1.2.1 Masyarakat Agraria Belanda
Soalan 7: Terangkan
perkembangan masyarakat agraria yang diamalkan di Belanda.
Pengenalan
Ekonomi negara Belanda mula berlaku perkembangan terutama selepas Belanda berjaya bebas daripada cengkaman kuasa Sepanyol pada tahun 1585.
Taraf hidup masyarakat Belanda semakin meningkat apabila berlaku revolusi pertanian dan revolusi perkapalan telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah serta menjadikan pelabuhan Amsterdam sebagai pelabuhan yang sibuk pada abad ke-16 dan 17.
Isi – isi penting

- Masyarakat petani terutama disebelah utara Belanda telah mengusahakan kegiatan pertanian secara kecil kecilan dan secara sistem pertanian padang terbuka. Hasil pertanian ini untuk pasaran tempatan di bandar-bandar negara Belanda sahaja. Dalam sistem ini, tanah pertanian dibahagi kepada bidang tanah iaitu setiap bidang tanah dibahagi kepada beberapa lajur tanah secara memanjang untuk diusahakan oleh petani. Petani hanya akan mengusahakan beberapa bidang tanah sahaja dan sebidang lagi akan dibiarkan kosong atau tanah rang sahaja untuk mengembalikan kesuburan tanah bagi musim akan datang. Masyarakat agraria Belanda menggunakan kaedah tanaman giliran antara tanaman ubi-ubian, kekacang dan bijirin. Kaedah ini akan mengembalikan kesuburan tanah dan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian. Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijirin seperti gamdum, barli, oat yang menjadi sumber utama Belanda. Tanaman lain pula yang diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan. Hasil-hasil ini akan dieksport keluar negara.
2. Selain itu, masyarakat agraria
Belanda juga mengusahakan
kegiatan penternakan binatang terutama lembu tenusu untuk
pengeluaran hasil tenusu. Belanda telah menjadi pusat
utama penternakan lembu ini. Lembu-lembu daging pula diternak untuk disembelih
dan dieksport ke kawasan lain di Belanda antara tahun 1500 hingga tahun 1660. Masyarakat
agraria Belanda di desa turut mengusahakan
industri tekstil terutama di Flanders dan Brabant. Mereka
mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Masyarakat di bandar pula,
menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain kemudian dipasarkan
sehingga tahun 1568. Pada abad ke-17, industri tekstil di Leiden semakin
berkembang terutama dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians
dan camlets. Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain sehingga
meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem telah
menjadi bandar pengeluran kain linen utama untuk dipasarkan ke Eropah.
3. Hampir 1/5 masyarakat agraria Belanda
telah mengusahakan kegiatan menangkap ikan
terutama di kawasan Holland dan Zealand merupakan perairan yang
kaya dengan ikan herring berkualiti tinggi. Pada abad ke-17, masyarakat Belanda telah
menangkap ikan dari Laut Utara hingga ke Selat Inggeris dengan menggunakan
kapal-kapal yang bersaiz besar sehingga menjangkau 30 tan beratnya. Mereka
berjaya mengatasi nelayan Jerman untuk menguasai pasaran ikan di kawasan Baltik.
Mereka akan berada di laut selama 8 minggu dengan anak kapal antara 10 hingga
15 orang.
4. Masyarakat agraria Belanda juga terkenal
dalam industri
pembinaan kapal yang terbaik di Eropah iaitu bermutu tinggi, tahan lasak, dan
boleh memuatkan muatan yang lebih. Industri ini telah mendapat kepercayaan masyarakat
pedagang di Eropah pada abad ke-17. Perkembangan industri perkapalan ini telah
mendorong perkembangan perdagangan Belanda terutama pada tahun 1648. Kapal-kapal
Belanda telah digunakan untuk mengangkut gandum dan barli dari Poland dan Timur
Prusia, seterusnya ke Perancis, Sepanyol dan Mediterranean. Kapal-kapal ini
juga turut digunakan untuk mengangkut besi dari Sweden dan barangan perdagangan
dari Rusia, Timur HIndia, Brazil, Jepun, Asia Tenggara dan Kepulauan Barat
Afrika. Perkembangan ini membolehkan Belanda menguasai perdagangan Eropah pada
abad ke-16.
5. Pada abad ke ke-16, hubungan antara pelabuhan
Antwerp di Belanda dengan pelabuhan Lisbon di Portugal amat rapat. Apabila pelabuhan Antwerp jatuh ke tangan Sepanyol
pada tahun 1585, aktiviti perdagangan telah berpindah ke pelabuhan Amsterdam
dan telah muncul sebagai pusat perdagangan yang baru. Akibat pemberontakan oleh
orang Belanda di bahagian utara telah mendorong Raja Phillip II menutup
pelabuhan Lisbon dan menghalang kapal-kapal dari Belanda memasuki pelabuhan
Lisbon. Keadaan ini telah menyebabkan pedagang-pedagang Belanda mencari sendiri barangan mereka sehingga
mendorong Belanda menawan Kepulauan Rempah di Asia Tenggara. Tujuan Belanda
bertindak demikian untuk menguasai perdagangan di Timur, menghapuskan monopoli
