsa Rusiadan
Yahudi Dunama yang kebanyakannya lepasan sekolah Kristian atau Eropah.
Merekalah yang mengasaskan gerakan ini yang kemudiannya bertanggungjawab
meniupkan semangat nasionalisme Turki atas nama merealisasikan impian bangsa
Turaniah.
§ Gerakan ini menyeru ke arah fahaman baru yang
berpaksikan kepada slogan “kebangsaan, perlembagaan, persamaan dan kebebasan.”
Golongan ini telah menyebarkan fahaman mereka dalam golongan Turki Muda. Rejim
Turki Muda yang diketuai pemimpin tiga serangkai (Tal’at Pasha, Enver Pasha dan
Kolonel Jamal Pasha) kemudiannya telah memaksa seluruh rakyat di bawah empayar
Turki Uthmaniyah sama ada Arab, Armenia, Greek dan yang lain-lain untuk menjadi
Turki.
Penutup :
§ Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya
membina negara dan bangsa Turki namun beliau gagal dengan asakan Barat yang
bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah.
§ Golongan Turki Muda pula sukar membina negara
bangsa Turki kerana mereka telah termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.
Soalan 127: Sejauhmanakah faktor
politik membawa kepada pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke-20.
Pendahuluan
§ Pembentukan
negara bangsabermula hasil daripada kesedaran semangat nasionalisme
iaitu perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada
tanah air dan ingin membebaskan negara bangsa daripada penguasaan dan cengkaman
kuasa asing. Di Turki kesedaran semangat kebangsaanini telah membawa kepada
kemunculan negara bangsa di Turki. Kesedaran ini semakin kuat kerana negara
mereka dijajah, melalui kekalahan dalam Perang Dunia Pertama. Ekoran ini negara
Turki telah dibahagi-bahagikan.
§ kesan daripada penjajahan ini telah membawa
kepada pembentukan negara bangsa di
Turki pada abad ke-20, yang disebabkan oleh beberapa faktor. Dalam hal ini
faktor politik, merupakan salah satu faktor yang membawa kepada pembentukan
negara bangsa di negara ini.
Isi-isi
1.
Politik
a.
Masalah Dalaman pemerintahan negara Turki
§ Empayar Uthmaniyah
sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun Sultan Abdul Hamid
II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki Uthmaniyah serta mampu menepis
serangan daripada imperialis Barat. Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan dalam
tempoh 33 tahun pemerintahannya. Pada awal abad ke-20, Sultan Abdul Hamid II
telah mempunyai kuasa, sungguhpun kuasa tersebut semakin merosot dan hilang
selepas pelucutan baginda sebagai Sultan Uthmaniyah pada tahun 1909. Dalam
tempoh 1900 hingga 1909, baginda cuba sedaya upaya mempertahankan wilayah dan
keselamatan rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Tempoh tersebut juga
merupakan tempoh kuasa-kuasa barat cuba mengenakan tekanan ke atas kerajaan baginda.
Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan Islam dalam
wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan empayar
Turki Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat ini
menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa Turki.
§ Turki Muda (Young
Turks) merupakan golongan radikal yang menentang Sultan Abdul Hamid II. Golongan ini merupakan pelajar-pelajar muda yang
dihantar oleh kerajaan Turki Uthmaniyah untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara terutama dalam bidang perubatan. Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda atau
Committee of Union and Progress (CUP) bersama Tentera Division Ketiga di
Salonika telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan Sultan Abdul
Hamid II dengan slogan “Equality, Fraternity, Liberty and Justice”. Semenjak peristiwa itu, kuasa pemerintahan
Turki Uthmaniyah bertukar tangan daripada khalifah jatuh kepada Rejim Turki
Muda. Sultan Abdul Hamid II disingkir dan sultan lain dilantik untuk menjadi
boneka penyatuan umat Islam di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Empayar Turki
Uthmaniyah berakhir apabila Rejim Turki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia
Pertama bersama sekutunya, Jerman dan kalah dalam perang tersebut kepada
Tentera Bersekutu yang dianggotai oleh Britain, Perancis, Itali dan Rusia.
Banyak daerah di bawah naungan Turki Uthmaniyah dibahagikan antara kuasa-kuasa
Bersekutu yang menang dalam Perang Dunia Pertama sehingga menghimpit penduduk
Turki dan memaksa mereka untuk berjuang mendapat kemerdekaan tanah air sendiri.
