Ahad, 11 Disember 2022

Nota Sejarah STPM e-Book Sejarah STPM Semester 1 dan 3

Tema 1: Masyarakat. 

https://anyflip.com/tgbkj/uwbw/

Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran. 

https://anyflip.com/huaco/szpw/

Tema 3 : Kemajuan dan Pembangunan. 

https://anyflip.com/abnrj/kcym/

Tema 4 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa. 

https://anyflip.com/abnrj/dhpi/



Bahagian A : Sejarah Malaysia. https://anyflip.com/hnrwo/ozlv/

Bahagian B : Sejarah Asia Tenggara. 

Semoga e-Book ini akan menjadi rujukan yang berguna dan bermanfaat untuk para pelajar yang akan mengambil subjek Sejarah STPM. Semoga berjaya dan bermanfaat.

Ahad, 29 November 2020

Sejarah Asia Tenggara Semester 3 Bahagian B 4.3 Sumbangan Tokoh Phibun S...


Sumbangan Presiden Macapagal dalam konteks pembangunan Negara Filipina 1961-1965


Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao Pampanga pada 28 September 1910. Beliau merupakan Presiden Filipina ke-19 (1961-1965) sebagai ”Orang Terjujur” dan bertindak menghapuskan rasuah. Beliau melaksanakan program politik, ekonomi dan sosial untuk kepentingan rakyat.

Sumbangan

Dari segi politik beliau mengubah tarikh perayaan rasmi Hari Kemerdekaan Filipina dari 4 Julai (Hari Amerika Syarikat menyerahkan Kemerdekaan tahun 1946) kepada 12 Jun iaitu Hari semasa Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan daripada penjajahan Sepanyol 1898.

Beliau juga membuat tuntutan ke atas Sabah tahun 1962 kerana dianggap sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu sedangkan Sabah pada masa itu telah dijual kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB).

Dari segi ekonomi pula Macapagal merangsang pertumbuhan ekonomi dengan membiarkan wang peso Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing.  Melaluinya berjuta-juta peso dapat dipungut setiap tahun.  Beliau juga meningkatkan pengeluaran makanan, peluang pekerjaan, reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah Pertanian 1963.

Dari segi sosial beliau bertindak menghapuskan rasuah, dan memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan di Filipina.

Kesimpulan

Keseluruhannya, Macapagal telah berjaya melaksanakan program dan pembangunan politik, ekonomi dan sosial untuk kepentingan rakyat.



Sumbangan Perdana Menteri Phibun Songkhram di Thailand 1938-1944 dan 1948-1957

    Phibun Songkhram atau Major Jeneral Plaek Phibun Songkhram dilahirkan pada 14 Julai 1897 di sebuah kampung pertanian di Daerah Nonthaburi. Nama sebenar beliau ialah Plaek Khitasangkha. Phibun Songkhram merupakan Perdana Menteri Thailand antara tahun 1938 hingga 1944. Beliau meninggal dunia pada 11 Jun 1964 di Sagamihara, Kanagawa, Jepun semasa berumur 66 tahun. Pada tahun 1948 hingga 1957 beliau menjadi diktator ketenteraan pula. Sepanjang tempoh  tersebut, Phibun Songkhram telah memberi sumbangan yang penting dalam pembinaan negara Thailand dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

    Sumbangan

     Aspek politik

   Dari aspek politik, Phibun Songkhram memberi sumbangan penting dengan membawa Thailand menyertai SEATO.Beliau juga turut memberi sokongan kepada Amerika Syarikat dalam Perang Korea untuk menentang kegiatan komunis dunia. Hasilnya, Thailand telah mendapat bantuan yang banyak daripada Amerika Syarikat.

    Phibun Songkhram juga berjaya menghidupkan semula politik dalam negeri setelah beliau melawat Amerika Syarikat dan Britain pada tahun 1957. Kesannya pelbagai parti politik mulai muncul dengan ketara. Beliau jugalah tokoh yang berperanan penting dalam membawa gerakan nasionalisme Thailand ke peringkat yang lebih radikal.