Portugal dan Sepanyol, mengumpul kewangan untuk menentang kekuasaan Sepanyol di
Belanda dan menawan pusat perdagangan Portugal di Timur. Mereka telah
mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan di Kepulauan Rempah di Asia
Tenggara dengan memberi perlindungan kepada pemerintah tempatan seperti dengan
Pulau Ambon (1600) dan Pulau Banda (1602).
6. Bagi menjamin dan mengukuhkan
kedudukan Belanda di Kepulauan Rempah ini, maka pada tahun 1602, parlimen Belanda
bersetuju menubuhkan Syarikat HIndia Timur Belanda atau Vereenigde Oostindische Compagine
(VOC). Dengan bermodal sebanyak 6½
juta guilder. Pengusaaan ini telah membolehkan Belanda mengawal sepenuhnya
perdagangan import seperti lada hitam, bunga cengkih, buah pala, kulit kayu
manis dan bunga lawang di Eropah. Pada tahun 1690, VOC telah memperkenalkan tanaman
kopi di Jawa setelah berjaya dalam tanaman rempah. Pada awal abad ke-17,
usahawan atau pemodal Belanda yang berjaya telah menceburi perniagaan insuran
dan perdagangan mata wang asing serta turut memberi pinjaman kepada negara
Denmark, Austria dan Sepanyol. Sebagai contoh, usahawan atau pemodal Nouis de
Geer telah mengusahakan kilang senjata di Sweden dan ada usahawan Belanda
memonopoli perdagangan eksport di Rusia.
7. Bank Amsterdam adalah
bank yang paling berjaya di Eropah iaitu antara tahun 1611
hingga tahun 1701, deposit Bank Amsterdam meningkat daripada 1 juta florin
kepada 16 juta florin. Perkembangan perdagangan luar
negara, industri dan pertanian di Belanda telah menarik kedatangan pedagang
luar dan tempat ke Amsterdam pada tahun 1609. Perkembangan dan pengukuhan
perdagangan dan mata wang telah meningkatkan perdagangan antarabangsa di
Amsterdam. Penubuhan bank dan badan kewangan yang lain
telah meningkatkan urusan perdagangan seperti Bank Amsterdam. Penubuhan
bank ini telah memudahkan lagi pemindahan wang dan pinjaman kepada pedagang
sebagai pelaburan jangka panjang. Keadaan ini telah meningkatkan keupayaan
pelabuhan Amsterdam dalam perdagangan antarabangsa
Penutup
- Usaha kerajaan Belanda ini telah memberi peluangan pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-17. Kekayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan bekalan bijirin untuk tempoh dua belas tahun.
- Apabila peperangan berlaku anatara England dan perancis pada tahun 1672, Belanda masih boleh menjual bijirin dalam pasaran di Eropah. Namun, awal abad 18 menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa apabila mendapat saingan daripada negara Eropah yang lain seperti England .
Soalan 8:
Terangkan ciri-ciri masyarakat agraria yang diamalkan di Belanda.
Pendahuluan
- Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertaniaan sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat ini member keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka. Masyarakat agraria tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian.
- Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan Negara-negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk tenusu ke Negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke-17 lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agrarian di Belanda.
Isi-isi
Penting:
1
Kegiatan
ekonomi
Pertanian menjelang abad ke-17, berlaku pertambahan penduduk yang pesat terutama di kawasan Bandar di Belanda. Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti pertanian dapat di jalankan secara ekstensif. Kegiatan pertanian yang dijalankan termasuk penanaman sayur-sayuran, bijirin, dan tanaman dagangan. Antara sayur-sayuran yang di tanam ialah bebawang, bijirin, biji cole, ketumbar, lobak, dan teasel. Menurut K.H.D. Halley, massyarakat Belanda merupakan masyarakat yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.
Industri berasaskan pertanian yang berkembang pesat ialah linen, pakaian, dan minuman keras. Penanaman madder merangsang pertumbuhan industri tekstil. Akar tanaman ini di jadikan serbuk pewarna dalam industri tekstil. Belanda mengeksport madder ke England untuk kegunaan industri tekstil. Pada peringkat awal, industri tekstil berpusat di Wilayah Brabant dan Flanders. Penanaman madder menyebabkan kilang-kilang tekstil didirikan di Leiden. Selain madder, tanaman teasel juga digunakan dalam industri tekstil. La digunakan dalam menenun kain.
Aktiviti penternakan juga dijalankan secara giat di bahagian timur Belanda. Kegiatan penternakan juga dijalankan di sekitar Bandar seperti Hertogenbosch, Lier, dan Diest. Perkambangan sektor penternakan didorong oleh pertambahn penduduk yang berlaku di Belanda sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Petani dan Penternak di Belanda terlibat dalam aktiviti penternakan lembu dan kambing.