§ Selepas Perang Dunia
Pertama, kebanyakan pemimpin Turki Muda meninggalkan empayar Turki Uthmaniyah
terumbang-ambing menimbang nasib untuk berkubur sehinggalah muncul tokoh yang
dikatakan penyelamat oleh rakyat Turki, iaitu Mustafa Kamal Ataturk yang cuba memperjuangkan kedaulatan Turki dan
menggunakan propaganda menyelamatkan umat Islam bagi meraih sokongan rakyat.
Apabila Tentera Bersekutu menguasai Istanbul, Mustafa Kamal Ataturk
mengisytiharkan perang terhadap mereka dan mendapat sokongan padu daripada
ulama, syeikh tariqat dan seluruh rakyat Turki. Berbekalkan semangat jihad,
rakyat Turki bersama-sama di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk berjaya
mengisytiharkan kerajaan kebangsaan merdeka di kawasan Ankara. Semasa rejim
Turki Muda menguasai politik Turki sekitar tahun 1910 hingga 1915, mereka
menekankan kepada dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Turki Uthmaniyah
sebagai reaksi kepada penentangan dan pemberontakan yang datangnya dari negara
Balkan. Kajian oleh Eeman Mohamed Abbas mendapati pemerintahan al-Ittihad wa
al-Taraqqi bermula secara rasmi pada tahun 1909 iaitu selepas penyingkiran
Sultan Abdul Hamid II, bukanlah pada tahun 1924 iaitu selepas Mustafa Kamal
Ataturk memansuhkan sistem Khalifah Uthmaniyah.
§ Dalam tempoh selepas
itu, semua keputusan utama dalam pentadbiran kerajaan kerajaan Turki dibuat
oleh golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi seperti keputusan untuk melibatkan diri
dalam Perang Dunia Pertama dan menyokong Jerman dalm perang tersebut. Golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang
menganjurkan nasionalisme Turki sebenarnya dipelopori oleh bangsa Rusia dan
Yahudi Dunama yang kebanyakannya lepasan sekolah Kristian atau Eropah.
Merekalah yang mengasaskan gerakan ini yang kemudiannya bertanggungjawab meniupkan
semangat nasionalisme Turki atas nama merealisasikan impian bangsa Turaniah.
Gerakan ini menyeru ke arah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan
“kebangsaan, perlembagaan, persamaan dan kebebasan.” Golongan ini telah
menyebarkan fahaman mereka dalam golongan Turki Muda. Rejim Turki Muda yang
diketuai pemimpin tiga serangkai (Tal’at Pasha, Enver Pasha dan Kolonel Jamal
Pasha) kemudiannya telah memaksa seluruh rakyat di bawah empayar Turki
Uthmaniyah sama ada Arab, Armenia, Greek dan yang lain-lain untuk menjadi
Turki.
b.
Tindakan kuasa barat
§ Britain, Perancis dan Rusia khususnya bersaing
sengit untuk mendapatkan kekayaan yang terdapat dalam wilayah-wilayah Turki
Uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah.
§ Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk
apabila penduduk bukan Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak
barat untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang
direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan
untuk membina negara bangsa Turki.
c.
Gerakan pan-Islamie/ gerakan islah
§ Pembentukan negara bangsa Turki pada awal abad
ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme yang merupakan satu dasar terpenting
pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Sebagai satu dasar, fahaman ini
menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam sejagat di bawah pimpinan seorang
khalifah yang berperanan membela hak umat Islam, bukan sahaja di Turki malah di
seluruh dunia. Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang Islam di Turki dan
berada dalam empayar Turki hendaklah disatukan di bawah pimpinan Sultan Turki
Uthmaniyah. Manakala umat Islam yang berada di bawah penguasaan orang barat
hendaklah menyokong khalifah kerajaan Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan
kemerdekaan negara masing-masing daripada belenggu penjajahan barat.
§ Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan
keagungan sistem khalifah Islamiyah dan usaha ini menggerunkan penjajah
terutamanya Britain. Menurut baginda, walaupun empayar Turki Uthmaniyah lemah
dari sudut politik, namun negara-negara Barat masih takut kepada kekuatan
Islam. Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme ini, Sultan Abdul Hamid II telah
menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan ulama,
pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum, negeri dan aliran pemikiran serta
pelbagai bidang kepakaran. Di antara tokoh yang menyertai Projek Pan-Islamisme”
ini termasuklah Jamaludin al-Afghani, Abd. Al-Qadir al-Maghribi dan Rashid
Rida.
2.
Faktor lain
a.
Faktor ekonomi
§ Menangani hutang
negara. Sultan abdul hamid
II mewarisi sebuah negara yang sedang berada di peringkat muflis. Jumlah hutang
kerajaan turki uthamaniyah pada awal pemerintahan baginda mencecah angka 300
juta lira. Baginda memutuskan untuk membayar keseluruhan hutang sebagai langkah
untuk membebaskan kerajaan Turki Uthmaniyah daripada tekanan politik Barat.