  Selain itu, Phibun Songkhram berjaya mengekalkan kemerdekaan Thailand dengan mengamalkan dasar pro-Jepun pada tahun 1930-an. Beliau juga sanggup mewujudkan Pakatan Thai-Jepun pada awal tahun 1940an.Malahan,Jepun juga merupakan rakan perdagangan dan negara pelabur  kedua terbesar di Thailand sebelum Perang Dunia Kedua.Phibun juga telah memberi laluan kepada Jepun untuk mara ke Tanah Melayu semasa berlakunya Perang Dunia Kedua.Dasar pro-Jepun ini akhirnya menjadikan Thailand satu-satunya negara yang tetap merdeka berbanding dengan negara-negara lain di Asia tenggara yang telah dijajah.

    Aspek Ekonomi

   Sumbangan Phibun Songkhram dari aspek ekonomi juga tidak kurang hebatnya. Demi membangunkan ekonomi Thailand, Phibun telah melancarkan satu rancangan ekonomi yang nasionalistik. Tujuan rancangan ini diadalah adalah untuk menghapuskan penguasaan orang Eropah dan Cina dalam kegiatan ekonomi.

    Beliau juga turut memberi sumbangan kepada  kaum tani dengan memperkenalkan Kanun Hasil Negara pada bulan Mac 1939. Kanun ini bertujuan membebaskan kaum tani daripada cengkaman golongan peminjam wang.Kadar cukai atas petani juga dikurangkan .Manakala cukai tinggi dikenakan kepada syarikat dan pelabur-pelabur asing.Subsidi diberikan pula kepada syarikat swasta Thai.

  Kebajikan rakyat Thailand terus terpelihara apabila Phibun menyediakan kawasan pembalakan yang lebih baik kepada orang Siam sahaja. Selain itu, undang-undang syarikat perkapalan menetapkan 75% pekerjanya mestilah terdiri daripada orang Thai.Setiap pelaburan modal mesti meliputi 70% modal Thai.Kilang-kilang seperti kilang kapas di Bangkok dan kilang gula di Lampang telah dibina dan diletakkan di bawah kawalan dan tajaan kerajaan.

   Phibun Songkhram ternyata telah berjaya memberi sumbangan yang tidak ternilai dalam aspek ekonomi. Misalnya, pada tahun 1941, orang Thai telah mengambil alih industri tembakau rokok melalui penubuhan Syarikat Monopoli Tembakau Negara. 

     Aspek Sosial

   Dari aspek sosial, Phibun turut menyumbang jasa yang besar dalam memperkukuhkan semangat dan cinta akan negara dalam kalangan penduduk Thai.Beliau menetapkan agama Buddha dijadikan syarat kenaikan pangkat .Agama Buddha juga disamakan dengan semangat patriotik. Kesannya sebahagian besar masyarakat Thai sehingga ke hari ini adalah penganut agama Buddha.

    Sumbangan lain yang ketara dan penting ialah apabila beliau berjaya menukar nama Siam kepada Thai yang bermakna ‘Tanah Bebas’. Beliau juga berjaya menaikkan semangat  dan kebanggaan orang Thai terhadap negara mereka yang bebas daripada sebarang bentuk penjajahan.

  Demi menjaga kesejahteraan rakyat Thai, dasar anti-Cina telah dilakukan oleh Phibun. Antara langkah yang dijalankan ialah akhbar, sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Cina ditutup. Orang Cina yang ingin masuk ke Thailand dikenakan bayaran sebanyak 100 baht.Penggunaan bahasa  Cina sebagai bahasa pengantar dibatalkan.

    Kesimpulan

     Sumbangan Phibun Songkhram sangat penting dalam pembinaan negara Thai pada tahun 1938-1944 dan 1948-1957. Sumbangan beliau jelas  terutama dalam melindungi kesejahteraan rakyat dan negara Thai. Program-program yang dilaksanakannya berjaya mengggalakkan orang Thai menceburi bidang perdagangan dan perniagaan. Masyarakat Thailand juga berjaya disemai dengan nilai-nilai bangga akan negara .Namun demikian,sistem demokrasi berparlimen semasa pemerintahan Phibun terbantut apabila Phibun menjadi diktator tentera yang berkuasa mutlak.

Sejarah Asia Tenggara Semester 3: Bahagian B Tema 4.4 Perhubungan Luar T...

