2.5 Seni Bina
Pengenalan
§ Perkembagan tamadun islam tidak dapat lari daripada
keagungan seninya termasuklah seni ukiran,khat,bina dan sebagainya.
Perkembangan seni bina islam selari dengan
pencapaian sni khat,ukir,sains dan teknologi serta seni lukis.
Kesemuanya saling melengkapi antara satu sama lain dan akhirnya menghasilkan
satu binaan yang dikagumi.
§ Zaman pertengahan
merupakan zaman perkembangan dan kegemilangan seni bina islam yang
merupakan gabungan unsur –unsur daripada
bangsa Parsi,Roman,Turki, dan Byzantine yang meninggalkan kesan
kegemilangan sebagi contoh
bangunan-bangunan di sepanyol dan India. Dua kawasan yang menjadi sebutan sehingga kini kerana
meninggalkan kesan yang cukup
membanggakan dalam aspek seni bina ialah
Andalusia dan India.
Isi–Isi Penting:
1.
Mempunyai
ruang udara utk keselesaan mengerjakan ibadat di dalam masjid atau di rumah
kediaman. seni bina islam di Andalusia
mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti yang dinyatakan oleh Titus Burkhardt
iaitu luahan perasaan, keamanan, ketenangan dan keheningan merupakan cirri-ciri
yang diterapkan dalam seni bina islam. Ciri-ciri ini semestinya wujud tanpa
sebarang percanggahan diantara unsur-unsur kerohanian dengan kebendaan.
2.
Terdapat
ukiran dan Hiasan – Tulisan Khat dapat dibuktikan melalui masjid cordova. Al- maqqari dan beberapa orang penulis telah memberikan pendapat
mereka tentang masjid cordova. Mereka semuanya terpesona dan menganggap masjid
cordova teristimewa sekali kecantikannya begitu menabjubkan sehingga tidak
dapat digambarkan dengan perkataan .Ringkasnya,masjid ini merupakan expression seni bina Andalusia yang
hebat sekali.
3.
Reka bentuk
bangunan sesuai dengan iklim dan keadaan setempat. Bangunan selamat digunakan
untuk jangka waktu yang lama – cth usia masjid sehingga beratus tahun lamanya.
4.
Terdapat
ruang bilik memisahkan lelaki dan wanita. ruangan khas atau bilik yang mempunyai fungsi
tersendiri. contohnya istana al- Hamra’ yang mempunyai beberapa bilik khas,
dewan besar dan halaman yang dihiasi kolam air pancut dan taman, 128 batang
tiang bulatdaripada marmar, ruang duta, ruang persalinan permaisuru, ruang
persiraman diraja dll berfungsi untuk keselesaan dan keindahan
5.
Bumbung dan
menara sebagai ciri seni bina Islam. Menara ialah tempat muazzin
melaungkan azan dan dibina tinggi dengan maksud memanggil orang ramai melakukan
sembayang berjemaah di masjid atau suara muazzin
itu kedengaran sampaike tempat jauh. Menara masjid cordova menjulang 36 meter
dan mempunyai dua tangga untuk naik dan turun. Kebanyakan menara azan di
Andalusia berbentuk segi empat dan dipanggil murabba’ yang memperlihatkan gaya yang dipinjam daripada
masjid-masjid di Syria.
Penutup
§ Bentuk pembinaan bagunan-bangunan dalam kedua-dua
kawasan tersebut tetap tidak dapat lari daripada keagungan seninya yang
merangkumi samaada seni ukiran, khat , ukir , sains dan teknologi , seta seni
lukis . Kesemuanya saling melengkapi antara satu sama lain dan akhirnya
menghasilkan satu binaan yang amat dikagumi.
§ Dua kawasan
yang menjadi sebutan hingga ke hari ini kerana meninggalkan kesan yang cukup
menbanggakan dalam aspek seni bina ialah Andalusia dan India. Kesan
perkembangan ilmu yang begitu meluas
merangkumi bidang matematik, kejuruteraan, geologi, seni ukir dan seni khat
telah membawa kepada satu hasil yang bernilai dalam bidang seni bina.