Dengan melunaskan hutang itu juga bermakna baginda tidak memberi peluang kepada
pihak musuh untuk melakukan pencerobohan ke atas wilayahnya. Demi bangsa dan
negaranya, baginda sanggup berbuat demikian.
§ Membangunkan teknologi menerusi komunikasi dan
pengangkutan. Bagi menghadapi era
pemodenan khususnya perkembangan teknologi, Sultan Turki Uthmaniyah memberi
perhatian yang serius dalam bidang komunikasi dan pengangkutan. Kemudahan
sistem telegraf disediakan di seluruh negara sedangkan ketika itu sebahagian
daripada negara eropah masih belum menyediakan kemudahan tersebut. Baginda
telah mengarahkan supaya dibina talian telegraf sepanjang 30 000 km di seluruh
pelusuk negara.Stesen-stesen telegraf
telah dibina di seluruh bandar di Turki dan wilayah penguasaan serta bandar-bandar
lain seperti Makkah, Madinah, Damsyik, Tripoli Barat dan India. Untuk
melaksanakan projek ini, baginda telah menubuhkan Kementerian Telegraf yang
bertanggungjawab menjayakannya. Sesungguhnya sistem telegraf dapat menyampaikan
maklumat dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik denga lebih cepat dan
membawa faedah kepada perkembangan ekonomi dan politik di seluruh empayar Turki
Uthmaniyah.
§ Dalam bidang
pengangkutan, Sultan Abdul Hamid II telah melancarkan projek landasan kereta
api Hijaz yang dimulakan pada tahun 1901 dan berjaya disiapkan pada tahun 1908. Projek ini telah menghubungkan bandar
Constantinople degan kota Madinah iaitu sepanjang 1327 batu. Pembinaan ini
telah menelan belanja sebanyak 3 juta pound sterling. Projek landasan kereta api
Hijaz merupakan satu projek Islam yang tulen kerana tenaga kerjanya terdiri
daripada orang-orang Islam manakala kos pembinaannya pula adalah hasil
sumbangan pemimpin dan masyarakat Islam. Kakitangan awam dan tentera pula
dipotong 10% daripada gaji mereka untuk menjayakan projek ini. Kerajaan
juga menyediakan kenaikan pangkat serta menganugerahkan bintang-bintang
kebesaran kepada sesiapa yang menyumbang tenaga dan harta terhadap projek ini.
Pembinaan landasan kereta api Hijaz merupakan langkah yang wajar kerana
pembinaannya membawa faedah dalam bidang ekonomi, perdagangan, dakwah politik
dan strategi keselamatan. Apa yang lebih penting, projek ini akan
merealisasikan dasar Pan-Islamisme yang diperkenalkan oleh baginda.
b.
Faktor sosial
§ Pendidikan. Oleh kerana kedudukan Turki berhampiran dengan
negara-negara Barat yang maju, maka bidang
pendidikan diberi keutamaan untuk memajukan empayar Turki Uthmaniyah supaya
setanding dengan negara-negara barat. Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai
pengasas kepada pendidikan peringkat rendah dan menengah yang memberi perhatian
kepada kemajuan modenseperti yang terdapat di dunia Barat tetapi tidak
mengenepikan pengetahuan agama dan akhlak Islam. Banyak sekolah menengah,
sekolah rendah dan institusi pendidikan tinggi di Turki didirikan. Sekolah
rendah didirikan di setiap kampung. Bilangan sekolah di seluruh bandar dan
kampung dalam wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah manakala bilangan
pelajar berjumlah 331 140 orang. Jumlah institusi pengajian tinggi di Turki pada
awal abad ke-20 pula bertambah kepada 18 buah.