4.4.1 :  Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa


Soalan 160:  Huraikan Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa Filipina

Pendahuluan

§   Filipina telah menganggotai PBB sejak tahun 1946. Melalui PBB Filipina memperolehi banyak faedah seperti Program Teknikal dalam pembangunan industri dan pengeluaran makanan, mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa. PBB memberi penghormatan pada Filipina sebagai sebuah negara yang aktif di Asia Tenggara

Isi-isi Penting:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).

a)  Filipina menyertai PBB tahun 1946.  Melalui PBB Filipina memperolehi banyak faedah seperti Program Teknikal dalam pembangunan industri dan pengeluaran makanan, mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa. 

     Filipina berjuang dalam PBB untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat di dunia dan hantar tentera pengaman PBB seramai 6,000 orang dalam krisis Perang Korea. Filipina berjaya mempengerusikan Kajian 2010 “Non-Proliferation Treaty” (NPT) bertujuan mencegah penularan senjata nuklear dan teknologi senjata, menggalakkan kerjasama dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman. 

    Terlibat dalam forum serantau dan antarabangsa seperti “Asia Pacific Ekonomic Cooperation” (APEC), “World Trade Nations Conference on Trade dan Development” (UNCTAD) dan lain-lain

South East Asia Treaty Organisation (SEATO).

a)  Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) dibentuk bulan Sep. 1954.  Filipina merupakan salah sebuah negara penaja utama penubuhannya. Penglibatannya disebabkan oleh hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat dan perasaan bimbang terhadap perkembangan ideologi komunis di Filipina. 

  Pembentukan SEATO merupakan tindak balas daripada permintaan bahawa kawasan Asia Tenggara akan dilindungi daripada pengaruh komunis. Penglibatan Filipina dalam SEATO telah membawa manfaat dari segi ekonomi dan pembangunan sosial. Contohnya projek latihan pekerja mahir.  

     Namun penglibatan Filipina dalam SEATO agak terhad kerana SEATO tidak memainkan peranan seperti yang ditetapkan sehingga SEATO gagal dan tidak berfungsi.

      Association of South East Asian Nation (ASEAN)

a)  Filipina menyertai Pertubuhan Asia Tenggara bersama-sama Thailand dan Tanah Melayu pada tahun 1962. Gabungan ketiga-tiga buah negara ini di namakan sebagai MAPHILINDO. ASEAN merupakan jalinan hubungan dan kerjasama serantau melalui Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967.  

     Dalam Deklarasi Kuala Lumpur,  ASEAN diisytiharkan sebagai Zon Aman Bebas dan Berkecuali.  Tujuannya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau ini dengan tidak bersekongkol dengan mana-mana blok. 

   Filipina mencadangkan dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN 1984 bahawa ASEAN sebagai kawasan Zon Bebas Senjata Nuklear dan bekerjasama dengan negara-negara lain mewujudkan kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Filipina melibatkan diri dalam pelbagai projek ASEAN seperti projek Fabrikasi Tembaga dan sebagainya. 

Kesimpulan

Filipina telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini. Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama

Soalan 161: Huraikan Penglibatan Thailand Dalam pertubuhan dan  Organisasi Antarabangsa

Pendahuluan

Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946. PBB member penghormatan pada Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara

Isi-isi Penting:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).

Thailand merupakan anggota PBB ke-55 pada Disember 1946.  Thailand juga memberi bantuan kepada PBB dalam Perang Korea. 

Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis Keselamatan dan Majlis Ekonomi. 
Bekerjasama menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO, FAO, ITU, dan ILO. Bangkok sering dijadikan tempat perbincangan dan sebagai ibu pejabat agensi PBB.
 
Thailand juga mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo dengan menerima bantuan kewangan untuk memajukan bidang pertanian, industri dan kesihatan.
§  Tahun 1956 hingga 1957, Putera Wan Waithayakorn dilantik sebagai Presiden Persidangan Perhimpunan Agung ke-11 PBB. 
      Tahun 1957, Nai Pote Sarasin bekas Menteri Luar Thailand dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB.