2
Petempatan
Petempatan masyarakat agrarian di Beland terletak di kawasan pinggir pantai yang amat subur untuk aktiviti pertanian. Sebahagian besar dari kawasan pertanian di Belanda berada di bawah paras laut. Masyarakat agraria Belanda menjalan kan usaha menebus guna tanah untuk menjalankan aktiviti pertanian. Menjelang tahun 1680 tanah seluas 127 000 hektar ditebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian.
Petempatan masyarakat agrarian yang terletak di Pinggir pantai merupakan tanah yng telah ditebus guna. Antara petempatan yang terletak di kawasan yang di tebus guna ialah Pulau Zuid-beveland, Middlezee, Oud-Beijerland, dan New-Beijerland. Selain itu, petempatan masyarakat agraria terletak di Kawasan Friesland, Zeeland, Flanders, dan Utrect.

3
Sistem
pengairan
Masyarakat agrarian di Belanda mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam pengairan. Mereka mendirikan kincir angin untuk menyalurkan air dari tanah yang di tebus guna bagi tujuan pertanian. Kegiatan tebus guna dilakukan kerana sebahagian besar tanah pertanian yang subur berada di bawah paras laut.
Masyarakat Belanda memulakan usaha untuk menambak tanah bagi menebus guna tanah untuk tujuan pertanian sejak tahun 1545. Pada tahun 1505 hingga 1506, muara Sungai Middelzee ditembak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut untuk tujuan pertanian. Menjelang pertengahan abad ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian.
Di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang di tebus guna meningkat kepada 49% iaitu daripada 85000 hektar kpada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan 1680. Usaha penambakan tanah dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-beijerland (1582) menyebabkan tanah seluas 2300 hektar ditebus guna.

4
Peningkatan
teknologi
Menjelang abad ke-16 dan ke-17 , berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah pertanian di Belanda. Pengembara-pengembara di England, Prancis, Jerman dan Itali yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 berasa kagum dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Belanda. Menurut mereka, kegiatan pertanian di Belanda amat maju berbanding dengan Negara-negara Eropah yang lain.
Banyak kaedah pertanian yang diamalkan di Belanda telah di sebarkan ke Negara-negara lain. Antara perkembangan yang berlaku dalam bidang teknologi pertanian ini adalah Kajian Mengenai Sistem Pertanian Belanda dan Sistem pinggiliran Tanaman.