§ Faktor hubungan dengan golongan minoriti. Untuk membina negara dan bangsa Turki, Sultan Abdul
Hamid II juga sedar bahawa golongan minoriti yang tinggal di bawah penguasaan
kerajaan Turki Uthmaniyah perlu dilindungi dan diberi hak mereka selaras dengan
tuntutan Islam terhadap Ahl al-Dhimmah. Hubungan yang baik serta mesra cuba
diatur dengan golongan minoriti ini supaya masalah keselamatan dalam negeri
dapat dihindarkan. Antara golongan minoriti yang tinggal dalam empayar Turki
Uthmaniyah ialah orang Armenia, Maronite dan Rom dan kebanyakan mereka beragama
Kristian dan Yahudi. Pemerintah Turki Uthmaniyah telah mengeluarkan pelbagai
peraturan meliputi pelbagai keistimewaan untuk golongan minoriti. Sultan Abdul
Hamid II sendiri menggunakan khidmat golongan minoriti yang menjawat jawatan
tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan seperti di kedutaan dan pentadbiran
wilayah. Bagaimanapun kesetiaan golongan minoriti terhadap empayar Turki
Uthmaniyah teruji apabila orang-orang barat menghasut mereka menentang kerajaan
Turki. Mereka telah bekerjasama dengan negara-negara Eropah untuk menghancurkan
kerajaan Turki Uthmaniyah. Justeru, berlakulah pemberontakan seperti yang
dilakukan oleh puak Armenia. Puak Yahudi dan Yahudi Dunama pula campur tangan
bagi menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis Turki dan Arab yang membawa
kepada kemerosotan sistem khalifah Islamiah.
Kesimpulan
§ Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya
membina negara dan bangsa Turki namun beliau gagal dengan asakan Barat yang
bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah. Golongan Turki Muda
pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka telah termasuk dalam
perangkap kuasa-kuasa Barat.
§ Faktor politik merupakan faktor utama pencetus ke
arah pembentukan negara bangsa dan faktor lain sebagai pemangkin untuk
mempercepatkan proses pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke-20.
Soalan 128: Huraikan perkembangan era Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyah dan
Kemunculan negara bangsa di Timur Tengah
Pendahuluan
§ Konsep
negara bangsa di dunia Islam, menjadi fenomena politik berikutan kejatuhan
kerajaan Uthmaniyah. Dasar capitulationss oleh kerajaan Uthmaniyah dan juga
pelaksaan sistem millet untuk memenuhi toleransi agama pada abad ke-19 M,
menjadi agitan politik.
§ Idea-idea
persamaan dan persaudaraan yang tersabar di Eropah mempengaruh masyarakat
Islam, terutamanya Kristian dan Yahudi. Situasi ini mendorong Perancis, British
dan Rusia bersaing untuk melindungi masyarakat Kristian Katolik, Prostestan dan
Yahudi dalam kerajaan Uthmaniyah.
Isi-isi Penting:
1.
Bagi
melemahkan kuasa Islam Uthmaniyah, kuasa-kuasa Eropah seperti Portugal,
Sepanyol, Belanda dan Inggeris yang berusaha mengusai lautan yang melingkungi
dunia Islam dan sistem perdagangan antarabangsa. mereka tidak lagi
menggunakan pendekatan kekuatan ketenteraan sebagaimana dalam Perang Salib.
Oleh itu, Zaman kemunculan kerajaan Uthmaniyah dapat dilihat dalam rangka dasar
hubungannya dengan kuasa barat. Negara-negara Kristian memahami aspek kekuatan
dan kelemahan kerajaan Uthmaniyah sejak abad ke-16 M lagi. Berikutan daripada
ini, sumber kekuatan ekonomi dan kuasa laut kerajaan Uthmaniyah mula tercabar.
Kemenangan yang dicapai oleh kerajaan Uthmaniyah semasa era keagungannya dalam
menghadapi Kristian Eropah menyebabkan meraka memandang mudah berkaitan dengan
perkembangan yang berlaku di luar negara.Hubangan secara diplomatik secara
timbal balik dengan kuasa Eropah menyebabkan yang berlaku di luar negara.
Hubangan diplomatik secara timbal balik dengan kuasa Eropah dianggap tidak
penting walaupun diplomat Eropah dibenarkan berada di Istambul.
2.
Pada abad
ke-17 M, sikap kerajaan Uthmaniyah terhadap Eropah mula berubah melalui
beberapa Perjanjian yang memaksa kerajaan Uthmaniyah menyerahkan wilayahnya
kepada barat. Contohnya, kepada Habsburg hampir keseluruhan Hungary dan sebahagian besar
Silvania dan Croatia. Di samping menyerahkan sebahagian Ukraine dan Prodolia
kepada Poland. Perkembangan ini dipandang sebagai bermulannya era kemorosotan
kerajaan Uthmaniyah serta tidak menjadi ancaman kepada Kristian Eropah. Kuasa
Eropah yang bercita-cita besar ke atas kerajaan Uthmaniyah pada ketika itu
ialah Rusia. Disamping itu, Austria juga berminat dengan Balkan dan menjadi
pengimbang untuk menyekat pengaruh Rusia daripada menjadi beditu kuat. Fasa
baharu ini memperlihatkan persaingan pengaruh dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah
seperti Rusia, Austria, Jerman, Perancis dan Bratish yang mempunyai kepantingan
masing-masing. Persaingan yang berlaku ketika era kemerosotan kerajaan Uthmaniyah
ini dinamakan “The Eastern Question”, iaitu kuasa Barat mencari peluang untuk
mengusai wilayah kerajaan tersebut.