South East Asia Treaty Organisation (SEATO).
§  
   Thailand menganggotai SEATO dan Bangkok sebagai ibu pejabat.  Nai Pote Sarasin menjadi Setiausaha Agung SEATO yang pertama.  Penglibatan bertujuan melindungi wilayah yang bersempadan dengan kawasan bergolak di Indo- China serta bimbang terhadap perluasan pengaruh komunis di Thailand.
§  
  Thailand mendapat banyak kemudahan melalui SEATO ini seperti bantuan kewangan dan ketenteraan.  Contohnya bantuan kewangan sebanyak AS24 juta tahun 1957.  Thailand juga membenarkan Amerika Syarikat menggunakan pengkalan tentera udaranya untuk memerangi komunis di Indo-China.
§  
     SEATO merupakan satu pakatan kententeraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat melalui latihan kerjasama ketenteraan.
§  
    Thailand juga melalui SEATO telah menaja pelbagai mesyuarat dan pameran mengenai budaya, agama dan sejarah di rantau Asia Tenggara.
Association of South East Asian Nation (ASEAN)

Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh menteri luar negara terbabit pada 8 Ogos 1967 telah membawa kepada penubuhan ASEAN. Anggota asalnya Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura.  Kemudiannya diikuti oleh Brunei (7 Januari 1974), Vietnam (18 Julai 1995), Myanmar dan Laos (23 Julai 1997) dan Timur Leste.
§  
      Matlamat utama ASEAN adalah untuk mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dan mewujudkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.  Thailand bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam mewujudkan konsep ZOPFAN.
§  
    Menerusi ASEAN, Thailand berusaha untuk mendapatkan sokongan PBB menghapus konflik di Kampuchea.
§  
   Thailand menyokong usaha melaksanakan AEC sebagai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
§  
    Thailand menjadi tuan rumah Forum Kawasan ASEAN di Bangkok 1994 berkaitan keselamatan kawasan ASEAN.
§  
   Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear di Bangkok 1995 membuktikan tanggungjawab ASEAN untuk menjaga keselamatan negara ASEAN.  Thailand juga menghulur bantuan kepada Kampuchea untuk memajukan infrastrukturnya.
§  
    Thailand juga melibatkan diri dalam kerjasama dengan ASEAN, China, Jepun dan Korea dalam konsep ASEAN+3.
Kesimpulan

§  Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini. Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama

Soalan 162: Jelaskan penglibatan Thailand dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa pada abad ke-20.

Pendahuluan
§    
      Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946
§  
      PBB member penghormatan pada Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara

Isi-isi Penting:

1.       Sering terlibat sebagai tentera pengamanan PBB

§  menamatkan konflik di Korea. Thailand menjadi peserta aktif dalam pelbagai bidang kerjasama antarabangsa seperti pertubuhan antarabangsa dan agensi khusus PBB serta terkenal dengan sumbangan positif kepada kemajuan dan pembangunan PBB.
§  Thailand  Juga menganggotai pertubuhan lain seperti Suruhanjaya Perhutanan Asia-Pasifik, Majlis Perikanan Indo-Pasifik dan Suruhanjaya Beras Antarabangsa

2.       Tuan rumah kepada pejabat serantau agensi khusus PBB.

§  Bangkok telah lama menjadi ibu pejabat bagi Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia Pasifik (ESCAP). Sebagai pengiktirafan kepada peranan aktif Thailand dalam PBB, bekas menteri luar Thailand, iaitu Waithayakorn telah dipilih untuk berkhidmat sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1956.
§  Pada 22 Oktober 1984, Thailand telah dipilih untuk berkhidmat sebagai anggota bukan tetap Majlis Keselamatan PBB dari tahun 1985 – 1986 buat kali pertama. Pada tahun yang sama juga , Thailand mencadangkan penciptaan sebuah ‘sistem amaran awal’untuk PBB dalam Perhimpunan Agung

3.       Sumbangan kewangan ke arah operasi pengaman PBB di seluruh dunia

§ Thailand sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada PBB. Thailand mengambil bahagian dalam Kumpulan Amerika Bangsa-bangsa Bantuan.
§  Contohnya, bantuan pengamanan Peralihan (UNTAC) di Namibia, menyediakan pegawai tentera Thailand untuk berkhidmat di Iraq-Kuwait, menjadi pemerhati misi (UNIKOM) dan berkhidmat sebagai ahli Pengawal PBB di Iraq.