5
Pembinaan sistem pengairan
Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian.
Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat diperluaskan dan diusahakan secara insentif.
masyarakat Agraria Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebusguna bagi tujuan pertanian

6
Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah
Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.
Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.

7
Pengenalan kaedah pertanian baru
Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tengala baru telah dicipta dan digunakandi Gelderland.
Kaedah pengiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad ke16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuan dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di wilayah Waes pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800

8
Penambakan laut untuk kawasan pertanian
Aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian. kesannya pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanian

Usaha kerajaan Belanda ini telah member peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangan pada abad ke-17.
Pada abad ke-17, kejayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan bekalan bijirin untuk tempoh dua belas tahun. Apabila peperangan berlaku antara England dan Prancis pada tahun 1672, Belanda masih boleh menjual bijirin dalam pasaran di Eropah.
Namun, awal abad ke-18 menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa apabila mendapat saingan daripada Negara Eropah yang lain seperti England.

1.2.2 Masyarakat Agraria China
Soalan 9: Terangkan ciri-ciri masyarakat
agraria yang diamalkan di negara China
Pendahuluan:
§ Masyarakat agraria merujuk kepada masyarakat yang
bergantung kepada kegiatan pertanian. Antara ciri masyarakat agraria adalah
seperti yang berikut iaitu, menjalankan aktiviti pertanian, penternakan,
memungut hasil hutan, mempunyai kemahiran membina sistem pengairan, petempatan
terletak di sekitar lembah sungai yang subur, mempunyai pengetahuan memelihara
kesuburan tanah, dan mencipta peralatan-peralatan pertanian baru.
§ Negara China juga merupakan sebuah negara yang
menjalankan kegiatan bercucuk tanam untuk sara diri.
Isi-isi penting:
1. Kegiatan sistem
ekonomi feudal
Sistem ekonomi yang diamalkan di China pada abad ke-16 dan 17 bersifat saradiri. Sebahagian besar penduduk China terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam. Kebanyakan petani menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah yang kaya. Tanaman utama masyarakat agraria di China ialah penanaman padi sawah. Kawasan penanaman padi sawah utama ialah di lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
Sebahagian besar daripada penduduk negara China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam. Antara tanaman makanan yang ditanam oleh masyarakat agraria ialah padi, gandum, barli dan oat. Menjelang abad ke-16 dan ke-17, kegiatan ekonomi kapitalisme mula bertapak di China. Perkembangan ini berlaku kerana sistem penanaman komersial mula diperkenalkan. Antara tanaman komersial yang diusahakan adalah tembakau, kapas dan tebu. Tanaman kapas merupakan tanaman yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

2. Petempatan
Masyarakat agraria dalam tamadun China mendirikan petempatan di kawasan lembah sungai. Antara kawasan lembah sungai yang menjadi tumpuan masyarakat agraria di China ialah Lembah Sungai Kuning dan Sungai Yang Tze. Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian.
Petani yang menetap di lembah sungai terlibat dengan aktiviti penanaman padi secara meluas. Petempatan masyarakat agraria terdapat di kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian selatan China. Masyarakat agraria juga turut mendirikan petempatan di kawasan dataran tinggi yang terletak di utara China.

3. Sistem pengairan
Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pengairan. Petani mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan mengawal aliran air sungai. Selain itu, mereka juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi.
Pam yang digerakkan menggunakan tenaga binatang ataupun manusia untuk mengepam air ke kawasan pengairan juga digunakan. Empangan di bina untuk membekalkan bekalan air yang mencukupi bagi mengairi kawasan pertanian. Projek pengairan juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian.

4. Kesuburan
tanah
Masyarakat agraria di China mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah pertanian. Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara kesuburan tanah pertanian.
Sistem penanaman bergilir ini diamalkan di China sejak zaman Han lagi. Di samping itu, petani menggunakan baja secara meluas bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

5. Peningkatan
teknologi
Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian. Pelbagai jenis peralatan baharu telah dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Tenggala penabur benih diperkenalkan untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang di permukaan tanah.
Selain itu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling, dan kolar kuda. Kereta sorong beroda dua juga turut dicipta untuk memudahkan barang-barang diangkut. Kaedah pertanian juga diperkenalkan iaitu sistem penanaman bergilir, tanaman dua pusingan dan pengkhususan dalam pertanian.