3.
Dalam masa
yang sama, persoalan lain yang perlu dihadapi oleh kerajaan Uthmaniyah ialah
bagaimana untuk mengembalikan kekuatan serta menyelamatkan perpaduan negara. Pd abad
ke-19, situasi kelemahan kerajaan Uthmaniyah dilihat semakin serius. Kekalahan
dalam perang Crimea pd thn 1875 M, bertambah jelas buat Perancis dan Inggeris
bahawa kerajaan Uthmaniyah sudah tidak mempunyai sumber kekayaan yang boleh di
kaut lagi. Oleh itu, kerajaan ini dianggap tidak lagi menjadi sekutu penting
dalam pakatan tentera. Berikutan itu, British dan Perancis mula berpaling tadah
dan menyertai Rusia dalam merampas wilayah kerajaan Uthmaniyah. Pd thn 1875 M,
British menduduki Cyprus dan Rusia menyerang Bulgaria. Pd thn 1878 M, Rusia
memaksa Uthmaniyah menyerahkan tiga buah
wilayah di bahagian Timur, iaitu Batum, Ardahan dan Kars. Pd 1881 M, Perancis
menakluki Tunisa, British mengusai Mesir dan akhirnya pd thn 1909 M, Bulgaria
mengistiharkan kemerdekaan dan Austria merampas Bosnia dan Herzegovina.
Imperilisme baharu Eropah, yang bermula pd thn awal kurun ke-19 M itu telah
mengakibatkan penembusan idea-idea Barat secara berunsur-unsur dalam kehidupan
masyarakat Timur Tengah. Idea-idea tersebut akhirnya dimanifestasikan dalam
bentuk nasionalisme dan sekularisme. Fahaman kebangsaan moden yang mencetus
konsep “negara bangsa” adalah bersumpah Revolusi Perancis.
4.
Masalah
dalaman menjadi punca utama memudahkan penembusan pengaruh asing pd abad ke-19
M yang akhirnya menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah pd abad ke-20 M. Keutamaan
yang diberikan oleh Uthmaniyah dalam dasar capitualations dan juga pelaksaan
sistem millet untuk memenuhi toleransi agama pd abad ke-19 M menjadi aditasi
politik. Pengaruh idea-idea persamaan dan persaudaraan yang tersebar meluas di
Eropah menyebabkan masyarakat bukan Islam, terutamanya Kristian dan Yahudi
bangkit memperjuangkan konsep tersebut. Kelemahan yang semakin ketara ini,
dimanipulasi oleh Perancis, British dan Rusia dengan masing-masing mengaku
menjadi juara untuk melindungi kepentingan masyarakat Kristian Katolik,
Protestan dan Yahudi dalam kerajaan Uthmaniyah. Idea-idea Revolusi Perancis dan
campur tangan asing tersebut ternyata membangkitkan masyarakat bukan Islam,
terutama di bahagian Eropah Kerajaan Uthmaniyah yang menuntut persamaan status
serta kemerdekaan sepenuhnya daripada kerajaan Uthmaniyah. Polisi yang dipilih
ke arah modenisasi Negara ialah nasionalisme Turki. Melalui Pan-Turanisme, darah Turki tidak hanya
menjadi identity etnik malahan juga identity politik. Penggulingan Sultan Abd
al-Hamid 2 (1876-1909 M), menandakan satu era perubahan yang keluar dari rangka
dasar Pan-Islamisme dan Ottomanisme.
5.
Perang Dunia
Pertama yang berakhir pada 1918 M, membawa kepada perubahan yang besar ke atas
Timur Tengah, khususnya dunia Arab. Semasa peperangan
berlangsung, British mengistiharkan Deklarasi Balfour yang menjadi asas
penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin pada tahun 1948 M. Antara tahun 1920 M
hingga 1948 M, dunia Arab mengalami satu tempoh kemunculan entiti politik yang
berasingan di bawah rejim-jejim yang didukung oleh Perancis, British, Sepanyol
dan Itali. Setelah Algeria , Tunisia dan Maghribi jatuh di bawah kekuasaannya
pada tahun 1920 M, Perancis berjaya menawan Syria. Kesatuan Syria yang
dinikmati selama berada di bawah kerajaan Uthmaniyah turut dileburkan menjadi
enam buah negeri, iaitu Great Lebanon, ‘Alawiyyah, Damsyik, Aleppo, Druze dan
Alexandretta. Rasional di sebalik pemecahan sedemikian ialah kea rah mewujudkan
pandangan kedaerahan. Iraq, Palestin, Transjordan diletakkan di bawah British.