Soalan 102: Huraikan konsep
dan ciri-ciri seni bina islam kerajaan Andalusia abad ke-13 Masihi
Pendahuluan :
§ Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan
bangunan , reka bentuk, reka letak yang dibina oleh manusia. Alfred Frazer
berpendapat, seni bina islam merupakan gambaran dari sudut agama, dan
tumpuannya ialah pada bangunan masjid, madrasah, istana, pasar dan rumah
kediaman.
§ Seni bina islam merupakan gabungan unsur-unsur
daripada bangsa parsi, Roman, Turki dan Byzantine. Merupakan hasil usaha serta
kreativiti orang islam untuk memenuhi keperluan jasmani dan rohani memandangkan
kejiwaan manusia sangat dipengaruhi oleh rohaninya.
Isi-isi penting :
1. Konsep Seni Bina Islam
§ Unsur seni bina islam mula bertapak di Cardova dan
bandar-bandar lain di Andalusia yang meliputi bangunan , masjid , istana dan
taman yang mempunyai ciri-ciri keislaman.
§ Menjadi kelaziman bagi kaum muslimin untuk membina
masjid ketika membuka sesuatu Bandar.
2. Mempunyai Menara Tinggi
§ Menara ialah tempat muazzin melaungkan azan dan
dibina tinggi dengan maksud untuk memanggil orang ramai melakukan sembahyang
berjemaah di masjid atau suara muazzin itu kedengaran sampai ke tempat jauh. Kebanyakan
menara di Andalusia berbentuk segi empat dan dipanggil murabba’.yang
memperlihatkan gaya yang dipinjam daripada masjid-masjid di Syria.
§ Menara-menara yang dibina di istana merupakan satu
ciri seni bina islam di Andalusia. Sebagai contoh , di sekeliling dinding
Alhambra terdapat menara-menara yang megah sebanyak 13 buah da nada antaranya
menjangkau 26 meter.
3. Menggunakan Teknik Pencahayaan
§ Dititikberatkan agar isi bangunan lebih terdedah
kepada pancaran cahaya yang tidak terik mahupun tidak terlalu kurang sehingga
menyebabkan ruang dalam sesebuah bangunan nampak muram. Dengan sistam
pencahayaan yang baik dalam seni bina islam , bangunan yang dibina kelihatan
lebih cerah , hening , dan tenang.
§ Jesteru itu bangunan-bangunan yang dibina di
Andalusia sama ada masjid atau istana mengambil kira soal pancaran cahaya yang
menembusi sesuatu. bangunan itu.
4. Tempat Terbuka atau Taman Dalam Bangunan
§ Kawasan terbuka atau diletakkan di tengah-tengah
Bandar atau di dalam bangunan yang dipenuhi dengan pokok-pokok untuk memberi
bekalan oksigen yang segar dan menapis udara kotor di sekeliling.
§ Selain itu, pemandangan taman yang indah juga dapat
menenangkan jiwa. Di Alhambra misalnya , terdapat taman-taman yang dilengkapi
dengan kolam dan pancutan air.
5. Seni Ukir Islam
§ Turut berkembang pesat pada zaman pemerintahan
kerajaan-kerajaaran islam di Andalusia. Ukiran-ukiran yang mempamerkan seni
khat dan corak geometri merupakan ciri utama seni bina di Andalusia.
§ Ukiran dan hiasan berbentuk ayat-ayat al-Quran ,
hadis-hadis dan kata-kata hikmat menghiasi dinding-dinding istana dan masjid. Sebagai contoh , di istana Alhambra iaitu di
dinding masjid dipenuhi dengan hiasan ukiran yang berselang-seli dengan
ayat-ayat menggunkan tulisan arab seperti al-Qudratu bi’llah , al-mulku li’llah
dan La ghaliba illa’alah.
1.