4.       Sumbangan penyelesaian politik melalui resolusi Perhimpunan Agung

§   Isu Kemboja melalui resolusi Perhimpunan Agung dengan cadangan agar permusuhan dihentikan, menyekat kemasukan tentera asing dan member hak kebebasan kepada rakyat Kemboja untuk menentukan nasibmereka sendiri. Resolusi ini menerima sokongan pada daripada ahli Perhimpunan Agung selama lebih 112 tahun berturut-turut.
§  Sokongan ini menjadi satu faktor penting dalam mewujudkan insentif yang kuat bagi pengunduran tentera asing dari Kemboja yang bermula pada tahun 1989.

5.       Menjadi Tuan rumah dalam dua mesyuarat di Pattaya

§  Wakil pihak Kemboja yang hadir dan bersetuju dengan beberapa elemen asas bagi penyelesaian politik menyeluruh yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Damai Paris pada 23 Oktober 1991.
§  Pada bulan Mei 1993, 27 orang pegawai Thailand telah dipilih unuk bertindak sebagai Pegawai Pilihan Raya Antarabangsa bagi membantu PPP mengendali dan mentadbir pilihan raya di Kemboja

Kesimpulan

Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini. Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama

Khamis, 2 April 2020

Sukatan Pelajaran Sejarah Islam 940/2

Tema/Tajuk/Sub Tajuk
Hasil pembelajaran
Kawasan Kajian/ masa
Pengenalan Sukatan Mata pelajaran Sejarah Penggal ke-2
Pelajar dapat:
-       Mengetahui sukatan mata pelajaran  Sejarah Penggal ke-2

KERJA KURSUS

1   Apa itu Sejarah?
1.1  Konsep dan teori
Ilmu sejarah

2  Kaedah Penyelidikan  
    dan Penulisan
    Sejarah

2.1 Penyelidikan dalam
      Sejarah

2.2 Sumber sejarah





2.3 Tafsiran sejarah








2.4 Penulisan sejarah














3.  Penyediaan Cadangan
Penyelidikan

3.1 Tajuk

3.2 Pengenalan

3.3 Objektif

3.4 Permasalahan kajian

3.5 Skop kajian

3.6 Sorotan kajian lepas

3.7 Kaedah kajian

3.8 Pembahagian struktur esei

3.9 Penutup

3.10 Bibliografi
4 Penyelidikan Bahan

4.1 Mengenal pasti bahan

4.2 Mencari dan mengumpul bahan

4.3 Menyaring bahan

5 Penulisan Hasil Penyelidikan
Dikendalikan oleh sekolah


Pelajar  dapat:
a)     menjelaskan konsep dan teori ilmu

Pelajar  dapat:
(a)   Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu dalam penyelidikan sejarah.



Pelajar  dapat:
a)     Membezakan jenis-jenis sumber;
b)    Menggunakan sumber sejarah secara kritis.

Pelajar  dapat:
(a)   Mmenilai maklumat dalam sumber-sumber sejarah;
(b)   Menganalisis kesahan sesuatu tafsiran yang terdahulu;
(c)   (c) merekonstruksi peristiwa lalu dengan menggunakan sumber sejarah.

Pelajar  dapat:
(a)   Mengorganisasikan maklumat dalam bentuk naratif;
(b)   (b) memberi penjelasan secara kritis dan imaginatif terhadap perubahan dan kesinambungan dalam kehidupan;
(c)   (c) membincangkan pelbagai perspektif terhadap sesuatu peristiwa lampau;
(d)   (d) membuat sintesis terhadap tafsiran peristiwa lampau dan kaitannya dengan masa kini.

Pelajar  dapat:
a)     memilih tajuk yang mempunyai makna penting dalam peristiwa sejarah;
b)    menerangkan idea awal tentang kajian;
c)     Menyatakan tujuan kajian;
d)    mengenal pasti persoalan yang perlu dijawab oleh kajian
e)     menentukan tempoh, kawasan, dan isu yang dikaji;
f)     membincangkan tulisan yang sedia ada berkaitan
g)    memilih kaedah yang sesuai untuk mengumpul bahan seperti kajian perpustakaan, kerja lapangan, dan temu bual;
h)     mengorganisasikan persembahan dan isi penulisan kajian;
i)      membuat rumusan dan kesimpulan tentang kajian;
j)      menyenaraikan sumber rujukan yang digunakan. Sekurang-kurangnya 5 sumber rujukan







Pelajar dapat:
a)       menyenaraikan sumber yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk;
b)       mengumpul sumber yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk yang dipilih daripada sumber  Internet, arkib, temu bual, dan perpustakaan;
c)       mengumpul maklumat yang relevan dengan tajuk.