Kedua-dua kuasa Eropah ini, iaitu British dan Perancis, menguatkan cengkaman
masing-masing ke atas wilayah yang diperuntukan atas nama kuasa mandate.
6.
Berikutan
itu, perjuangan nasionalisme Arab bertukar arus kepada penentangan kuasa-kuasa
Eropah. Selepas Perang Dunia Kedua memperlihatkan banyak daripada Negara-negara
Timur Tengah mencapai kemerdekaan dalam sempadan-sempadan politik yang diatur
oleh penjajah Barat. Kuasa-kuasa penjajah seperti British, Perancis, Sepanyol
dan Itali di bahagian-bahagian sesama mereka wilayah Arab Afrika manakala
wilayah Arab Asia dibahagikan di antara British dan Perancis. Penjajahan
Perancis di Lubnan, British di Iraq dan Palestin, Itali, di Libya dan Sepanyol
di Maghribi meningggalkan kesan yang mendalam ke atas penduduk tempatan hingga
ke tahap mengisi kemerdekaan. Proses kelahiran Negara bangsa di Timur Tengah
berkait rapat dengan penjajahan Barat yang begitu ketara terutama selepas
Perang Dunia Pertama.
Penutup
§ Konsep
Negara bangsa ini juga menjadi fenomena politik yang menyeluruh berikutan
kejatuhan kerajaan Uthmaniyah dan kebangkitan gerakan nasionalisme di rantau
tersebut. Penjajahan Perancis di Syria dan Lubnan, British di Iraq dan
Palestin, Itali di Libya dan Sepanyol di
Mighribi meninggalkan kesan yang mendalam ke atas penduduk tempatan hingga ke
tahap mengisi kemerdekaan.
§ Selepas
Perang Dunia Kedua, banyak daripada Negara-negara Timur Tengah mencapai
kemerdekaan dalam sempadan-sempadan politik yang diatur oleh Barat.
Soalan 129: Huraikan
Pembentukan Negara Bangsa Mesir Pada abad Ke-20
Pendahuluan
§ Mesir secara geografinya merupakan sebuah negara
yang terletak di benua Afrika dan bukanlah negara Arab pada mulanya. Mesir mula
terdedah kepada kebudayaan Barat khususnya Perancis apabiala Napoleon berjaya
menawan Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan kerajaan Mamluk pada
tahun 1798.
§ Namun, penguasaan Perancis terhadap Mesir hanya
untuk seketika. Selepas tiga tahun, Sulta salim 3 menghantar tentera Turki
Uthmaniyah dengan pakatan Britain untuk merampas Mesir daripada tangan
Perancis.Angkatan tentera ini diketuai oleh Muhammad Ali Pasha.
Isi-isi penting:
1.
Selepas berjaya menghalau Perancis dari bumi Mesir,
Sultan Turki Uthmaniyah mengiktiraf kekuasaan Muhammad Ali Pasha di Mesir. Namun, penganti-penganti Ali Pasha yang banyak
dilanda masalah terutamanya Ismail yang berhutang sebanyak 100 Juta Pound Euro
dengan bank-bank Eropah telah membuka pintu kuasa imperialis Barat campur
tangan secara terang-terangan dalam pentadbir Mesir.
2.
Pada tahun 1882, Britain meletakkan seorang
Prokonsul British di Mesir dan bermulanya
penjajahan secara rasmi oleh Britain terhadap Mesir. Ia berlaku selepas pemberontakan Urabi dalam
menentang diskriminasi yang dikenakan kepada tentera fellhahin (atau penduduk
asal Mesir) berjaya dipatahkan, Semasa berada di bawah cengkaman British,
banyak perubahan yang telah berlaku di Mesir. Antaranya ialah sistem
pemerintahan Khedif (Gabenor) diletakkan di pengawasan Britain dan sistem buruh
paksa yang menjadi amalan tradisonal di Mesir dihapuskan.
3.
Sebelum tahun 1914, sistem pendidikan British
mengenakan yuran pendidikan kepada pelajar yang menuntut di sekolah kerajaan,
walhal di bawah pemerintahan Khedif sebelum ini, pendidikan di Mesir adalah
percuma. Ini meluaskan jurang
perbezaan kelas dalam masyarakat Mesir. Di sekolah agama dan sekolah rendah,
Britain menggalakkan penggunaan dialek tempatan, iaitu bahasa Arab Misriyah
atau Amiiyah dalam pengajaran di dalam kelas. Ini mengukuhkan lagi identiti
Mesir sambil menjauhkan generasi baharu Mesir memahami bahasa Arab Fushah yang
digunakan dalam al-Quran.