6. Pemilikan tanah pertanian
Tanah adalah milik kerabat diraja atau golongan bangsawan. Pada zaman kerajaan Ming, tanah yang dimiliki oleh kerabat diraja seluas 1.28 juta mu. Keluasan tanah milik keluarga diraja telah meningkat kepada 20 juta mu pada tahun 1522
Menjelang zaman Ching, tanah pertanian diletakkan di bawah pentadabiran Jabatan Hal Ehwal Kerabat Diraja. Pada masa pemerintahan Maharaja Jiaqing jabatan ini menguruskan tanah seluas 4 juta mu
7
Pengkhususan pengeluaran
pertanian
Masyarakat
agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah
atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan;
teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan selatan Kingsu;
kapas di Kiangsu dan daerah utara; perlombongan di Yunnan; perusahaan kain
kapas, kain sutera, dan pakaian
diusahakan oleh petani di Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.
8
Sistem cukai
Petani yang tidak memiliki tanah menyewa tanah dengan tuan-tuan tanah (bangsawan) dengan kadar yang ditetapkan oleh tuan-tuan tanah. Menjelang zaman Ming-Qing petani-petani membayar sewa tanah dalam bentuk hasil pertanian.

Petani dikehendaki menyerahkan
antara 50 – 60% daripada hasil pertanian yang diperoleh sebagai cukai. Petani
juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa kepada tuan tanah. Pada tahun
1581 sistem cukai baru diperkenalkan dan dikenali sebagai ‘cukai tunggal’
melalui cukai baru ini petani hanya dikehendaki membayar satu jenis cukai
sahaja iaitu dalam bentuk wang perak.
9
Sistem pengairan
Petani di China berkemahiran
dalam pembinaan terusan dan mengawal aliran air sungai. Terusan dibina untuk
menyalurkan air ke kawasan pertanian dan
mengelakkan banjir. Terusan juga digunakan untuk mengangkut hasil pertanian ke
bandar-bandar. Petani di China juga mahir membina teres di lereng-lereng bukit
bagi penanaman padi.
10 Pegkhususan pengeluaran barangan
Masyarakat
agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah
atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di
daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan; teh dan daun mulberry untuk makanan ulat
sutera di Chekiang danselatanKingsu; kapas di Kinagsu dan daerah utara;
perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan
oleh petani di Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.
Penutup:
Kesimpulannya, masyarakat agraria di China merupakan
tulang belakang kepada perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut.
Cikgu, saya minta izin copy sebagai rujukan. Tq
BalasPadamassalamualaikum cikgu..saya minta izin untuk copy segala nota cikgu untuk dijadikan nota rujukan saya di sekolah..TQ :-)
BalasPadamAsslm cg saya syaa mintaa izin copy yaa
BalasPadamAssalamualaikum cg..saya minta izin copy...semoga ape yg Sye copy DPT memberi impak yg besar terhadap result sej saya n friend
PadamCikgu sya minta izin untuk copy segala nota cikgu untuk rujukan semasa belajar..terima kasih ckgu
BalasPadamCikgu sya minta izin untuk copy segala nota cikgu untuk rujukan semasa belajar..terima kasih ckgu
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamcikgu..minta izin nak copy sebagai nota bagi saya dgn budak2 kelas saya
BalasPadamMinta izin copy untuk nota ye... Terima kasih
BalasPadamcikgu... sata minta izin untuk copy segala nota cikgu untuk rujukan semasa belajar
BalasPadamCikgu....minta izin nak copy sbg bahan rujukan sms belajar
BalasPadamCikgu, saya mita izin copy
BalasPadamCikgu saya minta izin copy
BalasPadamMintak izin copy
BalasPadamCIKGU , SAYA MINTA IZIN COPY YE
BalasPadamTerima kasih cikgu
BalasPadammntk izin copy cgu
BalasPadamMinta izin copy ye cikgu.terima kasih cikgu🤗
BalasPadamCgu izjn kan yerrr
BalasPadam