Pelajar dapat:
(a)   Menghasilkan esei dan membentangkan esei.




1 Masyarakat, Pemerintahan,
Pertahanan, dan Perhubungan
Luar

1.1 Masyarakat jahiliah


Pelajar dapat:
-          Membincangkan perubahan masyarakat, sistem pemerintahan, dan hubungannya dengan dunia luar.
Pelajar  dapat:
(a)   menjelaskan konsep dan struktur masyarakat

Semenanjung Tanah Arab
(abad ke-6)
1.2 Masyarakat Islam
Pelajar  dapat:
(a)   Menghuraikan konsep ummah
(b)   Mmembincangkan perkembangan masyarakat Islam.
Nabi Muhammad
SAW dan Khalifah
al-Rasyidin di Semenanjung Tanah Arab (abad ke-67)

1.3 Sistem pemerintahan


Pelajar  dapat:
(a)   Menghuraikan kandungan dan peranan Piagam Madinah
(b)   Memerihalkan struktur pemerintahan di Madinah.

Nabi Muhammad
SAW (abad ke-7)

1.4 Kepemimpinan
Nabi Muhammad SAW

Pelajar  dapat:
(a)   menghuraikan ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad
SAW (abad ke-7)

1.5 Institusi khalifah

1.5.1 Pemilihan khalifah

Pelajar dapat:
(a)   menghuraikan konsep dan ciri-ciri khalifah;
(b)    membincangkan kaedah pemilihan khalifah;

Khalifahal-Rasyidin dan
Umayyah (abad ke-78)

1.5.2 Sumbangan khalifah/tokoh


Pelajar dapat:
(a)   menilai sumbangan khalifah/tokoh:
(i)             Khalifah Abu Bakar
(ii)             Khalifah Umar al-Khattab
(iii)           Khalifah Umar Abdul Aziz
(iv)           Khalifah Harun al-Rasyid

Khalifah al-Rasyidin, Umayyah (abad ke-78), dan Abbasiyah (abad ke-89)

1.6 Bentuk pemerintahan

1.6.1 Pemerintahan
pusat dan wilayah
Pelajar dapat :
(a)   Mmembincangkan struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan Wilayah
Khalifah al-Rasyidin (abad ke-7), Khalifah Uthmaniyah
(abad ke-1617)

1.6.2 Pemerintahan
pusat dan wilayah

Pelajar dapat :
(a)   menjelaskan sistem pemerintahan raja/sultan dan amir
Andalusia (abad ke-13)
India (abad ke-1617)

1.7 Pertahanan dan
pembukaan wilayah

1.7.1 Jihad
Pelajar dapat :
(a)   Menjelaskan pengertian jihad

Nabi Muhammad
SAW Khalifah al-Rasyidin
(abad ke-7)

1.7.2 Peperangan
Pelajar dapat :
(a)   Menghuraikan etika dan strategi peperangan;

Nabi Muhammad SAW
Khalifah al-Rasyidin
(abad ke-7)
1.7.3 Kepemimpinan
Pelajar dapat :
(a)   menilai kepemimpinan dan sumbangan tokoh:
(i)             Salehuddin al-Ayyubi;
(ii)            Sultan Muhammad al-Fatih.

Mesir (abad ke-12),  Khalifah Uthmaniyah
(abad ke-15)

1.8 Perhubungan luar
1.8.1 Diplomatik
Pelajar dapat :
(a)    membincangkan bentuk perhubungan luar
(i) diplomatik;
Nabi Muhammad
SAW dan Khalifah
al-Rasyidin (abad ke-7)
1.8.2 Naungan
Pelajar dapat :
(a)    membincangkan bentuk perhubungan luar
(i) naungan melalui pembayaran jizyah;

Khalifah al-Rasyidin dan
Khalifah Umayyah
(abad ke-78)
1.8.3 Perjanjian
Pelajar dapat :
(a)    membincangkan bentuk perhubungan luar
(i) perjanjian.