Pembinaan menara
§ terdapat dua buah menara (tower)
yang tinggi dan berkilau yang dibina di ata banjaran Sierra Nevada. tujuan
binaan menara untuk melihat keindahan kota Granada yang dikelilingi taman-taman
bunga dan pohon buah-buahan yang menghijau
§ istana didirikan menara untuk
memantau sebarang pergerakan yang mencurigakan iatu untuk keselamatan
2.
Ruangan khas
§ ruangan khas atau bilik yang
mempunyai fungsi tersendiri. contohnya istana al- Hamra’ yang mempunyai
beberapa bilik khas, dewan besar dan halaman yang dihiasi kolam air pancut dan
taman, 128 batang tiang bulatdaripada marmar, ruang duta, ruang persalinan
permaisuru, ruang persiraman diraja dll
§ berfungsi untuk keselesaan dan
keindahan
3.
Mempunyai nilai keindahan
§ ukiran khaligrafi yang
mengandungi ayat-ayat al-Quran, puji-pujian, gelaran pemerintah dsb. contohnya
binaan Masjid al- Mulk yang didirikan oleh Sultan Muhammad II
§ di pintu masuk tertulis tulisan
Arab ‘Azza Maulana al-Sultan Abdillah.’ Dan di bawahnya terdapat syair yang
menyentuh kemurniaan agama Islam. dibahagian dinding masjid diukir hiasan yang
berselang dengan ayat al-Quran. mihrab masjid pula dipenuhi hiasan berwarna
emas dan struktur mihrab bertahtakan permata zamrud, yaqut dsb
4.
Kategori keseniaan
§ terdapat dua jenis keseniaan di
Granada iaitu keseniaan yang lahir di Granada dikenali sebagai keseniaan
Granada dan keseniaan di luar Granada dikenali sebagai Mudejar. kesenian di
luar Granada dihasilkan oleh orang Islam dan bukan Islam abad ke-13 dan 14.
contohnya Alcazar di Seville
§ keseniaan di Granada pula
melambangkan seni bina dan reka bentuk Islam kerana dihasilkan oleh
seniman-seniman Islam. Contohnya istana al – Hamra’
Kesimpulan
§ kemampuan kerajaan Islam
Nasriyyah membina bangunan yang mempunyai nilai keseniaan yang unik yang
menggabungkan seni Islam denganseni-seni
tempatan asing menggambarkan nilai ketamadunan yang tinggi
§ bangunan-bangunan ini telah
dimanafaatkan oleh orang kristian apabila kerajaan Islam Andalus dihancurkan
oleh tentera Kristian selepas itu
Soalan 103: Huraikan bentuk seni bina Islam pada zaman kerajaan Moghul di
India sehingga abad ke-17 Masihi.
Pengenalan
§ maksud seni bina: bidang seni
untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina oleh manusia.
seni bina islam merupakan satu daripada cabang kebudayaan dan kesenian Islam
§ merupakan hasil usaha serta
kreativiti orang Islam untuk memenuhi keperluan jasmani dan rohani. zaman
kekuasaan kerajaan Mughul di India memperlihatkan perkembangan seni bina yang
menggabungkan seni bina Islam dengan seni bina tempatan dan Parsi
Isi-Isi
1.
Istana
§ istana yang terkenal ialah Taj
Mahal yang dibina oleh Syah Jehan sebagai tanda cinta terhadap isterinya iaitu
Mumtaz Mahal didirikan di Agra dihujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk
berbentuk lengkuk awan. binaan bangunan ini terdiri daripada batu mamar merah,
batu mamar biru dan putih sebagai bahan binaannya di sekeliling bangunan
tersebut terdapat tembok yang dihiasi dengan takukan-takukan
§ di bangunan tersebut juga
didirikan masjid yang mempunyai seolah-olah tiga hingga tujuh buah mihrab yang
dibina bersebelahan. terdapat juga masjid-masjid lain yang berdinding tebal
tanpa jendela serta memmpunyai kubah yang runcing. istana lain ialah terletak
di Fathpur Sikri yang diperbuat daripada batu merah dan dihiasi dengan pintu
gerbang. istana ini dikelilingi dengan tembok batu yang mempunyai tempat
bersemayam pemerintah
2.