4.
Selepas Perang Dunia Pertama tamat, Mesir secara
rasmi diumumkan sebagai jajahan British yang berlindung di bawah Kerajaan
Diraja British. Namun,
disebabkan kekacauan dalaman yang melanda Mesir apabila rakyat dipaksa
menyertai Perang Dunia Pertama, rakyat mula bangkit memberontak. Pada 13
November 1918, satu delagasi (wafd) yang
terdiri daripada pemimpin nasionalis yang diketuai olah Saad Zaghlul telah
menemu Pesuruhjaya Tinngi British di Mesir, Jeneral Ser Reginald Wingate untuk
memohon kemerdekaan Mesir secara formal dan menuntut untuk menghantar seorang
wakil ke perundagan Damai Paris. Permintaan delagasi wafd ini ditolak mentah-mentah oleh British malah
pemimpin utama deligasi ditangkap dan dibuang negeri serta-merta ke Malta.
Tindakan British ini mencetuskan kebangkitan nasional yang melibatkan seluruh
penduduk Mesir tanpa mengira darjat,pekerjaan mahupun agama.
5.
Kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dibendung lagi
oleh British dan pada Disember 1919, mereka menghantar satu suruhanjaya
peninjau yang dikenali sebagai Misi Milner untuk melihat keadaan di Mesir. Misi Milner mencadangkan kepada kerajaan British
untuk memberi kemerdekaan kepada Mesir namun dengan bersyarat. Empat Prasyarat
Kemerdekaan Mesir menyatakan Kerajaan Diraja British bertanggugjawab untuk
menguruskan: Keselamatan sitem komunikasi (Terusan Suez) empayar British di
Mesir, Pertahanan di Mesir, iaitu dicerobohi sama ada secara langsung atau
tidak langsung oleh kuasa asing. Perlindungan bagi kepentingan orang asing dan
golongan minoriti di Mesir dan Kepentingan di Wilayah Sudan.
Penutup
§ Akhirnya pada tahun 1992, British telah
mengisytiharkan kemerdekaan Mesir selepas Mesir bersetuju dengan semua syarat
yang diberikan oleh British.
§ Sejurus kemerdekaan diumumkan, Perlembagaan Mesir
diisytiharkan pada tahun 1923 dan Raja Fuad 1 ditabalkan menjadi Sultan Mesir
Dalam pilihan raya pertama Mesir, Saad Zaghlul menang dalam pilihan raya
tersebut dan dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.
Soalan 130: Huraikan faktor-faktor pembentukan
negara bangsa Mesir abad ke-20.
Pendahuluan
§ Mesir secara geografinya merupakan sebuah negara
yang terletak di benua Afrika dan bukanlah negara Arab pada mulanya. Mesir mula
terdedah kepada kebudayaan Barat khususnya Perancis apabila tentera Napoleon
berjaya menawan Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan kerajaan
Mamluk pada tahun 1798.
§ Namun penguasaan Perancis terhadap Mesir hanya
untuk seketika. Selepas tiga tahun, Sultan Salim III menghantar tentera Turki
Uthmaniyah dengan pakatan Britain untuk merampas Mesir daripada tangan
Perancis.
Isi-isi penting
1. Kemunculan
golongan nasionalis
§ Diskriminasi pihak British telah mewujudkan
golongan nasionalis yang menuntut kemerdekaan Mesir dan sistem parlimen seperti
di Barat. Pihak tentera(orang Mesir) telah dikawal rapi oleh pihak British,
manakala lulusan undang-undang tidak disekat aktivitinya. Golongan pemimpin ini
ialah Mohammad Farid dan Mustafa Kamil.
§ Lulusan undang-undang dididik oleh pensyarah
berketurunan Perancis yang bertugas di Mesir. Mereka telah menjalankan kegiatan
untuk menghasut pelajar agar memusuhi pihak British. Hal ini berkembang dengan
subur dan merasakan diskriminasi British dalam bidang pentadbiran.
§ Walaupun kedudukan Mesir berada di Afrika Utara
tetapi sebahagian besar penduduknya merasakan mereka adalah sebahagian daripada
orang Arab. Pihak British cuba menghapuskan keadaan tersebut dengan
menggalakkan masyarakat Mesir bertutur dalam dialek Misriyah bagi mengukuhkan
identiti Mesir.