Khalifah Abbasiyah
(abad ke-913)
Khalifah Uthmaniyah (abad ke-1719)
2 Pembangunan  dan
Penerokaan

2.1 Ekonomi
2.1.1 Sistem
ekonomi

Pelajar dapat :
-          Membincangkan perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi, kebudayaan, dan penerokaan.

Pelajar dapat :
(a)   Menghuraikan konsep dan ciri-ciri sistem ekonomi;
(b)   Membincangkan kegiatan ekonomi;


Nabi Muhammad
SAW (abad ke-7) Abbasiyah (abad ke-1112) Kesultanan Melaka (abad ke-15)

 2.1.2 Institusi
ekonomi

Pelajar dapat :
(a)   Menganalisis peranan institusi ekonomi dan pelaksanaannya:
(i)             baitulmal
(ii)            (ii) cukai
(iii)           (iii) zakat
Khalifah al-Rasyidin
(abad ke-78)
Khalifah Abbasiyah
(abad ke-911)

2.2 Pendidikan
2.2.1 Falsafah
pendidikan
Islam
Pelajar dapat:
(a)   Mmembincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam;

Khalifah Umayyah
(abad ke-78) Khalifah
Abbasiyah (abad ke-1112)

2.2.2 Perkembangan
pendidikan

Pelajar dapat:
a)     Menjelaskan jenis institusi Pendidikan:
(i)             halaqah;
(ii)             masjid/surau;
(iii)           pondok/madrasah
(iv)           istana
(v)            universiti.

(b)   menghuraikan sistem pendidikan:
(i)             pendidikan fardu ain dan fardu kifayah;
(ii)            kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Mesir
(abad ke-8)
Acheh
(abad ke-1617)

2.3 Perkembangan
intelektual
2.3.1 Perkembangan ilmu
Pelajar dapat:
(a)    menghuraikan perkembangan ilmu naqli dan aqli;
Khalifah Abbasiyah
(abad  ke-1113)
Khalifah Umayyah
di Andalusia
(abad  ke-1113)
2.3.2 Sumbangan tokoh 


Pelajar dapat:
(a)   Menilai sumbangan tokoh:
(i)             al-Khwarizmi
(ii)             Ibn Sina
(iii)            al-Ghazali
(iv)           Ibn Khaldun.

Khalifah Abbasiyah
(abad ke-813)
Mesir (abad ke-15)
2.4 Penerokaan

Pelajar dapat:
(a)   Menilai sumbangan tokoh:
(i)             al-Mas’udi
(ii)             Ibn Majid;
(iii)            Ibn Battutah.
Khalifah Umayyah
(abad ke-78),
Abbasiyah (abad ke-913), dan Andalusia
(abad ke-14)
2.5 Seni bina
Pelajar dapat:
(a)   Menghuraikan ciri-ciri seni bina.
Andalusia
(abad ke-13)
India (abad ke-1617)
3. Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

3.1 Peluasan Kuasa Barat




Pelajar dapat:
(a)   Membincangkan faktor-faktor peluasan kuasa Barat



Khalifah Uthmaniyah (abad ke-20)

3.2 Reaksi masyarakat
tempatan

Pelajar dapat:
(a)   Menjelaskan reaksi masyarakat tempatan.
Mesir dan Algeria (abad ke-9 & 20)

3.3 Gerakan nasionalisme











Pelajar dapat:
(a)   Menerangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme:
(i)   pengaruh agama;
(ii)   peranan bahasa dan kesusasteraan;
(iii)  Pengaruh kewartawanan;
(iv)  peranan pendidikan;
(v)  peranan  golongan intelektual;
(vi)  pengaruh luar.

Mesir dan Syria
(abad ke-20)

3.4 Perang Dunia Pertama

Pelajar dapat:
(a)    Membincangkan penglibatan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

Khalifah Uthmaniyah
(abad ke-20)

3.5 Pembentukan negara bangsa
(a) menghuraikan faktor- faktor pembentukan
      negara bangsa.
Turki dan Mesir (abad ke-20)


Ulangkaji Persediaan  Peperiksaan Percubaaan Penggal ke-2

Pelajar dapat
1)     Memahami dan mengetahui skema jawapan
2)     Mengetahui teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul
3)     Menghasilkan esei yang menarik dan mantap berdasarkan  rubrik dan soalan yang diberi