Masjid
§ masjid penting sebagai tapak
kemunculan kerajaan dan tamadun Islam. dilengkapi dengan menara dan kubah serta
mihrab. menara yang dibina dihiasi indah dengan kaligrafi Arab (seni khat).
binaan kubah menggabungkan gaya Parsi dan tempatan
§ contoh, Masjid Lapan Mutiara di
Agra yang didirikan di dalam kompleks. contoh, Masjid Lama di Delhi yang
mempunyai ruang solat yang luas, dinding dan mihrabnya dihiasi dengan ayat-ayat
al-Quran
3.
Makam Diraja
§ merupakan lambing kemegahan seni
bina yang dihasilkan oleh kerajaan Moghul di India. diturap dengan menggunakan
bahan-bahan merah yang kekal lama dilengkapi dengan menara yang didirikan
secara khusus yang terpisah daripada bangunan induknya
§ contoh, makam Humayun (pemerintah
kedua kerajaan Moghul) dibina hasil gabungan seni bina India-Parsi, terdiri
daripada batuan merah, bata putih, mamar hitam dan putih, tamannya dihiasi
pancutan air, dikelilingi oleh tembok
4.
Kubu
§ kubu yang terkenal dikenali
sebagai Kota Merah yang merupakan istana dan pusat pentadbiran kerajaan Moghul.
terdiri daripada kubu sepanjang 2 kilometer yang berfungsi sebagai tembok
pertahanan Kota Delhi
§ merupakan campuran seni bina
Parsi dan India dibina menggunakan batu mamar yang dihiasi corak flora dan
dilengkapi pembinaan dua buah kubah
5.
Taman bunga
§ didirikan pada zaman pemerintahan
Syah Jehan seperti Taman Bunga Shalamah di Lahore, Taman Dara Shikoh di Kashmir
dan Taman Shalamar Bagh di Delhi terdiri daripada hiasan flora yang
berwarna-warni serta pohon-pohon yang menghijau
Kesimpulan
§ seni bina yang terdapat pada
zaman kerajaan Moghul banyak mengadunkan seni bina tempatan dan Parsi yang
mementingkan keindahan
§ kewujudan seni bina tersebut
membuktikan bahawa agama Islam tidak menolah bidang kesenian
Soalan 104: Huraikan ciri-ciri
seni bina Islam kerajaan India abad ke-16 hingga ke-17 M.
Pendahuluan:
§ Seni bina merupakan salah satu kegiatan seni yang digalakkan
oleh agama islam disebabkan sifat agama islam yang menyukai sesuatu yang indah.
Islam bertapak di India sejak abad ke-10 M. Kerajaan Islam pertama di India diasaskan oleh
Sultan Mahmud Ghaznawi (997-1030 M ) yang berketurunan Turki diikuti Sultan
Mahmud Ghori (1175-1206 M). India seterusnya diperintah oleh kesultanan Delhi
(1206-1526 M )
§ Walaupun terjadinya pertembungan budaya antara
Islam dan budaya tradisional India, segala bentuk budaya tempatan tetap
diterima dengan mudah oleh Islam. Maharaja
Akbar dan Maharaja Syah Jahan merupakan pemerintah yang aktif dalam menyumbang
kepada perkembangan kesenian khususnya seni bina Islam di India.
Isi-isi penting:
1. Pembinaan istana dan masjid dalam sebuah kompleks
§ yang mengandungi pelbagai kemudahan. contohnya,
kompleks Fatehpur Sikri, iaitu sebuah Bandar yang didirikan oleh akbar pada
pertengahan abad ke-16 M.