§ Generasi baharu Mesir akan tersisih daripada bahasa Arab Fushah yang
digunakan dalam al-Quran. Oleh itu
timbul rasa gelisah dalam kalangan ulama Mesir.
2. Pembukaan
Terusan Suez
§ Pembukaan Terusan Suez sejak tahun 1869 menarik
perhatian kuasa Barat seperti Perancis dan British untuk sama-sama menguasainya
sehingga mereka berjaya memeteri perjanjian
dengan Mesir supaya terusan ini menjadi terusan antarabangsa yang akan
membenarkan kapal-kapal dari seluruh pelusuk dunia.
§ Kebijaksanaan pihak British memasang perangkap
supaya Khedif ismail dibelenggu masalah hutang dan akhirnya muflis membolehkan
mereka menguasai Terusan Suez.Terusan Suez menjadi sensitif kepada penduduk
Mesir kerana pihak penjajah akan menempatkan tentera di kawasan terusan
itu.Penduduk tempatan sememangnya tidak
dapat berbuat apa-apa terhadap perkembangan tersebut.
3. Faktor Politik
§ Suasana di Mesir antara tahun 1900 hingga 1918
tidak memihak kepada penduduk tempatan. Mesir masih berada di bawah empayar
Utmaniyah yang diwakili oleh Khedif, namun kuasa pemerintahan sebenar berada di
tangan pihak British yang sudah bertapak kukuh sejak tahun 1882.
§ Kedua-dua pihak yang memerintah, iaitu Khedif dan
pihak British tidak berusaha membaiki keadaan rakyat dan pada masa yang sama
tidak bersikap untuk menerima kritikan serta protes daripada rakyat yang tidak
sukakan mereka.
4. Kebudayaan
masyarakat
§ Budaya masyarakat Mesir juga mengalami saat yang
tenat akibat pengaruh kebudayaan penjajah yang bersifat sekular. Akhbar dan
majalah di Mesir selalu mengungkapkan tulisan yang menyatakan Mesir merupakan
sebahagian daripada Eropah.
§ Akibatnya kebudayaan penjajah yang sekular
mempengaruhi secara mendalam rakyat Mesir sehingga mengenepikan ajaran Islam.
5. Kedudukan ekonomi
§ Rakyat Mesir sangat lemah. Ramai wanita Mesir hanya
menjadi pembantu rumah kepada orang-orang British yang bekerja di tapak projek
Terusan Suez. Ini bermakna sebahagian besar masyarakat Mesir ketika itu hanya
bergantung kepada kedudukan ekonomi penjajah.
§ Biarpun Mesir merupakan negara yang kaya dengan
hasil buminya, namun hasil-hasil itu dikaut oleh pedagang-pedagang kaya dari
Barat.
§ Pembinaan negara dan bangsa Mesir pada abad ke-20
terhalang kerana dominasi Barat terhadap negara Sungai Nil itu serta pemerintah
yang mengabaikan kebajikan rakyat.
Penutup
§ Akhirnya pada tahun 1922, British telah
mengisytiharkan kemerdekaan Mesir selepas Mesir bersetuju dengan semua syarat
yang diberikan oleh British.
§ Sejurus kemerdekaan diumumkan, perlembagaan Mesir diisytiharkan
pada tahun 1923 dan Raja Fuad I ditabalkan menjadi Sultan Mesir. Dalam pilihan
raya pertama Mesir, Saad Zaghlul menang dalam pilihan raya tersebut dan
dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.
as salam. nak tanya, di mana saya boleh dapatkan buku rujukan seperti yang Cikgu gunakan ya?
BalasPadamTERBAIIIIK LAH CIKGU .. MOHON DIHALALKAN ILMUNYA YA CIKGU.. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIIRA.. :D
BalasPadamada x nota tentang masyarakat jordan di england??
BalasPadamada x nota tentang masyarakat jordan di england??
BalasPadamboleh dk cg bagi faktor luaran dengan dalam pembentukan negara bangsa di turki
BalasPadamCikgu, nak tanya kalau ada isi-isi untuk Gerakan Pan Turkisme dan Pan Arabisme berjaya membangkitkan sentimen nasionalisme di
BalasPadamwilayah Uthmaniyah.
Assalamualaikum cikgu, nak tanya kalau ada isi tentang sejauh manakah dasar sekluarisme menjadi prinsip utama dalam proses pembentukan
BalasPadamnegara bangsa Turki
assalamualaikum cg
BalasPadamfaktor dalaman tu apa ye
Faktor2 dlman ini yg melibatkan isu2 dalaman negara cth negara Turki spt kelemahan pemerintah, gerakan nasionalisme Arab, peranan Turki Muda dll
Padam