Tema : Sejarah Sukan.
Tajuk : Sejarah perkembangan
dan Sumbangan Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dari tahun 1980 hingga
2000.
Pengenalan.
Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan mulai ditubuhkan pada tahun 1980. Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan ditubuhkan
oleh Majlis Sukan Daerah Sandakan. Matlamatnya untuk menyertai pertandingan-pertandingan
yang dianjurkan oleh pelbagai peringkat. Terdapat lima cawangan yang bernaung
di bawah Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan iaitu (nyatakan). Persatuan Silat
Olahraga Daerah Sandakan telah mengadakan pelbagai aktiviti dan menyertai pertandingan-pertandingan
yang dianjurkan di peringkat negeri dan kebangsaan. Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan telah
banyak melahirkan tokoh-tokoh sukan ini sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.
Objektif Kajian
Mengenal pasti sejarah penubuhan persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dan
pengurusan persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dari tahun 1980 hingga tahun
2000.
Mengenal pasti usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Persatuan
Silat Olahraga Daerah Sandakan dalam memajukan sukan Silat Olahraga dari tahun
1980 hingga tahun 2000.
Mengenal pasti kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dalam tempoh 20
tahun dalam pelbagai peringkat pertandingan.
Permasalahan Kajian.
Esei ini akan menjelaskan perkembangan persatuan Silat olahraga Daerah
Sandakan dari sejak penubuhanya pada tahun 1980 sehingga tahun 2000.
Perkembangan merangkumi penglibatan dan kejayaan yang dicapai oleh persatuan-persatuan
di peringkat cawangan yang bernaung di bawah Persatuan Silat Olahraga Daerah
Sandakan.
Di samping itu, essei ini juga akan menjelaskan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh persatuan ini untuk meningkatkan pencapaian
anggotanya dalam tempoh 1980 hingga 2000.
Dalam kajian ini menjelaskan faktor- faktor yang mempengaruhi kejayaan Persatuan
Silat Olahraga Daerah Sandakan dan kejayaan ahli-ahli persatuan Silat Olahraga Daerah
Sandakan yang telah mencipta pelbagai kemenangan di peringkat negeri dan kebangsaan
dalam tempoh tersebut.
Skop Kajian
Sejarah penubuhan Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dan perkembangannya
dari segi keanggotaan, pengurusan dan kemudahan-kemudahan
yang disediakan untuk ahli –ahlinya dari tahun 1980 hingga tahun 2000.
Kajian ini juga akan menfokuskan kepada penglibatan dan kejayaan yang
dicapai oleh ahli-ahli persatuan di pelbagai peringkat pertandingan dalam tempoh
1980 hingga 2000.
Sorotan kajian
lepas
Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan sehingga kini, tidak ada penyelidikan
yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu mengenai Persatuan Silat Olahraga Daerah
Sandakan dalam tempoh berkenaan.
Namun begitu terdapat juga kajian yang pernah dibuat oleh persatuan sukan
yang lain berhubung dengan sejarah penubuhan persatuan sukan, perkembangan dan kejayaan
yang dicapai (seperti kalau ada boleh masukkan - maksudnya kajian yang hampir serupa)
Kaedah Kajian
Kajian Perpustakaan.
Pengkaji akan membuat penyelidikan dalam buku-buku, jurnal, majalah, rekod-rekod
lampau, internet atau website, buletin dan gambar yang berkaitan dengan persatuan
seni silat olahraga Daerah Sandakan.
Kajian lapangan.
Pengkaji akan mendapatkan
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Persatuan Silat Olahraga Daerah
Sandakan dengan mengadakan temuramah,
temubual, soal selidik dan pemerhatian dengan bekas-bekas pengerusi
persatuan dan ahli-ahli yang Berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang di
peringkat negeri dan kebangsaan dalam tempoh 1980 hingga 2000.
Pembahagian Struktur
Esei
Pengenalan
Dalam bahagian ini, pengkaji akan
menjelaskan mengenai Silat Olahraga dan perkembangannya dalam sukan Negara secara
umum.
Isi-Isi
Bahagian ini akan fokuskan kepada penubuhan Persatuan Silat Olahraga Daerah
Sandakan dan pengurusannya dalam tempoh 1980 hingga tahun 2000 dengan merujuk kepada pelbagai sumber primer dan sekunder.
Kemudahan prasarana, kekuatan dan usaha-usahayang dibuat oleh Persatuan Silat
Olahraga Daerah Sandakan sehingga Berjaya melahirkan tokoh yang terkenal serta keupayaan
ahlinya dalam pelbagai pertandingan.
Bahagian ini mengambarkan sumbangan dan kejayaan yang dicapai oleh ahlinya dalam
pelbagai pertandingan yang disertainya dalam tempoh tahun 1980 hingga 2000.
Disamping itu dipaparkan kejayaan ahli yang berjaya mewakili negara dalam pertandingan
diperingkat antarabangsa.
Kesimpulan
Bahagian ini menyatakan mengenai
harapan dan prospek masa depan dan perancangan
persatuan ini dalam usaha memartabatkan Persatuan Silat Olahraga Daerah
Sandakan.
Penutup
Pada keseluruhannya, kajian saya terhadap Persatuan Silat Olahraga Daerah
Sandakan adalah untuk memperihalkan sumbangan yang telah diberikan oleh persatuan
ini dalam tempoh 20 tahun (1980 hingga 2000) kepada kemajuan sukan silat olahraga
kepada negeri Kelantan dan Malaysia.
Bibliografi
Menyenaraikan sumber primer dan sekunder yang digunakan
Salam cgu. Nak tanya..klau buat kajian,mesti ada fokus di sesuatu tempat/kawasan ka cgu?
BalasPadamSalam cgu. Nak tanya..klau buat kajian,mesti ada fokus di sesuatu tempat/kawasan ka cgu?
BalasPadamMmg ada ker perstuan silat olaraga di sandakan?
PadamSalam nk tnya cg..untuk bahagian isi nanti apa yang boleh kita jdikan isi?
BalasPadamHello ...boleh terangkan apa definisi tokoh dan pendidikan?
BalasPadam