§ kompleks ini mengandungi istana, pentadbiran dan
perbendaharaan, bangunan sekolah, kawasan permainan, masjid, gerbang, tempat
persinggahan musafir, dewan, rumah-rumah pekerja, hospital dan bilik rekod. begitu
juga dengan kubu Kota Agra yang mengandungi pelbagai kemudahan termasuk masjid
dan istana.
2. Bahan-bahan binaan untuk membina masjid dan monumen lain menggunakan
bahan-bahan seni bina Hindi
§ terutamanya bekas pembinaan candi-candi hindu. Misalnya
terdapat tiang-tiang masjid yang dibina msih menunjukkan ukiran-ukiran unsur
hindu secara jelas. hal ini terjadi kerana bahan-bahan binaan yang digunakan
diambil daripada peninggalan bangunan-bangunan candi. contohnya, masjid tertua
delhi, masjid qutubbudin. Gapura (pintu gerbang) pada dinding bahagian depan
yang berhadapan dengan dinding yang mengarah ke kiblat masih mempamerkan
ciri-ciri bangunan ala-india.
§ Dari segi bahan binaan pula, kebanyakannya mahal
dan bermutu tinggi. Bumbung, kubah dan menara Taj Mahal diperbuat daripada
marmar putih serta seni mozek yang indah. sebanyak 43 jenis batu permata
termasuk berlian, jed, Kristal, topaz dan nilam telah digunakan untuk
menghasilkan bangunan yang diiktiraf salah satu daripada tujuh keajaiban dunia
3. Bentuk-bentuk binaan lebih memperlihatkan penonjolan ciri-ciri tempatan.
§ Sejak kerajaan Monghul memerintah, seni bina islam
di india banyak menerapkan ciri-ciri dan gaya seni Parsi. selain minat yang
mendalam dalam bidang seni,pemerintah-pemerintah monghul pernah diasuh oleh
ahli-ahli seni dari parsi.
§ Maharaja Akbar pernah diasuh oleh dua orang pelukis
terkenal parsi, iaitu mir sayyid ali dan
abd al-samad. kedua-dua pelukis ini kemudiannya dilantik menjadi pelukis
istana.
4. Seni bina Islam juga mempunyai menara yang tinggi.
§ menara Qutubminar misalnya mencecah 70 meter tinggi
dan terdiri daripada lima tingkat.
§ selain itu, terdapat empat menara yang mempunyai
ketinggian lebih kurang 46 meter menghiasi setiap penjuru Taj Mahal.
5. Bentuk binaan masjid di India umumnya menyerupai bentuk masjid lapangan
§ yang dilengkapi dengan Gapura yang dihiasi indah
dengan motif-mitif arab.Misalnya Taj Mahal merupakan bangunan yang didirikan di
hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkung yang
menawan.
6. Kebanyakan corak hiasan seni bina Islam di India berunsurkan jambangan
bunga atau geometri
§ Kebanyakan corak hiasan seni bina Islam di India mencerminkan simbolik antara alam
sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan yang dibentuk berdasarkan jambangan
bunga dan bentuk geometri.
7. Monumen lain yang terdapat pada kekuasaan kerajaan Moghul ialah kubur atau
tempat pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya.
§ Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan
bahan-bahan merah yang kekal lama.
§ kebiasaannya bangunan berkenaan dilengkapi dengan
menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara bersendirian, iaitu
terpisah dari bangunan yang menjadi induknya.
Penutup:
§ Seni bina di india dipengaruhi oleh seni bina Parsi.
Selain Andalusia, india juga sehingga kini menjadi sebutan kerana meninggalkan
kesan yang cukup membanggakan dalam aspek seni bina.
§ Ini membuktikan bahawa betapa besarnya jiwa dan kemahiran
umat Islam pada masa lampau.
saya memcari apakah keunikan masjid cardova di spain
BalasPadammohon izin share bahan ya cgu..
BalasPadamBoleh CguMawie
PadamTerima kasih cikgu..mohon share bahan dgn pljr ye cikgu
BalasPadamSama2 cg.. bole cg utk manfaat bersama
Padam